Followers

Friday, January 13, 2017

EPISOD 4 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 4 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod Underestimate


Sebenarnya semasa muda FY merupakan seorang yang loyar buruk, tidak pernah serius, suka mempermain dan mempersendakan orang lain sebagainya.

Oleh kerana sifat  yang ada pada FY itu maka kebanyakan orang keliling mengambil remeh dan suka merendah-rendahkan FY. Mereka mengatakan dalam adik beradik, FY tak mungkin akan dapat belajar keluar negara. mereka berkata elakkan diri dari dijodohkan dengan FY. Mereka berkata itu dan ini. 

Memang sebenarnya FY suka orang memandang rendah terhadap FY tetapi di dalam diri FY sebenarnya seorang yang mempunyai misi dan visi yang jelas dan tahu apa yang perlu dilakukan dan kemana yang FY perlu hala tuju untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan ini. Hakikat yang tersiratnya FY adalah seorang yang fokus!

Tatkala orang memandang rendah pada FY dan bilamana FY membuktikan yang sebaliknya pasti akan mengejutkan mereka. Ini kerana mereka tak sangka yang FY mampu berbuat demikian. ( Dengan izin Allah )

Tatkala orang keliling mengatakan FY tak punya ketokohan dan karisma untuk belajar di luar negara, FY buktikan yang sebaliknya dan berjaya menyambung pelajaran ke USA. Kalau difikirkan berapa keratlah anak Pak Gad dari seluruh Malaysia ini yang berjaya berbuat demikian way back pada tahun 1992. Ini kerana pada masa itu tak ramai pelajar yang pandai. 

Tatkala semua budak Kampung Awal punya motor kapcai baru, RXZ dan sebagainya FY cuma punya motor kapcai buruk lampu bulat second hand gear satu tekan belakang. Pada masa itu selalunya lepas SPM para Pak Gad akan belikan anak-anak mereka motorsikal supaya senang  buat kerja Despatch. 

Tapi FY pula sambung belajar hingga ke USA. Balik USA bawa bersama motor superbike kawasaki 600cc. Menjadi satu-satunya anak Pak Gad yang ada motor Superbike pada ketika itu pada tahun 1994.

Di Kenanga contohnya, bilamana FY mengatakan yang FY akan meletupkan Kenanga dan menjadi Remisier terunggul tak ada sesiapapun percayakan FY. Malah mereka senyum sinis dan ketawa. Yelah mana taknya pada masa itu FY dah 6 bulan tak datang pejabat dan merupakan antara Remisier yang paling teruk prestasinya.  

Namun demikian selang beberapa tahun selepas itu FY mendapat anugerah Top Performing Remisier di Kenanga dikalangan hampir 1000 remisier yang ada walhal lebih 70% Remisier adalah terdiri dari bangsa Cina yang telah begitu lama melabur. Pastilah ia akan membeliakkan biji mata!

Dalam penulisan buku pulĂ , bilamana FY mengatakan yang FY mahu menulis dan menerbitkan buku maka orang keliling memperlekehkan FY. Angan-angan Mat Jenin kata mereka.

Tapi bila 2 buku hasil karya FY memenangi anugerah dana penulis dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia mereka tak cakap apapun...

Apapun anda akan jumpa banyak lagi kisah underestimation ini dalam episod-episod yang akan datang.

Kenapa begitu? Ini kerana kita sering melihat dan menilai sesuatu berdasarkan perspektif diri kita sendiri. Kita sangkakan apa yang kita tak boleh buat, orang lain juga tak boleh buat. Bila orang lain kata dia hendak buat sesuatu perkara yang kita tak boleh buat, maka kita perlekehkan apa yang orang lain cuba buat itu kerana kita sangkakan ia tidak boleh dibuat atau atas sebab kita sendiri tak mampu untuk membuatnya. Faham tak nie?

Dalam hal ini kita sebenarnya tidak tahu akan apa keupayaan orang lain. Jadi sebaiknya kita menyokong dan memberi dorongan atas apa yang juga yang mereka cuba buat. Sesungguhnya itu adalah lebih baik.

Whatever it is, do your best at whatever yo do!

Nak tahu kisah seterusnya? Komen YES! Dan FY harap anda bersangka baik dengan kisah FY ini. Perkongsian ini tak lain hanyalah untuk diambil iktibar dan tak lebih dari itu.


FY

No comments:

Post a Comment