Followers

Wednesday, April 24, 2019

BAB 12 - MAN REMPIT 2 KARYA FAIZAL YUSUP

BAB 12

Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 malam. Zafrul berjanji untuk membawa Sara keluar makan dan berhibur. Satu keadaan yang berbeza kalau dibandingkan dengan Azman. Malam itu Sara siap memakai solekan yang agak tebal di muka, mengenakan pakaian yang agak terdedah untuk mengambil hati Zafrul. Cuma rambut dan anak matanya sahaja yang belum bertukar warnanya.

Panggilan telefon dari Anuar tadi masih menerawang dalam fikirannya. Mungkinkah Anuar menipu atau dipaksa menipu oleh kawan-kawan Azman menjadi isu yang sedang rancak bermain di dalam kotak fikirannya.

Bunyi kereta sport yang melencong masuk ke dalam kawasan taman perumahannya jelas kedengaran di malam-malam sunyi begini. Alangkah terkejutnya Sara meihat kereta yang dipandu Zafrul adalah sebuah kereta yang sangat dikenalinya. Kereta yang pernah menjadi penyebab pelbagai malapetaka satu ketika dahulu. Kereta yang menyebabkan kematian Johari, adik Azman dan kereta yang menghilang selama lebih 3 tahun.

Kereta Honda Intergra Hijau milik Farid..

Dalam banyak–banyak pilihan  kereta yang boleh dibeli Zafrul itu, Dia memilih untuk membeli kereta yang pernah digunakan oleh Farid atau adakah ini satu kebetulan. Di dalam hati Sara mula terbit rasa cuak pada Zafrul.  

“Naiklah.” Kata Zafrul yang telahpun membuka pintu depan bahagian penumpang.

Sara menaiki kereta itu. Itulah kali pertama dia menaiki kereta yang menjadi igauan Azman serta kawan-kawannya. Di dalamnya dipenuhi gajet-gajet kecil pelbagai guna.

“Mana Zaf beli kereta ni?” Terus Sara bertanya.

“Sebenarnya Bapa Zaf yang hadiahkan sebab Zaf berjaya mendapatkan ijazah tempohari.”

“Oh...” Sara menggangguk.

“Kita nak kemana ni?” Soalnya lagi.

“Sara ikut ajelah.”

“Zaf kerja kat Fitness Firstkan?”

“Kenapa Sara?”

“Tak Sara wonder kenapa Zaf graduan Engineering tapi kerja kat Fitness First pulak?”

“Buat sementara waktu, sampai dapat kerja yang sesuai nanti.”

Keadaan ini menimbulkan tandatanya Sara.

“Kenapa hari ni Sara macam polis banyak tanya pulak ni?”

“Sajer. Nak tahu lebih lanjut pasal Zaf. Ada satu lagi perkara yang Sara nak tahulah Zaf. Malam tu kat kelab Zaf kejar Azman kenapa?”

        “Terus terang Zaf cabar dia untuk berlumba bagi menentukan siapa diantara kami yang terbaik.”

        “Cabar Azman berlumba? Sara yakin dia tak mahu berlumba. Dia dah lama berhenti sejak kematian adiknya. Kali terakhir dia berlumbapun adalah kerana dia nak selamatkan Shida adik kawannya.”
       
“Oh! Kami mat motor, kaki lumba. Kalau kena pertaruhannya Zaf pasti dia akan berlumba. Itu pun kalau dia anak jantanlah.”

“Apa pertaruhannya Zaf?”

“Hem. Senang sahaja. Saralah yang akan dipertaruhkan. Best Man Wins All!”

“Sara? Tapi Sara bukan barang yang boleh dipertaruhkan!”

“No offence Sara. Zaf rasa inilah sahaja caranya untuk membantu Sara membuat keputusan. Zaf mahu Sara menjadi isteri Zaf tetapi Zaf tak mahu mendapat separuh cinta Sara. Separuh lagi Sara berikan pada Man. Zaf mahukan cinta Sara yang sepenuhnya!”

Sara tergamam. Lidahnya kelu. Dia tak tahu apa yang dapat dia perkatakan lagi. Mungkin juga ada kebenaran akan kata-kata Zafrul itu tetapi persoalan-persoalan seperti samaada Azman akan menyahut cabaran tersebut, bagaimana Azman hendak mencari motor besar untuk berlumba dan sebagainya berlegar di fikiran Sara.

        Kereta hijau itu meluncur laju dari Shah Alam menuju ke jalan Ampang. Zafrul membawa Sara ke sebuah kelab bernama Zouk yang letaknya di Jalan Ampang. Kelab yang sering menjadi tempat para clubbers melepak dan berhibur di hujung minggu.

        Tangan mereka dicop dengan penanda yang hanya kelihatan dalam cahaya ultra violet memasuki premis itu. Ia dipenuhi ramai manusia-manusia yang datang dengan tujuan untuk berhibur. Mereka berpakaian serba seksi. Suasana bising dan bingit memenuhi setiap ruang dan lampu sorot berwarna warni melimpahi setiap penjuru. Orang ramai yang menari kelihatan berombak mengikut rentak tekno yang dimainkan DJ malam itu.

        Entah kenapa Sara rasa janggal berada di situ. Keadaannya tak sama sepertimana di Hard Rock Cafe yang dibawa Zafrul tempohari. Ramai juga yang kelihatan sudah mabuk membuat Sara rasa gelisah namun Zafrul pula sebaliknya. Dia menari mengikut rentak lagu dan ramai juga kawan-kawannya yang ditemuinya diperkenalkan pada Sara.

          Mereka duduk di satu sudut menghadap ruang tarian lantas memesan minuman. Zafrul mengajak Sara menari tetapi dia menolaknya. Fikirannya masih tertumpu kepada apa yang diperkatakan Zafrul di dalam kereta tadi. Mengenai dirinya yang dijadikan pertaruhan untuk menentukan siapakah yang bakal mendapat kemenangan. Zafrul pula tak senang duduk. Dia mahu menari. Dia mahu menggembirakan hatinya berhibur.

        Tak semena-mena, muncul seorang gadis Cina yang seksi berkasut tumit tinggi, memakai tank top dengan mini skirt berwarna merah. Zafrul terkejut! Rona wajahnya berubah.

        “Zeff! Oh my God! What a small world. I thought I’ve lost you in States but here you are. I trusted you! You promised that we’ll get married but I guess I am all screwed! All you want is just plain sex isn’t it! Well f**k you and you can go to hell!.” Dia terus sahaja menyimbah air setan yang dipegangnya ke muka Zafrul dan terus berlalu.

        Sara terkejut dengan tindakan gadis Cina itu dan dia tak tunggu lama. Dia terus sahaja bangkit melangkah mengelak orangramai yang berpusu-pusu itu meluru ke pintu keluar. Zafrul pula bertindak mengejarnya dari belakang.   

        “Sara! Sara! Let me explain!”

        “Apa lagi yang Zaf nak tipu? Mungkin apa yang dikatakan Azman selama ini benar belaka. Cuma Sara yang tak mahu mempercayainya namun hari ini semuanya cukup jelas.”

        “Sara! Kan Zaf dah cakap dengan Sara sebelum ini. Zaf dah insaf! Zaf dah lama insaf! Takkanlah Zaf nak kahwin dangan Cina yang tak mahu bertukar ugama kepada ugama Islam?”

        Sara terpana dengan penjelasan Zafrul itu. Ada kebenaran terkandung di dalamnya. Dia mengambil keputusan mendiamkan diri.

“Zaf cuma cinta pada Sara seorang sejak dari dulu lagi. Zaf taknak bernikah dan menghabiskan seumur hidup Zaf dengan orang yang Zaf tak cintai Sara. Percayalah. I am sorry for what had happen in the past. Zaf manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan Sara. I hope that you will forgive me.”

        “Sudahlah Zaf, Sara tahu nak balik.”

        “Apa-apapun, let me drive you home.”

Zafrul menarik tangan Sara menuju ke tempat letak kereta. Sara akur.

Dalam perjalanan pulang Zafrul tak berhenti-henti meminta maaf pada Sara. Dia tak menyangka sama sekali akan bertemu Joanne salah seorang kekasih lamanya dia Amerika dahulu di situ memandangkan Joanne orang Pulau Pinang. Tindakannya membawa Sara ke kelab Zouk itu membawa padah. Sekarang dia perlu cuba membaiki keadaan demi untuk mendapatkan kembali kepercayaan Sara.

Sara pula hanya berdiam diri sepanjang perjalanan itu. Fikirannya menerawang. Pada masa itu barulah Sara teringat nombor plat Amerika Syarikat motosikal Zafrul adalah nombor plat Illilnois sedangkan dia mengatakan yang dia belajar di Massachussets. Begitu juga pertunjukan slaid semasa dia Impian Golf and Country Club dulu. Ia jelas menunjukkan yang dia belajar di Western Michigan University. Tak satupun gambar yang ada menggambarkan yang dia berada dalam bengkel kejuruteraan atau yang lebih kurang begitu. Tiba-tiba semua ini yang dahulunya tertutup mula terbuka. 

Entah kenapa Zafrul dapat merasakan yang Sara telah mula dapat menghidu kegiatannya. Telur tembelangnya mula retak menanti belah. Sebelum ia pecah dia tahu dia perlu melakukan sesuatu. Pada masa yang sama dia juga masih menunggu kata putus dari Azman tentang perlumbaan mereka.  

        Kereta itu tiba dan berhenti di hadapan rumah Sara.

        “I just want to tell you that I love you and I can’t live without you Sara.” Zafrul cuba meyakinkan Sara dengan kata-kata manisnya.

        “Beginilah Zaf, berilah ruang dan masa untuk Sara fikirkan dan buat keputusan. Kalau Azman Sara buat demikian maka demi keadilan Sara rasa itu yang terbaik buat masa ini.” Ujar Sara penuh keyakinan.

        Sara melangkah keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumahnya tidak menoleh ke belakang lagi.

BERSAMBUNG...


















No comments:

Post a Comment