BAB 7
Hari Ahad
yang ditunggu tiba. Hari ini merupakan harilahir Sara. Zafrul menyuruh kawannya
dan kawan-kawan Sara untuk berjumpa dan bertemu di KL Plaza di sebuah pusat
Karaoke di sana kerana dia telah menguruskan segala aturcara majlis harijadi
Sara itu di situ.
Tengahari itu
dia telah berjanji untuk mengambil Sara di Kompleks PKNS. Zafrul menunggang
motorsikal Kawasaki ZX10Rnya menuju ke Shah Alam. Helmet fullface untuk Sara juga dibawanya bersama. Setibanya di sana, Zafrul
berhenti betul-betul di hadapan Sara yang menunggu di hadapan Maybank.
Sara tak
mempedulikannya. Zafrul membuka visor
mukanya lantas menegurnya. Sara terkejut. Dia begitu terkejut bila melihat
motorsikal Zafrul yang begitu besar dan megah. Nasib baiklah dia memakai blaus
dan berseluar panjang hari itu. Detik hatinya.
“Surprise ke? Sara suka naik motor kan? Hari ini sempena hari
jadimu, sudikah Sara naik motor dengan Zaf?”
Sara sekadar
mengangguk tanda setuju.
“Nak bawa
laju ke perlahan?”
“Mana-mana
pun boleh.”
Kalau nak
bawak laju kenalah pakai jaket. Zafrul membuka jaketnya lalu dipakaikannya
kepada Sara. Kemudian dia memakaikan helmet fullface
hijau berjalur berjenama Arai itu pada Sara dan mengikatkan tali keselamatannya.
Setelah
semuanya sedia. Dia terus sahaja membawa motor itu laju keluar dari Shah Alam
menuju ke Kuala Lumpur. Zafrul memecut melebihi 200 km/j. Sara tenang
membonceng di belakangnya. Dalam masa tak sampai 20 minit mereka telahpun
memasuki ke Kuala Lumpur menuju ke KL Plaza yang letaknya tak jauh dari
Pasaraya Lot 10.
Sara dapat merasakan
perbezaan yang ketara antara membonceng motor Zafrul kalau dibandingkan dengan
motor Azman yang ringan dan seakan melayang-layang tu. Membonceng motor sebesar
ini dirasakannya lebih selamat dan mantap. Kelajuannya juga berkali ganda.
Zafrul juga seorang penunggang yang sangat cekap.
“Best! Laju gila!” Kata Sara sebaik turun
dari motorsikal itu.
“Itu baru
sikit Sara, boleh laju lagi sebenarnya. Motor ni 1000 cc, sama besar dengan cc
kereta. Motor biasa tu sekadar 100-200 cc je Sara. Kecil sangat.” Jawab Zafrul
seronok melihatkan reaksi Sara.
Setibanya
di sana Nadia, Nisha, Azlan dan kawan Zafrul, Anuar telahpun menanti. Sara
gembira bertemu dengan Nadia dan Nisha juga Azlan. Sara diperkenalkan pada Anuar
buat kali pertamanya. Mereka semua mengungkap selamat sempena hari lahir Sara.
“Jom.”
Ajak Zafrul. Zafrul memulakan langkah diikuti Sara juga yang lain menuju ke
Pusat Karaoke tersebut.
Setibanya di
sana sebuah bilik khas telahpun disediakan buat mereka. Makanan dan minuman
juga telah terhidang di atas meja. Mereka terus sahaja memilih beberapa lagu
dan menyanyi menghibur hati. Sara pula sesekali menumpang lagu yang dinyanyikan
oleh kawan-kawannya itu. Palbagai aksi dan gaya ditunjukkan kawan-kawannya
sambil menyanyi dan menari sepanjang mereka di sana. Mereka menyanyi solo,
berduet, berkumpulan dan sebagainya dengan perasaan yang gembira.
Tiba satu
ketika, sewaktu mikrofon di tangan Zafrul,
“Sara, lagu
ni Zaf dedicate khas buat Sara okay.
Kalau Zaf nyanyi tak sedap jangan marah tau.” Lagu Always dendangan Jon Bon Jovi menjadi pilihan Zafrul.
This Romeo is bleedin'
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up
It's been rainin' since you left me
Now I'm drownin' in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I'll give up
I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
I guess I'm not that good anymore
But that's just me
I will love you baby
Always
And I'll be there forever and a day
Always
Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh, some made us cry
One that made you have to say goodbye
What I'd give to run my fingers through your hair
Touch your lips and hold you near
When you say your prayers understand
I've made mistakes, I'm just a man
When he holds you close, he pulls you near
When he says the words you've been needin' to hear
I wish I was him with these words of mine
To say to you till the end of time
That I will love you baby
Always
And I'll be there forever and a day
Always
If you told me to cry for you, I could
If you told me to die for you, I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you
I will love you baby
Always
And I'll be there forever and a da
Always
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and words don't rhyme
And I know when I die you'll be on my mind
And I'll love you always
Sambil
menyanyikan lagu tersebut, dia melutut dan meletakkan tangannya di lengan Sara.
Sara hanya membiarkannya.
Selepas
menyanyikan lagu tersebut lampu bilik karaoke dimalapkan dan dua orang pekerja
pusat karaoke itu masuk bersama dengan sebuah kek bersama beberapa bungkus
hadiah di atas sebuah dulang. Lagu Happy
Birthday berkumandang memenuhi ruang bilik tersebut.
“Happy Birthday Sara!!!” Jerit mereka serentak.
“Terima
kasih.. Eii! Cheese cake dengan mangga! Kek kegemaran Sara ni. Mana Zaf tahu?”
“Zaf
agak-agak je.” Ujar Zafrul sambil memandang pada Anuar sambil tersenyum.
“Mat Saleh
kata sebelum tiup lilin kena wish
dulu Sara.” Nadia menyarankan.
Setelah
berfikir seketika, Sara pun meniup lilin tersebut dengan sekali hembus semuanya
padam. Mereka bertepuk tangan dan Anuar mengambil gambar merakamkan detik itu.
“Sara wish apa?” Tanya Zafrul ingin tahu.
“Mana boleh
beritahu. Rahsia!”
“Okay.. Nah.
Ini hadiah dari Zaf. Buka Zaf punya dulu. Diorang punya hadiah murah, boleh
buka kemudian.” Zafrul menyakat. Dia menghulurkan kotak kecil yang berbalut
kertas dengan gambar hati berwarna merah kecil-kecil.
“Eh! Mana you tahu murah?” Nisha menyampuk geram.
“No offence ya! Bergurau je.” Jawab Zafrul.
Balutan kotak
kecil itu dibuka Sara dengan cermat.
“Logo dan
tulis Blackberry Bold mula kelihatan.”
“Handphone! Mahal ni... Terima kasih ya Zaf!” Ujar
Sara sebaik mengetahui isi kandungan kotak tersebut.
Untuk Sara
tiada apa yang mahal! Zafrul begitu gembira melihat reaksi Sara. Misinya berjalan
lancar sepertimana yang direncanakannya. Ia berjaya dengan cemerlang. Dia cukup
puas dan yakin tak lama lagi Sara akan kembali menjadi miliknya.
XXXXXX
Lord, Zul,
Zainal, Shidee, Bad, Eddy, Alia dan Ayu bersama beberapa kawan yang lain
semuanya telah berada di Tasik Perdana bersiap untuk meraikan majlis harijadi
Sara. Ayam telah diperap sejak malam semalam siap untuk dibakar, makanan dan
minuman, pinggan, gelas dan cawan, kayu arang dan sebagainya semuanya telah
disediakan. Begitu juga dengan kek keju dengan potongan mangga di atasnya yang
dibeli Alia khas buat Sara.
Namun
demikian, menjelang 3:30 petang kelibat Azman yang sepatutnya menjemput Sara
masih belum kelihatan. Setelah menelefon Azman, Lord mengambil keputusan untuk
memulakan majlis tanpa menunggu mereka.
Azman
tiba tak lama kemudian kehampaan kerana Sara tak datang dan dia tak dapat
menghubunginya.
“Kau dah janji
dengan dia belum?” Tanya Eddy.
“Dah. Tapi
entahlah. Tak pernah dia buat begini. Hari ni hari jadi dia takkanlah dia tak
ingat.” Jawab Azman dengan nada kecewa.
“Dah cuba
call?”
“Dah banyak
kali. Tak berjawab. Pelik betul.”
“Takut dia
ada masalah atau apa-apa. Kemalangan ke.”
“Simpang
malaikat 44. Harap-harap tak adalah. Tak apalah. Kita makan dulu, karang kalau
dia call aku beritahu korang.”
“Man, baju
kau berdarah!” Ayu panik. Jarinya menunjuk ke arah perut Azman.
Azman
memandang pada bajunya. Tompokan darah jelas kelihatan. Azman menyelak bajunya
dan menampakkan perutnya. Parut pembedahan hatinya dahulu luka kembali dan
mengalirkan darah.
“Kita kena
pergi klinik ni Man.” Lord menyarankan.
“Hem.
Berdarah balik pulak parut ni.” Ayu memberikan beberapa helai tisu kepada
Azman. Dia menekup lukanya itu bagi menghentikan pendarahan pada parutnya itu.
“Aku tak
sedap hatilah Man. Aku rasa benda ni ada kena mengena dengan Sara.” Lord
membuat andaian.
“Ish! Tak
adalah.” Azman menafikannya.
“Korang makanlah
dulu. Biar aku bawak Manjoe ke klinik dulu.” Ujar Zainal. Mereka yang lain
sekadar mengangguk setuju.
Zainal yang
memandu kereta hari itu terus sahaja membawa Lord dan Azman ke klinik di Jalan
Bangsar.
XXXXXX
Dalam
pada itu, Zafrul mengajak mereka semua ke Restoran Starbuck’s Coffee selepas
keluar dari Pusat Karaoke tersebut.
Sara
berjalan bergandingan dengan Zafrul, Azlan dengan Nadia dan Anuar pula
mengekori di belakang dengan Nisha.
“How’s your day?”
“So
far so good. Pandai Zaf nyanyi ye...” Sara memuji.
“Bolehlah
sikit-sikit.”
“Nampaknya
Nisha mula baik dengan Anuar tu.”
“Yelah.
Sara pun perasan tadi.”
“Sara,
Zaf nak suggest something sikit
boleh?”
“Apa
dia Zaf?”
“Zaf
rasa Sara ni lagi cantik kalau you make
up, tukar stail sikit, rambut tukar bagi perang sikit, you’ll be awesome!”
“Ye
ke?”
“Yelah.
Cuba Sara tengok keliling.” Dia menunjuk pada gadis-gadis seksi berambut perang
yang berada di kompleks itu.
“Diorang
ni up to date. Dengan gaya dengan
yang in style masa ni.”
“Hem.
Let me think about it.”
“No offence
ye Sara, bukannya Sara tak cantik tapi Sara boleh jadi lagi cantik kalau you’re up to date.”
Mereka
tiba di depan Restoran Starbuck’s. Sara ingin ke tandas, Nisha dan Nadia juga
ingin turut serta.
“Sara!
I tak sangka you dapat contact Zafrul
balik. Frankly, I sukalah dengan
Zafrul tu. Hensem, kaya, pandai mengambil hati, romantik pulak tu.” Kata Nadia
sebaik memasuki tandas perempuan itu.
“Yelah
Sara. Compared to Azman you tu macam langit dengan bumi bezanya.
Dia siap bagi handphone Blackberry
yang latest tu. Sure dia sayang pada you kan?” Sampuk Nisha pula.
“Tak
tahulah Nadia, Nisha. Sincerely I am
confused.” Pening kepala dibuatnya.
“Apa
yang dipeningkan? Terima ajelah cinta Zafrul. Bukan you tak kenal dia. You
kenal dia lebih dahulu dari you kenal
Azman. He came first into your life.”
“Senanglah
you all cakap. I have given a part of my heart to Azman. Surely it meant something.
Takkanlah I nak sia-siakan dia.”
“Tapi
itu pasal pengorbanan. You tolong
selamatkan nyawanya. Ia tak ada kena mengena dengan kebahagiaan kehidupan you di masa yang akan datang. Keputusan
ini untuk you hidup dengan your soulmate buat selama-lamanya hingga
akhir hayat Sara. Kalau you salah
buat pilihan you akan merana
selama-lamanya. I sarankan you pilih pakej yang terbaik. Bagi I, Zafrul is the man.”
“Tadipun
kat dalam bilik karaoke I nampak dia
pegang tangan you, you tak elakpun. Maknanya you acceptlah tu Sara!”
“Betul
tu Nisha! I pun nampak.” Sokong
Nadia.
Sara
serba salah dia tak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Hatinya ingin menarik
tangannya namun demikian zahirnya tak mahu bergerak. Lantas dibiarkan sahaja
Zafrul memegangnya.
Handphone dalam
tas tangannya dicapai. Dia ingin menukar satus senyap pada telefon bimbit
tersebut. 14 missed call terpapar di
panel telefon tersebut. Punat select
ditekannya.
12
missed call dari Abang, 2 dari Daddy.
Sara langsung tak perasan akan 12 panggilan dari Azman selama dia berada di
dalam pusat karaoke tersebut. Tanpa disedari masa berjalan, lebih 3 jam mereka
berada dalam bilik karaoke tersebut. Dia rasa bersalah. Dia yakin Azman
menelefon kerana mahu mengucapkan Selamat Hari Jadi kepadanya.
“Korang
pergi dulu ya. Sekejap lagi I
datang.” Keluar dari tandas, terus sahaja dia mendail nombor Azman.
“Abang
call Sara tadi?”
“Ya.
Mana Sara pergi? Kan kita janji nak jumpa kat Amcorp Mall jam 2:30 tadi?” Azman
bertanya ingin tahu.
“Allah!
Sara terlupa bang. Betul-betul terlupa. Nadia dan Nisha datang rumah ajak
celebrate birthday kat KL ni. Bunyi handphone dalam handbag ni tak dengar
pulak tu. Sori ye bang.” Jawab Sara sambil melihat jam tangannya yang mendekati
pukul 7:00 malam.
“Macamana
Sara boleh lupa pulak ni?”
“Tak
tahulah. Dah tua agaknya.”
“Sebenarnya
bebudak abang ada nak buat surprise birthday
party untuk Sara kat Tasik Perdana tadi tapi Sara tak datang pulak.
Kitorang jelah yang makan.” Jelas Azman.
“Ye
ke! Sorilah bang. Sara tak tahu. Abang cakap dengan diorang ye. Sara
betul-betul minta maaf.”
“Nak
buat macamana. Diorang semua dah balik pun.”
“Macam
nilah, besok malam Sara free, kita jumpa kat Restoran Ani Sup Utara dekat seksyen 9 okay?”
“Malam
ni tak boleh ke? Hari ni kan harijadi Sara.”
“Sara
dah penatlah bang. Nak balik tidur.”
“Okaylah
kalau begitu. InsyaAllah, Abang jumpa Sara besok malam.”
Sara
bersandar di dinding termenung seketika. Pintanya ketika meniup lilin tadi
ialah agar dia dapat memilih siapakah diantara Azman dan Zafrul yang paling
sesuai dan dapat membahagiakan hidupnya. Azman seorang yang baik dan decent penuh misteri sedangkan Zafrul
seorang yang dominan dan dapat mengawal suasana. Gadis itu keliru tetapi dia
dapat merasai yang Zafrul punya kelebihan dari banyak segi.
No comments:
Post a Comment