Followers

Thursday, February 2, 2017

EPISOD 22 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 22 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Bapa FY seorang Pak Gad, Mak pula seorang surirumah yang kemudiannya bekerja di sebuah kedai dobi di Bangsar Park.

Sebenarnya seseorang anak yang hidup dalam keluarga yang mana ibubapanya kerja makan gaji jarang-jarang akan jadi seorang usahawan. Ini kerana ibubapanya pasti berpendapat yang makan gaji itu adalah kerjaya yang terbaik apabila anak itu membesar nanti.

Ingat lagi FY dahulu di tahun 80an, semua ibubapa menyuruh anaknya bekerja dalam sektor kerajaan. "Dapat pencen.." katanya. Menjelang 90an saranan itu berubah, para ibubapa menyarankan anak-anaknya untuk bekerja di bank kerana bonusnya yang besar. La ni disuruh jadi engineer, pilot, doktor, lawyer atau jadi tahfiz kepada ibubapa yang cenderung kepada ugama.

Tapi entah bagaimana FY cenderung kepada perniagaan. Mungkin disebabkan kerana tekanan kehidupan mahupun kerana anak FY yang memerlukan pembiayaan untuk pembedahan jantung berlubang atau mungkin juga atas sebab pendedahan awal berniaga di pasar malam seawal umur 15 tahun dan sebagainya telah menyebabkan kecenderungan berniaga itu bermula.

Antara perniagaan terawal yang FY mulakan ialah untuk membuka kelas tuisyen di Pandan Indah. semasa itu FY masih lagi bekerja sebagai dealer di Kenanga. Salah satu bilik Apartment yang FY tinggal itu dijadikan bilik tuisyen. Kemudian FY mengajak beberapa orang kawan antaranya Ramzie, Anis Zuhairi dan Azlin untuk membantu mengajar.

Kelihatan Ramzie sedang mengajar matapelalajaran Geografi dalam gambar yang FY lampirkan ini.

Modal kecil perniagaan pun cukup makan tapi ia adalah pengalaman yang amat berharga. Terus terang dari pengalaman yang kecil inilah lambat laun kita belajar dan ia menjadi besar. Apapun kita perlu mengambil inisiatif untuk memulakannya. 
Kebanyakan orang kita ni NATO. No Action Talk Only. Ingatlah Talk is cheap! Kita tak perlu bayar untuk bercakap. Jadi angkat punggung tu buat! Kasi gerak!

Bermula dengan pendapatan tambahan RM50 sebulan ia meningkat dan terus meningkat hingga melebihi RM100k sebulan. Peningkatan yang berlaku itu mengambil masa, memerlukan modal, memerlukan kegigihan, memerlukan ilmu dan pengalaman yang panjang...

Kegagalan dan mengalami kerugian itu perkara biasa... 
Buat pelbagai MLM...
gagal...
Kelas tuisyen...
gagal...
Berniaga plastik biodegradable... gagal...
Berniaga tissue culture anak benih pisang...
gagal...
Rugi melabur saham masa mkt crash...
perkara biasa!

Yang penting kita bangkit dari kegagalan dan bukannya terus berputus ada mahupun menyerah kalah!

Bak kata Robert Kiyosaki dalam 10 perniagaan yang kita mulakan 1 yang akan berjaya. 

Anda dah mulakan berapa perniagaan?

Kemudian la ni FY nampak ramai ibubapa yang menyuruh anaknya bekerja makan gaji selepas peperiksaan SPM. Biar depa belajar cari duit kata mereka. Kerja di McD, 7E, Pizza Hut, KFC dll. Bukankah lebih baik kalau kita ajarkan mereka ilmu perniagaan?

Tak tahu yer... Takper kalau nak ajarkan mereka ilmu saham, carilah anak Pak Gad ini. FY boleh bantu. InsyaAllah...

Bersama kisah ini FY sertakan sama video Jack Ma Billionair pengasas Ali Baba tu... Dulu dia ni guru Bahasa Inggeris jer. Kerja KFC pun tak layak.

Sekian dahulu nukilan kali ni...

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment