BAB
1
Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat
Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang meluas di media
massa. Ia mengisahkan pengorbanan Sara yang mendermakan sebahagian hatinya
kepada Azman juga kisah bagaimana Mat Rempit bersatu dan akhirnya Farid anak
Tan Sri Samad diberkas dan dipenjarakan kerana didapati bersalah atas tiga
pertuduhan termasuk tuduhan membunuh.
Namun semua itu telah setahun berlalu. Sara Yasmin telahpun berjaya
mendapat Ijazah perubatan dan sekarang bertugas di Hospital Universiti Kuala
Lumpur. Azman pula atas galakan Sara berjaya menyambung pelajaran pendidikan
jarak jauh di UiTM Jalan Othman yang letaknya di Petaling Jaya tak jauh dari
rumahnya dalam bidang Pemasaran.
Bunga-bunga percintaan antara Azman dan Sara Yasmin berkembang mekar.
Mereka sering bertemu dan menghabiskan masa bersama bila berkesempatan.
Percintaan mereka berjalan dengan lancar dan mereka bahagia bersama.
“Doktor Sara tak kerja hari ni?” Tanya Azman sebaik Sara sampai di
Restoran Burger King di Mid Valley itu.
“On Call sebenarnya bang. Sebab tu tak boleh
jumpa jauh-jauh. Senang nak balik ke hospital kalau diorang panggil.”
“Abang tak ada kelas hari ni?”
“Hari ni free. Besok pagi ada. Sara nak makan apa? Abang pergi belikan.”
“Chicken Burger dah lah.”
“Air?”
“Tak apa. Kongsi air abang ni.”
“Manja nampak...”
“Apa salahnya.” Jawab Sara sambil melemparkan senyuman yang manis.
Ramai juga orang yang berkunjung di Kompleks membeli belah Mid Valley
petang itu. Mid Valley yang letaknya di Bangsar adalah salah sebuah kompleks
membeli belah yang terbesar di Malaysia yang menyajikan pelbagai jenis barangan
untuk pengunjungnya. Ramai orang ni mungkin sebab orang baru gaji. Hati Sara
berbisik sambil menanti Azman memesan makanan.
Pandangannya beralih pada Azman yang masih berada di kaunter. Azman yang
memakai seluar jeans biru dan berkemeja lengan pendek berkotak diperhatikannya.
Hatinya senang dan bahagia. Kasih sayangnya pada Azman semakin hari semakin
mekar berkembang. Biarlah apa yang orang lain katakan namun tak akan
dipedulikannya.
Padanya kekayaan harta dan rupa bukanlah ukuran sebuah percintaan.
Pengalaman lamanya dahulu sudah cukup mengajarnya erti kebahagiaan. Apa yang
penting ialah ketulusan, kejujuran dan pengorbanan yang semua letaknya di hati.
Begitu banyak dugaan yang harus dilalui dahulu demi cinta ini namun semua
penderitaan itu bertukar menjadi kebahagiaan berkat kesabaran, berkat
pengorbanan. Sekarang semuanya berada dalam keadaan yang baik dan terkawal.
Tiada lagi masalah antara keluarga, kawan dan lawan. Harap-harap selamanya
begitu.
“Woit! Berangan ke?” Jangan berangan lama-lama nanti tumbuh jerawat!
Sergah Azman mematikan lamunan Sara. Dia tak perasan Azman telahpun kembali ke
meja menatang dulang dengan makanan yang dipesan,
“Yelah! Tengah berangan bila nak kahwin dengan abang ni. Kacau betullah.
“Tunggulah sayang. Daddy minta hantaran sampai RM50,000.00 mana nak
cari?
“Amboi! Dah panggil Daddy ye?
“Kena praktis dulu. Lagipun abang tengah kumpul duitlah ni. Jawab Azman
sambil ketawa.
“Mana ada RM50,000.00 bang. Daddy minta sejuta! Sara saja menyakat.
Azman terus terduduk sambil menepuk dahinya.
“Kalau macam ni 100 tahun lagipun tak kahwinlah aku.” Azman mengomel
sendiri.
Mereka berdua ketawa riang.
“Apa-apapun sekarang abang tak boleh lari dari Sara lagi sebab dalam
hati abang ada hati Sara. Mana ada orang bercinta yang hatinya bersatu begitu?”
“Betul tu sayang. Lari jauh-jauh pun hati tetap bertaup.” Sahut Azman
mengiyakan kata-kata Sara itu.
“Lepas tu dua-dua orang ada parut kat perut! Patut kalau dah ada parut
kena turun harga Sara!” Sambung Azman lagi. Ketawa.
Sara turut ketawa. Azman yang dikenalinya memang begitu. Suka berjenaka
bersahaja. Ia sering sahaja mengeletek menceriakan hatinya.
XXXXXX
“Aku rasa aku pun nak jadi macam Manjoelah. Kes dia menyebabkan satu
Malaysia kenal dengan Manjoe malah kenal dengan kita. Semalam wartawan TV siap
datang wawancara. Nak buat rencana mengenai kehidupan seorang mat rempit. Dulu
dahlah kena kena interview dengan penulis skrip. Lepas ni tah apalah pulak?” Bad
bercerita dengan panjang lebar.
“Aku dengar kerajaan pun tengah kempen nak buat berbagai kempen untuk
kita dalam Projek Rakan Muda, diorang nak panggil mat rempit mat gemilang.”
Sampuk Eddy pula.
“Tulah. Lepas tu untung betul dia dapat Sara yang cantik, kaya, pandai
dan baik hati tu. Sanggup dermakan hati dia pada Manjoe. Jeles betul aku.”
Shidee tak mahu ketinggalan menyambung.
“Si Manjoe dah dapat masuk UiTM, Zul pun dah sambung pelajarannya.
Zainal pulak dah kahwin. Tinggallah kita tak kemana.” Bad merungut.
“Rezeki orang bro’. Rezeki kita tak tahu lagi. Yang penting usaha itu
tangga kejayaan.” Ujar Lord pula.
“Kau lain Lord. Tak kerja pun tak kesah FAMA (Father Mother) ada. Harta
menimbun.”
“Banyaklah korang. Itu harta mak bapak aku. Bukan harta aku.”
“Samalah tu Lord. Bila nak ajak kitorang datang rumah kau lagi? Aku nak
layan kolam renang kau tu.” Eddy memujuk.
“Bila-bila je boleh.”
“Eh! Lord kau tak ada berangan nak beli superbike ke? Yamaha R6 ke, Suzuki
Hayabusa ke, Kawasaki Ninja ke, Honda Fireblade ke, Aprillia ke, Ducati ke?”
“Taknaklah. Nak buat apa. Karang macamana aku nak kawan dengan korang. Aku
pakai RXZ ni pun dah nampak pelik join
korang ni.” Jawab Lord memandangkan kesemua mereka menunggang motor Yamaha
125Z.
“Kau tak nak beli ke atau sebab kaki kau tak sampai. Nak berhenti kena
cari kaki lima jalan pulak.” Eddy menyakat.
“Takpun siapkan batu bata kat tempat nak berhenti tu.” Sampuk Bad pula.
Mereka semua ketawa.
“Yelah, Lord kalau kau beli motor besar tu, boleh kitorang tumpang
glamer. Boleh pinjam sesekali. Lagak sikit.” Sahut Zainal yang sejak tadi hanya
mendengar.
“Panjang umur, pendek nafas mamat ni.” Kata Eddy bila nampak kelibat
Manjoe yang baru sampai dan meletakkan motornya di tempat yang disediakan.
Shidee dan Lord menoleh.
“Baru lepas keluar datinglah tu.”
“Apa lagi. Dia tak bawa Sara pulak hari ni.”
“Mana yang lain?” Tanya Azman sebaik duduk di kerusi yang kosong
bersebelahan Lord.
“Inilah yang ada. Yang lain semuanya ada agenda sendiri.”
“Man kenalkan ni Khairul. Kawan aku. Budak Damansara.” Zainal
memperkenalkan.
“Khairul nilah Manjoe!”
“Apa khabar bro’?” Sapa Azman kepada pemuda yang agak gempal berkulit
hitam manis itu.
“Baik. Selalu dengar cerita pasal orangnya, akhirnya baru dapat bertemu.”
Jawabnya perlahan.
“Tak ada apa yang menarik bro’. Biasa-biasa je. Mereka bersalaman.
“Biasa apa. Buku novel Mat Despatch yang mengisahkan pasal percintaan
luar biasa kau dengan Sara Yasmin laris di pasaran.”
“Ye ke! Kitorang tak baca novellah bro. Tak ada masa. Tapi si Eddy ni
lain, dia mat jiwang!”
“Woit! Tolong sikit ah! Mengata dulang paku serpih. Ada yang makan
helmet ni kang.”
“Mereka ketawa dengan usikan Azman pada Eddy itu.”
“Bukan makan helmet Eddy... Makan bubur ler!” Tambah Bad pula. Mereka
ketawa lagi.
“Apa cerita korang semua? Tanya Manjoe seraya memalingkan mukanya pada
kawan-kawannya yang lain.”
“Tak ada apa. Semua gitu-gitu je tapi semalam ada wartawan datang buat
rencana. Nanti keluarlah kat TV tu. Glamerlah kejap.”
“Okaylah tu. Dapat jadi artis!” Ujar Azman tersenyum.
“Adik kau Shida apa cerita Dee?”
“Okaylah. Dia suka jumpa kau. Dia kata ungkapan kata-kata dan semangat
yang ada pada kau banyak membantu dia..” Jawab Shidee.
“Mana Sara? Selalu ada.” Tanya Shidee pula.
“Dia On Call. Dah ke hospital.”
“Owh! Kalau boleh aku pun nak jadi pesakit Sara. Siapa tak nak doktor
cun siyot! Tengok Doktor Sara je, sakit terus baik.” Ujar Shidee.
“Kalau dah mati pun boleh hidup balik!” Eddy pula menambah.
“Poyolah kau ni Eddy.”
“Betul apa! Ada kawan aku tu dah nyawa-nyawa ikan, Doktor Sara punya
pasal dia hidup balik siyot!” Sambung Eddy mengenakan Azman disambut gelak tawa
kawan-kawannya yang ramai itu. Azman turut ketawa kerana ada kebenaran dalam
kata-kata Eddy walaupun ia bersifat lawak jenaka. Gelagat kawan-kawannya inilah
yang melengkapkan kehidupan Azman selama ini.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment