Followers

Saturday, February 11, 2017

EPISOD 30 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Image may contain: 2 people, people standing

EPISOD 30 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

September 1992
FY dapat menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat.

Berita itu menyedihkan Sara Jasmin. Tapi apakan daya diberi pilihan antara Sara dan pelajaran FY terpaksa memilih pelajaran kerana pada waktu itu kerana FY rasa itu lebih penting demi menjamin masa depan kami kelak... Ia pastinya satu keputusan yang amat berat untuk diambil. FY terpaksa meninggalkan Sara begitu jauh antara benua.

Sebagai tanda FY menyarungkan sebentuk cincin emas di jari manis Sara Jasmin...

Selamat tinggal srikandi ..... (isi tempat kosong... Hawhawhaw)

1993
Sara Jasmin pula menyambung pengajiannya ke United Kingdom

Perhubungan kami berjalan melalui surat dan panggilan telefon namun demikian lama kelamaan Sara semakin menyepi... FY pula berbintang Taurus merupakan seorang insan yang setia dalam perhubungan...

Setelah sekian lama akhirnya FY mendapat sepucuk surat dari Sara yang mengatakan hubungan kami tidak mendapat restu dari keluarganya...

Keluarganya berkata yang FY tak layak bersama Sara dan pelbagai kata-kata yang lain lagi dan yang paling menyedihkan ungkapan yang FY datang dari keturunan yang tak baik merupakan tamparan yang hebat kepada maruah anak seorang pak gad. Mereka juga mahu berniat untuk mengahwinkan Sara dengan orang yang berada yang setaraf mereka...

Atas sebab itu FY nekad mengambil keputusan mengundur diri demi mempertahankan maruah keluarga genap 5 tahun perhubungan itu berlangsung... 

Ye! FY anak Pak Gad tapi FY juga manusia yang ada hati dan perasaan... Ada maruah diri dan keluarga untuk dipertahankan!

Hakikatnya FY tahu yang Sara amat kecewa dengan tindakan keluarganya tapi dia tiada pilihan lain kecuali akur... 

Ini kerana setahun selepas itu tatkala bertemu kali pertama bilamana kedua-dua kami telah kembali ke Malaysia, Sara mengatakan yang tak mahu mempedulikan pilihan keluarganya dan ingin kembali bersama FY, tapi entah kenapa hati FY sudah tertutup dengan seribu lapisan pintu besi! Segalanya tawar dan hambar... Ungkapan kata-kata nista dan bisa dulu sering terngiang-ngiang dalam benak FY...

Pada FY biarlah kami mengambil haluan hidup masing-masing...

Kisah Sara Jasmin berakhir di sini...

Apapun FY redha dengan susunan Allah Taala ini dan FY yakin yang ketentuan Allah adalah yang terbaik. Andai jodoh ini panjang pasti ia akan bertaup dan dapat bertahan selamanya... Dalam hal ini nampaknya tiada jodoh diantara kami...

Agaknya kalau FY kahwin dengan Sara, FY kena jadi Hang Kebun lak nanti... Niaya jer... Hawhawhaw...

#################

Last yang FY dengar Sara Jasmin telah berkahwin dengan salah seorang orang besar politik di negara ini dan secara langsung mendapat gelaran Datin Sara Jasmin sesuai dengan kemahuan keluarganya...

Atas sebab inilah FY tak dapat melampirkan gambarnya dalam cerita ini... Kang kena saman pulak FY... Hawhawhaw...

Maka dengan episod ini berakhirlah kisah Sara Jasmin bersama Anak Pak Gad bernama FY.

InsyaAllah kita sambung dalam episod yang lain pula...

FY

PS - Gambar hiasan adalah gambar F bersama Y si Pak Gad, bapa FY sejurus sebelum berlepas ke Amerika dahulu...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment