Followers

Thursday, January 19, 2017

EPISOD 13 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 13 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod - SPM.

Akibat cinta monyet semasa di sekolah Menengah Teknik Cheras telah menyebabkan dalam peperiksaan percubaan SPM FY cuma mendapat gred 3. Bengkek je mak dan bapak pak gad FY tu.

Masa tulah pulak clash dengan girlfriend... Adoiyaiii... Emosi keremajaan terganggu dan terpalit kedukaan yang mendalam... hawhawhaw...

Korang masa belajar jangan sibuk nak bercinta... kang ke laut semuanya...

Ini tak boleh jadi, kelulusan grade 3 begini tidak membolehkan FY menyambung pelajaran ke Universiti. Takkanlah kerana awek FY akan gagal dalam akademik, dalam kehidupan.

Peperiksaan SPM lebih kurang sebulan lagi. FY mesti mengatur strategi untuk lulus dah seterusnya menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Jadi strategi FY adalah untuk mendapatkan A dalam untuk pelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa inggeris dan Matematik juga kelulusan kredit dalam 2 mata pelajaran Sains iaitu dalam hal ini Fizik dan Kimia kerana di sekolah Teknik kami tidak belajar mata pelajaran Biologi. Kalau ada semua ni cukup untuk melayakkan FY ke Universiti pada ketika itu.

Disebabkan strategi itu maka matapelajaran Add Maths, Geografi dan yang kena mengena dengan kejenteraan dan mekanikal FY biarkan hanyuttt...

Selepas peperiksaan percubaan itu, memang tiada apa yang nak dipelajari lagi di sekolah, kami ke sekolah hanya untuk tujuan mengulangkaji.

Jadi bangun pagi jam 6:00 menapak dari Kg Awal ke Kg Kerinchi tunggu bas Sri Jaya untuk ke Jalan Silang di Kota Raya. Dari Jalan Silang naik bas Tong Foong 123 ke sekolah di Cheras. Jam 2:00 balik dari sekolah pergi ke Perpustakaan di Pusat Islam belajar lagi. Jam 6:00 petang, balik ke rumah, Jam 08:00 malam terus keluar ke Siswarama UM tempat dimana siswa siswi belajar. Belajar lagi sampai jam 2 hingga 3 pagi. Tidur 2-3 jam, jam 6 pagi bangun pergi sekolah lagi... Kat sekolah kalau ngantuk tidur sebab masa tu dah tak belajar, masa ulangkaji jer... Hujung minggu study lagi...

Tolak hari Selasa jam 8:30 ke 9:30 malam layan McGyver dulu sebelum pergi study.

Suatu hari itu FY tengah tidur dalam kelas masa sesi ulangkaji matematik moden bersama cikgu kelas kami Cikgu Salbiah.

Member sebelah kejut sebab ada satu soalan di papan hitam yang tidak dapat diselesaikan oleh semua pelajar di dalam kelas tersebut. Semua pelajar dah cuba tetapi masih tidak mendapat jawapannya hanya FY seorang sahaja yang masih belum mencubanya sebab FY tidur dalam kelas masa tu.

"Bro! Bangun! Cikgu Salbiah panggil suruh jawab soalan papan hitam tu.."

Dengan keadaan terpisat-pisat FY terus saja bangkit menuju ke papan hitam...

FY belasah ajelah menulis dan terus menulis, mengira dan terus mengira... Entah betul entah tidak jawapan yang FY bagi tu... Tak kesahlah salahpun sebab satu kelas pun tak dapat jawab...

Siap jer FY terus letak tanda hashtag ni - # Sap sap sap sap bunyinya di papan hitam bewarna hijau tu.

Cikgu Salbiah terkesima.

"Korang tengok tu" katanya... "Korang semua yang jaga tak dapat jawab, Faizal yang tidur tu pun tahu jawapannya!"

"Kalau macam tu kami pun kena tidur jugaklah cikgu..." Jawab salah seorang dari mereka diikuti dengan hilai tawa seluruh kelas 5 Mekanikal 2 itu...

FY sekadar tersengih macam kerang busuk... Sambung tidur... Malam kang nak kena stay up belajar lagi... Bisik hati FY...

Semenjak hari itu Cikgu Salbiah tak pernah marah kalau FY tidur dalam kelas sekalipun... Hawhawhaw...

Mengikut jangkaan cikgu, FY boleh mendapat paling kuat grade 2 dalam peperiksaan SPM nanti.

Rahsia FY - Kenapa Allah sarankan kita solat malam? Sebab masa tu orang lain tidur, jadi masa orang ramai tengah tidur, siapa yang bangun solat malam, dialah yang akan dapat manfaatnya.

Jadi siang FY tidur pada masa orang ramai-ramai belajar tapi malam FY bangun pada masa orang ramai tengah tidur supaya Allah nampak FY seorang tengah belajar. Hawhawhaw...

Lagipun siang-siang bising, malam-malam dini hari keadaan sunyi sepi senang sikit ilmu nak masuk agaknya...

Dulu tak macam sekarang... kami dulu tak cukup prasarana untuk belajar. Bukan macam sekarang semua ada, ada komputer dan internet, buku latihan bersepah, ada tuisyen yang canggih sana sini, ada bilik yang terang benderang siap ada aircond lagi. Mak bapak siap buatkan nescafe untuk anak belajar.

Anak - bukannya belajar tapi tidurrr... Mana taknya bilik aircond sedap... Takpun main game kat Internet... Bila pintu bilik terkuak terus cover line! hawhawhaw...

Woit! Bangunlah belajar... Ingatlah salah satu perkara yang membanggakan ibu bapa ialah bila anda cemerlang dalam pelajaran. Depa tak minta banyak punnn...

Mac 1988
Hari besar budak SPM - Result keluar.

FY sedih melihat result yang ada tangan FY pada ketika itu.
Mereka yang cemerlang bergembira sedangkan mereka yang gagal bersedih. Itulah lumrahnya.

Menuju ke kantin, dalam keadaan sugul FY ditahan oleh cikgu Salbiah. 

"Macamana result kamu Faizal tanyanya?" Soal cikgu yang tinggi lampai itu.

FY menghulurkan slip keputusan peperiksaan SPM itu ke tangannya tanpa berkata walau sepatahpun.

Tak semana-mena setelah melihatnya slip itu terjatuh dari tangannya. Dia seakan terkejut.

FY membongkok mengutip slip tersebut dan meletakkannya semula di tangan Cikgu Salbiah.

"Tahniah Faizal! Cikgu tak sangka! Tapi kamu dari dulu cikgu perhatikan memang bijak cuma kamu malas! Tapi result ni bagus! Tahniah sekali lagi..." ujarnya...

"Terima kasih cikgu..." Jawab FY seakan tidak bermaya... Masih kecewa dengan keputusan itu.

Selepas ke kantin FY menuju ke pondok telefon. FY nak telefon mak. Jam menunjukkan 11:30 pagi. FY kena kembali bekerja jaga periksa di UM selepas itu...

bersambung... hawhawhaw... Jangan mare... Nanti cepat tue...

Sekian episod kali ini.

Nantikan sambungannya besok seperti biasa jam 9 malam. InsyaAllah..

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment