Followers

Thursday, February 2, 2017

EPISOD 19 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY


EPISOD 19 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

1994
Affin Bank

Balik USA FY memulakan kerjaya sebagai eksekutif di Affin Bank, Wisma SPK, Jalan Sultan Ismail. Eksekutif hebat pakai superbikelah katakan. Pada ketika itu di awal tahun 90an kalau ada superbike tu kira dasatlah.

Masalahnya ialah pandangan orang lain. Seorang eksekutif balik dari USA yang memiliki Superbike itu menjadi penyebab yang menyebabkan mereka menyangka FY anak orang kaya, berlagak lagi sombong.

Lagi tak tahan bila FY menunggang motor tersebut macam bawak RXZ jer. Mencilok di sana di sini. Kalau tak calang-calang mat rempit memang takkan dapat kalahkah FY.

Entah macamana pada satu hari terjadi perselisihan antara FY dengan salah seorang despatch clerk di Affin bernama Fadzil. Gurauan FY diambil serious. Maka satu Affinlah tak berpuas hati dan hendak membelasah FY. Sejak dari itu banyaklah mata-mata yang memandang serong pada FY.

Motor FY dijadikan mangsa. Setiap hari balik kerja banyaklah tanda tapak-tapak kaki pada motor FY itu. Motor besar FY itu menjadi tempat melempiaskan nafsu sarakah mereka. Adoiyai... Kasihanlah FY, FY anak Pak Gad jer susah payah nak dapatkan motor tuu...

Bayangkanlah lebih 50 orang mat despatch, office boy, kerani dan sebagainya nak pukul FY. Adakah FY takut?

Takkkk... 

FY tak takut pada mana-mana makhluk tapi hanya takut Allah Taala. Fuiyoo!!!

Tragedi 1...

Pada satu hari sedang FY merempit dengan bebudak TZM di Jalan Sultan Ismail FY sempat mengelak seorang motosikal yang ditunggang oleh seorang apek tua di depan Hard Rock malangnya budak TZM tersebut tak dapat mengelak lalu terjatuh dan motor TZM tersebut melayang mengenai seorang gadis yang sedang menunggu bas di situ. Untuk pengetahuan anda, gadis itu meninggal setelah 3 hari koma. FY sempat menziarahnya semasa dia koma di HKL. 

FY insaf... FY menyesal... Janganlah bawa motor laju-laju. Malang tak berbau...

Kisah itu menjadi buah mulut seluruh Affin Bank pada masa itu. Lagilah glamer jadinya FY. Glamer atas sebab yang salah.

Tragedi 2...

Salah seorang budak despatch eksiden melanggar lori di Rawang dan meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazahnya dibawa ke HKL. Mendengar berita itu FY pun pergi menziarah.

Ramai mat despatch dengan staf Affin berada di sana tapi bila Imam memanggil untuk membantu memandikan jenazah tiada siapa yang mahu ke depan. Anda masih ingat salah satu episod kenapa FY suka membantu orang lain. Kalau anda tak ingat anda boleh cari episod limau tergolek dalam Bas Sri Jaya 31 Mei 1988.

Maka FY lah yang ke depan dan membantu Imam memandikan jenazah tersebut. Mereka terkejut dengan tindakan FY itu. Seorang eksekutif management yang datang menghulurkan bantuan. Sedangkan semua Mat Despatch kaku tak bergerak. Takut kena badi kottt... Hawhawhaw... 

Dahlah tu FY seorang sahaja pihak Management Affin yang datang menziarah. 

Entah macamana di penghujung cerita bila mendapat tahu yang FY sebenarnya anak Pak Gad yang satu sekolah rendah dengan Fadzil. 

Mulai hari itu mereka semua make peace dengan FY.

Moral of the story - Janganlah bersangka buruk... Tak kenal maka tak cinta... Ambillah inisiatif untuk kenal dulu ye tak?

Sekian buat kali ini...

FY

PS - Buku itu FY tujukan teristimewa buat Allahyarham Mohamed Yusup bin Haji Jamal. Arwah bapa FY.

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment