Followers

Wednesday, April 24, 2019

BAB 9 - MAN REMPIT 2 KARYA FAIZAL YUSUP


BAB 9

Sudah beberapa hari Sara menunjukkan reaksi yang luar dari kebiasaan. Datuk Halidi dan Datin Maria agak resah dengan perkambangan Sara itu. Dia juga mencambil cuti kecemasan dan asyik terperuk di dalam biliknya. Tak tentu masa makan minumnya. Setelah berbincang dengan isterinya, Datuk Halidi mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Sara.

        Pintu bilik Sara diketuknya. Ia tidak berkunci. Datuk Halidi menguak pintu bilik itu lalu masuk. Sara kelihatan termenung memandang keluar melalui tingkap biliknya.

“Sara...” Perlahan Datuk Halidi memanggil anak kesayangannya itu.

Sara hanya menoleh memandang bapanya dengan pandangan yang layu.

“Kenapa ni sayang? Daddy tengok sejak Sara balik malam hari tu keadaan Sara tak seprti  biasa. Ada apa yang tak kena? Azman buat sesuatu pada Sara ke?”

Tak. Daddy. Sara ada masalah sikit.

“Apa masalahnya. Kalau tak keberatan kongsikanlah dengan Daddy. Manalah tahu Daddy yang dah tua ni dapat membantu...” Datuk Halidi cuba mencuit hati Sara namun tiada respon yang kelihatan.

Suasana bilik itu senyap seketika. Sara berbelah bahagi untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kalau boleh dia tak mahu menyusahkan kedua ibubapanya itu dengan permasalahannya. Namun dia seakan tak berdaya. Mungkin dengan menceritakannya bapanya itu boleh membantunya membuat pilihan.

“Begini Daddy. Daddy ingat tak lagi pada Zafrul?”

“Zafrul? Budak yang ajak Sara bertunang masa Sara lepas sekolah dulu?” Soalnya mencari kepastian.

“Ya. Zafrul yang itulah.”

“Lama Daddy tak dengar cerita dia. Kenapa dengan dia?”

“Dia dah kembali Daddy. Dia dah kembali dalam hidup Sara. Sara memulakan kisah dilemanya dari mula hingga akhir. Bapanya mendengar dengan khusyuknya setiap patah perkataan yang keluar dari mulut anak perempuannya itu.”

“Sekarang ni Sara keliru. Diluah mati emak di telan mati bapak. Sara sayang pada Azman tapi sara juga sayang pada Zafrul. Sara tak tahu nak pilih yang mana satu.”

“Kahwinlah dengan dua-dua sekali. Settle problem.” Bapanya berseloroh.

“Ke situ pulak Daddy ni. Mana boleh. Sara serius ni.” Kata Sara sambil menepuk lengan bapanya manja.

“Sori. Sori. Daddy bergurau je. Dah lama tak tengok anak Daddy ni ketawa.”

“Daddy faham. Kalau Daddy kat tempat Sara pun Daddy akan pening kepala untuk buat pilihan. Daddy pun tak tahu nak beratkan siapa tapi Daddy ada satu perkara yang perlu Daddy beritahu Sara yang mungkin boleh membantu.”

“Apa dia tu Daddy?”

“Sebenarnya semenjak perhubungan Sara dengan Farid anak Tan Sri Samad tu putus disebabkan Azman perniagaan Daddy terjejas teruk. Syarikat Tan Sri Samad membatalkan semua kontrak, semua tender dan semua projek yang selalunya diberikan kepada Syarikat Daddy dulu. Daday dah cuba usaha memujuknya tetapi gagal. Daddy juga dah cuba cari job lain tapi jaringan perniagaannya besar jadi dia boleh menggunakan pengaruhnya untuk menyekat syarikat Daddy. Sekarang ni syarikat Daddy tu macam hidup segan mati tak mahu je.”

“MasyaAllah. Sampai begitu sekali. Daddy tak cakap apapun dengan Sara selama ini.”

“Ini masalah Daddy, biarlah Daddy yang menyelesaikannya. Tapi baru-baru ni Tan Sri Samad ada menghubungi Daddy.”

“Apa katanya?”

“Hem...” Datuk Halidi menarik nafasnya panjang.

“Dia kata dia boleh tolong tapi dengan satu syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Dia berjanji keadaan akan menjadi seperti biasa malah boleh jadi lebih baik lagi dengan syarat.. dengan syarat Sara setuju mengahwini Zafrul.”

“Apa? Maknanya Daddy dah tahulah pasal Zafrul.”

“Hem. Daddy dapat tahu mengenainya dari Tan Sri Samad.”

“Apa yang perlu Sara buat Daddy?”

“Sara dah besar. Dah boleh buat keputusan sendiri yang rasional. Daddy yakin dan percaya yang Sara bakal membuat keputusan yang terbaik. Sara nak pilih Zafrul pun tak apa, kalau Sara nak pilih Azman pun Daddy terima. It’s entirely up to you dear.”

Datuk Halidi bangkit melangkah menuju ke muka pintu dan keluar meninggalkan Sara dengan persoalan yang lebih berat untuk difikirkannya. Kerana sekarang ia bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi juga melibatkan masa depan keluarga serta perniagaan bapanya. Sara termangu sendirian dalam biliknya memandang suasana senja yang menguning.

XXXXXX

“Sara, Zaf ada kat Shah Alam ni. Would you like to go for a ride? Zaf jemput kejap lagi okay.”

“Okay. Bagi Sara setengah jam untuk bersiap.”

“Okay... See you then.”

        Zafrul menjemput Sara di hadapan rumahnya. Mereka bersiar-siar di tasik Shah Alam sebelum Zafrul membawa Sara ke pelabuhan berdekatan Restoran Muara sebuah restoran makanan laut yang terkenal di Pelabuhan Kelang. Mereka duduk di tepi laut yang sambil menikmati udara laut di Selat Melaka yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sumatra itu. Sesekali kelihatan kapal kargo berlayar perlahan melintasi di hadapan mereka.

        “Sara, Zaf rasa seronok sebab akhirnya Zaf dapat kembali bertemu dan menghabiskan masa bersama Sara. It’s has been a long way tapi pada Zaf perhubungan kita tak pernah putus.”

        “Sara pun sama Zaf.”

        “Ingat tak pada Cikgu Salbiah yang tangkap kita melepak kat dalam kelas dulu. Siap kita kena denda dulu.”

“Yelah! Mana taknya Zaf masa tu tengah nak cium Sara kan?”

“Betullah tu.”

“Sampai sekarang masih simpan ciuman tu Sara. Khas buat Sara seorang je.”

“Yelah tu.”

“So macamana perhubungan Sara dengan Mat Rempit tu?”

“Bumpy...” Tak tahulah nak cakap.

“I wonder sampai hari ini kenapa Sara sanggup dermakan sebahagian dari hati Sara pada mamat tu.”

Well, pertamanya Sara rasa terhutang budi kerana dia pernah membantu Sara dari menjadi mangsa Farid, keduanya sebab Sara rasa bersalah padanya, ketiganya hanya hati Sara yang padan dengan hatinya. Kalau Sara tak bagi he may die jadi pada masa itu, pada ketika itu Sara rasa itulah tindakan yang paling baik untuk diambil. Tapi...”

“Tapi apa Sara?” Zafrul tak sabar inginkan jawapan.

“Tapi sekarang rasa lain pulak. Sara tak mahu perkara itu menjadi seakan satu ikatan antara Sara dengan Azman yang menyebabkan Sara tak boleh buat pilihan yang lain pula. Ia memang menjadi etika seorang doktor untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit dan Sara telahpun menjalankan tugas tersebut demi untuk menyelamatkan nyawa Azman.”

“Sungguh mulia hatimu Sara. I wish I was the one.”

“Entahlah Zaf sekarang semenjak Zaf datang kembali ke dalam hidup Sara semuanya berubah. Rasa sayang pada Zaf yang Sara simpan jauh di lubuk sanubari ini mula timbul kembali.”

“Maknanya sekarang Sara sayang pada Zaflah?”

“Rasanya begitulah.”

“Zaf pun sayang pada Sara. Zaf memang kasih, sayang dan cinta pada Sara sejak dahulu lagi dan ia tak pernah berubah Sara.”

“Is it okay kalau Zaf hantar rombongan pertunangan ke rumah Sara?”

XXXXXX

Zafrul keluar dari rumahnya pagi tu dengan hati yang ceria. Pertemuannya dengan Sara semalam menunjukkan tanda-tanda yang dia semakin dekat untuk memenangi hati Sara. Dia ada temujanji untuk bertemu dengan Tan Sri Samad di pejabatnya jam 10 pagi ini. Pagi lagi telah sampai menanti Tan Sri Samad. Jam 10:30 barulah kelibat Tan Sri itu kelihatan.

“Jom! Masuk dalam pejabat saya.” Katanya sebaik ternampak Zafrul yang sedang duduk menunggu di sofa di hadapan pejabatnya itu.

        Zafrul mengikutinya masuk ke dalam pejabat yang besar itu. Ia dilengkapi dengan set sofa tempat duduk, rak buku, meja kayu yang besar dengan kerusi kulit eksekutif berada di situ.

“Jadi bagaimana perhubungan kamu dengan Anak Datuk Halidi tu? Tanya Tan Sri Samad pada Zafrul.” Soalnya sambil duduk di sofa berkenaan.

“Setakat ni bagus Tan Sri semua perancangan berjalan lancar. Dia dah mula kembali sayang pada saya. Saya yakin tak lama lagi Sara akan jadi milik saya. Duit yang Tan Sri bagi tu saya bayar budak saya dan hari tu belanja buat majlis Hari jadi Sara dan belikan dia hadiah handphone yang mahal. Dia nampaknya happy betul.”

That’s good news. How’s the car?”

“Itu satu lagi. It’s running well. Bila Azman dan kawan-kawannya nampak kereta itu mereka bagaikan nampak hantu. Mereka panik. Agaknya mereka sangka Farid sudah kembali.”

“Bagus! Bagus! Kalau kamu perlukan apa-apa lagi beritahu pada saya. Saya akan bantu mana yang diperlukan. Duit atau apa sahaja tak jadi masalah.” Tegas Tan Sri Samad.

Zafrul gembira mendengar janji Tan Sri Samad itu. Padanya pucuk dicita ulam mendatang. Dia terus sahaja menceritakan rancangannya yang seterusnya dan meminta Tan Sri Samad menyokongnya dari belakang.

Mereka sama-sama ketawa. Nampaknya setakat ini Misi membalas dendam Tan Sri Samad berjalan dengan lancar. Sama-sama Zafrul dan Tan Sri Samad bakal mendapat habuan yang dicita.

XXXXXX

Seminggu berlalu semenjak kejadian tempohari. Masa sebenarnya begitu cepat berlalu meninggalkan manusia yang alpa. Azman mahupun Sara langsung tidak berhubungan. Azman merasakan suasana kehidupannya tiba-tiba menjadi mendung, senyap dan sunyi. Fahamlah dia sekarang betapa cinta boleh memberi kesan yang sedemikian rupa dalam kehidupan setiap manusia yang mengalaminya.

“Ni apasal muka macam belacan je ni? Tanya Eddy pada Azman yang sejak tiba tadi diam seribu bahasa.”

“Kau diamlah Eddy.”

“Eh! Apasal pulak ni? Touchy semacam jer!”

“Man kejap. Aku nak cakap sikit dengan kau ni. Panggil Lord yang agak risau dengan keadaan kawan baiknya itu. Lantas diajaknya Azman duduk di tangga bersebelahan dengan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa yang tak jauh dari situ.

“Apa cerita bro’?”

“Hancus!"

“Tak dapat nak diselamatkan?”

“Mungkin tak. Sara minta berikan tempoh. Dia nak fikir sedalam-dalamnya.” Jelas Azman.

“Hem. Kau dah cakap pasal Zafrul tu?”

“Dah.. Tapi tak jadi apa-apapun.”

“Sabarlah Man. Kalau ada jodoh tak kemana. Kita tunggulah.”

Handphone Azman yang berdering bergema di ruang tangga yang tertutup itu. Nombornya tidak dikenali. Azman mengangkatnya.

        “Hello...”

“Hello Manjoe..”

        “Siapa ni?”

        “Ini Zafrul bercakap.”

        “Apa kau nak?”

“Aku nak jemput kau ke majlis keraian kepulangan aku kat Impian Golf and Country Club hari malam Sabtu ni. Aku dah sediakan satu meja khas untuk kau dengan kawan-kawan kau. Kau harap kau datanglah. Sara pun aku jemput sama. Pakaian casual. Kau ada baju tak nak pakai? Kalau tak ada beritahu aku. Nanti aku belikan.” Kata Zafrul dengan penuh keegoan.

Dia terus sahaja meletakkan telefon tanpa memberi peluang Azman bercakap. Azman geram kerana tak dapat berkata apa-apa. Dia tahu ada agenda tersembunyi kenapa Zafrul menjemputnya. Namun demikian demi Sara dia mengambil keputusan untuk memberanikan diri.

“Siapa tu Manjoe? Lain macam je...”

“Zafrul.”

“Zafrul? Apa dia nak dengan kau.”

“Entah. Dia ajak kita semua ke majlis keraian kepulangan dia kat Impian Golf and Country Club Sabtu ni...”

“Kenapa dia nak ajak kita pulak?”

“Manalah aku tahu..”

“Kau nak pergi?”

“Pergilah. Sara pun datang. Kita pergi okay? Temankan aku...”

“Aku ikut jer.”

Azman tak tahu apa yang akan menunggunya di sana. Ia merupakan satu risko yang besar namun kerana Sara dia sanggup mengambil risiko tersebut. Lagipun dia punya kawan-kawannya sebagai penyokong andai dia terjatuh malam itu nanti. Bisik hati Azman.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment