BAB 9
Sudah
beberapa hari Sara menunjukkan reaksi yang luar dari kebiasaan. Datuk Halidi
dan Datin Maria agak resah dengan perkambangan Sara itu. Dia juga mencambil
cuti kecemasan dan asyik terperuk di dalam biliknya. Tak tentu masa makan
minumnya. Setelah berbincang dengan isterinya, Datuk Halidi mengambil keputusan
untuk bersemuka dengan Sara.
Pintu bilik Sara diketuknya. Ia tidak
berkunci. Datuk Halidi menguak pintu bilik itu lalu masuk. Sara kelihatan
termenung memandang keluar melalui tingkap biliknya.
“Sara...”
Perlahan Datuk Halidi memanggil anak kesayangannya itu.
Sara
hanya menoleh memandang bapanya dengan pandangan yang layu.
“Kenapa
ni sayang? Daddy tengok sejak Sara balik malam hari tu keadaan Sara tak
seprti biasa. Ada apa yang tak kena?
Azman buat sesuatu pada Sara ke?”
Tak.
Daddy. Sara ada masalah sikit.
“Apa
masalahnya. Kalau tak keberatan kongsikanlah dengan Daddy. Manalah tahu Daddy
yang dah tua ni dapat membantu...” Datuk Halidi cuba mencuit hati Sara namun
tiada respon yang kelihatan.
Suasana
bilik itu senyap seketika. Sara berbelah bahagi untuk menceritakan keadaan yang
sebenarnya. Kalau boleh dia tak mahu menyusahkan kedua ibubapanya itu dengan
permasalahannya. Namun dia seakan tak berdaya. Mungkin dengan menceritakannya
bapanya itu boleh membantunya membuat pilihan.
“Begini
Daddy. Daddy ingat tak lagi pada Zafrul?”
“Zafrul?
Budak yang ajak Sara bertunang masa Sara lepas sekolah dulu?” Soalnya mencari
kepastian.
“Ya.
Zafrul yang itulah.”
“Lama
Daddy tak dengar cerita dia. Kenapa dengan dia?”
“Dia
dah kembali Daddy. Dia dah kembali dalam hidup Sara. Sara memulakan kisah
dilemanya dari mula hingga akhir. Bapanya mendengar dengan khusyuknya setiap
patah perkataan yang keluar dari mulut anak perempuannya itu.”
“Sekarang
ni Sara keliru. Diluah mati emak di telan mati bapak. Sara sayang pada Azman
tapi sara juga sayang pada Zafrul. Sara tak tahu nak pilih yang mana satu.”
“Kahwinlah
dengan dua-dua sekali. Settle
problem.” Bapanya berseloroh.
“Ke
situ pulak Daddy ni. Mana boleh. Sara serius ni.” Kata Sara sambil menepuk
lengan bapanya manja.
“Sori.
Sori. Daddy bergurau je. Dah lama tak tengok anak Daddy ni ketawa.”
“Daddy
faham. Kalau Daddy kat tempat Sara pun Daddy akan pening kepala untuk buat
pilihan. Daddy pun tak tahu nak beratkan siapa tapi Daddy ada satu perkara yang
perlu Daddy beritahu Sara yang mungkin boleh membantu.”
“Apa
dia tu Daddy?”
“Sebenarnya
semenjak perhubungan Sara dengan Farid anak Tan Sri Samad tu putus disebabkan
Azman perniagaan Daddy terjejas teruk. Syarikat Tan Sri Samad membatalkan semua
kontrak, semua tender dan semua projek yang selalunya diberikan kepada Syarikat
Daddy dulu. Daday dah cuba usaha memujuknya tetapi gagal. Daddy juga dah cuba
cari job lain tapi jaringan perniagaannya besar jadi dia boleh menggunakan
pengaruhnya untuk menyekat syarikat Daddy. Sekarang ni syarikat Daddy tu macam hidup
segan mati tak mahu je.”
“MasyaAllah.
Sampai begitu sekali. Daddy tak cakap apapun dengan Sara selama ini.”
“Ini
masalah Daddy, biarlah Daddy yang menyelesaikannya. Tapi baru-baru ni Tan Sri
Samad ada menghubungi Daddy.”
“Apa
katanya?”
“Hem...”
Datuk Halidi menarik nafasnya panjang.
“Dia
kata dia boleh tolong tapi dengan satu syarat.”
“Apa
syaratnya?”
“Dia
berjanji keadaan akan menjadi seperti biasa malah boleh jadi lebih baik lagi
dengan syarat.. dengan syarat Sara setuju mengahwini Zafrul.”
“Apa?
Maknanya Daddy dah tahulah pasal Zafrul.”
“Hem.
Daddy dapat tahu mengenainya dari Tan Sri Samad.”
“Apa
yang perlu Sara buat Daddy?”
“Sara
dah besar. Dah boleh buat keputusan sendiri yang rasional. Daddy yakin dan
percaya yang Sara bakal membuat keputusan yang terbaik. Sara nak pilih Zafrul
pun tak apa, kalau Sara nak pilih Azman pun Daddy terima. It’s entirely up to you dear.”
Datuk
Halidi bangkit melangkah menuju ke muka pintu dan keluar meninggalkan Sara
dengan persoalan yang lebih berat untuk difikirkannya. Kerana sekarang ia bukan
sahaja melibatkan dirinya tetapi juga melibatkan masa depan keluarga serta
perniagaan bapanya. Sara termangu sendirian dalam biliknya memandang suasana
senja yang menguning.
XXXXXX
“Sara,
Zaf ada kat Shah Alam ni. Would you like
to go for a ride? Zaf jemput kejap lagi okay.”
“Okay.
Bagi Sara setengah jam untuk bersiap.”
“Okay...
See you then.”
Zafrul menjemput Sara di hadapan
rumahnya. Mereka bersiar-siar di tasik Shah Alam sebelum Zafrul membawa Sara ke
pelabuhan berdekatan Restoran Muara sebuah restoran makanan laut yang terkenal
di Pelabuhan Kelang. Mereka duduk di tepi laut yang sambil menikmati udara laut
di Selat Melaka yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sumatra itu.
Sesekali kelihatan kapal kargo berlayar perlahan melintasi di hadapan mereka.
“Sara, Zaf rasa seronok sebab akhirnya Zaf
dapat kembali bertemu dan menghabiskan masa bersama Sara. It’s has been a long way tapi pada Zaf perhubungan kita tak pernah
putus.”
“Sara pun sama Zaf.”
“Ingat tak pada Cikgu Salbiah yang
tangkap kita melepak kat dalam kelas dulu. Siap kita kena denda dulu.”
“Yelah!
Mana taknya Zaf masa tu tengah nak cium Sara kan?”
“Betullah
tu.”
“Sampai
sekarang masih simpan ciuman tu Sara. Khas buat Sara seorang je.”
“Yelah
tu.”
“So
macamana perhubungan Sara dengan Mat Rempit tu?”
“Bumpy...”
Tak tahulah nak cakap.
“I wonder
sampai hari ini kenapa Sara sanggup dermakan sebahagian dari hati Sara pada
mamat tu.”
“Well, pertamanya Sara rasa terhutang
budi kerana dia pernah membantu Sara dari menjadi mangsa Farid, keduanya sebab
Sara rasa bersalah padanya, ketiganya hanya hati Sara yang padan dengan
hatinya. Kalau Sara tak bagi he may die jadi
pada masa itu, pada ketika itu Sara rasa itulah tindakan yang paling baik untuk
diambil. Tapi...”
“Tapi
apa Sara?” Zafrul tak sabar inginkan jawapan.
“Tapi
sekarang rasa lain pulak. Sara tak mahu perkara itu menjadi seakan satu ikatan
antara Sara dengan Azman yang menyebabkan Sara tak boleh buat pilihan yang lain
pula. Ia memang menjadi etika seorang doktor untuk menyelamatkan nyawa
seseorang pesakit dan Sara telahpun menjalankan tugas tersebut demi untuk
menyelamatkan nyawa Azman.”
“Sungguh
mulia hatimu Sara. I wish I was the one.”
“Entahlah
Zaf sekarang semenjak Zaf datang kembali ke dalam hidup Sara semuanya berubah.
Rasa sayang pada Zaf yang Sara simpan jauh di lubuk sanubari ini mula timbul
kembali.”
“Maknanya
sekarang Sara sayang pada Zaflah?”
“Rasanya
begitulah.”
“Zaf
pun sayang pada Sara. Zaf memang kasih, sayang dan cinta pada Sara sejak dahulu
lagi dan ia tak pernah berubah Sara.”
“Is it
okay kalau Zaf hantar rombongan pertunangan ke rumah Sara?”
XXXXXX
Zafrul
keluar dari rumahnya pagi tu dengan hati yang ceria. Pertemuannya dengan Sara
semalam menunjukkan tanda-tanda yang dia semakin dekat untuk memenangi hati
Sara. Dia ada temujanji untuk bertemu dengan Tan Sri Samad di pejabatnya jam 10
pagi ini. Pagi lagi telah sampai menanti Tan Sri Samad. Jam 10:30 barulah
kelibat Tan Sri itu kelihatan.
“Jom!
Masuk dalam pejabat saya.” Katanya sebaik ternampak Zafrul yang sedang duduk
menunggu di sofa di hadapan pejabatnya itu.
Zafrul mengikutinya masuk ke dalam
pejabat yang besar itu. Ia dilengkapi dengan set sofa tempat duduk, rak buku,
meja kayu yang besar dengan kerusi kulit eksekutif berada di situ.
“Jadi
bagaimana perhubungan kamu dengan Anak Datuk Halidi tu? Tanya Tan Sri Samad
pada Zafrul.” Soalnya sambil duduk di sofa berkenaan.
“Setakat
ni bagus Tan Sri semua perancangan berjalan lancar. Dia dah mula kembali sayang
pada saya. Saya yakin tak lama lagi Sara akan jadi milik saya. Duit yang Tan
Sri bagi tu saya bayar budak saya dan hari tu belanja buat majlis Hari jadi
Sara dan belikan dia hadiah handphone
yang mahal. Dia nampaknya happy betul.”
“That’s good news. How’s the car?”
“Itu
satu lagi. It’s running well. Bila
Azman dan kawan-kawannya nampak kereta itu mereka bagaikan nampak hantu. Mereka
panik. Agaknya mereka sangka Farid sudah kembali.”
“Bagus!
Bagus! Kalau kamu perlukan apa-apa lagi beritahu pada saya. Saya akan bantu
mana yang diperlukan. Duit atau apa sahaja tak jadi masalah.” Tegas Tan Sri
Samad.
Zafrul
gembira mendengar janji Tan Sri Samad itu. Padanya pucuk dicita ulam mendatang.
Dia terus sahaja menceritakan rancangannya yang seterusnya dan meminta Tan Sri
Samad menyokongnya dari belakang.
Mereka
sama-sama ketawa. Nampaknya setakat ini Misi membalas dendam Tan Sri Samad
berjalan dengan lancar. Sama-sama Zafrul dan Tan Sri Samad bakal mendapat
habuan yang dicita.
XXXXXX
Seminggu
berlalu semenjak kejadian tempohari. Masa sebenarnya begitu cepat berlalu
meninggalkan manusia yang alpa. Azman mahupun Sara langsung tidak berhubungan.
Azman merasakan suasana kehidupannya tiba-tiba menjadi mendung, senyap dan
sunyi. Fahamlah dia sekarang betapa cinta boleh memberi kesan yang sedemikian
rupa dalam kehidupan setiap manusia yang mengalaminya.
“Ni
apasal muka macam belacan je ni? Tanya Eddy pada Azman yang sejak tiba tadi
diam seribu bahasa.”
“Kau
diamlah Eddy.”
“Eh!
Apasal pulak ni? Touchy semacam jer!”
“Man
kejap. Aku nak cakap sikit dengan kau ni. Panggil Lord yang agak risau dengan
keadaan kawan baiknya itu. Lantas diajaknya Azman duduk di tangga bersebelahan
dengan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa yang tak jauh dari situ.
“Apa
cerita bro’?”
“Hancus!"
“Tak
dapat nak diselamatkan?”
“Mungkin
tak. Sara minta berikan tempoh. Dia nak fikir sedalam-dalamnya.” Jelas Azman.
“Hem.
Kau dah cakap pasal Zafrul tu?”
“Dah..
Tapi tak jadi apa-apapun.”
“Sabarlah
Man. Kalau ada jodoh tak kemana. Kita tunggulah.”
“Handphone Azman yang berdering bergema
di ruang tangga yang tertutup itu. Nombornya tidak dikenali. Azman
mengangkatnya.
“Hello...”
“Hello
Manjoe..”
“Siapa ni?”
“Ini Zafrul bercakap.”
“Apa kau nak?”
“Aku
nak jemput kau ke majlis keraian kepulangan aku kat Impian Golf and Country
Club hari malam Sabtu ni. Aku dah sediakan satu meja khas untuk kau dengan
kawan-kawan kau. Kau harap kau datanglah. Sara pun aku jemput sama. Pakaian
casual. Kau ada baju tak nak pakai? Kalau tak ada beritahu aku. Nanti aku
belikan.” Kata Zafrul dengan penuh keegoan.
Dia
terus sahaja meletakkan telefon tanpa memberi peluang Azman bercakap. Azman
geram kerana tak dapat berkata apa-apa. Dia tahu ada agenda tersembunyi kenapa
Zafrul menjemputnya. Namun demikian demi Sara dia mengambil keputusan untuk
memberanikan diri.
“Siapa
tu Manjoe? Lain macam je...”
“Zafrul.”
“Zafrul?
Apa dia nak dengan kau.”
“Entah.
Dia ajak kita semua ke majlis keraian kepulangan dia kat Impian Golf and
Country Club Sabtu ni...”
“Kenapa
dia nak ajak kita pulak?”
“Manalah
aku tahu..”
“Kau
nak pergi?”
“Pergilah.
Sara pun datang. Kita pergi okay? Temankan aku...”
“Aku
ikut jer.”
Azman
tak tahu apa yang akan menunggunya di sana. Ia merupakan satu risko yang besar
namun kerana Sara dia sanggup mengambil risiko tersebut. Lagipun dia punya
kawan-kawannya sebagai penyokong andai dia terjatuh malam itu nanti. Bisik hati
Azman.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment