Followers

Friday, September 8, 2017

EPISOD 39 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 39 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Kisah anak Pak Gad ini akan FY tutup episod hariannya besok. Selepas itu mungkin FY akan tulis episod-episod yang seterusnya seminggu sekali kalau berkesempatan. InsyaAllah.

Alhamdulillah semenjak menjadi seorang Remisier FY punya banyak masa di rumah selain dapat bekerja secara online FY juga dapat meluangkan masa bersama keluarga serta melihat anak-anak FY yang 6 orang itu membesar. 

Kalau dahulu bapa FY seorang Pak Gad, ibu FY pula seorang surirumah jadi mereka tidak memberikan garispanduan akan apa yang perlu FY buat bila besar nanti. Mereka menyerahkannya bulat-bulat kepada FY.

Bila FY kaji kebanyakan ibubapa dewasa ini selepas anaknya SPM mereka pasti akan suruh anaknya itu mengambil lesen kereta dan bekerja sambilan di restoran makanan segera.

FY punya dua orang anak yang telahpun lepas SPM. Seorang mengambil diploma jurusan elektronik dan seorang lagi masih keliru akan hala tuju hidupnya sedangkan dia mengambil jurusan Mechanical Engineering di Sekolah Menengah Teknik.

Katanya dia tidak mahu meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan. FY pulak berada dalam dilema memikirkannya sebab permohonan UPU perlu diisi.

Dalam hal ini kadangkala kita berada dalam dilema samaada untuk mengejar Passion vs Kerjaya.

Kalau passion kita tidak dapat memberi pendapatan yang mencukupi apakah gunanya kita mengejar passion tersebut? Bermain muzik, menjadi ahli sukan, menulis, melukis, menyanyi dan menari mungkin kita boleh letak ke tepi sebagai kerjaya yang kedua.

Kerjaya yang pertama hendaklah kerjaya yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan.

Cuba tanya soalan ini, apakah kerjaya yang boleh yang membolehkan kita menjadi jutawan negara ini. Dan di dalam Hairaki kerjaya tersebut siapakah jutawan yang dikenali dalam bidang itu.

Kalau kita bekerja swasta di mana-mana sekalipun, 30 tahun pun belum tentu kita dapat jadi jutawan apatah lagi kalau kita kerja gomen. Katalah sekarang ini kita seorang eksekutif di sebuah bank adakah dalam masa 20 tahun kita akan menjadi CEO bank tersebut? Mungkin tidak! Kalau dapat jadi Manager pun dah cukup baik.

Masa itu emas, kenapa kita gunakan masa di tempat yang membawa pulangan yang kecil sedangkan pada masa yang sama orang lain boleh membawa pulangan yang jauh lebih besar dengan penggunaan masa yang sama?

Kita tiada pilihan? Siapa cakap kita tiada pilihan kerana hakikatnya pilihan berada di tangan kita sendiri.

Jadi dalam hal ini pastilah perniagaan menjadi jawapannya. Kalau takpun kita jadi agen insurans, agen marketing, agen saham amanah, agen saham aka remisier, agen hartanah dan sebagainya yang boleh mendapat komisyen hingga jutaan ringgit.

Apa passion anak FY? Entahlah apa yang FY nampak mereka asyik menghabiskan masa menonton filem Korea! Adoiyaiii...

Jadi apa tindakan FY? Pertamanya bila cukup 18 selain mengambil lesen kereta kesemua mereka mesti membuka akaun CDS dan mulakan pelaburan saham.

Keduanya pasti FY akan suruh mereka belajar dalam bidang Perniagaan, Kewangan dan Pelaburan. sebab mereka ada Sifu saham yang dia boleh belajar secara direct di dalam rumah. Hawhawhaw...

Lagipun negara ini adalah negara yang tergolong dalam negara yang dipanggil emerging market. masih banyak ruang dan peluang perniagaan mahupun ruang pelaburan yang ada di masa-masa yang mendatang, itu FY yakin. Orang kitapun baru sahaja nak berjinak-jinak dalam aspek pelaburan ini.

Kalau anak-anak FY tu nak mengejar kecenderungan atau passion yang ada dalam diri diorang, itu perkara kedua.

Dewasa ini di dalam kelas dan seminar FY ada juga ibubapa yang membawa anak-anaknya lepasan SPM belajar melabur saham dengan FY dan itu pastinya merupakan satu perkembangan yang baik dan jelas menunjukkan yang ibu bapa mereka adalah orang-orang yang mempunyai visi dan misi tentang masa depan anak mereka.

Anda nak anak anda mula melabur saham? Datanglah jumpa FY, InsyaAllah FY akan bantu.

FY

PS - Passion FY sebenarnya ialah menulis...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

No comments:

Post a Comment