Followers

Wednesday, April 24, 2019

BAB 11 - MAN REMPIT 2 KARYA FAIZAL YUSUP


BAB 11

“Aku bukanlah superman.. Aku juga bisa nangis...” Bunyi ringtone telefon bimbit Azman yang diletakkan di tepi meja katil bujangnya membingitkan suasana malam yang sunyi itu. Azman terjaga dari tidurnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 2.35 pagi. Azman mencapai telefonnya itu.

“Sara...” bisiknya bila ternampak paparan panel telefon yang tertera perkataan Sayang di mukanya.

“Sara. Kenapa Sara? Sara okay?”

“Sara tak dapat tidurlah bang.”

“Kenapa...”

“Tak tahulah... I guess I need to talk to someone.”

“Ceritalah. Abang dengar.” Azman bangkit lalu menyandarkan badannya di kepala katil sambil melunjurkan kakinya. Dia risau mendengarkan keadaan Sara. Dia yakin pasti ada yang tak kena memandangkan Sara menghubunginya pagi-pagi buta begini.

“Sara minta maaf sebab Sara sebenarnya tak tahu apa yang Zafrul nak buat. Dia hanya jemput Sara katanya untuk majlis menyambutnya pulang tapi lain pulak agendanya. Kemudian Tan Sri Samad dan Isterinya juga datang. Muka Tan Sri Samad mengingatkan Sara pada kisah lama. Serba salah Sara dibuatnya. Takut pun ada.”

“Tapi Abang nampak Sara pakai baju sama warnanya dengan Zafrul macam dah janji je.”

“Tak! Itu satu kebetulan atau mungkin juga tidak.. Dia ada tanya Sara nak pakai baju apa ke dinner tu dan Sara yang beritahu dia Sara nak pakai gaun hijau tu.”

“Oh...”

Sebenarnya Sara nak beritahu abang yang entah kenapa Sara dapat rasakan kehadiran Abang dekat kelab tu tadi. Tapi puas Sara cari tapi tak nampak sampailah masa abang balik tadi.

“Hem.. Maafkanlah abang kalau abang mengganggu Sara. Zafrul yang jemput abang hari tu.” Jelas Azman akan kehadirannya itu.

“Tak mengapa. Sara dapat rasa kehadiran abang di hati Sara tapi Sara tak dapat merasakan kehadiran Zafrul. Semua ini memeningkan kepala.”

“Oh. Abang ingat Sara dah buat keputusan yang muktamad untuk memilih Zafrul.”

“Taklah bang. Sara masih lagi perlukan masa untuk buat pertimbangan. Sara yakin masa akan menentukan nanti. Maksud Sara, Allah akan menentukan nanti. Itu Sara percaya. Kita kena tunggu dan sabar.”

“Baiklah. Ia terpulang pada Sara. Apapun keputusan Sara abang redha dan pasrah.”

“Terima kasih kerana memahami bang. Terima kasih juga sebab sanggup melayan kerenah Sara pagi-pagi begini.”

“Tak ada hal Sara. Terima kasih kerana telefon dan bagitahu yang abang masih ada peluang.”

“Hem... Oh ya! Sara tengah pakai telefon yang abang bagi tu. Inilah kali pertama Sara pakai khas untuk telefon abang. Terima kasih bagi hadiah ni ya. Sara tahu abang menyusahkan diri untuk belikan handphone ni untuk Sara...”

“Sama-sama. Tak apalah kalau abang susah sikit untuk Sara. Kasih sayang perlukan pengorbanan Sara dan apalah sangat pengorbanan abang kalau dibandingkan dengan pengorbanan Sara pada abang.”

“Tak kesahlah tu bang. Yang penting kita ikhlas dalam pemberian kita tu tak kira kecil mahupun besar. Okaylah bang. Sara dah mula rasa mengantuk ni. Nak tidur dah. Terima kasih sebab melayan Sara yang tak betul ni.”

“Okay. Sara jaga diri baik-baik.”

“Okay. Good night bang. Take good care. Bye.”

Talian diputuskan namun Azman masih lagi terpaku sambil memegang telefon bimbitnya. Pada saat itu barulah Azman percaya masih ada rongga ruang dan peluang untuk dia kembali memenangi hati Sara. Betul kata Lord. Aku kena fight. Akan aku rungkaikan semua permasalahan yang berselirat ini satu persatu. Tekad hatinya.

XXXXXX

Lord dan Azman melangkah bergandingan menuju ke gerai mamak kegemaran mereka di Jalan Telawi itu. Mereka baru sahaja tiba. Yang pastinya mamak itu gembira menerima kehadiran mereka saban hari. Mana taknya kalau dikira duit yang dibelanjakan mereka di situ sudah mencecah beribu ringgit.

Jadi ke kau nak sahut cabaran Zafrul tu Man?” Tanya Eddy yang telah lama berada di situ.

“Kalau sahut pun. Nak sahut dengan apa? Takkan lah cukup nak lumba dengan 125Z aku ni? Kalau dia berani pakai motor kecillah.”

“Kau jawab aje lah. Kau nak sahut cabaran dia ke tak nak? Itu je. Bukan susah sangat nak jawab soalan tu.” Lord seakan geram dengan jawapan Azman yang seakan acuh tak acuh.

“Terus terang Lord, aku dah fikirkan masak-masak. Walaupun aku dah berjanji untuk tidak berlumba lagi. Tapi aku rasa kali ni aku kena fight untuk dapatkan Sara kembali. Sara dah banyak berkorban untuk aku, jadi aku rasa aku kena balas segala pengorbanannya itu.” Ujar Azman berkobar-kobar. Akhirnya dia mengatakan hasrat sebenar di hatinya.

“Aku ada kawan yang ada pakai Ninja ZXR600. Aku rasa tak cukup untuk fight motor Kawasaki 1000cc tu. Kalau kau nak nanti aku tanyakan.” Eddy sebenarnya gembira dengan keputusan Azman dan dia cuba membantu. Dalam hatinya dia mahu Azman mengalahkan Zafrul yang berlagak sombong itu.

“Hem. Boleh jugak. Kalau dia benarkan.”

“Boleh ke Man? Kau tak biasa bawak motor besar begitu...” Tanya Bad pula cuak dengan keputusan Azman itu.

“Manjoe ni aku rasa semua motor dia boleh bawak. Aku tengok dia ni berbakat.” Ujar Shidee.

“Bakat apa? Bakat gubah bunga?” Senda Bad.

“Tunggu. Biar aku call dia kejap.” Eddy terus sahaja menelefon kawan yang dimaksudkannya itu. Setelah bercakap beberapa ketika rupanya berubah. Airmukanya luntur. Dia meletakkan telefon. Dari tona suara dan riak wajahnya mereka dapat mengagak yang jawapannya bakal mendukacitakan.

“Sorilah Manjoe. Lampu merah. Line tak clearlah.”

“Tak apalah. Terima kasihlah Eddy. Paling tidakpun kau dah cuba.”

“Rilekslah. Nanti aku cuba setelkan perkara ni. Jangan risaulah.” Lord yang dari tadi membatu memberikan jaminannya.

“Kau nak beli motor besar ke Lord. Cayalah.” Serkap Eddy.

        “Tak adalah. Kalau aku kata aku setelkan aku setelkanlah nanti. Tungguuuu.” Jaminan itu diperkukuhkannya.

Lord bangkit dari tempat duduknya menuju ke meja sebelah untuk mengambil tisu. Baru sahaja dia mahu kembali melabuhkan punggungnya pada bangku berwarna merah itu telefonnya berbunyi. Azizul berada di hujung talian itu. Panggilan yang sekian lama ditunggu. Lord menunjukkan paparan nama Azizul itu pada Azman. Azman mengangguk faham. Lord kemudian bangkit meninggalkan tempat itu. Langkahnya menuju ke arah motor Yamaha RXZ putihnya sambil berbual-bual melalui telefon bimbitnya itu.

Dari tempat duduknya Azman memerhatikan setiap gerak geri Lord. Riak wajah Lord yang berubah kemerah-merahan itu begitu jelas kelihatan. Azman tahu ada sesuatu yang tak kena. Lord memasukan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya lantas bergegas ke arah mereka.

Tak semena-mena tanpa banyak soal dia melenting dan menerajang Khairul tepat ke mukanya. Khairul tergolek jatuh ke tanah. Kemudian terus sahaja dia menyerang, menendang dan menumbuk Khairul. Serangan hendap itu menyebabkan Khairul tidak bersedia untuk bertindakbalas.

Belum sempat Lord menendangnya sekali lagi Zainal bangkit menghalangnya.

“Kenapa ni Lord? Tiba-tiba naik darah. Tak angin tak ribut.”

“Nama lu Khairul Anuar kan? Lu informer untuk Zafrulkan. Baik lu jawab sebelum gigi lu bersepah kat sini!”

“Kau biar betul Khairul?” Tanya Zainal mahukan kepastian.

“Sori bang! Sori! Darah yang tersembur dari mulutnya dikesatnya.”

“Apa cerita Lord?” Tanya Azman pula.

“Dia ni rupanya yang bersekongkol dengan Zafrul. Patutlah Zafrul tahu setiap gerak geri kita Man.

“Kurang ajar kau ni kan! Datang tempat orang ini kerja kau rupanya.” Zainal menarik kolar baju Khairul yang terpercik darah itu. Penumbuknya sulongnya hinggap di pipi kiri Khairul. Khairul jatuh lagi. Geramnya bukan kepalang kerana dia yang membawa dan memperkenalkan Khairul. Eddy, Shidee dan yang lainnya turut mengerumuni Khairul. Shidee menarik telinga Khairul menyuruhnya bangkit. Eddy mencekak lehernya.

“Eii! Geram aku dengan kau ni! Aku pandang kau ni kejap kecik, kejap besar, kejap kecik, kejap besar.” Eddy melatah.

“Saya minta maaf bang. Dia bayar saya bang.”

“Oh! Duit punya pasal kau sanggup buat semua ni ye.”

“Aku rasa tak balik kau ni hari ni.” Ujar Eddy geram.

“Pau aje dia Eddy” Saran Shidee.

“Ish! Dahlah korang ni. Janganlah jadi gangster pulak.” Kata Ayu. Orang ramai yang berada berdekatan hanya memandang tidak berbuat apa-apa. Mereka tak mahu masuk campur perbalahan yang berlaku itu.

“Kita nak buat apa dengan dia ni Manjoe?”

“Bawak masuk ladang kelapa sawit je.” Jawab Azman mengertak bertujuan untuk menakutkan Khairul.

“Nanti! Aku ada satu idea.” Saran Lord.

“Woi budak! Wa nak lu call Sara dan ceritakan semua yang lu tahu pasal Zafrul. Sekarang jugak. Kalau dulu lu jadi informer Zafrul sekarang lu jadi informer kitorang pulak. Tapi free of charge! Kalau kau bekerjasama kau selamat. Kalau tak niaya kau nanti.” Lord memberi amaran.

Lord mengeluarkan handphone Khairul dari poket seluarnya. Dia meminta nombor telefon Sara dari Azman. Nombor itu kemudiannya didailnya.

“Korang semua diam. Syyyhh... Perintah Lord.” Dia tak mahu Sara tahu mereka berada di situ.

“Hello Sara.” Suara Khairul terketar-ketar keluarnya sebaik Sara mengangkat talian di hujung sana.

“Hello, siapa ni?” Sahut Sara.

“Ini Anuar. Khairul Anuar. Kawan Zafrul. Kita jumpa kat karaoke hari tu...”

“Oh! Anuar! Ada apa ye?” Tanya Sara.

“Saya nak cerita sikit pasal Zafrul...” Jawab Khairul. Khairul Anuar menceritakan pada Sara akan perihal Zafrul. Cerita yang sebenar-benarnya.

Azman puas hati. Paling tidakpun dua perkara telah dapat diungkai. Pertamanya rahsia infromer Zafrul telahpun dapat didedahkan dan sama ada Sara percaya pada Khairul atau tidak itu perkara kedua. Seterusnya Lord telah berjanji untuk menyelesaikan masalah motorsikal yang akan digunakan untuk berlumba dengan Zafrul nanti. Azman yakin pada Lord akan mengotakan janjinya itu seperti selalu. Dia tak tahu dari mana Lord akan mendapatkan motor tersebut tetapi dia tahu Lord ada caranya.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment