Followers

Thursday, January 19, 2017

EPISOD 14 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY




EPISOD 14 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Sambungan dari episod lepas...

Mac 1988
Hari Result SPM Part 2

Selepas ke kantin dan bertemu dengan Cikgu Salbiah, FY menuju ke pondok telefon. FY nak telefon mak memberitahunya akan keputusan SPM yang masih berada di tangan FY. Jam menunjukkan 11:30 pagi. FY kena kembali bekerja jaga periksa di UM selepas itu...

Menaiki bas Tong Foong 123 untuk kembali bekerja di Universiti Malaya masih dengan masih dengan hati yang kecewa. Pelajar-pelajar sekolah Menengah Sains Selangor yang menaiki bas itu punyalah bising bercakap antara satu sama lain mengenai keputusan SPM mereka. FY duduk di penjuru belakang bas berdiam diri.

Jauh di relung hati, "aku tahu aku boleh buat dari ini, kalaulah tiada masalah-masalah kehidupan di kiri dan kanan, di atas dan bawah aku tahu aku boleh dapatkan keputusan yang jauh lebih baik dari ini". Hati FY berbisik...

"Namun kalau difikirkan kembali ada orang lain yang lebih teruk masalahnya dalam hidup tetapi mereka juga boleh berjaya. Ini semua bukan alasan atas kekecewaan ini. Lagipun memandang kepada yang lebih teruk adalah lebih wajar. Itu kata Nabi SAW." FY cuba memujuk hati...

"Takperlah! Aku akan bangkit! Aku berazam akan buat lebih baik lagi di masa depan! InsyaAllah..."
FY cuba menjentik hati dan mengembalikan semangat yang hilang entah kemana...

Di UM
Tiba di UM, ramai yang telah berada di sana. Kebanyakkan penjaga-penjaga peperiksaan terdiri daripada lepasan SPM seperti FY dari sekolah-sekolah yang berlainan di sekitar Petaling Jaya. Kebanyakan mereka adalah anak anak kakitangan awam di UM.

Puan Normah supervisor kami terus mendapatkan FY. 
"Macamana result kamu Faizal?" Tanyanya...

"Cukup makan je Puan Normah..." jawap FY perlahan meneruskan perjalanan masuk ke pejabat  yang letaknya di perpustakaan.

Kebanyakan mereka mendapat gred 2 dan 3, malah yang tidak lulus dan mendapat sekadar sijil SAP ( Sijil Am Pelajaran ) pun ada. Yalah semuanya anak kakitangan awam, anak kerani anak Pak Gad dan anak ofis boy. Dan kebanyakan mereka juga dalam jurusan Sastera. Faham-faham ajelah. FY pula dalam jurusan Mekanikal.

Bila mereka bertanya pada FY tentang keputusan SPM, FY cuma menjawab - "Bolehlah... Cukup makan..." Wajah sugul FY cukup meyakinkan sesiapa sahaja yang memandang ketika itu.

Salah seorang daripada mereka mendapat kelulusan A1 dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. punyalah dia bangga menceritakan pada semua orang. Tapi matapelajaran lain ke laut...

"Bukan senang nak dapat A1 dalam Bahasa Malaysia tahu!" Katanya bangga di hadapan kawan kawan yang lain.

"Bro! Meh sini kejap!" FY memanggilnya.

Slip keputusan SPM FY dikeluarkan dari poket. Seakan mengurut daun pakau huruf dan abjad A1 dalam matapelajaran BM itu FY tunjukkan padanya. Terus melipat slip tersebut dan menyimpannya kembali.

"Woi! Faizal pun BM dia A1 lahhh!" Jeritnya lantang!

" Cakap betul-betulah apa result kau! Bagi aku tengok!" Pintanya lagi.

Puan Normah menoleh tertanya-tanya. Dia tak percaya FY boleh lulus cemerlang kerana sikap jovial dan loyar buruk FY itu tidak menggambarkan petanda yang FY seorang pelajar yang cerdas.

FLASHBACK DI SEKOLAH TEKNIK

Pondok telefon di Sekolah Teknik itu terdapat sebuah kotak telefon. Untuk menelefon ada butang A dan butang B. Butang A untuk bercakap butang B untuk memasukkan duit.

"Assalamualaikum mak, saya dah dapat result nie..."

"Ha, kau dapat grade berapa? grade 3? grade 2? Tak apalah apa-apapun mak bersyukur." Ujarnya tanpa memberi peluang untuk FY menjawab.

"Saya dapat Grade 1 mak..."

"Ye ke? Serius ni?" Soalnya lagi meminta kepastian.

"Ha ah" Jawab FY perlahan.

"Wahhh! Tahniah! Tahniah! Kau nak makan apa malam ni? Mak masakkan... Kau nak hadiah apa? Mak belikan..." Jawabnya ceria...

"Saya taknak apa-apa mak..." Jawab FY dengan penuh pengertian. Hanya dia yang mengerti akan jawapan yang diberikannya tadi.

KEMBALI KE UM
Kak Normah masih tidak berpuas hati lalu bersemuka dengan FY. "Berapa result FY sebenar- sebenarnya. Akak tak percaya yang result Faizal tu cukup makan.."

"Sebenarnya saya dapat grade 1 Kak Normah..." Jawab FY perlahan.

"Laaa.. Habis tu kenapa muka macam kecewa je? Kenapa sedih?" soalnya lagi. 

FY diam... tiada jawapan...

"Boleh akak tengok result tu?"

Dengan berat hati FY mengeluarkannya dari poket seluar lantas menghulurkan slip keputusan SPM tersebut kepadanya.

"Hurm... Bagus nie... BM, English, Math A, Lelain kredit... Cuma add maths dan matapelajaran  kejuruteraan pun lulus... Tak ada yang gagal!" Dia membuat kesimpulan.

"Kalau akaklah dapat result grade 1 macam Faizal ni, satu kampung akak bergendang. Buat kenduri 3 hari 3 malam! Bukan senang nak dapat grade 1. Aliran Sains pulak tu. Faizal pulak boleh sedih. Pelik akak tengok... Kelulusan ni cukup untuk sambung belajar Faizal..." Tambahnya lagi...

"Betul kak tapi ia tak cukup untuk saya menyambung pelajaran dalam bidang Engineering... Kelulusan ini cukuplah kalau saya nak sambung dalam bidang pengurusan pembankan, Accounting, bisnes atau yang seangkatan dengannya." Balasku pula.

"Laa... tak kisahlah nak ambil apa bidang sekalipun, yang penting dapat sambung belajar! Rezeki semua ditangan Tuhan Faizal..." Hujahnya.

"Buat masa ni lebih baik Faizal enjoy keputusan ni! Bergembira! sebab beribu orang kat luar sana yang nakkan keputusan macam Faizal ni..." Ujarnya lagi.

Bila aku fikirkan balik ada benar juga kata-kata kak Normah itu.

Ini kerana selang beberapa hari kemudian heboh satu Kampung Awal tentang pencapaian FY itu. Ini kerana tiada seorang pun di kalangan anak-anak Pak Gad yang mendapat grade satu pada tahun itu. Kembanglah ibubapa FY tu...

Maka ramailah ibu bapa yang ingin menghantar anaknya belajar tuisyen dengan FY. Macamana nak ajar? FY pun belajar last minute. Isi banyak-banyak dalam otak ni dalam masa sebulan lepas exam semua dah keluar... Dah kosong! Hawhawhaw...

Sebagai hadiah mak FY memberikan RM100.00.

Tahu apa FY beli dengan duit tu?

Jacket jeans stone wash yang tengah trending pada masa tu. Kalau naik motor pakai terbalik! Baki buat makan KFC... Sedappp!

Moral of the story - Jangan study last minute! Itu jer...Hawhawhaw...

InsyaAllah kita jumpa besok!

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment