BAB 8
“Dum!
Dum! Dum!” Bunyi pintu rumah Azman diketuk kuat.
“Man!
Man! Assalamualaikum!...”
“Lord.
Kenapa ni?” Soal ibu Azman sebaik pintu rumah itu dibuka.
“Makcik
Manjoe ada.” Lord kelihatan resah.
“Ada.
Kat dalam bilik dia. Masuklah.” Lord bergegas masuk terus menuju masuk ke dalam
bilik Azman.
“Ada
apa Lord. Mengelabah je kau ni.” Tanya
Azman sambil membersihkan luka parut di perutnya. Dia mahu menukar balutan luka
tersebut.
“Aku
cari kau kat pejabat tadi. Diorang kata kau MC. Tu yang aku datang sini.”
Katanya termengah-mengah.
“Kan
semalam kita pergi klinik sekali. Doktor bagi aku 2 hari MC pasal pendarahan
ni?”
“Yelah!
Aku yang lupa! Ada cerita panas ni!”
“Apa
yang panasnya. Rilekslah bro’. Duduk dulu. Bertenang. Tarik nafas.”
Lord
duduk di atas katil bujang Azman.
“Macam
ni. Balik dari Tasik Perdana petang semalam aku terserempak dengan seorang
kawan lama aku kat Central Market.”
“Nama
dia Azizul. Dia baru balik dari USA. Dia junior Zafrul kat sana.”
“Oh.
Apa cerita dia?”
“Dia
sebenarnya belajar kat Universiti kecil je kat Western Michigan, Kalamazoo,
Illinois. Universiti tu dikenali sebagai kampung Malaysia.”
“Kenapa
pulak?”
“Sebab
ramai budak Malaysia kat sana.”
“Oh..”
Azman menggangguk faham.
“Tapi
dia kata dia belajar Engineering kat MIT, Massasucchet Intitute of Tecnology.
MIT ni memang terkenal dengan graduan kejuruteraan dia. Dia berlagak lebih.
Penipu.”
“Hem..”
“Lepas
tu dia ni memang kaki perempuan, kaki parti, kaki botol dan lain-lain. Dia
duduk dengan bebudak Cina supaya dapat elak dari gosip orang melayu. Tapi
bebudak semua tahu yang setiap minggu dia bawak perempuan balik tak kira mat
saleh, kulit hitam, Mexico, Vietnam dan lain-lain. Dia sebenarnya gunakan Sara
sebagai back up. Kata dia bila dah puas
buat semua ni tapi bila nak kahwin dia kena cari yang baik. Jadi Sara tu
disimpannya sebab dia tahu dia boleh ambil kesempatan atas Sara. Dia tahu dia
dah dapat tackle hati Sara semenjak
tingkat tiga lagi. Pada masa Sara masih mentah dan tak faham apa-apa.”
“MasyaAllah.
Tapi kau ingat tak Khairul kata Zafrul tu baik?”
“Aku
ingat dan aku rasa tak sedap hati pasal Khairul ni. Dia macam ada sorokkan
sesuatu.”
“Kau
pun rasa jugak. Aku ingat aku sorang jer rasa begitu. Nanti cuba kau cek dengan
Azizul tu kalau-kalau dia kenal Khairul ni?”
“Okay.”
“Terima
kasihlah Lord! Kau ni memanglah blood
brother aku! Penyelamat.”
“Tak
ada hal bro’. Habis kau nak buat apa?”
“Aku
kena cari jalan beritahu Saralah. Malam ni aku jumpa dia nak bagi hadiah handphone tu. Tengoklah nanti macamana.”
XXXXXX
Jam 8:30 Azman sudah tercongok di
Restoran Ani Sup Utara di seksyen 9 Shah Alam itu menantikan Sara. Dia membawa
beg sandang. Hadiah dan kad harijadi untuk Sara ada di dalam beg tersebut.
Hatinya berkobar-kobar. Harapannya tinggi agar Sara menghargai pemberiannya
itu.
Azman terkejut bila nampak Sara memakai
blaus dan skirt paras lulut dan memakai solekan muka yang agak tebal
malam-malam begini. Setakat hari ini dia tak pernah nampak Sara memakai solekan
muka setebal itu. Selalunya Sara akan hanya memakai ginju yang agak lembut
warnanya. Firasatnya mengatakan ada yang tak kena.
“Happy Birthday Sara.” Kata Azman sebaik Sara
sampai.
“Thanks bang. Dah lama sampai?”
“Baru
jugak. Macamana majlis harijadi semalam?”
“Okay!
Seronok. Daddy belikan lap top baru
untuk Sara. Full Specs. Nisha, Nadia
pun ada bagi hadiah.”
“Wah!
bagusnya.”
“Bang, Sara
ingat nak warnakan rambutlah. Ikut trend
semasa, buat perubahan sikit, apa pendapat abang?”
“Kenapa Sara
nak warnakan rambut pulak? Abang rasa Sara lebih cantik begini.” Soal Azman
yang agak terkejut dengan pertanyaan Sara itu.
Tiba-tiba
mata Azman terarah kepada cincin emas berukir di jari manis Sara. Cincin yang
tak pernah dilihatnya dan dia yakin itulah cincin tanda pemberian Zafrul
dahulu. Hatinya terasa bagai dirobek-robek. Matanya mula berkaca. Giginya
diketap menahan kesedihan yang mula menular.
“Sara, abang
nak ke tandas kejap.” Azman terus bangun dan melangkah laju menuju ke tandas
lelaki di belakang restoran itu tanpa berpaling.
Azman
memandang cermin besar yang ada di dalam tandas itu. Rona wajahnya yang jelas
layu kesedihan, bebola matanya jelas kemerahan menahan dari gugurnya airmata
kelelakiannya. Pada masa itu barulah Azman sedar yang Sara mula menyambung
perhubungannya dengan Zafrul. Mungkin parut di perutnya yang berdarah itu
adalah satu petanda perihal ini. Nampaknya dia kalah dalam persaingan merebut
hati Sara Yasmin. Namun demikian, sebelum dia mengalah dia mahu cuba
menyelamatkan apa yang terdaya olehnya buat kali yang terakhir.
Air paip
dibukanya laju. Mukanya dibasuh dengan harapan ia membawa kesegaran bagi
menutup kesedihan hatinya buat seketika dua. Dia perlu berjuang.
Azman
melangkah kembali ke meja tampat Sara menanti. Kue Teow basah yang terhidang
tidak dipedulikannya. Dia fokus mahu menyiasat ke akar umbi mengenai persoalan
ini.
“Kenapa ni
bang? Lain macam je Sara tengok.” Tanya Sara sebaik Azman duduk.
“Sara, abang
nak minta Sara berterus terang dengan abang boleh?”
“Hem...”
Gadis ayu itu menggangguk seakan tahu apa yang bakal dihadapinya.
“Cincin siapa
yang Sara pakai tu?” Azman memberanikan dirinya bertanya.
“Tulah.
Sebenarnya Sara serba salah bang. Sara rasa inilah caranya secara tak langsung
Sara nak beritahu abang pasal Zafrul. Sara tak berani nak bersemuka dengan
abang dan menerangkan mengenainya. Tapi sekarang sebab abang dah buka bab ini
biarlah Sarah jelaskan perasaan Sara yang sebenarnya. Itupun kalau abang sedia
mendengarnya.”
“Mestilah abang
nak tahu sayang. Ini secara langsung kena mengena dengan perhubungan kita!
Daripada kita berselindung lebih baik kita letakkan masalah ini di tempat yang
terang dengan harapan ia dapat diselesaikan.” Azman memandang tepat pada Sara
sambil membetulkan tempat duduknya bersedia.
“Sebenarnya
dari dulu Zafrul sentiasa mengambil berat perihal Sara semasa di sekolah. Pada
masa itu mummy and daddy selalu keluar negara untuk menguruskan perniagaan
untuk satu jangkamasa yang lama hinggakan Sara dan Irfan selalu sahaja
ditinggalkan dengan Bibi. Sara dalam tingkatan tiga pada masa itu. Dia saat
Sara dahagakan kasih sayang, mereka berdua sering tiada di situ. Jadi Sara
mencarinya di luar dan pertemuan dengan Zafrul melengkapkan kehidupan Sara pada
masa itu. Sara dapat rasa disayangi dan dapat juga menyayangi.”
“Zafrul
merupakan Ketua Murid, murid contoh dan disayangi semua guru di sekolah. Dia
juga seorang yang prihatin dan mengambil berat. Ramai pelajar perempuan yang
meminatinya tetapi dia tak menghiraukannya sebaliknya dia mendapatkan Sara.
Sara rasa begitu dihargai ketika itu.”
“Kemudian,
oleh kerana keputusannya bagus dia dapat masuk matrikulasi di Johor. Oleh sebab
kesukaran untuk berhubungan kami terputus begitu sahaja tetapi hati Sara
sentiasa ingat padanya. Satu hari dia datang bertemu dengan Sara dan mengatakan
yang dia akan menyambung pelajarannya ke Amerika Syarikat, jadi dia memberikan
cincin yang Sara pakai ini sebagai cincin tanda pencintaan kami. Sara juga ada
bagi sebentuk cincin kepadanya sebagai balasan. Katanya selama ini dia berdiam
diri kerana ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran demi untuk masa depan
kami berdua. Apapun dia berjanji satu hari dia akan pulang dan mengambil Sara
kembali dan sekarang dia sedang mengotakan janji-janjinya itu.” Jelas Sara
dengan panjang lebar.
Azman
terdiam. Dalam kotak fikirannya berbelah bahagi samada untuk menceritakan apa
yang Lord ceritakan padanya siang tadi atau tidak.
“Hati Sara
sebenarnya terbelah dua bang. Sara sayang pada abang dan Sara juga sayang pada
Zafrul. Sara tahu lambat laun Sara kena buat pilihan. Sara cuma takut tersilap
membuat pilihan. Sara tak mahu pilihan itu dibuat mengikut emosi dan
terburu-buru. Semua ini demi kebahagiaan masa depan Sara sepanjang hayat bang.
Sara harap abang faham.” Sambungnya lagi.
“Zafrul lebih
dahulu datang dalam kehidupan Sara. Dia datang sebelum Sara mengenali abang.
Dia tak seperti abang, dia mengambil tahu dan prihatin terhadap Sara dalam
banyak hal. Contohnya siang tadi dia adakan parti harijadi khas buat Sara. Dia
belikan kek yang Sara suka, bunga dan hadiahkan Sara dengan handphone Blackberry yang terbaru. Semua
ini dilakukan untuk Sara bang.” Handphone
warna perak berkilat itu dikeluarkan lantas diletakkan di atas meja agar Azman
boleh melihatnya.
Azman
terkedu. Hadiah handphone Nokia yang
dibeli dengan duit hasil titik peluhnya tak bermakna lagi. Hiba hatinya menahan
sebak di dada. Dalam diam Sara menipunya. Dia mengatakan yang dia celebrate birthday dengan Nadia dan
Nisha tetapi hakikatnya Zafrul ada bersama. Luka di hatinya semakin parah.
“Kalau begitu
macamana pula dengan hubungan kita? Setiap onak duri, suka duka yang kita
tempuhi dahulu hanya sia-sia belaka. Sara nak membuangnya begitu sahaja?” Soal
Azman.
“Pada Sara
hubungan Sara dengan abang hanyalah umpama sebuah cerita dongeng. Umpama cerita
dalam sebuah filem. Setakat dalam filem yang kita tengok tempohari. Namun
realitinya kita tak boleh hidup hanya dengan cinta bang. Entahlah. Cukuplah
setakat ini. Sara pun tak tahu apa yang nak dikatakan lagi.” Sara menyambung
hujahnya.
“Sara minta ampun
dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan Sara bang.
Berilah Sara sedikit ruang untuk memikirkan sedalam-dalamnya. Demi kebahagiaan
Sara, sekali lagi Sara harap abang faham.”
Azman
terdesak dia terpaksa mengeluarkan senjata rahsianya yang terakhir. Tiada apa
lagi yang dapat dia lakukan. Sara seakan sudah membuat keputusan yang muktamad
namun dia berharap masih ada ruang terakhir untuk dia menembusinya.
“Sara, terus
terang abang tahu siapa abang, abang mat rempit anak jaga yang ada hati ingin
mencintai seorang gadis cantik anak seorang Datuk. Apapun abang faham dan abang
mahu Sara bahagia. Abang akan bahagia kalau Sara bahagia dengan pilihan Sara
waima pilihan Sara itu bukan abang.”
“Tapi abang
tak akan bersetuju kalau pilihan Sara itu Zafrul.” Azman memulakan bicara
balasnya.
“Kenapa abang
cakap begitu?”
“Abang mint
ammaf tapi abang dah buat siasatan. Dia bukanlah apa yang dia katakan.
Pertamanya di bukanlah graduan kejuruteraan di MIT tetapi dia sebenarnya
merupakan graduan Pendidikan Jasmani di sebuah Universiti yang kecil di
Michigan. Keduanya dia sebenarnya hanya menyimpan Sara sebagai back up. Selepas dia puas berseronok
dengan semua perempuan, akhirnya dia akan pilih Sara sebagai suri hidupnya.”
“Sudahlah
Azman! Sara tak percaya semua ini. You
janganlah nak burukkan Zafrul. Janganlah cuba untuk menjejaskan hubungan kami.”
Tempik Sara tiba-tiba. Beberapa pelanggan yang ada di situ menoleh ke arah
mereka.
Azman terkedu
dengan tindakan Sara itu. Tindakan yang tak disangkanya. Nampaknya ruang akhir
itu juga tertutup. Emosi Sara dan cintanya pada Zafrul menyebabkan dia tak boleh
berfikir secara rasional. Desis hati Azman. Dia kena cari jalan mententeramkan
Sara.
“Kalau Sara
fikir begitu tak mengapalah. Apapun abang nak Sara tahu yang abang akan
sentiasa menyayangi dan mencintai Sara hingga ke akhir hayat. Seperti Sara
abang juga ingin memohon maaf zahir dan batin, minta Sara halalkan makan minum
abang selama hari ini.”
“Apapun, ini
abang ada belikan hadiah buat Sara. Hadiah yang mungkin murah pada Sara tetapi
mahal pada abang.” Azman mengeluarkan bungkusan hadiah bersama kad berwarna
merah jambu berbunga itu dari dalam beg sandangnya lantas menghulurkannya pada
Sara. Sara tidak bergerak. Azman mengelengkan kepalanya syahdu. Lantas
diletakkannya di atas meja bersebelahan dengan handphone Blackberry pemberian Zafrul itu.
Azman bangkit
dari kerusinya. Makanan yang terhidang langsung tidak dijamah mereka berdua.
Azman memandang Sara semahunya. Padanya itu mungkin peluangnya buat kali yang
terakhir. Dia mahu melekapkan imej Sara itu di hatinya buat selama-lamanya.
Sara pula menundukkan kepalanya.
“Abang akan
pergi. Abang akan bagi ruang pada Sara. Sebanyak mana juga ruang dan masa yang
Sara perlukan. Andai Sara ingin kembali hati ini milik Sara juga. Kalau boleh
abang pinta Sara ambillah hati Sara yang bercantum dengan hati abang ini
kembali kerana ia hanya akan menambah penderitaan yang bakal abang tanggung...”
Katanya dengan nada hiba.
Azman berlalu
meninggalkan Sara. Semakin lama semakin jauh dan hilang dalam kegelapan malam.
Hilang dari pandangan Sara. Dia langsung tidak menoleh ke belakang. Manik-manik
jernih airmata Sara tiba-tiba jatuh menitis ke atas kad merah jambu pemberian
Azman itu.
“Tapi itu pasal pengorbanan. You tolong
selamatkan nyawanya. Ia tak ada kena mengena dengan kebahagiaan kehidupan you
di masa yang akan datang. Keputusan ini untuk you hidup dengan your soulmate
buat selama-lamanya hingga akhir hayat Sara. Kalau you salah buat pilihan you
akan merana selama-lamanya. I sarankan you pilih pakej yang terbaik. Bagi I,
Zafrul is the man.” Kata-kata Nadia itu masih terngiang-ngiang
di benaknya.
Hadiah
yang elok berbungkus itu dibuka Sara. Dia ingin tahu apakah yang diberikan
Azman padanya. Handphone Nokia itu
dipegangnya kemas. Kemudian diletakkannya berbelahan handphone Blackberry yang diberikan Zafrul.
Lebih
kurang sama tetapi tak serupa. Desis hatinya.
Kad
itu kemudiannya diambil dan dibuka. Isi kandungannya dibaca.
Istimewa
Buat kekasihku
Sara Yasmin..
Mereka mengatakan
Tiada apa yang kekal di dunia ini
Namun tidak sekali-kali daku mempercayainya
Setiap kali bila kita bersama
Hatiku, jiwaku, jasadku
Seakan bersatu denganmu
Ketahuilah Sayang,
Hari ini, esok dan selamanya
Daku akan tetap mencintaimu
Inilah janjiku detik ini dan selamanya
Biarlah sang mentari berhenti bersinar
Biarlah bumi berhenti berputar dari paksinya
Biarlah bintang berguguran dari langit ke tujuh
Biarlah lautan luas menjadi padang yang tandus..
Namun hatimu kan tetap bersatu dalam hatiku
hingga akhir hayatku...
Selamat menyambut hari lahir sayang,
Semoga perhubungan cinta yang kita bersemi selamanya.
Kekasihmu,
Azman Affandi
Ayat-ayat
nukilan Azman itu meruntun jiwanya. Hatinya terasa sebak. Dia tahu inilah
antara kelebihan yang ada pada Azman. Jiwa seninya begitu halus bagi seorang
mat rempit. Dia tahu dia akan kehilangan semua ini andai dia mengambil
keputusan untuk memilih Zafrul.
No comments:
Post a Comment