Followers

Thursday, February 2, 2017

EPISOD 15 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY


EPISOD 15 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod - Ada apa pada nama?

Kekecewaan SPM menyebabkan FY berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu. FY bertekad berubah menjadi orang yang baru. Orang yang lebih fokus, lebih bertanggung jawab.

Sebenarnya di Sekolah Menengah Teknik ada satu sejarah dimana sesetengah pelajar mempunyai nama samaran atau nama registered yang diperturunkan dari generasi ke satu generasi yang lain.

Lambert, Duke, Gulang, Lhorat, Stone, Bulues, King Pet, Waltzco, John, Pay Jay, Jell, Sircome, Steng, Carlos, Raux, Penerol, Lagos contohnya bagi pelajar lelaki dan bagi pelajar perempuan Chodux, Cute, Ozark, D'mars, Darteen dll... Kebanyakan yang punya nama ni adalah pelajar-pelajar yang agak nakal. FY juga punya nama registered iaitu Keringgiee generasi keempat tapi FY tak nakal macam diorang... hawhawhaw....

Di Sekolah Menengah Teknik dahulu ragging atau orientation itu perkara biasa. Dibuli, bergaduh, kena up, kena starlight dan bermacam jenis buli baik secara mental dan fizikal itu sebenarnya membina peribadi/built character dan menjadikan kita kuat dan berani bagi menghadapi cabaran hidup di masa depan. Itu pendapat FY lah. Yelah! FY ni positif orangnya. Setiap yang negatif dipandang positif. Redha jer... Hawhawhaw...

Namun demikian ada juga kawan-kawan FY yang masih berdendam dengan senior yang membuli mereka hingga hari ini. Entahlah...

Apapun pada tahun 1988 kematian seorang junior sebabkan oleh ragging para senior, nama-nama registered ini tidak lagi diturunkan kepada generasi yang baru. Pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan telah datang ke sekolah bagi tujuan membenteras isu ragging di sekolah kami itu. Sejak itu keadaan telah jauh berbeza.

##################

Seperti yang dijangka kebanyakan rakan-rakan seperjuangan mendapat tempat di UTM menyambung pengajian dalam bidang Engineering tetapi FY tercampak ke ITM Shah Alam dalam kursus diploma in Banking Studies.

Seakan bernazar FY menggondolkan kepala menukar identiti. Pada FY, Keringgiee sudah tiada lagi.

Mulai hari itu FY hanya mahu dikenali sebagai Azman atau Man.

Julai 1988
Mendaftar di Dewan Seri Budiman UITM Shah Alam. Kursus BM12, Diploma in Banking Studies. No ID ITM FY - 88287747 masih segar dalam ingatan ni.

Pada masa itu kumpulan Gersang tengah top. Man Bai penyanyi utamanya, kemudian ada Jojet dan Man Greng antara pemuzik dalam kugiran tersebut. Kugiran tu terkenal dengan lagu hitnya Masih Aku Terasa.

Setiap kali berkenalan dengan pelajar lain FY akan memperkenalkan diri dengan nama Azman atau Man. Jadi mereka mula memanggil dengan nama Man dan salah seorang pelajar yang bernama Syed Ahmad Fuad, dialah yang pertama sekali memanggil FY dengan panggilan Man Greng. Entah macamana sejak hari itu nama Man Greng inilah yang melekat sepanjang FY di ITM...

Keringgiee sudah ditinggalkan dalam lipatan sejarah sekarang Man Greng menggantikan tempatnya. Man Greng adalah watak baru FY... Walhal FY langsung tak tahu main muzik... 

Di sini di Kolej Jati Seksyen 2 Shah Alam kehidupan FY sebagai siswa bermula. Fasa yang paling best dalam kehidupan... Fasa tanpa komitmen selain dari komitmen belajar.

Kalau di sekolah Sultan Abdul Samad dahulu FY dipanggil Ah Fai kemudian di sekolah Teknik  Cheras FY dipanggil Keringgiee kini di  ITM pula FY dikenali sebagai Greng. La ni pula FY. Walhal nama dalam buku di akhirat atau nama yang diberi adalah Faizal.

Sebenarnya pada FY, orang yang ada nama samaran begini adalah orang yang memakai topeng. Topeng yang sentiasa nampak ceria walhal menyembunyikan kisah sebenar dalam kehidupannya. Orang begini juga tidak mahu orang lain mengenali apatah lagi menyelami apa yang tersorok di dalam kolam hatinya. Mungkin terlalu banyak kisah suka duka, pahit maung dan kesengsaraan yang terpendam jauh di lubuk hatinya.

Kalau anda tergolong dalam golongan ini, janganlah risau, janganlah sedih... FY faham perasaan anda dan kalau FY berada di sana pasti FY akan menghulurkan tangan mengajak anda keluar dari kesengsaraan itu mahupun menemani anda jauh di lubuk sana...

Tapi bila difikirkan inilah lakonan hidup. Semua orang ada topengnya masing-masing... Semua orang ada ceritanya yang tersendiri...

Maka beruntunglah FY kerana dikurniakan Allah dengan bakat untuk menulis dan menyampaikan apa yang terbuku di hati dengan olahan dan garapan di alam maya ini. Itu juga hakikatnya adalah satu nikmat yang besar. Alhamdulillah.

Episod FY di ITM Shah Alam bersambung pada hari Isnin jam 9 malam minggu hadapan. Kisah Anak Pak Gad bernama FY ini hanya disiarkan pada jam 9:00 malam hari Isnin - Jumaat. Harap maklum.

FY

PS - John aka Hishamuddin Mohd Shah kalau anda dijodohkan dengan kisah ini hubungi FY okay. Sudah genap 30 tahun kita tak jumpa.

Sesiapa yang kenal Hishamuddin Mohd Shah aka John yang tinggal di Keramat ini, sampaikan salam FY okay!

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment