Followers

Thursday, February 2, 2017

EPISOD 16 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 16 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

FLASH BACK
1982 Darjah 6
Sekolah Rendah kebangsaan Brickfields 2, Jalam Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

CERITA SATU
Hujung tahun ada persembahan dan hari anugerah penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Boleh dikatakan setiap tahun pelbagai persembahan murid-murid akan diadakan memandangkan pada hari tersebut ibu bapa akan datang meraikan kejayaan anak-anak masing-masing. Hadiah seperti buku cerita, alat tulis, pencil box dan sebagainya akan diberikan kepada murid yang cemerlang pelajarannya. FY selalu saja mendapat hadiah-hadiah ini kerana kedudukan dalam kelas FY yang kurang dari nombor 5. Samaada no 2,3,4 atau 5. Itu sahaja. Nombor 1 biasalah anak cikgu! FY anak pak gad maa.

Tahun ini FY dan lebih kurang 15 murid yang lain dipilih untuk membuat persembahan bermain flute atau seruling. Flute dibeli dengan harga RM 4.90. Berapa harganya sekarang eh? FY pun tak tahu.

Jadi hari demi hari balik dari sekolah kami akan berlatih bermain flute ini dengan pengendalian seorang cikgu berbangsa Cina.

Bersambung sebentar lagi...

CERITA DUA

Dalam undian memilih ketua pengawas sekolah oleh para pengawas sekolah itu di antara tiga orang pelajar FY mendapat undian kedua terbanyak.

Oleh itu Low menjadi ketua pengawas sekolah dan FY pula menjadi penolong ketua pengawas. 

Anak cikgu berbangsa India yang ditugaskan untuk menyelia kami tidak dipilih dan gagal mendapat kedua-dua jawatan tersebut.

Maka bermulalah kehidupan FY sebagai penolong ketua pengawas sekolah. Apa yang menarik menjadi ketua pengawas mahupun pun penolong ketua pengawas ialah kami bebas untuk kemana-mana. Pada masa pengawas-pengawas lain sedang menjalankan tugas menjaga pagar, menjaga tandas, mengawasi di padang dan sebagainya kami hanya berpusing-pusing untuk menyelia dan memastikan mereka menjalankan tugas.

Salah satu tugas FY ialah membunyikan loceng sekolah pada waktu rehat dan waktu balik. Dahulu loceng perlu dibunyikan dua kali. Bila kali pertama ia ditekan maka semua murid sekolah kena berhenti bergerak dan menjadi kaku sehinggalah loceng kedua dibunyikan barulah semua murid boleh bergerak ke tempat perhimpunan mahupun ke dalam kelas masing-masing.

Jadi biasalah FY ni kuat menyakat sifatnya. Sesekali setelah loceng pertama dibunyikan FY biarkan saja agak lama mereka berdiri kaku barulah FY menekan loceng kali kedua... Hawhawhaw...

Bersambung sebentar lagi...

SAMBUNGAN CERITA 1
Setelah berlatih berminggu-minggu di sekolah dan di rumah, besok adalah hari besar iaitu hari anugerah dan penyampaian hadiah sekolah tersebut.

Satu kesilapan kecil dalam salah satu rehearsal yang dijalankan telah menyebabkan FY dilucutkan dan dihalau keluar dari dewan sekolah pada hari yang bersejarah itu... 😭

Alangkah sedih dan pilu rasa hati seorang budak kecil yang ingin membuat persembahan dan membanggakan ibu bapanya. FY baru darjah 6 kot. Manalah tahu kaedah dan pendekatan untuk menangani masalah. Masalah ini umpama gunung yang menghempap diri pada masa itu.

Patutlah ada murid-murid sekolah yang bunuh diri bila tidak mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR contohnya. Pada umur ini menangani masalah bukanlah satu perkara yang mudah. Perkara yang kecil dianggap amat besar!

FY tak adalah sampai bunuh diri, kalau tidak siapa nak tulis kisah Pak Gad ini. Hawhawhaw... 

Tapi kesannya kepada FY ialah FY tidak mahu lagi bermain muzik ataupun apa-apa yang berkaitan dengan muzik. Kisah ini memadamkan seluruh industri muzik di dalam diri FY!

SAMBUNGAN CERITA 2

Pada satu hari di penghujung persekolahan guru pengawas berbangsa India itu memanggil FY ke biliknya. Kali ini jawatan penolong ketua pengawas pula dilucutkan dari pegangan FY atas alasan FY tidak menjalankan tugas dengan baik. Takkanlah sebab lambat tekan loceng kena pecat... Owh! Sungguh tak adil!

Nak tahu dia bagi jawatan tersebut kepada siapa?

Pastilah kepada anaknya! 

Apa yang FY boleh buat? Kena jaga tandaslah lepas ni. Adoiyai... Satu lagi gunung jatuh menghempap diri. Aduhhhh...

Dulu FY tak tahu kenapa semua ini berlaku.

Menjelang dewasa barulah FY faham. Pada andaian FY ia adalah bagi mencantikkan testimoni dalam surat berhenti sekolah anaknya itu. Anaknya tidak diundi tetapi ibunya menggunakan kuasa yang ada bagi membolehkan anaknya mendapat jawatan tersebut. FY yang menjadi mangsanya. Sungguh tak adil.

#################

Wahai guru-guru di luar sana yang dijodohkan dengan kisah anak Pak Gad ini, janganlah cikgu membunuh kreativiti anak-anak kecil ini. Berilah sokongan dan galakkan dengan apa juga yang mereka lakukan. Umur itu adalah umur latihan. Latihan untuk membina keperibadian.

Keduanya wahai guru-guru di luar sana janganlah bersifat tidak adil kepada pelajar-pelajar lain hanya kerana anak anda berada dalam sekolah itu. Anda memilih anak anda sedangkan ada anak orang lain yang lebih layak untuk dipilih. Apa yang anda buat itu dari segi etikanya adalah sesuatu yang salah! Ia pasti akan memberi kesan negatif kepada murid yang tidak dipilih itu.

Apapun sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih FY tujukan kepada semua cikgu-cikgu FY kerana telah mengajar dan mendidik FY untuk menjadi insan yang berpendidikan dan berguna!

Ketiganya teringat pula FY kepada kisah seorang bapa orang susah yang mana anaknya sangat pandai bermain bowling tetapi dalam pemilihan anaknya tidak dipilih kerana tempatnya digantikan oleh anak orang kaya yang boleh sponsor itu dan ini. Walhal anak orang kaya ini sering saja kalah bila bermain dengan anak orang susah tadi. Memang dunia ini tidak adil sebab itulah kita kena percaya adanya akhirat kerana keadilan akan pasti mengambil tempat di sana nanti.

Wahai ibu bapa yang kaya sekelian, kalau anak anda bagus galaklah tolonglah tapi kalau anak anda kurang bagus dan ada orang lain yang lebih bagus janganlah potong saf. Janganlah matikan semangat anak orang lain yang punya bakat baik dalam sukan, muzik dan sebagainya.

Yang lemah kita kuatkan, yang kuat kita unggulkan! Bukan kita pinggirkan...

Burung Helang kalau dimasukkan ke dalam sangkar juga lambat laun akan lupa bagaimana hendak terbang tetapi kalau anda biarkan ia terbang ia boleh terbang nun jauh di awan sana...

Sekian dulu.

FY

PS - Dulu Siviks = Tatarakyat
Matematik = Ilmu Kira-Kira
Geografi = Ilmu Alam
Hawhawhaw...

PSS - Sekarang ni FY ada phobia bila nampak seruling... Serulingphobia! 
Agaknya kalau tidak kerana kisah 1 itu FY rasa FY dah jadi macam Kenny G pemain seruling lagenda tu sekarang ni! Hawhawhaw...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment