Followers

Thursday, February 2, 2017

EPISOD 17 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 17 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Julai 1988
Kehidupan di ITM 
Shah Alam

Fasa ini dalam kehidupan FY dinamakan fasa enjoy. Faham-faham jelah jadi mahasiswa. Apa sahaja yang difikirkan?

Dulu di ITM kehebatan diukur dari kepandaian belajar, kemahiran kemahiran merempit, kemahiran main video game, kemahiran main snooker, kemahiran bersukan, kemahiran main bowling dan kemahiran mengurat awek cun... Hawhawhaw...

Semua benda-benda ini, terutamanya kalau ada awek cun kira assetlah kepada para siswa. Yelah masa tu mana ada handphone canggih, mana ada gajet-gajet, mana ada kereta dan motor yang canggih nak dilagakkan. Tak macam sekarang! Dulu kalau pelajar ada kereta volkswagon second hand pun kira hebat!

Dulu kami main bola, ragbi, snooker, boling, lepak borak dengan kawan-kawan kat gerai pegaga Sek 2, Sek 5, Kompleks PKNS. Budak sekarang main game je lebih, lepak pun main HP. Komunikasi pun dah tak ada. 

Dulu buku tak beli, main photostate jer. Safe cost!
Dewan makan nun atas bukit kat Hal Ehwal pelajar, la ni dewan makan pun takder.. Dulu yuran murah, la ni ambik PTPTN.

Dulu awek dan balak kurus-kurus sebab tak cukup makan la ni baik lelaki baik perempuan mak aii... Sihat sihat belaka!

Itu bezanya dulu dan sekarang...

Apapun kekecewaan SPM yang lalu telah menyebabkan FY bertekad dan menanam azam untuk  menebusnya.

Namun demikian sikap jovial, gurau senda, loyar buruk dan tidak fokus dipamerkan di luar. Topeng greng dipakai dengan muka selamba. Kemudian berkenalan dengan kawan-kawan baru yang masuk air seperti Lord (anak duta), Jojet, Manjoe (anak AR Tompel) dan Hammerhead lagilah rosak dibuatnya.

Mana taknya dalam kelas kamilah yang paling banyak buat bising dan mengganggu pembelajaran. Pasal menyampuk dan membuat lawak mengacau pensyarah itu perkara biasa.

Jadi pelajar-pelajar yang skema panas je dengan keletah kami. Pada mereka kami mengganggu konsentrasi pelajaran mereka. Yelah.. Dapat masuk Institusi Pengajian Tinggi menjadi siswa siswilah katakan. kita cerita tinggi menggunung...

Di asrama pula FY duduk di blok di bilik 4106, satu bilik dengan Azlan, Kamaruzaman, Amran, Faiz, Abang Alias dan lain-lain lagi.

Azlan adalah seorang pelajar Accountancy, Kamaruzaman dan Amran pula dalam bidang engineering Abang Alias dalam bidang Art and Design, Faiz pula dalam bidang hotel dan Catering. Kami hidup harmoni bersama...

Menjelang masa ini teknik belajar FY pun telah menjadi lebih kukuh jadi FY menggunakan teknik yang dipelajari dari bangsa Cina iaitu untuk memfokuskan menimba ilmu di dalam bilik kuliah. Kemudian belajar di sebelah malam menuju ke dini hari.

Hasilnya FY menjadi antara pelajar terbaik kursus Banking di ITM ketika itu lantas dipilih untuk menyertai Diploma Analisa Pelaburan bersama 2 orang siswi yang lain memasuki tahun kedua pembelajaran di sana. Seperti biasalah keputusan itu memeranjatkan ramai baik rakan pelajar mahupun lecturer... Hawhawhaw...

Hebat belajar? Done!
Hebat bersukan? 
Hebat main game? 
Hebat main boling?
Hebat merempit?
Hebat tackle awek cun?

Tungguu...

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment