Followers

Saturday, February 11, 2017

EPISOD 25 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Image may contain: one or more people, hat and phone

EPISOD 25 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

1996 
Kenanga Investment Bank Berhad
Jalan Sultan Ismail

Masa mula-mula FY masuk bekerja di Kenanga keadaan agak begitu tertekan. Mungkin zaman 90 an begitu. Ini kerana banyak perkara yang masih belum berada di tempatnya.

Kebajikan pekerja masih berada di tahap yang rendah. Risiko kami sebagai dealer pula amat tinggi. Ini kerana sekiranya berlaku kesilapan yang membawa kepada kerugian maka kamilah yang akan dipertanggungjawabkan. Namun demikian sekiranya kesilapan itu membawa kepada keuntungan kami tidak dapat apa-apa darinya.

Banyak perkara yang tak kena pada pendapat FY pada masa itu, perkara-perkara yang boleh diperbaiki namun tak perlulah FY nyatakan di sini. (Kena saman lak nanti.. hawhawhaw..)

Surau buat pekerja muslim pula terletak di Basement juga berada dalam keadaan yang daif. Syt milik melayu tapi surau pun tak terbela.

Tak lama selepas itu FY dipilih untuk menjadi Setiausaha dalam AJK Surau.

FY cuba menjalankan usaha untuk menarik para pekerja untuk menubuhkan union seperti kesatuan pekerja National Union of Banking Employees untuk Bank tapi gagal kerana tak dapat majoriti sokongan yang diperlukan. Ini kerana ramai yang takut mata pencarian mereka terjejas.

Hurm... Tidak berputus asa FY mengambil keputusan untuk take matters in my own hand atau mengambil tindakan sendirian. FY bertindak dengan menghantar surat layang kepada lembaga pengarah Kenanga, surat yang meminta kalau tak silap 15 perkara dan salah satunya meminta surau yang baru sebagai ganti surau yang buruk itu.

Maka kecohlah satu Kenanga mencari siapakah gerangan yang menghantar surat layang. Satu pihak menyokong dan satu pihak lagi membangkang dan memarahi tindakan itu. Tapi pada masa itu FY diam jer tak mengaku FY yang hantar.

Nak tahu apa terjadi selepas itu?

Kebanyakan perkara yang FY minta itu dipenuhi dan kami mendapat surau yang amat cantik dan canggih di tingkat 13. Malah bila mereka menyuruh kami para AJK surau memilih carpet dan kami pilih yang paling mahal! Hawhawhaw...

Selepas itu juga pihak dealer tak lagi dipersalahkan kalau ada kesilapan yang tak disengajakan berdagang di Bursa Malaysia.

Dengan adanya surau yang cantik maka boleh dikatakan setiap hari sesi ceramah dan pelbagai aktiviti dapat dijalankan pada waktu rehat. Secara tak langsung ia membaiki kedudukan hati para pekerja di Kenanga dan merapatkan ukhwah antara kami.

Lama kelamaan mereka yang dahulunya membenci FY semua faham yang FY bukanlah mamat jahat lagi sombong yang melakukan sesuatu untuk mencari nama dan pangkat. Lama kelamaan mereka tahu yang FY buat semua ini tak lain kerana Allah Taala demi membantu ummah... Sob.. Sob...

Ahh... itu semua cerita lama, surau tu pun dah tak ada lagi sebab FY dah lama pindah dari HQ ke PJ pada tahun 2000 dahulu. La ni sejak PNB mengambil alih bangunan Kenanga International itu surau telah kembali ke Basement... Sebenarnya lagi bawah dari Basement la nie... Adoiyai...

Pada FY surau di mana-mana pejabat sekalipun mestilah di tempat yang mulia dan yang terbaik kerana sebagai seorang muslim, Allah Taala mestilah di tempat yang pertama. Selain itu secara tersiratnya aktiviti kerohanian yang dijalankan di surau tersebut pasti akan dapat memberi ketenangan dan menaupkan hati-hati para pekerja setempat.

Apapun itu semua berada dalam lipatan sejarah. La ni anak pak gad bernama FY ini dalam perjuangan yang lebih besar iaitu untuk berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan ekonomi ummah melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia! InsyaAllah.

Go! Go! Go! FY!

Sekian episod kali ini. Dititip dalam kapalterbang MAS menuju ke Kuching untuk seminar FZTH bersama FY hujung minggu ini.

Pelabur Sarawak! Mu tunggu FY datang!!!

FY

PS - Anak Pak Gad ni takut naik kapalterbang sebenarnya... 😨

PSS - Episod anak Pak Gad ini tidak bersiaran hujung minggu Sabtu dan Ahad. InsyaAllah kita sambung jam 9 malam hari Isnin nanti.

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment