Followers

Wednesday, April 24, 2019

BAB 2 - MAN REMPIT 2 KARYA FAIZAL YUSUP


BAB 2

Di lapangan terbang KLIA

“Mengumumkan ketibaan pesawat penerbangan Malaysia MH312 dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah selamat mendarat sebentar tadi.” Kedengaran pengumuman itu jelas di pembesar suara di Balai Ketibaan Lapangan Terbang yang terkenal di dunia itu.

        “Hah! Dah sampai. Jom kita tunggu di depan sana. Anak kita tu akan keluar kat situ rasanya.”

Di belakang pasangan Mat Saleh itu kelihatan seorang jejaka tinggi lampai, bertubuh sasa, berkulit cerah, berwajah kacak dengan rambut yang tersisir rapi mengekori mereka. Dia memakai kod lengkap siap dengan vest berwarna hitam dan bertali leher. Sambil menolak troli yang dipenuhi bag, bag komputer pula disandang dibahunya.

“Ma! Pa! I miss you guys!” Katanya sambil memeluk kedua-dua mereka bila dia bertemu dengan kedua ibubapanya yang menunggu.

“We miss you too son. How’s the trip?”

“Bagus. Tak ada masalah. Transit kat Taipei tadi sebelum ke sini.”

Zafrul Akmal Ishak, telah kembali ke Malaysia selepas menghabiskan enam tahun menyambung pelajaran dan tinggal di Amerika Syarikat.

“Bila barang-barang yang Zaf hantar melalui kapal tu akan sampai?” Tanya ibunya.

        “Dua bulan katanya. Pinggan mangkuk yang mama pesan tu ada kat dalam kotak tu.”

“Tak apalah tu. Mesti Zaf penat. Kita balik berehat, Nanti kita cerita panjang-panjang okay.” Ujar bapanya pula.

Beg serta barang-barang Zafrul dimasukkan ke dalam kereta BMW X5 biru tua yang diletakkan di tingkat dua blok C bangunan yang bercantum dengan bangunan utama KLIA itu.

“Perkara pertama, Zaf nak cari keretalah Pa. Second Hand pun tak apa. Senang nak pergi interview nanti.”

“Tak ada masalah. Nanti Papa carikan, Papa rasa papa tahu kereta macamana yang anak papa ni nak.” Jawabnya.

“Zaf nak tanya, Papa ada dengar pasal Sara Yasmin?” Soal Zafrul pada bapanya sebaik kereta itu memulakan perjalanannya.

“Kat Malaysia ni siapa yang tak tahu pasal Sara Yasmin. Kisah dia dengan Manjoe si Mat Rempit tu hangat tak lama dulu. Zaf tak ada contact Sara ke?”

“Tak ada. Tapi ada juga baca kisah mereka dalam internet.”

        “Kecoh kat sini dulu. Anak Tan Sri Samad boss Papa tu kena tangkap dan dimasukkan dalam penjara.”

        “Siapa nama anak dia tu Pa? Saya pernah jumpa dia sekali masa company dinner kat Mines dulu.”

        “Farid.” Jawabnya ringkas.

        “Ha. Farid.”

        “Sara pulak menderma hatinya pada budak rempit tu. Papa dengar tak lama lagi filem kisah diorang tu keluarlah. Kisah cinta luar biasa mat rempit dengan anak orang kaya.”

        “Hem... Dahsyat betul. Kenapa Sara sampai sanggup dermakan sebahagian hatinya pada mamat tu pun saya tak faham.”

        “Kalau dah cinta, lautan api sanggup direnangi, tak gitu mama?”

“Betul tu. Masa papa nak tackle mama dulu begitu jugak Zaf.’ Jawab ibu Zafrul yang sedari tadi begitu kyushuk mendengar butir-butir perbincangan kedua anak-beranak itu sambil menguntum senyum.

        “Hari tu Tan Sri ada panggil papa ke biliknya. Dia meluahkan rasa tak puashati dengan si Manjoe dan konco-konconya. Mereka menjadi penyebab anaknya Farid dimasukkan ke penjara. Dengar cerita Farid teruk kena belasah kat depan rumahnya oleh mat-mat rempit tu. Kasihan dia, sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah anak perempuannya mati kemalangan, anak lelakinya pula dipenjarakan.”

XXXXXX

Restoran Delifrance di tingkat bawah Hospital itu sering menjadi tempat kunjungan Sara. Dia suka makan tuna sandwich yang dijual di situ. Hampir setiap pagi dia akan singgah di sana samaada untuk dimakan terus di situ mahupun dibungkus pergi. Ramai pelawat mula memasuki ruang pejalan kaki menuju ke arah lif. Semuanya datang kerana ingin melawat pasakit yang ada kena mengena dengan mereka. Ada yang berlenggang namun ramai juga yang membawa buah tangan untuk dihadiahkan kepada pesakit. Apapun pesakit memerlukan sokongan moral bagi meringankan penderitaan yang ditanggung.

“Boleh saya duduk sini doktor Sara?” Teguran Doktor Azlan kawan sefakultinya dahulu menghantikan lamunannya untuk kembali ke dunia nyata.

“Eh! Lan, apa salahnya duduklah.”

“Wah! semakin famous you dengan Azman sekarang ye. Ada novel dan dengar cerita tak lama lagi sebuah filem yang mengisahkan tentang percintaan kamu berdua akan diterbitkan. Kisah Cinta Luar Biasa Mat Despatch.” Kata Azlan. Dulang yang membawa air jus oren dan sandwich itu diletakkannya.

“Hem...”

So line dah tak clearlah untuk Lan nampaknya.”

“Nampaknya begitulah Lan.”

“Tak jumpa Man hari ni?”

“InsyaAllah jumpa malam nanti. Keluar makan malam. Lan sibuk ke hari ni?”

“Tak jugak, Lan kat Wad Peadatrik tadi. Seronok juga layan budak-budak tu. Ramai budak kena asma, mungkin humiditi tinggi musim hujan ni.” Jelasnya.

“Yelah. H1N1 satu hal lagi. Bahaya betul. Zaman ni mutation virus ni terlalu cepat. Saintis pun pening kepala nak cari ubatnya.”

“Ni, Lan nak tanya sikit.”

“Tanya apa?”

“Pasal Nadia.”

“Kenapa dengan Nadia?”

“Nak tanya dia dah berpunya ke belum.”

“Ohhh.. Minah tu single lagi. Kalau minat beritahulah.”

“Nanti Sara tolong kirim salam pada dia okay.”

“Boleh je.”

“Satu lagi. Boleh tak Sara bagikan kad ni pada dia. Sara jangan pulak buka tau. Kad dalam sampul berwarna merah hati itu dihulurkan pada Sara.”

“Okay, Nanti Sara pas pada dia.”

“Terima kasih ya Sara.”

“No prob.”

Hati Azlan berbunga. Tak dapat Sara dapat kawan Sara, Nadia pun jadilah. Tiada rotan akar berguna. Lagipun kalau dia dapat mendekati Nadia maknanya dia juga akan selalu dapat bersua dengan Sara. Bisik hatinya. Wajah Nadia terpampang di ruang fikirannya.

XXXXXX

Kereta Volkswagon merah yang dipandu Sara meluncur laju di Lebuhraya Persekutuan melalui jejantas berdekatan Sunway City untuk pulang ke Shah Alam. Kerjanya untuk hari ini telah selesai. Bersemangat hatinya untuk pulang kerana sebelah malam ini dia sekeluarga akan keluar makan malam bersama.

Bunyi telefon bimbit di dalam beg tangannya berbunyi. Mungkin Azman yang menelefon. Tekanya. Hatinya berbunga-bunga tatkala teringat pada Azman. Telefon itu dikeluarkan dari beg. Sara tak mengenali paparan nombor yang tertera pada panelnya. Alat handsfree telefon dipasangnya.

        “Hello.. Is that Sara?” Suara yang telah lama tidak didengarinya berada di hujung talian sana.

“Zafrul! Bila you balik?” Sara begitu yakin itu adalah suara Zafrul, lelaki yang pernah menjadi kekasihnya satu ketika dahulu. Entah kenapa Sara terus sahaja membelok ke kiri dan memberhentikan keretanya di tepi lebuhraya itu.

“Hari ni genap sebulan. Sibuk cari kerja, cari kereta, catch up dengan friends and family and all. Lagipun saja tunggu hari ni to call you.” Jelasnya.

“Kenapa pulak?

“Tak ingat dah ye? Tak mengapalah. Hari ni kan hari anniversary kita coupled dulu.”

“Oh..”

“You apa khabar Sara?”

“Alhamdullillah. Baik.”

“Dah lama kita tak jumpa kan, I miss you, you know...”

“Hem...” Sara tak pasti apa yang hendak dijawabnya.

“You ambil jurusan apa kat sana?” Soalnya pula.

“Engineering kat Massachusetts Institute of Technology.”

“MIT ye. Bagus universiti tu.”

“Betul. Zaf bukan apa, nak beritahu Sara yang Zaf menyesal atas tidak tanduk Zaf tidak menghubungi Sara dulu dan Zaf harap Sara dapat maafkan Zaf. Tapi sekarang Zaf dah kembali. Zaf boleh terangkan segalanya kalau Sara sudi bertemu dengan Zaf nanti.”

Sara Yasmin terkesima. Perasaannya gundah. Kehadiran Zafrul kembali dalam hidupnya mengundang keresahan. Kenangan kisah percintaannya dengan Zafrul satu ketika dahulu mula merayap menyelinap dalam hatinya, mengganggu akal fikirannya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment