Followers

Friday, January 13, 2017

EPISOD 5 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 5 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Fasa kegelapan...

Ada kalanya bila FY bercerita ada yang mengatakan yang hidup ini umpama roda adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Dalam episod kali ini ia kisah roda di bawah...

2001
Bulan Mei tanggal 9 haribulan bapa FY Yusup Jamal ( Pak Gad dalam cerita ini ) meninggal dunia kerana serangan jantung pada umur FY 31 tahun. Oleh itu masa tiga bulan kami terpaksa meninggalkan quarters yang kami duduki selama lebih 25 tahun di Kampung Awal itu. Hilang bapa Hilang kawan, rakan dan taulan.

Anak pertama FY pula dijadualkan akan dibedah tak lama lagi kerana menghidapi penyakit jantung berlubang. Duit simpanan bagi membiayai pembedahan itu pun belum lagi mencukupi. Ia memerlukan kos RM20,000 untuk tujuan itu. Gaji cukup makan, kais pagi makan pagi...

Pada masa itu FY melakukan tiga empat kerja pada satu masa. Menjual saham amanah BHL, menjual insuran Great Eastern, MLM Amway, Revell dan sebelah malam bekerja dari jam 10 malam hingga 2-3 pagi menyiapkan kerja-kerja di Pekan Ilmu Publications di Pandan Indah. Besok pagi kena pergi kerja lagi sebagai dealer's rep di Kenanga. Memang kurus kering dibuatnya pada masa tu. 

Di pejabat pula FY dipindahkan dari HQ ke cawangan di Petaling Jaya. Tempat baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru. Anak pertama FY pula selalu sahaja sakit. Kerja pun jadi tak menentu asyik MC sebab bawa anak ke hospital. FY semakin tertekan dan pening kepala.

Oleh sebab ibu FY terpaksa berpindah ke Shah Alam jadi kami adik beradik dua pasang suami isteri terpaksa berpindah ke tempat lain. FY berpindah ke rumah flat di Pandan Indah. Kejiranan baru, tempat baru, orang baru sekali lagi.

6 bulan cuba membahagi masa, memperbaiki keadaan tiba-tiba mak FY mengatakan hasrat untuk berkahwin! Alamak! Satu lagi variables berubah dan perlu diatasi. Iaitu menerima dan menyesuaikan diri dengan bapa tiri yang baru...

Tempat tinggal baru, tempat kerja baru, bapa tiri baru, duit tak berapa nak ada, motor tinggal kapcai C70, (itupun arwah yang punya) barang rumah tak ada, anak sakit nak kena bedah, FY pula tak berapa sihat...

Fasa ini dalam hidup, FY namakan sebagai fasa kegelapan umpama berada dalam gaung yang amat dalam, gelap dan sangat dingin... Hanya Allah tempat FY mengadu dan meminta pertolongan...

Beberapa tahun kemudian FY pula terkena serangan jantung... Kemudian anak kelima FY juga didapati menghidap penyakit jantung berlubang! Anak keenam pula keguguran dan pelbagai dugaan lagi.

Alhamdulilah... Syukur kehadrat Allah kerana memilih FY untuk menghadapi semua dugaan ini... Pasti ada kebaikan yang menanti andai FY lepas semua dugaan ini.

Dugaan para Nabi dan Rasul lebih teruk. Nabi Ayub AS contohnya lagi down! Ingatlah dugaan tak lain diturunkan Allah untuk menguji keimanan kita sebagai manusia. Dugaan bukan untuk menjadikan kita kufur. Lagipun tak beriman seseorang manusia itu sekiranya dia belum diuji.

Dalam hal ini apa juga dugaan yang kita lalui sepanjang kehidupan hendaklah kita bersabar dan berusaha untuk mengatasi apatah lagi Allah telah berjanji untuk tidak membebankan kita dengan dugaan dan kita tidak boleh bawa.

Hidup kena cool, hati kena mulia... Perjuangan kehidupan harus diteruskan biar payah, biar sengsara namun jangan sesekali berputus asa... Tali Allah Taala dipegang utuh...

Apa yang terjadi seterusnya?

Bersambung...

FY

No comments:

Post a Comment