Followers

Wednesday, February 22, 2017

EPISOD 37 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 37 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Kisah bercakap dengan Jin.

Tak ingat tahun bila.

Pada suatu hari FY pergi bawa ibu berubat dengan ustaz Sarhan ustaz yang juga dikenali sebagai pusat jin di USJ, Subang Jaya.

FY pun pergilah naik ke dalam pejabat tingkat dua rumah kedai tersebut. Di situ terdapat ramai orang yang datang berubat, mereka yang terkena gangguan jin atau makhluk halus datang berubat di sini.

Semasa ustaz mengubatkan para pesakit yang ada di situ, ada yang menjerit jerit kesakitan, marah dengan suara yang garau dan sebagainya. FY pun sebagai seorang yang kononnya lelaki yang macho pergilah mengendap nak tengok apa yang terjadi. Pada ketika itu FY confident jer macam tak ada apa-apa yang akan berlaku pada FY.

Balik rumah macam biasa tapi sejak malam tu FY mula mimpi yang bukan-bukan, mimpi yang ngeri dan menakutkan...

Mimpi kena kejar dengan anjing hitam, mimpi ada gangster datang nak bunuh FY, mimpi hantu pontianak bermata merah dengan rambut mengerbang dan macam-macam lagi. Nak tidur pun susah, setiap malam nak terlelap je pasti ada gangguan. 

Bila keluar tak boleh pergi ke tempat yang ada aircond kalau aircond sejuknya sampai ke tulang belulang. Mandi air sejuk pun sama. Adoiyai...

Nampak kelibat lembaga hitam berkeliaran di dalam rumah sana sini. Dah seminggu berlalu masih sama.

Adoiyai. Wakenabeb ni... Ada jin ikut balik dan menyinggah agaknya.

FY mengambil tindakan untuk mengatasinya...

Pertama FY pernah dengar yang makhluk halus ini dia takutkan sunnah Rasullullah. FY pernah terbaca kisah duit seluruh orang kampung kena curi dek toyol kecuali seorang. Yang tak kena curi tu sebab dia ikut Sunnah Nabi SAW simpan duit dalam uncang. 

Jadi mulai saat itu FY pakai baju putih, jubah putih, paku kopiah kat kepala, solat jemaah, solat awal waktu, mengaji, berzikir sepanjang masa dan lain-lain lagi ikut sunnah Nabi SAW.

Kemudian FY menjaga kebersihan setiap masa dan kalau berpeluh walau sedikitpun FY akan mandi dan bersihkan diri.

Badan jadi panas, gangguan masih ada tapi FY teruskan usaha ini semakin kerap sepanjang masa.

FY tahu yang gangguan ini bertujuan untuk menjauhkan FY dengan Allah dan sebaliknya sekiranya gangguan ini mendekatkan dan merapatkan lagi FY dengan Allah maka FY yakin ia akan pergi meninggalkan FY... 

Secara logiknya apa gunanya ia ganggu FY kalau FY semakin dekat dengan Allah Taala. Ye tak? Lagipun ia juga makhluk Allah... Lagipun FY makhluk manusia yang lebih mulia, lebih tinggi darjatnya... Lagipun FY hanya takutkan Allah dan bukan makhluk lain yang tak boleh beri manfaat mahupun mudarat tanpa izin Allah...

Maka benarlah selepas 3 minggu tanpa FY sedari semuanya kembali menjadi normal... Alhamdulillah...

Semua mimpi, kelibat dan sejuk sampai ke tulang sum-sum itu berakhir...

Tulah FY, lain kali jangan nak berlagak lagi...

FY...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment