BAB 11
“Aku
bukanlah superman.. Aku juga bisa nangis...” Bunyi ringtone telefon bimbit Azman yang diletakkan di tepi meja katil
bujangnya membingitkan suasana malam yang sunyi itu. Azman terjaga dari tidurnya.
Jam di dinding menunjukkan pukul 2.35 pagi. Azman mencapai telefonnya itu.
“Sara...”
bisiknya bila ternampak paparan panel telefon yang tertera perkataan Sayang di
mukanya.
“Sara.
Kenapa Sara? Sara okay?”
“Sara
tak dapat tidurlah bang.”
“Kenapa...”
“Tak
tahulah... I guess I need to talk to
someone.”
“Ceritalah.
Abang dengar.” Azman bangkit lalu menyandarkan badannya di kepala katil sambil
melunjurkan kakinya. Dia risau mendengarkan keadaan Sara. Dia yakin pasti ada
yang tak kena memandangkan Sara menghubunginya pagi-pagi buta begini.
“Sara
minta maaf sebab Sara sebenarnya tak tahu apa yang Zafrul nak buat. Dia hanya
jemput Sara katanya untuk majlis menyambutnya pulang tapi lain pulak agendanya.
Kemudian Tan Sri Samad dan Isterinya juga datang. Muka Tan Sri Samad
mengingatkan Sara pada kisah lama. Serba salah Sara dibuatnya. Takut pun ada.”
“Tapi
Abang nampak Sara pakai baju sama warnanya dengan Zafrul macam dah janji je.”
“Tak!
Itu satu kebetulan atau mungkin juga tidak.. Dia ada tanya Sara nak pakai baju
apa ke dinner tu dan Sara yang
beritahu dia Sara nak pakai gaun hijau tu.”
“Oh...”
Sebenarnya
Sara nak beritahu abang yang entah kenapa Sara dapat rasakan kehadiran Abang
dekat kelab tu tadi. Tapi puas Sara cari tapi tak nampak sampailah masa abang
balik tadi.
“Hem..
Maafkanlah abang kalau abang mengganggu Sara. Zafrul yang jemput abang hari tu.”
Jelas Azman akan kehadirannya itu.
“Tak
mengapa. Sara dapat rasa kehadiran abang di hati Sara tapi Sara tak dapat
merasakan kehadiran Zafrul. Semua ini memeningkan kepala.”
“Oh.
Abang ingat Sara dah buat keputusan yang muktamad untuk memilih Zafrul.”
“Taklah
bang. Sara masih lagi perlukan masa untuk buat pertimbangan. Sara yakin masa
akan menentukan nanti. Maksud Sara, Allah akan menentukan nanti. Itu Sara
percaya. Kita kena tunggu dan sabar.”
“Baiklah.
Ia terpulang pada Sara. Apapun keputusan Sara abang redha dan pasrah.”
“Terima
kasih kerana memahami bang. Terima kasih juga sebab sanggup melayan kerenah
Sara pagi-pagi begini.”
“Tak
ada hal Sara. Terima kasih kerana telefon dan bagitahu yang abang masih ada
peluang.”
“Hem...
Oh ya! Sara tengah pakai telefon yang abang bagi tu. Inilah kali pertama Sara
pakai khas untuk telefon abang. Terima kasih bagi hadiah ni ya. Sara tahu abang
menyusahkan diri untuk belikan handphone
ni untuk Sara...”
“Sama-sama.
Tak apalah kalau abang susah sikit untuk Sara. Kasih sayang perlukan
pengorbanan Sara dan apalah sangat pengorbanan abang kalau dibandingkan dengan
pengorbanan Sara pada abang.”
“Tak
kesahlah tu bang. Yang penting kita ikhlas dalam pemberian kita tu tak kira
kecil mahupun besar. Okaylah bang. Sara dah mula rasa mengantuk ni. Nak tidur
dah. Terima kasih sebab melayan Sara yang tak betul ni.”
“Okay.
Sara jaga diri baik-baik.”
“Okay.
Good night bang. Take good care. Bye.”
Talian
diputuskan namun Azman masih lagi terpaku sambil memegang telefon bimbitnya.
Pada saat itu barulah Azman percaya masih ada rongga ruang dan peluang untuk
dia kembali memenangi hati Sara. Betul kata Lord. Aku kena fight. Akan aku rungkaikan semua permasalahan yang berselirat ini
satu persatu. Tekad hatinya.
XXXXXX
Lord
dan Azman melangkah bergandingan menuju ke gerai mamak kegemaran mereka di
Jalan Telawi itu. Mereka baru sahaja tiba. Yang pastinya mamak itu gembira
menerima kehadiran mereka saban hari. Mana taknya kalau dikira duit yang
dibelanjakan mereka di situ sudah mencecah beribu ringgit.
“Jadi
ke kau nak sahut cabaran Zafrul tu Man?” Tanya Eddy yang telah lama berada di
situ.
“Kalau
sahut pun. Nak sahut dengan apa? Takkan lah cukup nak lumba dengan 125Z aku ni?
Kalau dia berani pakai motor kecillah.”
“Kau
jawab aje lah. Kau nak sahut cabaran dia ke tak nak? Itu je. Bukan susah sangat
nak jawab soalan tu.” Lord seakan geram dengan jawapan Azman yang seakan acuh
tak acuh.
“Terus
terang Lord, aku dah fikirkan masak-masak. Walaupun aku dah berjanji untuk
tidak berlumba lagi. Tapi aku rasa kali ni aku kena fight untuk dapatkan Sara kembali. Sara dah banyak berkorban untuk
aku, jadi aku rasa aku kena balas segala pengorbanannya itu.” Ujar Azman
berkobar-kobar. Akhirnya dia mengatakan hasrat sebenar di hatinya.
“Aku
ada kawan yang ada pakai Ninja ZXR600. Aku rasa tak cukup untuk fight motor
Kawasaki 1000cc tu. Kalau kau nak nanti aku tanyakan.” Eddy sebenarnya gembira
dengan keputusan Azman dan dia cuba membantu. Dalam hatinya dia mahu Azman
mengalahkan Zafrul yang berlagak sombong itu.
“Hem.
Boleh jugak. Kalau dia benarkan.”
“Boleh
ke Man? Kau tak biasa bawak motor besar begitu...” Tanya Bad pula cuak dengan
keputusan Azman itu.
“Manjoe
ni aku rasa semua motor dia boleh bawak. Aku tengok dia ni berbakat.” Ujar
Shidee.
“Bakat
apa? Bakat gubah bunga?” Senda Bad.
“Tunggu.
Biar aku call dia kejap.” Eddy terus sahaja menelefon kawan yang dimaksudkannya
itu. Setelah bercakap beberapa ketika rupanya berubah. Airmukanya luntur. Dia
meletakkan telefon. Dari tona suara dan riak wajahnya mereka dapat mengagak
yang jawapannya bakal mendukacitakan.
“Sorilah
Manjoe. Lampu merah. Line tak clearlah.”
“Tak
apalah. Terima kasihlah Eddy. Paling tidakpun kau dah cuba.”
“Rilekslah.
Nanti aku cuba setelkan perkara ni. Jangan risaulah.” Lord yang dari tadi
membatu memberikan jaminannya.
“Kau
nak beli motor besar ke Lord. Cayalah.” Serkap Eddy.
“Tak adalah. Kalau aku kata aku setelkan
aku setelkanlah nanti. Tungguuuu.” Jaminan itu diperkukuhkannya.
Lord
bangkit dari tempat duduknya menuju ke meja sebelah untuk mengambil tisu. Baru
sahaja dia mahu kembali melabuhkan punggungnya pada bangku berwarna merah itu
telefonnya berbunyi. Azizul berada di hujung talian itu. Panggilan yang sekian
lama ditunggu. Lord menunjukkan paparan nama Azizul itu pada Azman. Azman
mengangguk faham. Lord kemudian bangkit meninggalkan tempat itu. Langkahnya
menuju ke arah motor Yamaha RXZ putihnya sambil berbual-bual melalui telefon
bimbitnya itu.
Dari
tempat duduknya Azman memerhatikan setiap gerak geri Lord. Riak wajah Lord yang
berubah kemerah-merahan itu begitu jelas kelihatan. Azman tahu ada sesuatu yang
tak kena. Lord memasukan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya lantas
bergegas ke arah mereka.
Tak
semena-mena tanpa banyak soal dia melenting dan menerajang Khairul tepat ke
mukanya. Khairul tergolek jatuh ke tanah. Kemudian terus sahaja dia menyerang,
menendang dan menumbuk Khairul. Serangan hendap itu menyebabkan Khairul tidak
bersedia untuk bertindakbalas.
Belum
sempat Lord menendangnya sekali lagi Zainal bangkit menghalangnya.
“Kenapa
ni Lord? Tiba-tiba naik darah. Tak angin tak ribut.”
“Nama
lu Khairul Anuar kan? Lu informer
untuk Zafrulkan. Baik lu jawab sebelum gigi lu bersepah kat sini!”
“Kau
biar betul Khairul?” Tanya Zainal mahukan kepastian.
“Sori
bang! Sori! Darah yang tersembur dari mulutnya dikesatnya.”
“Apa
cerita Lord?” Tanya Azman pula.
“Dia
ni rupanya yang bersekongkol dengan Zafrul. Patutlah Zafrul tahu setiap gerak
geri kita Man.
“Kurang
ajar kau ni kan! Datang tempat orang ini kerja kau rupanya.” Zainal menarik
kolar baju Khairul yang terpercik darah itu. Penumbuknya sulongnya hinggap di
pipi kiri Khairul. Khairul jatuh lagi. Geramnya bukan kepalang kerana dia yang
membawa dan memperkenalkan Khairul. Eddy, Shidee dan yang lainnya turut
mengerumuni Khairul. Shidee menarik telinga Khairul menyuruhnya bangkit. Eddy
mencekak lehernya.
“Eii!
Geram aku dengan kau ni! Aku pandang kau ni kejap kecik, kejap besar, kejap
kecik, kejap besar.” Eddy melatah.
“Saya
minta maaf bang. Dia bayar saya bang.”
“Oh!
Duit punya pasal kau sanggup buat semua ni ye.”
“Aku
rasa tak balik kau ni hari ni.” Ujar Eddy geram.
“Pau
aje dia Eddy” Saran Shidee.
“Ish!
Dahlah korang ni. Janganlah jadi gangster pulak.” Kata Ayu. Orang ramai yang
berada berdekatan hanya memandang tidak berbuat apa-apa. Mereka tak mahu masuk
campur perbalahan yang berlaku itu.
“Kita
nak buat apa dengan dia ni Manjoe?”
“Bawak
masuk ladang kelapa sawit je.” Jawab Azman mengertak bertujuan untuk menakutkan
Khairul.
“Nanti!
Aku ada satu idea.” Saran Lord.
“Woi
budak! Wa nak lu call Sara dan ceritakan semua yang lu tahu pasal Zafrul.
Sekarang jugak. Kalau dulu lu jadi informer Zafrul sekarang lu jadi informer kitorang pulak. Tapi free of charge! Kalau kau bekerjasama
kau selamat. Kalau tak niaya kau nanti.” Lord memberi amaran.
Lord
mengeluarkan handphone Khairul dari
poket seluarnya. Dia meminta nombor telefon Sara dari Azman. Nombor itu
kemudiannya didailnya.
“Korang
semua diam. Syyyhh... Perintah Lord.” Dia tak mahu Sara tahu mereka berada di
situ.
“Hello
Sara.” Suara Khairul terketar-ketar keluarnya sebaik Sara mengangkat talian di
hujung sana.
“Hello,
siapa ni?” Sahut Sara.
“Ini
Anuar. Khairul Anuar. Kawan Zafrul. Kita jumpa kat karaoke hari tu...”
“Oh!
Anuar! Ada apa ye?” Tanya Sara.
“Saya
nak cerita sikit pasal Zafrul...” Jawab Khairul. Khairul Anuar menceritakan
pada Sara akan perihal Zafrul. Cerita yang sebenar-benarnya.
Azman
puas hati. Paling tidakpun dua perkara telah dapat diungkai. Pertamanya rahsia infromer Zafrul telahpun dapat
didedahkan dan sama ada Sara percaya pada Khairul atau tidak itu perkara kedua.
Seterusnya Lord telah berjanji untuk menyelesaikan masalah motorsikal yang akan
digunakan untuk berlumba dengan Zafrul nanti. Azman yakin pada Lord akan
mengotakan janjinya itu seperti selalu. Dia tak tahu dari mana Lord akan
mendapatkan motor tersebut tetapi dia tahu Lord ada caranya.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment