Followers

Wednesday, February 22, 2017

EPISOD 36 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 36 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod berkawan biar ramai...
Berkasih biar satu...

Sepanjang kehidupan kita jumpa dengan ramai orang kawan mahu lawan atau tetapi sebaiknya pada FY buat baik sudah kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.

Dulu masa belajar di sekolah rendah FY seorang kawan namanya Zainal. Alah kawan yang FY pinjam motor masa pergi temuduga di MARA dulu...

35 tahun berlalu sekarang beliau seorang manager bank. Maka senanglah sikit urusan pembankan FY tu...

Dulu masa sekolah menengah FY ada kawan namanya Hishamudin Ahmad... FY panggil dia Zico sebab dia memang handal mengentel bolasepak.

30 tahun berlalu sekarang dia dah buka homestay di Alai, Melaka. Nama Homestaynya D'Alai juga. tadi senanglah kalau FY nak bercuti di Melaka. Calling calling jer...

Dulu masa FY di ITM FY ada kawan namanya Zulkefli Ismail. Kawan yang bila jumpa Sara Jasmin dia kelu lidah tu... Abangnya doktor, doktor Rafee Ismail namanya... Ibu mereka ibu angkat FY...

25 tahun berlalu, la ni Dr. Rafee ini dah jadi macam family doctor FY. Kalau ada apa-apa hal mengenai penyakit dan sebagainya. Calling-calling jer... Takpun FY boleh call kawan doktor yang lain contohnya Dr Azam MN dan Dr Norida.

Dulu semasa belajar di USA FY ada kawan satu bilik yang bernama Isham bin Ishak. Kami belajar di Fakulti yang sama.

20 tahun berlalu sekarang beliau bukan lagi Isham Ishak tetapi beliau adalah Datuk Isham Ishak yang merupakan salah seorang orang besar di MITI. Jadi senanglah nak suruh dia belanja makan... hawhawhaw...

Dulu semasa di Kenanga FY ada seorang kawan namanya Anis Zuhairi. Kami sama-sama Dealer's Representative pada ketika itu.

15 tanun berlalu, sekarang dia bermastautin di UK. jadi senanglah nanti kalau FY nak ke UK.

Sebenarnya FY ada ramai kawan di sana dan di sini... Kawan Insuran ada, kawan Unit trust ada,  kawan cikgu ada, kawan engineer ada, kawan lawyer ada, kawan business ada, kawan mekanik ada, kawan tonto tarik kereta ada, kawan gangster pun ada... Alamakk... Macam-macam kawan ada...

Seorang lagi kawan baik FY di sekolah menengah tu namanya Yim Heng Fatt. Mamat ni pulak kaki lari... dok berlari je kerjanya. Boleh kata semua tournament marathon dan ultra disertainya... Kekadang anda boleh nampak dia dalam suratkhabar berlari sambil pakai kain pelikat. 

Jadi kehadiran mereka-mereka ini banyak memudahkan kehidupan FY untuk melakukan itu ini...

Sebenarnya moral dalam episod ini mudah sahaja... Kita buat baik sahaja dengan sesiapa juga yang kita jumpa, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia tak siapa tahu. Satu hari nanti mereka mungkin boleh membantu kita... Atau mungkin kita boleh membantu mereka.

FY

PS - Ramai jugak kawan FY yang dah dapat Dato', FY kena tunggu dapat cuculah baru dapat gelaran Datuk agaknya... Jadilah... Hawhawhaw...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment