BAB 5
“Weh
Manjoe! Tengok ni. Cerita kau dah keluar wayang!” Teriak Ayu yang berada di
kedai majalah dan suratkhabar berdekatan tempat mereka melepak. Selepas
membayar harga suratkhabar Metro Ahad itu gadis itu terus berlari anak
mendapatkan Azman serta kawan-kawannya yang masih terpinga-pinga.
“Ni
ha!” Suratkhabar itu dibukanya dan bahagian Media ditunjukkan kepada mereka.
Biar
aku bacakan.
Filem
Wan Despatch terbitan Grand Brilliance akan ditayangkan di pawagam mulai hari
ini. Filem ini merupakan kisah benar yang berlaku kepada seorang Mat Rempit
bernama Azman dengan seorang gadis cantik anak orang kaya bernama Sara setahun
yang lalu. Kisah mereka mendapat liputan yang meluas di media massa pada ketika
itu.
Kisah
cinta dua dunia ini juga telah dibukukan menjadi novel dan ia merupakan buku best seller di negara ini dengan
penjualannya menjangkau lebih 500,000 naskah sejak ia terbit beberapa bulan
yang lalu. Dari buku sekarang ia difilemkan.
Watak
utama bernama Azwan dipegang oleh Remy Ishak dan watak heroinnya yang bernama
Suzanna pula dibawa oleh Diana Danialle dengan berkesan sekali. Filem yang
penuh drama, aksi, konflik, lawak jenaka dan pengorbanan cinta ini memang
menarik dan akan membuatkan anda teruja setiap masa. Berkunjunglah ke panggung
yang berdekatan untuk menonton Filem Mat Despatch ini. Anda pasti akan berpuas
hati. Pihak kami berikan lima bintang penuh untuk filem ini.
“Huiyoo...
Remy Ishak jadi Manjoe! Sungguh tak sesuai. Remy Ishak tu hensem. Manjoe pulak muka
macam penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk.”
Mereka
semua ketawa. Azman sekadar tersengih.
“Tapi
Sara lagi cantik dari Diana Danialle. Patut suruh Sara je yang berlakon.”
Sampuk Ayu pula.
“Woit!
Apa lagi. Jom kita pergi tengok. Ayu kat mana panggung berdekatan yang kita
boleh tengok?” Eddy memberikan saranannya.
“Tayangan
serentak ni semua panggung ada tapi aku rasa sure panggung penuh ni.”
“Tak
apa. Kita buat booking. Sempat lagi ni.”
“Manjoe.
Macamana? Ajak Sara sekali.”
“Boleh
jugak. Jap aku telefon dia.” Manjoe mencapai telefon bimbitnya lalu mendail
nombor Sara. Mereka berbual seketika.
“Pukul berapa nak tengok ni?” Tanya
Azman.
“Malam nilah kul 9:00, tak pun midnight.”
Jawab Lord.
Azman
menyambung perbualannya.
“Okay. On.” Katanya sebaik meletakkan
telefon.
“Jap aku buat booking. Berapa orang nak pergi ni?”
Kesemua
mereka bersetuju untuk pergi bersama dan mereka tak sabar untuk menonton filem
tersebut malam itu setelah Lord membuat tempahan tiket. Sebuah filem berkenaan
kisah Manjoe dan Sara juga ada melibatkan kisah mereka secara tak langsung.
XXXXXX
Malam itu mereka semua menonton wayang
cerita Wan Despatch dalam panggung yang penuh di KLCC. Ia mendapat sambutan
yang hangat dari penonton.
“Memang
best cerita nilah Manjoe. Angle dia
ambil gambar, plot cerita, muzik arrangement
semuanya best! Aku rasa akan box office cerita korang ni. Paling
kurang RM 10 juta ni.” Kata Shidee sebaik keluar dari panggung.
“Manjoe
kena belasah dengan 3 orang je tapi dalam cerita dekat 10 orang tu. Kena tikam
banyak kali pulak tu.” Zul menyampuk tak puas hati.
“Biasalah
dalam filem kena nampak tragis, sadis dan nangis... Kalau tidak, tak laku
nanti..” Jawab Bab.
“Tapi
watak aku sikit sangatlah.” Rungut Eddy pula.
“Mestilah
sikit. Kita ni pelakon tambahan je bro’. Kalau dah banyak cerita kita jer
habislah cerita diorang nanti. Itupun watak kau kelakar dan menyerlah aku rasa.”
Jawab Shidee.
“Macam
cerita dongeng je cerita ni. Mana ada awek yang macam tu punya cun dan kaya
boleh jatuh cinta dengan Mat Rempit? Tak logik! Tak logik...” Kata salah
seorang gadis, penonton filem itu yang berjalan bersebelahan dengan kumpulan
mereka.
“Kau
dengar tu! Teruk sangat ke golongan mat rempit macam kita ni?” Ini mat rempit
ada wawasanlah!” Kata Bad seakan geram dengan kenyataan gadis tadi.
“Woit!
Kemana kita ni?” Tanya Ayu.
“Doraisamylah
mana lagi? Pekena sup torpedo!” Kata Eddy sambil ketawa.
“Coverlah
sikit Eddy! Sara ada nie.” Pesan Azman pada Eddy. Dia takut Eddy merapu dan keluarkan
perangai yang tak senonohnya.
“Weh!
Apa kata kita pergi Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru? Aku lapar ni.” Lord
memberi saranan.
“Kau
belanja ke Lord?” Soal Bad tersengih menampakan giginya.
“Tak!
Tak! Kita minta Doktor Sara belanja amacam? Boleh doktor?” Usik Lord.
“Boleh
je.” Sara menjawab ikhlas.
“Adoi
bankraplah girlfriend aku macam ni
oiii!” Azman merungut.
Dalam
perjalanan menuju ke tempat letak motorsikal di tingkat bawah, seorang lelaki
yang keluar dari gedung Isetan secara tak sengaja melanggar bahu Sara.
Langkahnya terganggu dan kakinya terpelecok namun dia masih dapat mengimbangkan
diri. Tangan Azman yang memimpinnya laju ditarik menghalangnya dari terjatuh.
Azman memandang tepat pada lelaki yang bertubuh sasa itu.
“Eh!
Zafrul, apa yang you buat kat sini?”
Sara terkejut bila melihat lelaki yang melanggarnya itu adalah Zafrul. Azman
juga begitu.
“Sara!
Fancy meeting you here. Zaf keluar
cari barang tadi. Tak sangka pulak Sara ada kat sini.” Ujar lelaki kacak
berkulit cerah itu. Rambutnya terpacak gaya ala-ala Christiano Ronaldo. Dia
memakai baju t-shirt berjenama Polo hitam yang ketat bagi menampakkan otot-otot
tubuhnya yang berketul dipadankan dengan seluar jeans lusuh yang berjenama
Tommy Hilfiger.
“Anyway, kenalkan ni Azman..” Sara
memperkenalkan Azman dan semua kawan-kawannya yang lain termasuklah Khairul.
“Owh! Inilah Manjoe yang terkenal tu! It’s a real pleasure to meet you finally.” Dia menghulurkan tangannya bersalaman.
Genggamannya kuat. Ada cincin suasa belah rotan di jari manisnya.
Azman
sekadar tersenyum kelat.
“Oh
ya! Saya bekerja sebagai trainer di Fitness First KLCC. Kat tingkat atas. Kalau
nak sihatkan badan, nak cari stamina ke, nak cantikkan badan jemputlah ke sana
ye. Saya boleh bagi tips.” Katanya sinis kepada Azman serta kawan-kawannya
memandangkan mereka semua tak punya bentuk fizikal sepertinya.
“Okay..”
Jawab Azman perlahan.
“Tapi
aku dengar orang yang banyak otot-otot ni anu dia kecil je. Betul ke?” Eddy
menyampuk agaknya tak puas hati mendengar kata-kata sinis Zafrul itu.
“Yelah!
Mak aku pun cakap macam tu. Sebab tu mak aku tak bagi aku pergi tempat-tempat
meletihkan badan macam tu.” Si Shidee menambah.
Mereka
yang lain tergelak. Zafrul tak tahu apa nak dijawabnya. Mukanya merah.
Pertemuan yang tak dirancang dengan
lelaki yang pernah memiliki hati Sara itu menimbulkan keresahan dalam
sanubarinya memandangkan dari segi zahirnya serba serbi Zafrul punya kelebihan.
Sara bersembang dengan Zafrul seketika sebelum kembali menyertai mereka yang
menanti.
XXXXXX
“Berlagak
betul si Zafrul tu kan?” Ayu membuka bicara semasa mereka duduk makan Nasi
Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang disenaraikan dalam buku pelancongan
Malaysia sebagai tempat makan yang mesti dikunjungi pelancong.
“Saya
bekerja sebagai trainer di Fitness First KLCC. Kalau nak kempiskan perut kau
yang boroi tu Bad, kalau nak tinggikan diri Lord, nak bengkak bengkikkan badan
jemputlah ke sana ye. Saya Shidee boleh bagi tips...” Kata Shidee mengajuk
kata-kata Zafrul tadi.
Mereka
semua tergelak.
“Nak
tinggi pun boleh?” Soal Lord.
“Semua
boleh Lord! Ni Zul yang gelap ni pun boleh tukar jadi putih!”
“Itu
senang je! Rendam dalam air chlorox, keluar putih berseri ler!” Sampuk Bad pula
diiringi dengan gelak ketawa mereka yang ada di situ.
“Mamat
tu ingat dia best sangat, kena sedas
dengan aku terus senyap, muka tukar colour!”
Sampuk Eddy pula.
“Padan
dengan muka dia!” Alia bersetuju dengan kata-kata mereka itu. Azman dan Sara
yang duduk di hujung meja sekadar mendengar cerita ketidakpuasan hati mereka
itu.
“Sara
dah jumpa Zafrul tempohari bang.” Akui Sara tiba-tiba.
“Oh!
Ye ke. Tak cakap pun. Macamana? Semuanya okay?” Tanya Azman ingin tahu. Hatinya
cuak tetapi dia sedaya upaya cuba untuk mengawal perasaan itu agar Sara tak
dapat menekanya. Apapun dia bersangka baik kerana dia begitu yakin kepada
timbangtara Sara kekasihnya itu. Dia juga tak mahu dilabel lelaki kolot yang
mengikat gadis yang tiada ikatan sah dengannya.
“Okaylah.
Dia dah jelaskan semuanya.”
“Baguslah
tu.” Jawab Azman ringkas.
“Banyak
juga yang dapat kami ceritakan, dari kisah bagaimana perhubungan kami terputus
hinggalah ke saat ini. Sara macam tak percaya yang kami akan dapat bertemu
kembali di saat ini.”
“Jodoh
pertemuan di tangan Allah Sara. Kalau ada dalam ketentuanNya pasti korang akan
jumpa juga dan kalau ada dalam ketentuanNya kita ada jodoh, takkan kemana.” Itu
sahaja ungkapan yang terfikir oleh Azman tatkala itu.
XXXXXX
Akhirnya
motor yang telah dua bulan Zafrul tunggu telah tiba. Dia terpaksa pergi ke
Kontena Nasional untuk menandatangani beberapa dokumen juga menyelesaikan cukai
motor tersebut. Seterusnya dia perlu membawanya ke Puspakom untuk diperiksa
sebelum mendaftarkannya dengan nombor pendaftaran Malaysia. Namun demikian dia
belum punya masa untuk berbuat demikian. Ia masih lagi menggunakan nombor plat
Amerika.
Kehadiran
motorsikal Sport Bike Kawasaki ZX10R 1000cc itu berwarna hijau itu membuatkan
dia begitu bangga dan yakin motor itu akan membuatkan Sara kembali suka
padanya. Pengalamannya berlumba di Amerika membuatkan dia yakin tiada mat
rempit yang boleh mengalahkannya. Termasuklah mat rempit bernama Manjoe. Getus
hatinya.
“Ai!
Apa yang termenung tu lama sangat tengok motor tu.”
“Pa!
Ma! Saja. Lama tunggu dia sampai. Macamana set Golf yang Zaf beli untuk papa?
Set pinggan mangkuk yang Zaf beli untuk mama tu okay?”
“Bagus!
Kat sini mahal semua barang-barang tu.”
“Betul
tu Pa. Bike ni pun Zaf beli cuma USD10,000.00, kalau kat sini dekat RM80.000.00.
Cukai dia mahal sangat.”
“Ni
asyik cerita motor je kamu tu bila nak kahwin? Umur pun dah makin meningkat tu.
Dah dekat 30 tahun.”
“Zaf
tengah usahakanlah ni Ma. Tak lama lagi kot.”
“Oh
ya. Papa nak buat majlis keraian menyambut kepulangan kamu tak lama lagi. Ingat
nak buat kat Impian Golf and Country Club over
dinner. Nak jamu saudara mara dan semua kenalan. Ajaklah sesiapa yang kamu
nak okay. Kalau bawak girlfriend pun
lagi bagus.”
“Susah-susah
je Papa ni.”
“Apa
susahnya kamulah satu-satunya anak kami. Small
matter je tu.”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment