Followers

Friday, January 13, 2017

EPISOD 6 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 6 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Sejak dari dulu lagi seingat FY, Ibu FY bertungkus-lumus untuk mencari rezeki tambahan buat keluarga mengambil tempahan menjahit baju kurung memandangkan gaji bapa FY sebagai Pak Gad itu tidak mencukupi untuk membiayai keluarga.

Ibu FY ini penjimat orangnya.  Sesekali pasti dia akan membawa kami makan di restoran yang sedap. Kemudian siapa yang berjaya meningkatkan prestasi pelajarannya pasti akan mendapat hadiah darinya.

"Kita orang susah, kita tak ada harta, kita tak ada modal, mak abah kau bukan orang kaya yang boleh tinggalkan harta berjuta..." Ujar ibu FY.

"Sebab tulah kamu kena belajar bersungguh-sungguh kerana itu sahaja modal yang kamu ada untuk berjaya di masa depan. Kalau kamu ada ilmu, orang tak boleh mempermainkan kamu, menipu kamu apatah lagi memijak kamu..." Tambahnya lagi. Kata-kata itu masih segar dan terngiang-ngiang dalam ingatan FY sehingga kini. 

Kata-kata ini jugalah yang FY harap anda ambil andai anda orang susah seperti FY dulu...

Semasa semester pertama dan kedua FY selalunya berjalan kaki dari kolej Jati ke Business School. Kalau takpun naik bas mini dari Seksyen 2, Shah Alam. Elaun seminggu hanya RM20 ketika itu...

Julai 1989...

Menjelang semester ketiga di ITM ibu FY telah menghadiahkan motor kapcai Honda C7O warna silver lampu bulat second hand yang dibelinya pada harga RM850. Punyalah sayang motor kapcai tu. BAM1070 no platnya masih FY ingat lagi. Inilah motor pertama FY begitupun dalam hati masih fokus untuk mendapatkan superbike. Impian pada umur 16 tahun dulu.

Ia sebagai hadiah kerana FY berjaya lulus cemerlang dan diterima masuk ke kursus Diploma Analisa Pelaburan walhal dua semester tahun yang pertama FY dalam kursus Diploma Pembankan. Budak loklak bernama FY tulah antara 3 orang pelajar yang dipilih menyertai ini kursus DIIA dari cawangan ITM Shah Alam. 1 lelaki 2 perempuan. Pelajar lain pula untuk kursus DIIA ini dipilih dari 9 cawangan ITM lain dari seluruh negara. Semua mereka hebat hebat belaka. Sijil Dekan belaka. FY yang paling corot agaknya di kalangan mereka... Hawhawhaw...

Oct 2015.

"Nah mak ini hadiah FY buat mak! Kalau dulu mak bagi saya hadiah motor Honda Cub sebagai balasan FY bagi mak hadiah sebuah kereta Honda City! Semua dah FY kawtimkan... Mak takyah bayar apa-apa." Kata FY sambil menghulurkan kunci kereta baru itu kepada ibunya.

Ibu FY gembira! Dapat anak mithali seperti FY! Eh! Ye ke? Hawhawhaw...😂



Moral 1 - Carilah ilmu sebagai modal kehidupan.

Moral 2 - Buat baik kepada ibu adalah salah satu punca rezeki! 

Anda suka cerita ini? Like, share dan kongsikanlah. Semoga ramai yang mendapat inspirasi darinya. 

Nukilan,
FY

No comments:

Post a Comment