Followers

Wednesday, February 22, 2017

EPISOD 34 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 34 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Dulu masa kecik-kecik di sekolah rendah FY adalah beberapa orang kawan kawan yang mana bapa mereka merupakan orang-orang yang senang. FY pula anak Pak Gad.

Jadi di sini bermulalah peer pressure di antara kawan-kawan. persaingan demi persaingan hinggalah membawa ke zaman dewasa.

Zaman Nintendo, mereka punya game boy dan permainan Nintendo, FY tengok ajer. Padahal game tu hanya menggerakkan monyet untuk tangkap pisang jer... Hawhawhaw...

Zaman basikal BMX, mereka punya BMX yang canggih, ringan, warna chrome,  FY dapat juga beli BMX second hand di hujung-hujung zaman tu...

Zaman motosikal, mereka punya motosikal RXZ atau Kawasaki KIPs yang baru, FY ada motor jugak! Motor kapcai lampu bulat.

Zaman kereta, mereka punya kereta proton Wira baru, FY masih punya motor kapcai lampu bulat lagi.

Kekadang nampak kawan-kawan bawak kereta remote control, kapalterbang remote control, basikal 2 seat, kamera, handphone canggih, barang branded dan sebagainya FY tengok jer. 

Nak minta kat ibubapa FY pun tak sampai hati sebab tahu mereka susah. Kekadang terus terang terkilan jugak tengok diorang senang-senang je dapat benda yang diorang nak. Untung betul lahir dalam keluarga yang berada.

Tapi walaupun kalah dalam aspek materialistik FY selalu sahaja boleh menang kat tempat lain. Bab belajar FY selalunya lebih baik. Bab merempit walaupun mereka punya motor yang canggih tapi mereka akan suruh FY pandu bila masa berlumba. Bab main game, bola, boling dan bab mengurat awek, bagi pada FY! Hawhawhaw...

Apa sebenarnya kisah FY kali ni yer? Kisahnya ialah bila dah besar dan mampu apa lagi! Semua benda yang tak dapat dulu tu semua FY beli! Konon nak beli untuk anak tapi sebenarnya bapak dia yang nak balas dendam... Hawhawhaw...

Apapun alasannya ialah FY taknaklah anak-anak FY rasa yang FY rasa tu... (Jangan tiru macam FY! FY hanya merosakkan anak-anak jer!)

Tapi apa jadi kesudahannya? Bapa kaya tak semestinya anaknya akan kaya juga atau lebih kaya. Bapa miskin tak semestinya anaknya miskin jugak. Sebenarnya semua variasi ada. Bapa kaya anak lagi kaya pun ada, bapa miskin anak lebih miskin pun ada.

Yang penting ialah diri kita sendiri untuk sedar dan bawa perubahan. Takkanlah sejak berpuluh tahun dulu susah sampai sekarang pun susah? Banyak masa berlalu yang boleh kita gunakan untuk bawa perubahan. Ye tak?

Pada FY kalau kita dilahirkan susah, keadaan ini boleh dijadikan motivasi untuk kita bangkit. Kalau FY lahir dalam keluarga senang lain jadinya agaknya. 

Tak kesahlah! Apa yang penting ialah memastikan kalau umur panjang, hari esok lagi baik dari hari ini.

FY

PS - Siang tadi FY beli basikal 3 seats pulak! Sebagai hadiah kepada anak FY yang dapat UPKK 8A semalam.

PSS - Pelik pulak nampak FY yang dah tua lagi boroi ni naik basikal BMX nak buat wheelie dan Wikang... Hawhawhaw...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment