Followers

Wednesday, April 24, 2019

BAB 18 - MAN REMPIT 2 KARYA FAIZAL YUSUP

BAB 18

Pintu bilik dimana Sara ditahan dibuka perlahan. Dari dalam bilik, Sara mendengar bunyi tombol pintu itu dipulas. Dia berpura-pura tidur. Pintu bilik itu kembali ditutup. Sara terus sahaja bangkit dan melekapkan telinganya ke muka pintu. Dia cuba mendengar dengan teliti kalau-kalau ada maklumat yang boleh membantunya.

“Apa minah tu buat Mal?

“Dia tengah tidur. Berapa hari dia dah tak tidur tu. Kejap menangis, kejap ketuk pintu, kejap menjerit aku pun tak tahulah. Bukan sesiapa boleh dengar pun.” Jawab Kamal salah seorang dari lelaki yang menahan Sara.

“Apa Zafrul nak buat dengan gadis ni? Berapa lama kita nak tahan dia ni?” Tanya Kamal pula.

“Dia sebenarnya suruh tahan minah ni sebagai jaminan supaya Manjoe kembali berlumba.”

“Manjoe mat rempit yang terkenal tu? Aku ada baca novel cerita dia. Sedih cerita tu. Aku ingat cerita tu cerita fiksyen.” Kamal menerangkan.

“Yelah. Nilah Sara minah cun yang mencintai Manjoe tu.”

“Ye ke. Memang cun minah ni. Cun gila! Aku pun geram tengok!”

“Sebenarnya dia bukan sekadar nak berlumba. Dia ada perancangan nak hapuskan terus mamat tu. Masa berlumba nanti kalah menang dia dah upah Khairul menunggu untuk melanggar Manjoe dan nampakkan macam kemalangan.”

“Bila Manjoe dah setel dia datang sini pura-pura belasah kita dan selamatkan Sara. Minah tu sure cair punya. Mana taknya hero datang selamatkan dia. Lepas tu pulak buat-buat sedih, beritahu Sara, Manjoe mati kemalangan dan dia dah cuba selamatkan tapi tak berjaya. Zafrul dapat gadis, kita dapat duit! Masyuk!!!”

“Mana dia dapat duit banyak bayar semua ni ha?”

“Kau tak tahu ke?”

“Tak?”

“Tan Sri Samadlah yang bagi.”

“Lumayan siyot! Kerja sikit ni RM10,000.00 seorang dia bagi kau tahu.”

“Huiyoo.. Kenapa dia nak buat semua tu?”

“Laa.. Apa lah kau ni bengap sangat!”

“Takkan kau tak baca berita dulu?”

“Aku tak tahulah.”

“Manjoe ni menjadi penyebab anak dia dimasukkan ke penjara dulu. Dia ni nak membalas dendam. Sebab tu dia sanggup buat semua ini.”

“Ohhh! Sama macam dalam cerita novel tulah... Ah! Tak kesahlah janji masyuk! Kerja senang habuan banyak!” Kata Kamal dengan nada ceria.

“So bila kita akan dapat habuan tu?” Soalnya lagi.

“Patutnya dah setel ni tapi ada masalah sikit.”

“Kenapa pulak?”

“Zafrul kalah, dia terbabas terlanggar seorang perempuan kat Hotel Concorde. Manjoe pulak selamat. Mamat Khairul Anuar yang sepatutnya melanggar Manjoe tu accident! Mati!”

“Habis tu macamana kita ni?”

“Sabarlah aku dengar Zafrul akan hapuskan Azman dari muka bumi ni malam ni. Dia ada tunjukkan pistol Revolver Colt 9 mm dia pada aku hari tu.”

“Gila mamat tu. Memang brutal.”

“Tulah. Weh! Pergilah keluar beli makanan. Dah lapar ni. Belikan untuk minah tu sekali.”

“Okay! Okay! Macam biasa? Nasi goreng?”

“Yelah! Apa lagi.”

Lelaki yang bernama Kamal itu keluar. Bunyi dentuman pintu jelas kedengaran.

Sara yang mencuri dengar semua perbualan itu terkejut. Barulah semuanya jelas sekarang. Semua yang dikatakan Azman dan Khairul Anuar dahulu mengenai Zafrul benar belaka. Barulah dia tahu betapa Zafrul merupakan seorang yang kejam hatinya. Barulah dia tahu yang Tan Sri Samad terbabit dalam hal ini dan yang penting sekali barulah dia sedar betapa Azman sanggup berkorban apa sahaja untuknya.

Padanya sekarang dia perlu mencari helah untuk melarikan diri. Dia perlu mencari Azman dan memberi amaran padanya tentang rancangan jahat Zafrul. Dia juga mahu memohon maaf kepada Azman kerana dia telah tersilap membuat pilihan. Buat masa ini dia hanya dapat berdoa dan berserah kepada Allah Taala semoga semuanya selamat.

XXXXX

        Kamal menunggu nasi goreng yang dipesannya sambil minum teh-o- ais limau di restoran yang terletak berdekatan dengan kondominium itu sambil menonton televisyen. Tiba-tiba segmen mengenai pencarian Sara diudarakan. Hatinya berdegup laju dan dia menjadi pucat. Hatinya berbelah bahagi.

        Bagaikan empangan pecah barulah dia perasan akan poster pencarian Sara yang terpampang di Restoran itu. Kemudian bila dia menoleh ke arah kenderaan, kereta dan motorsikal dia nampak poster dan stiker yang sama. Kamal menjadi gelabah.

        Dia terus sahaja bangun meninggalkan restoran itu tanpa membayar mahupun mengambil pesanannya. Sepanjang perjalanan di kiri kanan poster Sara itu seakan menghantuinya. Malah di dalam lif kondominium itu juga terdapat poster tersebut. Dia langsung tak perasan akan poster itu sebelum ini.

        Pintu apartmen kondo yang diigunakan untuk menahan Sara diketuknya berkali-kali.

“Sam! Sam! Buka pintu ni! Cepat!”

“Kenapa kau ni Kamal? Macam nampak hantu pulak.”

“Sam kita kena lepaskan minah tu.”

“Kenapa pulak kau ni. Kita kena belah, kalau tak naya kita nanti.”

“Meh sini aku tunjuk pada kau...” Kamal membawa Sam keluar dan menujukkan stiker-stiker dan poster-poster yang terpampang di sini sana.

XXXXXX

“Ada berita pasal Sara Man?” Tanya Shidee.

“Setakat ni tak ada lagi. Datuk Halidi pun nampak tak menentu sebab anak dia tak jumpa lagi. Dia dah buat laporan polis pun. Aku dah cakap pada dia aku sedang cuba sedaya upaya.”

“Aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Satu Malaysia rasanya dah tahu pasal kehilangan Sara ni dan satu Malaysia juga tengah mencarinya.”

“Yelah! Mana ada kes culik yang jadi macam ni. Sampai bersepah poster Sara Yasmin dilekatkan merata-rata. Okay Man dah siap!” Kata Shidee sebaik memasang semula badan motorsikal CBR900RR itu. Tiub radiator yang pecah itu telah diperbaiki. Azman membaiki motor itu kerana dia mahu memulangkannya semula kepada Lord. Dia mahu memulangkannya dalam keadaan yang baik. Bunyi telefon bimbit yang tiba-tiba berdering di tangannya terus sahaja diangkatnya.

“Manjoe!”

“Zafrul!” Terkejut Azman mendengar suara Zafrul di hujung talian sana.

“Seperti yang aku janjikan aku dah keluar dan aku mahu bertemu dengan kau pasal Sara. Ini bakal merupakan perhitungan kita yang terakhir. Kau bernasib baik sebab aku terbabas malam tu. Kalau tidak kau pasti kalah! Datang seorang. Kalau tidak, aku tak akan beritahu kau dimana Sara berada dan kau mungkin akan kehilangannya buat selama-lamanya. Jumpa aku jam 8.30 malam ni, dekat padang permainan di Pandan Indah.” Talian terputus. Zafrul meletakkan telefonnya.

BERSAMBUNG....














No comments:

Post a Comment