Followers

Sunday, January 15, 2017

EPISOD 10 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 10 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod ; Perjalanan kerjaya yang tidak dirancang.

Sebagai anak Pak Gad, bapa FY tidak pernah memberitahu apatah lagi memberikan garispanduan apakah kerjaya yang terbaik untuk FY lakukan bila FY dewasa nanti. 

Bila dah dewasa setelah membaca buku Rich Dad Poor Dad karya Robert Kiyosaki barulah FY faham akan semua ini. Nantilah ada masa FY ceritakan mengenai intipati buku ini.

Jadi dalam hal kerjaya ini FY ikut sahaja ke mana arah tuju kehidupan ini bawa ke kiri ke kanan tidak mengapa. Dalam erti kata lain biarlah Allah Taala yang menentukan perjalanan hidup FY ini.

Zaman dulu kalau di sekolah rendah semasa dalam darjah 6, cikgu akan memberikan satu kad untuk kita nyatakan apakah yang kita ingin jadi bila kita besar nanti.
(La ni ada ke lagi kad tu agaknya?)

Pada masa itu cita-cita yang famous ialah kerani, cikgu, doktor, engineer dan lawyer antaranya. Kalau dalam radio itu, ada interview dengan budak kecik, kalau ditanya apakah cita-cita mereka, mereka akan menjawab nak jadi doktor!

Jadi FY pun pilih nak jadi doktor... Chewah!

Masalahnya masuk tingkatan 1 jurusan Perdagangan pulak dah! Habislah cita-cita nak jadi doktor itu! Tak apalah FY nak jadi akauntan pulak! Tukar cita-cita.

Mak bapak FY tak kisahpun mana mana pun boleh...
Ek pun tak, ork pun tak... Hawhawhaw...
 
Lepas SRP @ PMR @ la ni PT3, oleh kerana keputusan FY baik, masuk jurusan Sains pulak dah! Apa lagi tukar lagi, tukar jadi doktor balik!

Tak sampai 3 bulan dalam jurusan Sains, dapat sekolah Teknik Cheras jurusan mekanikal engineering! Dah! Masak! Tukar lagiiiiee... Nak jadi engineer pulaklah....  Bantai jelah... hawhawhaw...

Mak bapak FY tak kisahpun mana mana pun boleh...
Ek pun tak, ork pun tak... Hawhawhaw...

Lepas tu masuk ITM jurusan Pembankang... Ehhhh! Bukan! Pembankan @ Banking Studies! Oklah... Tukar lagi kerja bank pun kerja banklah!

Kena 2 semester sekali lagi sebab kelulusan FY okay, FY layak masuk Diploma in Investment Analysis. Sekali lagi ia bertukar... Pening... Pening...

Mak bapak FY tak kisahpun mana mana pun boleh...
Ek pun tak, ork pun tak... Hawhawhaw...

1990 
Praktikal di BBMB Securities, Bangunan MAS. (Bangunan yang dah kena jual tuuu)
Semasa praktikal itu FY bertemu dengan seorang Remisier yang pendapatannya lebih RM60000 sebulan telah membuka minda FY serta menetapkan haluan dan cita-cita FY untuk menjadi seorang Remisier satu hari nanti!

Balik dari Amerika dengan kelulusan Sarjana Muda Kewangan dan Pelaburan cita-cita menjadi Remisier masih kemas di hati.

Tapi sebab ramai orang keliling mengatakan yang pilihan profesion FY tu tak bagus, bergelumang dengan dosa, riba dan sebagainya sekali lagi FY mengambil keputusan untuk menukar profesion. Yang kemas di hatipun bersepah jadinya...

Kali ini FY nak jadi penulis dan motivator. Jadi selama 14 tahun selepas itu FY menulis dan menulis, cuba memasarkan diri untuk menjadi motivator malah cuba mendapatkan kerja dengan Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Motivator tersohor negara. Namun gagal.

2002
FY bawa modul motivasi dan Buku Keluar Dari Tempurung karya FY untuk bertemu dengan DMFK di pejabatnya di Bangi namun tak dapat bertemu dengan DMFK pun. Setakat bertemu dengan GM nya sahaja. Jawapannya mendukacitakan.

2005 
FY tulis blog motivasi tapi tak ada siapapun yang melayari apatah lagi membacanya. Buku motivasi dah 4 buah tapi tak ramai yang tahu... Hawhawhaw...

Sepanjang masa itu FY masih bekerja di Kenanga Investment Bank Berhad.

2010 - FY mengambil keputusan untuk menulis blog pelaburan saham. 

Tahu apa jadi? Rupanya ramai mata duitan di luar sana! Hawhawhaw... Blog itu meletup dan menjadi blog pelaburan saham yang paling tinggi trafiknya di alam maya. Blog bernama www.faizalyusup.net. Layarilah kalau anda mahukan input pelaburan saham dalam Bahasa Melayu.

The rest is history...

2016
CEO DMFK cari FY untuk berkaliborasi. FY bukan jadi pekerja kepada DMFK tapi jadi JV partner weii!!! Untuk seminar Rezeki Segera Selepas Bersara. What goes around comes around agaknya!

Begitulah susunan Allah terhadap perjalanan kerjaya FY.

Kesimpulannya pokok kaktus duduk yang di tengah panas, janganlah kita pandai-pandai meletakkannya di tempat yang sejuk. Pasti pokok kaktus itu akan lemau dan layu...

Akhirnya FY umpama pokok Kaktus yang duduk di tempat yang panas dan kering sesuai dengan kedudukan dirinya mengikut susunan dan ketentuan Allah Taala.

Besok lusa? Tak tahu lagi... Jangankan besok lusa, lagi 10 minit pun FY tak tahu. FY ikut je susunan Allah. Walau di mana kita berada, walau apapun yang kita lakukan, kita buat yang terbaik. Itu saja prinsipalnya...

Maka beruntunglah anak-anak yang punya ibu bapa yang dapat memberikan garispanduan dan menunjukkan hala tuju kehidupan mereka di masa hadapan.

Pun begitu di penghujung cerita semuanya terletak di tangan Allah Taala...

Owh ya... Dengan kerjaya anda sekarang anda sedang lemau dan layu? Kena tukar profesion kot? Hawhawhaw...

Sekian episod kali ini,
FY

Sekiranya anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tuuu...

PS - Masa FY berumur 5 tahun cita-cita FY ialah untuk menjadi askar kominis! Itulah yang diberitahu oleh mak FY... Hawhawhaw...

PSS - Betullah menjadi remisier boleh dapat pendapatan lebih RM60000 sebulan malah lebih dari itu...


No comments:

Post a Comment