Followers

Wednesday, February 22, 2017

EPISOD 35 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 35 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

FY rasa kisah anak Pak Gad ini sudah nak sampai ke penghujungnya... FY pun dah tak ada idea nak tulis apa lagi... Hawhawhaw... Yelah ada cerita yang boleh diceritakan tapi ada juga yang tak boleh diceritakan...

Kang sambung kisah cinta, ada pulak yang kecil hati... Kang cerita pasal orang lain... buat dosa kering pulak... Takperlah mungkin minggu depan merupakan minggu terakhir kisah anak Pak Gad ini. Semoga sedikit sebanyak ia membawa manfaat kepada anda andai kisah ini dijodohkan Allah kepada anda sepanjang ia bersiaran...

1985
Tingkatan 3 - Hujung tahun.
Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad.

Satu hari sebelum cuti sekolah alhir tahun adalah satu ceramah ugama di sekolah Sultan Abdul Samad itu, jadi FY pun pergilah nak dengar apa pengisian ustaz yang dijemput khas pada hari itu.

FY tak ingat ustaz itu datang dari mana FY pun tak ingat siapa namanya tapi cerita dia hari itu ialah pasal hari kiamat. Dia kata hari keramat menurut kiraannya akan berlaku tahun depan iaitu pada tahun 1986! Alamakkk!

Maka diceritakanlah mengenai berbagai sebab musabab dan pengisian mengapa dia berkata demikian. Menurutnya manusia pada ketika itu telah banyak melakukan kerosakan dan kemusnahan, banyak petanda kiamat dah kelihatan, perempuan jadi lelaki, lelaki jadi perempuan, nisbah perempuan makin ramai, akan berlakunya perang dunia ketiga dan banyak lagi pengisian-pengisian lain yang menjurus kepada hari kiamat itu. Katanya menurut kajian ahli astronomi, Komet Haley akan jatuh ke Bumi tahun depan lantas menjadi punca bermulanya Hari Kiamat!

Umur anak Pak Gad bernama FY tu 15 tahun pada masa tu. Punyalah percaya kata Ustaz tersebut dan balik-balik terus ketakutan yang amat sangat. Tiba-tiba dunia yang terang benderang pun yang penuh warna warni ini menjadi mendung menjadi gelap gelita menjadi hitam putih...

FY takut mati, takut hari kiamat, takut masuk neraka, takut itu dan takut ini akhirnya selama cuti sekolah itu FY duduk memerap dan memencilkan diri di dalam bilik... Hidup dalam kegelapan dan ketakutan yang teramat sangat.

Jadi FY banyaklah menghabiskan masa berzikir dan beribadah, cukup waktu terus menunaikan solat tanpa berlengah lagi... Tidur tak lena, makan tak kenyang, malam malam mimpi hari kiamat, dan terjaga secara tiba-tiba dini hari dalam ketakutan bersama peluh jantan yang berjurai... Adoiyaiii...

Agaknya ibu FY perasan perubahan yang mendadak yang terjadi kepada anaknya ini. Yelah mana taknya kalau ikut teori mosaic tiba-tiba je FY solat awal waktu, pergi surau, jadi baik kenapa lak tuuu...

Lebih kurang 2 bulan berlalu dengan keadaan yang begitu... FY pun tak keluar pergi mana-mana. Asyik memerap kat rumah. Ada kemendungan pada penglihatan.

Tahu apa dia buat?

Dia bagi duit beberapa ringgit dan suruh FY pergi ke bandar Kuala Lumpur dan dia suruh FY tengok orang lain.

FY dengan berat hati akur. Naik bas Sri Jaya. Dari Kampung Awal menapak ke Kampung Kerinchi ambik bas ke KL. Sambil tu pandangan memerhatikan keliling...

Perhati, perhati dan terus perhati. Sampai Bas Stand Kelang jalan kaki dari situ lalu Central Market, Lebuh Ampang ke ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perhati dan terus perhati. Kenapa ibu FY suruh tengok gelagat orang yer?

FY meneruskan perjalanan longlai menuju ke Pertama Kompleks dan  seterusnya ke Batu Road Supermarket dan Hankyu Jaya. Berjalan di belakang Hankyu Jaya ada Lorong Haji Taib... FY nak sambung jalan ke Yaohan... Hurm... orang lama pasti kenal Lorong Haji Taib tu. Perhati lagi.

Hurmmm... Akhirnya FY faham! Kalau berlaku hari kiamat semua orang akan mati. Jadi dari pemerhatian mata kasar FY lagi ramai yang nampaknya lagi buruk pelakuannya dari FY. Lagi banyak maksiat yang dilakukan dibandingkan budak remaja umur 15 tahun ini...

Jadi, secara tak langsung ia menyembuhkan FY dari dibelenggu ketakutan hari Kiamat... Pandai ibu FY tu... Dia faham akan keadaan anaknya itu.

Lepas dari itu sepanjang hidup FY ada jugak dua tiga kali lagi si Ustaz lain pula menceritakan perihal bila kiamat akan berlaku tapi FY dah okay... Redha ajalah... Ia akan lambat laun berlaku juga... Apapun ia salah satu rahsia Allah Taala.

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment