BAB 4
Setelah
bersiap Sara duduk di meja solek dalam biliknya. Dia akan bertemu dengan Zafrul
malam ini. Seorang jejaka yang pernah menghuni hatinya dahulu. Sudah lebih enam
tahun mereka tak bersua muka. Sebuah kotak kecil baldu berwarna merah itu
diambil dan dibukanya. Di dalamnya terletak kemas sebentuk cincin emas yang
diberikan Zafrul kepadanya dahulu.
Sara
mengacukan cincin itu ke jari manisnya. Dia serba salah samaada ingin
memakainya atau tidak. Dia yakin dan pasti yang Zafrul akan bertanya
mengenainya nanti. Apakah yang akan terjadi? Bagaimana pula dengan Azman? Semua
ini berlegar di benak Sara. Gambaran dua insan, Zafrul dan Azman bersilih ganti
di dalam sanubarinya.
XXXXXX
Malam
itu Zafrul menjemput Sara dan membawanya makan malam di Hotel Concorde Kuala
Lumpur. Hujung minggu begini ramai juga pelanggan yang ada di sana menikmati
suasana eksklusif makan malam di hotel 5 bintang itu.
“Nampaknya Zaf pakai cincin yang Sara
bagi tu.” Isu itulah yang masih lagi bermain di benaknya sejak dari rumah tadi.
Hati Sara berbelah bagi samaada untuk memakainya cincin pemberian Zafrul atau
tidak ketika itu.
“Untuk pengetahuan Sara Zaf tak pernah
membuka cincin ini dari jari Zaf sejak kali pertama Zaf memakainya. Cincin
inilah tanda cinta Zaf pada Sara sejak dulu. Ia juga mengingatkan Zaf pada Sara
setiap kali Zaf memandangnya.”
Ayat-ayat sebegitulah yang menyebabkan
Sara jatuh hati pada Zafrul satu ketika dahulu dan ayat-ayat itu seakan punya
satu kuasa yang menyebabkan Sara merasakan hatinya akan kembali terpaut pada
Zafrul seperti mana satu ketika dahulu. Mungkin jarak telah menjauhkan hubungan
mereka dan jarak juga yang merapatkan.
“Zaf nampak Sara tak pakai cincin yang
Zaf bagi tu...”
“Dah lama Sara tak pakai sejak kita
terputus hubungan dulu...”
“Zaf harap Sara akan kembali memakainya
satu hari kelak memandangkan Zaf dah kembali. Kembali ke pangkuan Sara.”
“Entahlah Zaf.”
“Apa cerita Sara sejak kali terakhir
kita bertemu enam tahun dahulu?”
“Sejak
Zaf pergi tanpa berita dahulu hidup Sara menjadi kosong. Zaflah orang pertama
yang Sara kenal. Sejak dari tingkatan 1 lagi. Mungkin Sara terlalu muda pada
masa itu tetapi terus terang Zaflah satu-satunya insan yang Sara sayangi.”
“Semasa
Sara dalam tingkatan 4 dan Zaf di Matrikulasi Zaf semakin jarang menghubungi
Sara. Kemudian bila di tingkatan 5 langsung Zaf hilang dari dunia Sara. Sara tak
tahu mana Zaf pergi dan Sara tak tahu bagaimana nak menghubungi Zaf lagi pada
masa itu. Kali terakhir yang Sara dengar Zaf sudahpun melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat.”
“Susah
Sara. Pelajaran begitu membebankan dan pada masa tu kita hanya dapat menulis
surat. Zaman tu handphone pun tak
ada.”
“Kalau
nak seribu daya Zaf. Jadi Sara hanya teruskan pelajaran hinggalah Sara dapat
menyambungkan pelajaran hingga ke Universiti Malaya hingga tamat.”
“Tiba-tiba
entah dari mana Zaf kembali muncul dalam hidup Sara.”
“Macamana
Sara rasa?”
“Sara
sebenarnya rasa serba salah. Sebab Sara sekarang sudah bersama Azman. Lagipun Sara dengar banyak cerita negatif
pasal Zaf di Amerika tu.”
“Apa
yang Sara dengar?”
“Sara
dengar Zaf ada banyak girlfriend.” Jawab
Sara berterus terang.
“Tak
juga Sara. Mereka semua kawan Zaf. Sebenarnya tanyalah mana-mana pelajar yang
berada di sana. Perkara pertama yang berlaku ialah kita akan merasai kesepian
tanpa sahabat handai, tanpa keluarga. Zaf juga begitu Sara kesepian menyebabkan
Zaf mencari teman untuk mengisi kekosongan itu.”
“Lama
juga Zaf bertahan bersendirian tetapi pada satu malam jiran Zaf seorang gadis
mat saleh yang mabuk kerana putus cinta meminta Zaf ke rumahnya untuk
menemaninya. Sesuatu yang tak disangka berlaku dan dari situlah segalanya
bermula. Dia kenalkan Zaf dengan parti, hiburan dan sebagainya dia sana.”
“Tapi
itu semua cerita lama. Zaf dah lama insaf. Sara nak tahu kenapa Zaf insaf?”
“Kenapa?”
Tanya Sara inginkan penjelasan.
“Sebab
Saralah. Semua mereka yang Zaf kenal tak dapat mengalahkan rasa cinta Zaf pada
Sara. Mereka hanya boleh berikan sesuatu yang berbentuk fizikal tetapi mereka
tak dapat berikan sesuatu dari hati yang tulus Sara. Akhirnya Zaf tahu dan
sedar yang hanya Sara yang punya semua itu. Bukan hanya Sara cantik, Sara juga
punya hati yang suci dan murni.”
Sara
terdiam. Kata-kata Zafrul itu membuatkan hatinya cair.
“Itulah
cerita Zaf dan itulah kebenarannya. Zaf harap Sara dapat maafkan Zaf atas semua
keterlanjuran dan kesilapan yang Zaf lakukan dulu. Zaf masih mentah dan naif
ketika itu Sara.” Sambungnya lagi menambah keyakinan Sara.
Sara
hanya menggangguk.
“Sara
pula bagaimana? Macamana Sara jumpa dengan Azman tu?” Tanya Zafrul inginkan
kepastian daripada Sara sendiri.
“Sebenarnya
perhubungan kami berlaku secara tak sengaja.”
“Apa yang buat Sara suka pada Azman tu.”
Zafrul cuba mengorek rahsia.
“Sara rasa keikhlasan dan kejujuran yang
ada padanya. Yang nyatanya dia tak pernah ada girlfriend sebelum ini dan hidupnya hanyalah motor dan
kawan-kawannya. Dia juga kelakar orangnya.” Sara berterus terang.
“Ye ke?”
“Ya. Kalau jumpa dia mesti ada je lawak
jenaka yang buat tak kering gusi. Sara pun dah mula belajar serba sedikit.
Kalau tak dulu tu skima semacam je. Kalau Zaf nak tahu perkara yang paling best
sekali ialah bila dapat naik motor. Dia cekap bawa motor dan bila naik motor
dengan dia Sara rasa bebas. Di dalam rumah penuh dengan protokol tetapi di luar
Sara rasa bebas. Bebas bila bersama Azman.”
“Bebas berbuat apa sahaja?”
“Bukan itu yang Sara maksudkan. Sara
tahu hadnya, Sara tahu jaga maruah diri. Azman pun bukanlah seorang yang suka
mengambil kesempatan. Dia innocent. Dia
juga menjaga Sara dengan baik.”
“Baguslah kalau begitu.”
Hem,
Sara suka naik motor ye. Tunggu. Tak lama lagi motor besar yang aku beli di
Amerika Syarikat akan sampai. Masa tu aku akan tunjukkan pada Sara semuanya
mengenai motorsikal. Si mat rempit tu akan jadi halus. Detik hatinya.
“Sara,
lepas dinner ni boleh tak teman
Zafrul ke Hard Rock Cafe kat sebelah ni? Kawan Zaf ada gig kat situ. Diorang ajak datang. Tak sampai hati pulak tak pergi.
Lagipun dah sampai kat sini. Zafrul mengumpan.”
Sara
serba salah. Memandangkan Zafrul yang memandu dan menjemputnya tadi dia
terpaksa akur dengan ajakan Zafrul itu.
“Hem..
boleh juga tapi janganlah lama sangat okay. Besok Sara kerja.”
“Okay.
Zaf janji.”
XXXXXX
Kereta
Volvo S40 berwarna perak milik ibu Zafrul akhirnya kembali ke masuk ke garaj di
hadapan rumahnya. Malam agak lewat namun begitu bapa Zafrul masih lagi belum
tidur kerana menyiapkan beberapa kerja penting pejabat yang perlu
diselesaikannya.
“Kamu
kemana tadi Zaf?” Tanya bapanya sebaik dia melangkah masuk ke ruang tamu
tumahnya itu.
“Zaf
keluar dinner dengan Sara Yasmin tadi
Pa.” Jawabnya.
“Sara
Yasmin?”
“Macamana
perhubungan kamu dengan dia?”
“Biasalah
Pa. Cinta lama. Macam pergi ke tempat kita biasa pergi.” Kata Zafrul yang masih
berdiri di meja konsul meletakkan kunci, handphone,
wallet, membuka jam dan cincin di jarinya.
“Ceritalah
pada Papa..” Pinta bapanya yang ingin tahu
“Kejap
Zafrul buat air dulu. Papa nak minum apa?”
“Buatkan
Papa nescafe boleh?”
“Nescafe
tarik dua siap!” Kata Zafrul sambil melangkah menuju ke dapur. Sekembalinya
dengan dua gelas besar nescafe Zafrul menceritakan kisah pertemuannya dengan
Sara.
Pintu
bilik Tan Sri Samad Pengerusi Syarikat Waja Holdings itu diketuknya.
“Masuk!”
Kedengaran suara Tan Sri Samad yang agak garau memberi arahan.
Pintu
tersebut dikuaknya. Lelaki separuh umur itu melangkah masuk.
“Ada
apa Ishak? Kereta hari tu okay?” Tanya Tan Sri Samad.
“Okay.
Saya ada perkara nak cakap dengan Tan Sri ni. Personal Issue.”
“Tak
apa kita boleh cakap di sini.”
“Tan
Sri ingat tak anak saya yang beli kereta hari tu?”
“Zafrul
yang baru balik dari US tu?”
“Ya.”
“Kenapa
dengan dia?”
“Untuk
pengetahuan Tan Sri, dia sedang menjalinkan perhubungan dengan Sara Yasmin.
Anak Datuk Halidi tu. Lagipun Sara Yasmin memang kekasih Zafrul sejak sekolah
menengah dulu.”
“Oh!
Itu berita baik!”
“Jadi,
apa cadangan kamu?”
“Terpulanglah
pada Tan Sri nak buat apapun. Saya akan cuba membantu mana yang terdaya.”
“Baiklah.
Ini peluang baik untuk saya membalas dendam dengan Azman dan budak rempit yang
menyusahkan keluarga kami tu. Si Halidi pun dah berpaling tadah semenjak bertemu
dengan budak Azman tu. Nampaknya ada peluang terbuka untuk kita lakukan
sesuatu. Sebagai permulaan kita cuba pisahkan Sara Yasmin dengan Azman. Biar
mereka berdua merana dan berputih mata. Kalau Farid tak dapat Sara Yasmin, biar
Azman juga merasai hakikat yang sama. Pasal Datuk Halidi serahkan sahaja pada
saya.”
“Okay.
Saya akan sampaikan hajat itu pada Zafrul.”
“Kalau
kamu perlukan apa-apa bantuan beritahu saya.”
“Baiklah
Tan Sri.”
XXXXXX
Kereta
Honda Intergra Hijau itu dinyalakan enginnya. Bunyinya menderum. Zafrul keluar
dari rumah tiga tingkat Semi D di Bandar Sri Damansara malam itu dengan satu
misi. Dia mahu mencari seorang mat rempit bernama Azman atau lebih dikenali
sebagai Manjoe. Dia tahu Manjoe melepak di Bangsar. Maka ke situlah hala tujunya.
Dia
terus sahaja meneruskan perjalanannya ke sana. Tiba di Bangsar Utama dia
bertanya mengenai Manjoe kepada Mat Rempit yang sedang melepak di sebuah gerai
menjual burger. Mereka mengarahkannya ke Jalan Telawi Bangsar Park. Mereka
mengatakan yang Manjoe selalunya melepak di gerai mamak di situ. Dia memakai
motor Yamaha 125Z berwarna kuning dan punya helmet yang juga sama warnanya.
Tibanya
di situ, dia terus meletakkan kereta
Honda Intergra Hijau itu di tepi jalan di bawah sepohon pokok Sena yang besar sambil
memerhati dari jauh. Banyak burung gagak yang hinggap di atas pokok sana. Najis
burung-burung itu bertompokan di atas jalan raya.
Dari
jauh Zafrul nampak Azman dengan kawan-kawannya yang sedang melepak minum teh di
gerai mamak itu. Dia hanya memerhatikan gelagat Manjoe dan kawan-kawannya itu.
Dalam hatinya dia berharap Azman akan memandang ke arahnya. Dia mahu bertentang
mata.
Berderau
darah Azman bila ternampak kelibat kereta Honda Intergra hijau itu. Dia yakin
kereta itulah yang menjadi penyebab kematian adiknya. Seakan dia ternampak
hantu. Semua memori lama kisah kemalangan Johari adiknya itu menerjah mindanya.
Manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Tubuhnya terasa seram sejuk setiap
kali angin malam bertiup menerjah. Suara bicara dan gelak tawa kawan-kawannya
tiba-tiba seakan lenyap tidak lagi kedengaran. Takkan Farid telah keluar dari
penjara begitu cepat. Desis hatinya menyoal.
Matanya
cuba fokus pada pemandu kereta tersebut. Namun cermin gelap kereta itu
menghalang pandangannya. Firasatnya yakin pemandu kereta itu sedang
memerhatikannya. Beberapa detik berlalu, Azman tak puas hati lantas bangkit
melangkah menuju ke arah kereta Honda Intergra Hijau yang pernah membawa
bencana kepada keluarganya dulu.
Pada
detik itu dikala Azman bangkit dari tempat duduknya melangkah barulah Lord dan
yang lainnya menoleh.
“Kereta
tu! Kereta tu!” Lord menunjukkan jari telunjuknya ke arah kereta Intergra Hijau
itu. Mereka semua bangkit mengekori Azman.
Belum
sempat berbuat apa-apa kereta itu bergerak pantas. Bunyi tayarnya berdecit
panjang. meninggalkan tempat itu dalam keadaan Azman serta kawan-kawannya yang
terpinga-pinga. Asap putih berkepul mengekori perjalanan kereta tersebut.
Mereka
berlari-lari anak dan berhenti berdiri di tepi jalan tempat kereta itu
diletakkan tadi.
“Siapa
tu Manjoe?” Tanya Lord.
“Entah!
Mana aku tahu.” Nafas Azman laju mencungap-cungap. Hatinya masih berdebar.
Jantungnya berdegup pantas.
“Tak mungkin Farid. Takkanlah dia keluar
begitu cepat...” Kata Eddy.
“Mungkin
juga. Bapa dia Tan Sri. Manalah tahu...” Kata Lord.
“Mungkin
ada konco-konconya yang datang nak membalas dendam.” Shidee pula membuat
andaian.
Hati
Zafrul puas. Misinya tercapai. Segala perancangannya berjalan dengan lancar.
Dia telah dapat melihat ketakutan dan kegundahan yang ada dalam hati saingannya.
Azman Affandi. Misi kedua akan menyusul tak lama lagi.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment