BAB 6
“Birthday
Sara minggu depanlah. Aku tak tahu nak belikan apa untuk dia. Bajet pun nipis.
Korang ada idea tak?”
“Lukislah
potret dia, kau kan pandai melukis!” Saran Lord.
“Aku
dah banyak bagi hadiah lukisan aku tu pada dia. Takkanlah nak bagi lagi. Takut
dia bosan pulak nanti.”
“Apa
kata kita buat small gathering pot luck
kat Tasik Perdana. Sorang bawak makanan sorang sikit. Kita buat barbeque celebrate birthday dia? Kita
buat surpriselah. Jangan bagitahu
dia. Macamana?” Shidee memberikan saranannya yang bernas.
“Okay
jugak idea kau tu Shidee. Kawan-kawan macamana?”
“Kitorang
okay je bro’. Kengkawan punya pasal apa salahnya. Lagipun Sara pun geng kita
jugak.” Jawab Bad.
“Tapi
aku masih tak ada idea nak bagi hadiah apa pada dia. Dia tu semua benda dia
ada. Tu yang buat serba salah tu.”
“Dia
tak ada cakap dia perlukan apa-apa?” Soal Lord.
“Jap
aku fikir. Hem...”
“Hah!
Dia ada kata dia minat kat handphone
yang baru tu. Handphone yang banyak
punat tu.”
“Owh!
Handphone QWERTY board tu. Yang boleh
taip macam komputer tu kan.”
“Ni
ha Handphone macam aku punya ni. Lord
mengeluarkan handphone Blackberry
yang terkini berwarna perak berkilat.”
“Potonglah
lu ni Lord. Senyap je lu beli handphone
baru.”
“Ha!
Telefon macam nilah.” Azman menekan suara mengesahkan.
“Kau
jangan nak buat pasal ni harganya dekat RM2,000.00 tuh!”
“Apa
ada RM2,000.00 demi cinta ye tak?”
“Woit!
Agak-agaklah. Dua bulan gaji aku tuh! Bonus lambat lagi pulak tu. Mesti ada
model lain ye tak?”
“Ada.
Kalau kau nak Nokia punya yang baru tu pun okay jugak. Kamera dia 5 megapixel,
Memori 4 gigg, Wi fi semua lengkap boleh surf
internet macam ni jugaklah lebih kurang.”
“Berapa
harga dia?”
“Dalam
RM1,300.00. Kalau AP set boleh dapat murah lagi.”
“RM1,300.00?
Azman menggaru kepalanya yang tak gatal. RM1,000.00 adalah satu jumlah yang
banyak. Ia mengambilnya paling kurang 3 bulan untuk dia mengumpul duit sebanyak
itu.” Desis hatinya.
“Hem.
Nantilah aku fikirkan.”
“Tak
payah pikirlah bro’. Demi cinta. Beli jer. Khairul menyampuk.”
“Tengoklah
nanti. So birthday party kat Tasik
Perdana tu on tak?”
“On.
Nanti kitorang tolong setelkan. Dia suka kek apa ye?” Kedua bebola mata Alia
memandang pada Azman.
“Cheese cake
dengan mangga kat atas.”
“Okay!
Setel!” Alia riang mendengar jawapan itu.
“Hujung
minggu ni kan?” Soal Ayu pula.
“Ha’ah.”
“Pukul
berapa?”
“Petanglah
dalam pukul 3.00.”
“Okay.
Set!”
XXXXXX
Motorsikal
Kawasaki ZX10R buatan Jepun yang baru tiba dari Amerika Syarikat itu dicuci
Zafrul. Ekzos 4 dalam 1 berjenama Yushimura yang besar itu dilapnya berkilat.
Hatinya puas. Bangga. Sedari pagi dia bangkit mencuci motor yang masih lagi
menggunakan plat nombor Illinois itu. Satu habukpun tak kelihatan. Ia berkilat
bersilauan terkena sinaran mentari pagi.
Telefon
bimbit yang diletakkan di meja konsul di ruang tamu rumahnya berdering. Dia
terus sahaja berlari meninggalkan motor kesayangannya itu. Zafrul mengangkat
telefon bimbitnya yang sejak tadi berdering.
“Hello.”
“Yes bro! Apa
cerita baru?”
“Birthday? Bila?”
“Okay.
“
“Dia nak
belikan apa?”
“Handphone Nokia tu?”
“Okay. No
hal. Nanti aku setelkan.”
“Lelain?”
“Cheese cake mangga?”
“Okay.”
“Thanks for the info bro! Keep me updated okay!”
“Bye.”
Zafrul
meletakkan telefon bimbitnya. Tersenyum
Lawaklah si
Manjoe ni. Nak buat Birthday Party
Sara kat Tasik Perdana. Pot Luck pulak tu. Lepas tu nak belikan handphone murah. Tak ada kelas langsung
mat rempit ni. Zafrul ketawa mendengar berita itu. Dalam akal fikirannya dia terus
sahaja merancang sesuatu. Telefon bimbitnya didail.
“Hello Sara...”
“Birthday Sara hujung minggu ni kan?”
“Mana Zaf
tahu?”
“Ish!
Takkanlah Zaf tak ingat pulak birthday
girlfriend Zaf pulak. Anyway, Zaf
ada surprise untuk Sara. Kita jumpa
hujung minggu ni pukul 2.00 okay. Nanti ajak kawan Sara sekali. Kita celebrate bersama. Okay?”
“Setakat ni
Sara freelah.”
“Okay! Kita
jumpa Ahad ni. Sabtu Zaf call balik for
the arrangement. Okay!”
“Okay...”
Jawab Sara perlahan berbelah bahagi.
Sara
termenung di atas katil biliknya. Dia terkejut setelah sekian lama berpisah
Zafrul masih mengingati hari lahirnya dan cukup prihatin untuk menyambut
harijadinya bersama kawan-kawannya. Azman pula masih tak berkata apa-apa.
Mungkinkah dia tidak mengingati hari lahirku. Sara membuat andaian.
Sara
mengambil keputusan untuk memberitahu kawan baiknya Nadia dan juga Nisha
sebagai persediaan awal hujung minggu ini.
XXXXXX
“Suraya,
beritahu boss Man balik lambat sikit okay! Nak ke Seksyen 14. Ada hal sikit.”
“Alah, kau
balik lambat pun boss bukannya marah.” Ejek Suraya penyambut tetamu Syarikat
Advance Forward Supplies tempat Azman bekerja.
Dia mengambil
keputusan untuk mengeluarkan duit simpanan ASBnya ( Amanah Saham Berhad ) dari
bank dengan satu tujuan. Dia sudah nekad dan membuat keputusan untuk membelikan
Sara handphone Nokia yang berharga
RM1,000.00 itu. Padanya inilah hadiah yang paling mahal yang pernah dibelinya.
Demi cintanya pada Sara dia sanggup berbuat demikian dengan harapan Sara akan
menghargai pemberiannya itu.
Setelah
mengeluarkan duit, dia terus sahaja menuju ke Digital Mall di Seksyen 14,
Petaling Jaya. Di situ pelbagai alat telekomunikasi dan alatan digital dijual
dengan harga yang agak murah. Setibanya di sana dia berjalan dari satu kedai ke
satu kedai yang lain memerhati, bertanya dan membandingkan harga. Setelah
berpuas hati diapun membeli telefon bimbit tersebut. RM1080.00 jumlah yang
perlu dibayarnya setelah mendapat persetujuan harga.
Azman berpuas
hati dengan pembeliannya itu. Dia kemudiannya singgah di sebuah kedai
cenderahati yang berdekatan untuk membeli kertas pembalut hadiah berserta kad
harijadi untuk dihadiahkan buat Sara. Kembali ke pejabat dia membalut hadiah
tersebut dan menulis kad yang cantik berbunga itu istimewa buat kekasihnya itu.
Hatinya berbunga-bunga dengan harapan yang menggunung yang Sara akan gembira
menerima hadiah tersebut darinya hujung minggu ini. Padanya
inilah salah satu pengorbanan yang dapat dilakukannya sebagai tanda kasih
sayangnya buat Sara.
No comments:
Post a Comment