Followers

Wednesday, April 24, 2019

BAB 7 - MAN REMPIT 2 KARYA FAIZAL YUSUP


BAB 7

Hari Ahad yang ditunggu tiba. Hari ini merupakan harilahir Sara. Zafrul menyuruh kawannya dan kawan-kawan Sara untuk berjumpa dan bertemu di KL Plaza di sebuah pusat Karaoke di sana kerana dia telah menguruskan segala aturcara majlis harijadi Sara itu di situ.

Tengahari itu dia telah berjanji untuk mengambil Sara di Kompleks PKNS. Zafrul menunggang motorsikal Kawasaki ZX10Rnya menuju ke Shah Alam. Helmet fullface untuk Sara juga dibawanya bersama. Setibanya di sana, Zafrul berhenti betul-betul di hadapan Sara yang menunggu di hadapan Maybank.

Sara tak mempedulikannya. Zafrul membuka visor mukanya lantas menegurnya. Sara terkejut. Dia begitu terkejut bila melihat motorsikal Zafrul yang begitu besar dan megah. Nasib baiklah dia memakai blaus dan berseluar panjang hari itu. Detik hatinya.

“Surprise ke? Sara suka naik motor kan? Hari ini sempena hari jadimu, sudikah Sara naik motor dengan Zaf?”

Sara sekadar mengangguk tanda setuju.

“Nak bawa laju ke perlahan?”

“Mana-mana pun boleh.”

Kalau nak bawak laju kenalah pakai jaket. Zafrul membuka jaketnya lalu dipakaikannya kepada Sara. Kemudian dia memakaikan helmet fullface hijau berjalur berjenama Arai itu pada Sara dan mengikatkan tali keselamatannya.

Setelah semuanya sedia. Dia terus sahaja membawa motor itu laju keluar dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Zafrul memecut melebihi 200 km/j. Sara tenang membonceng di belakangnya. Dalam masa tak sampai 20 minit mereka telahpun memasuki ke Kuala Lumpur menuju ke KL Plaza yang letaknya tak jauh dari Pasaraya Lot 10.

Sara dapat merasakan perbezaan yang ketara antara membonceng motor Zafrul kalau dibandingkan dengan motor Azman yang ringan dan seakan melayang-layang tu. Membonceng motor sebesar ini dirasakannya lebih selamat dan mantap. Kelajuannya juga berkali ganda. Zafrul juga seorang penunggang yang sangat cekap.

Best! Laju gila!” Kata Sara sebaik turun dari motorsikal itu.

“Itu baru sikit Sara, boleh laju lagi sebenarnya. Motor ni 1000 cc, sama besar dengan cc kereta. Motor biasa tu sekadar 100-200 cc je Sara. Kecil sangat.” Jawab Zafrul seronok melihatkan reaksi Sara.

        Setibanya di sana Nadia, Nisha, Azlan dan kawan Zafrul, Anuar telahpun menanti. Sara gembira bertemu dengan Nadia dan Nisha juga Azlan. Sara diperkenalkan pada Anuar buat kali pertamanya. Mereka semua mengungkap selamat sempena hari lahir Sara.

        “Jom.” Ajak Zafrul. Zafrul memulakan langkah diikuti Sara juga yang lain menuju ke Pusat Karaoke tersebut.

Setibanya di sana sebuah bilik khas telahpun disediakan buat mereka. Makanan dan minuman juga telah terhidang di atas meja. Mereka terus sahaja memilih beberapa lagu dan menyanyi menghibur hati. Sara pula sesekali menumpang lagu yang dinyanyikan oleh kawan-kawannya itu. Palbagai aksi dan gaya ditunjukkan kawan-kawannya sambil menyanyi dan menari sepanjang mereka di sana. Mereka menyanyi solo, berduet, berkumpulan dan sebagainya dengan perasaan yang gembira.

Tiba satu ketika, sewaktu mikrofon di tangan Zafrul,

“Sara, lagu ni Zaf dedicate khas buat Sara okay. Kalau Zaf nyanyi tak sedap jangan marah tau.” Lagu Always dendangan Jon Bon Jovi menjadi pilihan Zafrul.

This Romeo is bleedin'
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up

It's been rainin' since you left me
Now I'm drownin' in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I'll give up

I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
I guess I'm not that good anymore
But that's just me

I will love you baby
Always
And I'll be there forever and a day
Always
Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh, some made us cry
One that made you have to say goodbye

What I'd give to run my fingers through your hair
Touch your lips and hold you near
When you say your prayers understand
I've made mistakes, I'm just a man

When he holds you close, he pulls you near
When he says the words you've been needin' to hear
I wish I was him with these words of mine
To say to you till the end of time

That I will love you baby
Always
And I'll be there forever and a day
Always

If you told me to cry for you, I could
If you told me to die for you, I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you

I will love you baby
Always
And I'll be there forever and a da
Always

I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and words don't rhyme
And I know when I die you'll be on my mind
And I'll love you always

Sambil menyanyikan lagu tersebut, dia melutut dan meletakkan tangannya di lengan Sara. Sara hanya membiarkannya.

Selepas menyanyikan lagu tersebut lampu bilik karaoke dimalapkan dan dua orang pekerja pusat karaoke itu masuk bersama dengan sebuah kek bersama beberapa bungkus hadiah di atas sebuah dulang. Lagu Happy Birthday berkumandang memenuhi ruang bilik tersebut.

“Happy Birthday Sara!!!” Jerit mereka serentak.

“Terima kasih.. Eii! Cheese cake dengan mangga! Kek kegemaran Sara ni. Mana Zaf tahu?”

“Zaf agak-agak je.” Ujar Zafrul sambil memandang pada Anuar sambil tersenyum.

“Mat Saleh kata sebelum tiup lilin kena wish dulu Sara.” Nadia menyarankan.

Setelah berfikir seketika, Sara pun meniup lilin tersebut dengan sekali hembus semuanya padam. Mereka bertepuk tangan dan Anuar mengambil gambar merakamkan detik itu.

“Sara wish apa?” Tanya Zafrul ingin tahu.

“Mana boleh beritahu. Rahsia!”

“Okay.. Nah. Ini hadiah dari Zaf. Buka Zaf punya dulu. Diorang punya hadiah murah, boleh buka kemudian.” Zafrul menyakat. Dia menghulurkan kotak kecil yang berbalut kertas dengan gambar hati berwarna merah kecil-kecil.

“Eh! Mana you tahu murah?” Nisha menyampuk geram.

“No offence ya! Bergurau je.” Jawab Zafrul.

Balutan kotak kecil itu dibuka Sara dengan cermat.

“Logo dan tulis Blackberry Bold mula kelihatan.”

“Handphone! Mahal ni... Terima kasih ya Zaf!” Ujar Sara sebaik mengetahui isi kandungan kotak tersebut.

Untuk Sara tiada apa yang mahal! Zafrul begitu gembira melihat reaksi Sara. Misinya berjalan lancar sepertimana yang direncanakannya. Ia berjaya dengan cemerlang. Dia cukup puas dan yakin tak lama lagi Sara akan kembali menjadi miliknya.

XXXXXX

Lord, Zul, Zainal, Shidee, Bad, Eddy, Alia dan Ayu bersama beberapa kawan yang lain semuanya telah berada di Tasik Perdana bersiap untuk meraikan majlis harijadi Sara. Ayam telah diperap sejak malam semalam siap untuk dibakar, makanan dan minuman, pinggan, gelas dan cawan, kayu arang dan sebagainya semuanya telah disediakan. Begitu juga dengan kek keju dengan potongan mangga di atasnya yang dibeli Alia khas buat Sara.

        Namun demikian, menjelang 3:30 petang kelibat Azman yang sepatutnya menjemput Sara masih belum kelihatan. Setelah menelefon Azman, Lord mengambil keputusan untuk memulakan majlis tanpa menunggu mereka.

        Azman tiba tak lama kemudian kehampaan kerana Sara tak datang dan dia tak dapat menghubunginya.

“Kau dah janji dengan dia belum?” Tanya Eddy.

“Dah. Tapi entahlah. Tak pernah dia buat begini. Hari ni hari jadi dia takkanlah dia tak ingat.” Jawab Azman dengan nada kecewa.

“Dah cuba call?”

“Dah banyak kali. Tak berjawab. Pelik betul.”

“Takut dia ada masalah atau apa-apa. Kemalangan ke.”

“Simpang malaikat 44. Harap-harap tak adalah. Tak apalah. Kita makan dulu, karang kalau dia call aku beritahu korang.”

“Man, baju kau berdarah!” Ayu panik. Jarinya menunjuk ke arah perut Azman.

Azman memandang pada bajunya. Tompokan darah jelas kelihatan. Azman menyelak bajunya dan menampakkan perutnya. Parut pembedahan hatinya dahulu luka kembali dan mengalirkan darah.

“Kita kena pergi klinik ni Man.” Lord menyarankan.

“Hem. Berdarah balik pulak parut ni.” Ayu memberikan beberapa helai tisu kepada Azman. Dia menekup lukanya itu bagi menghentikan pendarahan pada parutnya itu.

“Aku tak sedap hatilah Man. Aku rasa benda ni ada kena mengena dengan Sara.” Lord membuat andaian.

“Ish! Tak adalah.” Azman menafikannya.

“Korang makanlah dulu. Biar aku bawak Manjoe ke klinik dulu.” Ujar Zainal. Mereka yang lain sekadar mengangguk setuju.

Zainal yang memandu kereta hari itu terus sahaja membawa Lord dan Azman ke klinik di Jalan Bangsar.

XXXXXX

Dalam pada itu, Zafrul mengajak mereka semua ke Restoran Starbuck’s Coffee selepas keluar dari Pusat Karaoke tersebut.

Sara berjalan bergandingan dengan Zafrul, Azlan dengan Nadia dan Anuar pula mengekori di belakang dengan Nisha.

“How’s your day?”

“So far so good. Pandai Zaf nyanyi ye...” Sara memuji.

“Bolehlah sikit-sikit.”

“Nampaknya Nisha mula baik dengan Anuar tu.”

“Yelah. Sara pun perasan tadi.”

“Sara, Zaf nak suggest something sikit boleh?”

“Apa dia Zaf?”

“Zaf rasa Sara ni lagi cantik kalau you make up, tukar stail sikit, rambut tukar bagi perang sikit, you’ll be awesome!”

“Ye ke?”

“Yelah. Cuba Sara tengok keliling.” Dia menunjuk pada gadis-gadis seksi berambut perang yang berada di kompleks itu.

“Diorang ni up to date. Dengan gaya dengan yang in style masa ni.”

“Hem. Let me think about it.”

“No offence ye Sara, bukannya Sara tak cantik tapi Sara boleh jadi lagi cantik kalau you’re up to date.”

Mereka tiba di depan Restoran Starbuck’s. Sara ingin ke tandas, Nisha dan Nadia juga ingin turut serta.

“Sara! I tak sangka you dapat contact Zafrul balik. Frankly, I sukalah dengan Zafrul tu. Hensem, kaya, pandai mengambil hati, romantik pulak tu.” Kata Nadia sebaik memasuki tandas perempuan itu.

“Yelah Sara. Compared to Azman you tu macam langit dengan bumi bezanya. Dia siap bagi handphone Blackberry yang latest tu. Sure dia sayang pada you kan?” Sampuk Nisha pula.

“Tak tahulah Nadia, Nisha. Sincerely I am confused.” Pening kepala dibuatnya.

“Apa yang dipeningkan? Terima ajelah cinta Zafrul. Bukan you tak kenal dia. You kenal dia lebih dahulu dari you kenal Azman. He came first into your life.”

“Senanglah you all cakap. I have given a part of my heart to Azman. Surely it meant something. Takkanlah I nak sia-siakan dia.”

“Tapi itu pasal pengorbanan. You tolong selamatkan nyawanya. Ia tak ada kena mengena dengan kebahagiaan kehidupan you di masa yang akan datang. Keputusan ini untuk you hidup dengan your soulmate buat selama-lamanya hingga akhir hayat Sara. Kalau you salah buat pilihan you akan merana selama-lamanya. I sarankan you pilih pakej yang terbaik. Bagi I, Zafrul is the man.”

“Tadipun kat dalam bilik karaoke I nampak dia pegang tangan you, you tak elakpun. Maknanya you acceptlah tu Sara!”

“Betul tu Nisha! I pun nampak.” Sokong Nadia.

Sara serba salah dia tak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Hatinya ingin menarik tangannya namun demikian zahirnya tak mahu bergerak. Lantas dibiarkan sahaja Zafrul memegangnya.

Handphone dalam tas tangannya dicapai. Dia ingin menukar satus senyap pada telefon bimbit tersebut. 14 missed call terpapar di panel telefon tersebut. Punat select ditekannya.

12 missed call dari Abang, 2 dari Daddy. Sara langsung tak perasan akan 12 panggilan dari Azman selama dia berada di dalam pusat karaoke tersebut. Tanpa disedari masa berjalan, lebih 3 jam mereka berada dalam bilik karaoke tersebut. Dia rasa bersalah. Dia yakin Azman menelefon kerana mahu mengucapkan Selamat Hari Jadi kepadanya.

“Korang pergi dulu ya. Sekejap lagi I datang.” Keluar dari tandas, terus sahaja dia mendail nombor Azman.

“Abang call Sara tadi?”

“Ya. Mana Sara pergi? Kan kita janji nak jumpa kat Amcorp Mall jam 2:30 tadi?” Azman bertanya ingin tahu.

“Allah! Sara terlupa bang. Betul-betul terlupa. Nadia dan Nisha datang rumah ajak celebrate birthday kat KL ni. Bunyi handphone dalam handbag ni tak dengar pulak tu. Sori ye bang.” Jawab Sara sambil melihat jam tangannya yang mendekati pukul 7:00 malam.

“Macamana Sara boleh lupa pulak ni?”

“Tak tahulah. Dah tua agaknya.”

“Sebenarnya bebudak abang ada nak buat surprise birthday party untuk Sara kat Tasik Perdana tadi tapi Sara tak datang pulak. Kitorang jelah yang makan.” Jelas Azman.

“Ye ke! Sorilah bang. Sara tak tahu. Abang cakap dengan diorang ye. Sara betul-betul minta maaf.”

“Nak buat macamana. Diorang semua dah balik pun.”

“Macam nilah, besok malam Sara free, kita jumpa kat Restoran Ani  Sup Utara dekat seksyen 9 okay?”

“Malam ni tak boleh ke? Hari ni kan harijadi Sara.”

“Sara dah penatlah bang. Nak balik tidur.”

“Okaylah kalau begitu. InsyaAllah, Abang jumpa Sara besok malam.”

Sara bersandar di dinding termenung seketika. Pintanya ketika meniup lilin tadi ialah agar dia dapat memilih siapakah diantara Azman dan Zafrul yang paling sesuai dan dapat membahagiakan hidupnya. Azman seorang yang baik dan decent penuh misteri sedangkan Zafrul seorang yang dominan dan dapat mengawal suasana. Gadis itu keliru tetapi dia dapat merasai yang Zafrul punya kelebihan dari banyak segi.


No comments:

Post a Comment