BAB 2
Di lapangan terbang
KLIA
“Mengumumkan ketibaan pesawat
penerbangan Malaysia MH312 dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah selamat
mendarat sebentar tadi.” Kedengaran pengumuman itu jelas di
pembesar suara di Balai Ketibaan Lapangan Terbang yang terkenal di dunia itu.
“Hah! Dah sampai. Jom kita tunggu di
depan sana. Anak kita tu akan keluar kat situ rasanya.”
Di
belakang pasangan Mat Saleh itu kelihatan seorang jejaka tinggi lampai, bertubuh
sasa, berkulit cerah, berwajah kacak dengan rambut yang tersisir rapi mengekori
mereka. Dia memakai kod lengkap siap dengan vest berwarna hitam dan bertali
leher. Sambil menolak troli yang dipenuhi bag, bag komputer pula disandang
dibahunya.
“Ma!
Pa! I miss you guys!” Katanya
sambil memeluk kedua-dua mereka bila dia bertemu dengan kedua ibubapanya yang
menunggu.
“We
miss you too son. How’s the trip?”
“Bagus.
Tak ada masalah. Transit kat Taipei tadi sebelum ke sini.”
Zafrul
Akmal Ishak, telah kembali ke Malaysia selepas menghabiskan enam tahun menyambung
pelajaran dan tinggal di Amerika Syarikat.
“Bila
barang-barang yang Zaf hantar melalui kapal tu akan sampai?” Tanya ibunya.
“Dua bulan katanya. Pinggan mangkuk yang
mama pesan tu ada kat dalam kotak tu.”
“Tak
apalah tu. Mesti Zaf penat. Kita balik berehat, Nanti kita cerita panjang-panjang
okay.” Ujar bapanya pula.
Beg
serta barang-barang Zafrul dimasukkan ke dalam kereta BMW X5 biru tua yang
diletakkan di tingkat dua blok C bangunan yang bercantum dengan bangunan utama
KLIA itu.
“Perkara
pertama, Zaf nak cari keretalah Pa. Second
Hand pun tak apa. Senang nak pergi interview
nanti.”
“Tak
ada masalah. Nanti Papa carikan, Papa rasa papa tahu kereta macamana yang anak
papa ni nak.” Jawabnya.
“Zaf
nak tanya, Papa ada dengar pasal Sara Yasmin?” Soal Zafrul pada bapanya sebaik
kereta itu memulakan perjalanannya.
“Kat
Malaysia ni siapa yang tak tahu pasal Sara Yasmin. Kisah dia dengan Manjoe si
Mat Rempit tu hangat tak lama dulu. Zaf tak ada contact Sara ke?”
“Tak
ada. Tapi ada juga baca kisah mereka dalam internet.”
“Kecoh kat sini dulu. Anak Tan Sri Samad
boss Papa tu kena tangkap dan dimasukkan dalam penjara.”
“Siapa nama anak dia tu Pa? Saya pernah
jumpa dia sekali masa company dinner
kat Mines dulu.”
“Farid.” Jawabnya ringkas.
“Ha. Farid.”
“Sara pulak menderma hatinya pada budak
rempit tu. Papa dengar tak lama lagi filem kisah diorang tu keluarlah. Kisah
cinta luar biasa mat rempit dengan anak orang kaya.”
“Hem... Dahsyat betul. Kenapa Sara
sampai sanggup dermakan sebahagian hatinya pada mamat tu pun saya tak faham.”
“Kalau dah cinta, lautan api sanggup
direnangi, tak gitu mama?”
“Betul
tu. Masa papa nak tackle mama dulu
begitu jugak Zaf.’ Jawab ibu Zafrul yang sedari tadi begitu kyushuk mendengar
butir-butir perbincangan kedua anak-beranak itu sambil menguntum senyum.
“Hari tu Tan Sri ada panggil papa ke
biliknya. Dia meluahkan rasa tak puashati dengan si Manjoe dan konco-konconya.
Mereka menjadi penyebab anaknya Farid dimasukkan ke penjara. Dengar cerita
Farid teruk kena belasah kat depan rumahnya oleh mat-mat rempit tu. Kasihan
dia, sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah anak perempuannya mati kemalangan,
anak lelakinya pula dipenjarakan.”
XXXXXX
Restoran
Delifrance di tingkat bawah Hospital itu sering menjadi tempat kunjungan Sara.
Dia suka makan tuna sandwich yang
dijual di situ. Hampir setiap pagi dia akan singgah di sana samaada untuk
dimakan terus di situ mahupun dibungkus pergi. Ramai pelawat mula memasuki
ruang pejalan kaki menuju ke arah lif. Semuanya datang kerana ingin melawat
pasakit yang ada kena mengena dengan mereka. Ada yang berlenggang namun ramai
juga yang membawa buah tangan untuk dihadiahkan kepada pesakit. Apapun pesakit memerlukan
sokongan moral bagi meringankan penderitaan yang ditanggung.
“Boleh
saya duduk sini doktor Sara?” Teguran Doktor Azlan kawan sefakultinya dahulu
menghantikan lamunannya untuk kembali ke dunia nyata.
“Eh!
Lan, apa salahnya duduklah.”
“Wah!
semakin famous you dengan Azman
sekarang ye. Ada novel dan dengar cerita tak lama lagi sebuah filem yang
mengisahkan tentang percintaan kamu berdua akan diterbitkan. Kisah Cinta Luar
Biasa Mat Despatch.” Kata Azlan. Dulang yang membawa air jus oren dan sandwich itu diletakkannya.
“Hem...”
“So line dah tak clearlah untuk Lan
nampaknya.”
“Nampaknya
begitulah Lan.”
“Tak
jumpa Man hari ni?”
“InsyaAllah
jumpa malam nanti. Keluar makan malam. Lan sibuk ke hari ni?”
“Tak
jugak, Lan kat Wad Peadatrik tadi. Seronok juga layan budak-budak tu. Ramai
budak kena asma, mungkin humiditi tinggi musim hujan ni.” Jelasnya.
“Yelah.
H1N1 satu hal lagi. Bahaya betul. Zaman ni mutation
virus ni terlalu cepat. Saintis pun pening kepala nak cari ubatnya.”
“Ni,
Lan nak tanya sikit.”
“Tanya
apa?”
“Pasal
Nadia.”
“Kenapa
dengan Nadia?”
“Nak
tanya dia dah berpunya ke belum.”
“Ohhh..
Minah tu single lagi. Kalau minat
beritahulah.”
“Nanti
Sara tolong kirim salam pada dia okay.”
“Boleh
je.”
“Satu
lagi. Boleh tak Sara bagikan kad ni pada dia. Sara jangan pulak buka tau. Kad
dalam sampul berwarna merah hati itu dihulurkan pada Sara.”
“Okay,
Nanti Sara pas pada dia.”
“Terima
kasih ya Sara.”
“No prob.”
Hati
Azlan berbunga. Tak dapat Sara dapat kawan Sara, Nadia pun jadilah. Tiada rotan
akar berguna. Lagipun kalau dia dapat mendekati Nadia maknanya dia juga akan
selalu dapat bersua dengan Sara. Bisik hatinya. Wajah Nadia terpampang di ruang
fikirannya.
XXXXXX
Kereta
Volkswagon merah yang dipandu Sara meluncur laju di Lebuhraya Persekutuan
melalui jejantas berdekatan Sunway City untuk pulang ke Shah Alam. Kerjanya
untuk hari ini telah selesai. Bersemangat hatinya untuk pulang kerana sebelah
malam ini dia sekeluarga akan keluar makan malam bersama.
Bunyi
telefon bimbit di dalam beg tangannya berbunyi. Mungkin Azman yang menelefon. Tekanya.
Hatinya berbunga-bunga tatkala teringat pada Azman. Telefon itu dikeluarkan
dari beg. Sara tak mengenali paparan nombor yang tertera pada panelnya. Alat handsfree telefon dipasangnya.
“Hello.. Is that Sara?” Suara yang telah
lama tidak didengarinya berada di hujung talian sana.
“Zafrul!
Bila you balik?” Sara begitu yakin
itu adalah suara Zafrul, lelaki yang pernah menjadi kekasihnya satu ketika
dahulu. Entah kenapa Sara terus sahaja membelok ke kiri dan memberhentikan
keretanya di tepi lebuhraya itu.
“Hari
ni genap sebulan. Sibuk cari kerja, cari kereta, catch up dengan friends and
family and all. Lagipun saja tunggu hari ni to call you.” Jelasnya.
“Kenapa
pulak?
“Tak
ingat dah ye? Tak mengapalah. Hari ni kan hari anniversary kita coupled
dulu.”
“Oh..”
“You
apa khabar Sara?”
“Alhamdullillah.
Baik.”
“Dah
lama kita tak jumpa kan, I miss you, you
know...”
“Hem...”
Sara tak pasti apa yang hendak dijawabnya.
“You
ambil jurusan apa kat sana?” Soalnya pula.
“Engineering
kat Massachusetts Institute of Technology.”
“MIT
ye. Bagus universiti tu.”
“Betul.
Zaf bukan apa, nak beritahu Sara yang Zaf menyesal atas tidak tanduk Zaf tidak
menghubungi Sara dulu dan Zaf harap Sara dapat maafkan Zaf. Tapi sekarang Zaf
dah kembali. Zaf boleh terangkan segalanya kalau Sara sudi bertemu dengan Zaf
nanti.”
Sara
Yasmin terkesima. Perasaannya gundah. Kehadiran Zafrul kembali dalam hidupnya
mengundang keresahan. Kenangan kisah percintaannya dengan Zafrul satu ketika dahulu
mula merayap menyelinap dalam hatinya, mengganggu akal fikirannya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment