“Man, ni barang-barang yang nak kena hantar ke bengkel Ammar. Urgent!
Lepas tu jangan lupa pergi bank ada cek nak kena masukkan, kemudian beberapa
surat ni kena pos kat Pejabat Pos. Pepehal hantar spare parts ni dulu kat Pantai Dalam. Diorang nak pakai. Urgent!” Kata Suraya, penyambut tetamu
yang berada di mejanya di hadapan pejabat syarikat Advance Forward yang
letaknya di Subang Jaya itu.
“Baik bos!” Kata Azman mengusik gadis penyambut tetamu juga bertindak
sebagai kerani di tempat kerjanya.
Azman atau lebih dikenali dengan panggillan Manjoe di kalangan
rakan-rakannya memecut motor Yamaha 125Z kuningnya dengan laju dari Subang Jaya
menuju ke Pantai Dalam. Dia langsung tak pedulikan kenderaan yang bertali arus
di jalanraya memecut dan terus memecut mengelak kereta dan lori sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Melalui lebuhraya
Federal dalam perjalanannya menuju ke sana menempuhi Kampung Kerinchi.
Mendekati Masjid Universiti Malaya dia memperlahankan motornya. Berhenti di
lampu isyarat. Ramai yang melintas di bawah jejantas Kerinchi Link itu.
Matanya tertumpu kepada kereta Volkswagon merah yang berhenti di sebelah
kiri jalan. Kereta itu dihalang oleh sebuah kereta Mitsubishi Evo X berwarna
putih. Tak semena-mena keluar seorang lelaki yang memegang besi pembuka tayar
kereta bergegas menuju ke arah kereta Volkswagon itu. Lelaki itu kelihatan
marah-marah dan menempik ke arah pemandu kereta merah itu walaupun cerminnya
tertutup rapat.
Lampu isyarat masih merah. Dari tempatnya, Manjoe tak nampak siapa pemandu kereta itu.
Bang!!! Cermin bahagian pemandu kereta merah itu pecah dihentak dengan
besi yang dipegang lelaki itu. Ia berlaku sekelip mata. Tanpa menghiraukan
lampu yang masih merah mahupun orang yang melintas Azman terus sahaja memulas throttle motornya. Lelaki yang sedang menarik
rambut panjang di tingkap kereta itu dilanggarnya. Dia jatuh tersembam. Besi di
tangannya terlepas. Azman tergolek juga, motornya jatuh menyeret bumi. Barang
yang dibawa di dalam bakul terhumban keluar. Sikunya berdarah. Lutut seluar jeansnya koyak. Dia tak mempedulikannya.
Dia bingkas bangkit. Namun demikian lelaki yang dilanggarnya itu telahpun
berhincut-hincut lari masuk ke dalam kereta lantas meninggalkan tempat itu.
Pintu kereta Volkswagon merah itu di buka perlahan. Kaca cermin tingkap
yang pecah tadi bertaburan jatuh di jalan raya. Seorang gadis berbaju kurung
moden merah hati, tinggi lampai, berkulit kuning langsat, berwajah kacukan
seakan Diana Danielle dengan rambut ikal panjang mengurai menuju ke arah
Manjoe. Manjoe terpegun. Tunduk.
“Are you okay?” soalnya
perlahan. Matanya kelihatan berkaca bak kristal lutsinar yang cantik.
“Err... Okay rasanya. Erm.. Awak tak apa-apa?” Manjoe pula membalas
pertanyaannya. Tunduk. Lidahnya kelu.
“Siku
you luka tu.. Biar I hantar you ke hospital.”
“Errr...
Tak apalah.. sikit jer.” Jawab Manjoe macho.
“Teruk
luka tu...”
“Tak
apa.. Tak apa..” Tegas Manjoe lagi.
Gadis
itu berlari anak kembali ke keretanya. Gaya gadis Jepun berkimono lagaknya. Dia
mengambil sehelai sapu tangan dari beg tangannya. Lantas kembali mendapatkan
Manjoe yang sedang cuba mengangkat motornya.
“Nah.
Lap darah tu..” Tangannya menghulur saputangan putih berbunga pink itu.
“
Tak apalah.. Sikit je ni.. ” Jawabnya.
“
Ambillah. ” Dia berkeras.
Manjoe menyambutnya lalu mengesat darah
yang masih mengalir dari sikunya. Kenderaan yang lain terus lalu lalang
perlahan. Pemandunya memerhatikan kejadian di bawah jejambat itu.
“
Errrr... Macamana saputangan ni? ”
“
Tak apalah. You Simpan. ” Suara gadis
itu begitu mersik dan lembut.
“Oh
ya! Kalau awak nak tukar cermin tu datanglah ke bengkel. Bengkel Ammar di
Pantai Dalam. Saya dah nak kena gerak...” Dia terus menaiki motosikalnya. Start. Terus meninggalkan gadis itu
terpinga-pinga.
Dalam
perjalanan ke Pantai Dalam barulah siku dan lututnya terasa sakit yang amat
sangat... Agaknya wajah gadis ayu itu menghilangkan kesakitan menceriakan
sanubarinya tadi. Hatinya berbisik.
XXXXXX
Azman lewat sampai ke bengkel Ammar disebabkan kejadian tadi. Bengkel yang
letaknya di Kampung Pantai Dalam sering dikunjunginya. Alternator kereta serta
beberapa alat ganti kereta yang berada di dalam bakul motornya itu dicapai.
“
Man apsal lu lambat! Boss gua dah mengamuk tu. Laa.. Kenapa pulak tangan lu ni
bro? ” Lord mekanik bengkel itu menyapa bila nampak kelibat Manjoe yang
terhincut-hincut turun dari kapcainya.
“
Aduh! panjang ceritanya. Ni alternator yang
korang minta tu... Wa harap okay. Terbarai kat tepi jalan tadi. Nasib baik tak
kena libas dengan lori. Kalau tak... Selamatlah jawabnya. ”
“
Pinjam tandas boleh?” Manjoe meminta kebenaran.
“
Pergilah... macam tak biasa pulak!”
Selesai membersihkan lukanya, Manjoe
kembali. Tangannya sudah berikat dengan saputangan pemberian gadis tadi.
Langkahnya masih tak stabil.
“So apa cerita dia bro’? What happen?
“Tadi masa wa dalam perjalanan ke sini, kat Masjid UM... ” Manjoe pun
menceritakan pengalamannya berdepan dengan satu situasi yang kurang
menyenangkan buat dirinya sekejap tadi.
“Siapa mamat tu? Apsal dia marah sangat?” Soal Lord.
“Entahlah...”
“Motor kau okay?”
“Alamak aku tak cek pulak!” Manjoe terus menuju ke arah motornya
memerhatikan keadaan.
“Pedal brek je bengkok sikit...” Ulasnya.
“Laa... Selalu motor yang kau cek dulu..”
“Awek tu cun giler beb.. Semua benda aku jadi lupa...” Akui Manjoe.
“Iyalah tu. Pada kau semua awek cun..” Sanggah Lord pula.
“Kau tak minta nombor telefon awek tu ker?” Tanya Shidee tiba-tiba.
“Aku tak ingatlah semua tu.”
“Laa.. apalah bengap sangat lu ni beb?...” Sambung Lord pula.
“Wa bab nak gaduh, nak bikin motor, nak main snooker, no problem tapi bab
gadis ni susah sikitlah bro. Aku Mat Rempit, muka pun muka pecah rumah dan dia
awek cun giler bro’. Manalah sesuai bro. Macam langit dan bumi. Macam kapcai
dengan superbike. ” Hujahnya.
“Manalah tahu, entah-entah la ni dia tengah cari lu. ”
“Yelah, wa ingat nanti sesilap dia call sama lu.. ”
“Ceh! Nak call pakai apa? Mana wa ada tinggalkan nombor. ”
“Woi! Sudahlah berangan tu. Ni ha kerja banyak lagi nak buat nih! ” Jerit
En. Ramzi menunjukkan pada kereta-kereta yang perlu dibaiki di Bengkel Ammar,
di Kampung Pantai Dalam itu.
“Cis! Gua bukan macam korang kaki bohsia. La ni dah 23 tahun, satu awek pun
tak sangkut. Bukan pasal wa tak hensem, bukan wa tak nak kat awek. Awek jer yang
tak nak kat gua.”
“Tulah yang dinamakan memang padan dengan muka kau!” Terjah si Eddy yang
dari tadi hanya mendengar perbualan mereka.
Kata-kata Eddy itu disambut dengan gelak ketawa rakan-rakannya.
XXXXXX
Kampung Kerinchi, kampung di bandar yang letaknya di sempadan antara
negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan merupakan tempat tinggal Manjoe
semenjak dia dilahirkan. Seperti biasa hari itu dia pulang ke rumah dari tempat
kerja cuma bezanya sekali lagi dia membawa kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan.
“MasyaAllah! Man, kau jatuh motor lagi? Setahun berapa kali kau jatuh
motor mak pun tak tahulah. Kau dah pergi klinik belum?” Jerkah ibunya yang
sedang menonton TV di ruang tamu.
“Tak apalah mak sikit aje ni... Jauh dari nyawa.”
“Biasalah mak, bukan tak tahu dia bawak motor macamana. Laju macam lipas
kudung. Cilok sana, cilok sini. Dia tak ingat agaknya apa jadi pada Abang Joe.
Insafnya kejap je.” Bebel Aina adiknya yang sedang duduk di meja makan
menyiapkan kerja sekoah yang belum selesai.
“Aduh, membebel pulak kau ni Aina. Abang dah sakit ni kau tambah pulak
sakit kat hati abang. Tolonglah ambilkan minyak gamat kat dapur tu kan lagi
baik.”
“Padan dengan muka abang tu. Degil!” Telah Aina menjegilkan matanya.
“Ish! Abang piat telinga kau kang baru kau tahu kan...” Getap Azman geram
dengan sikap adiknya.
“Dah! Dah! Berhenti gaduh. Pergi mandi bersihkan diri kau tu. Karang letak
ubat.” Ibunya menyarankan.
Manjoe masuk ke dalam biliknya terus terbaring di atas katil bujangnya.
Biliknya agak bersepah. Baju-baju tersangkut di sana sini. Dia termenung,
tangannya di dahi. Entah mengapa fikirannya melayang dan gambaran gadis tinggi
lampai yang keluar dari kereta, mengatur langkah menuju kepadanya seakan filem
ulang tayang yang berulang-ulang. Dia tak dapat melelapkan mata. Cantik sungguh
gadis itu. Mungkin juga dia kepunyaan orang. Kenapa lelaki itu begitu marah
padanya? Mungkinkah dia putus cinta? Mungkin juga gadis itu kaki clubbing? Nampak aje baik. Pelbagai
persoalan bermain di benaknya namun tiada jawapan.
Aduh! Man ingatlah kau tu orang susah duduk kat flat Kampung Kerinchi, ada
hati berangan nak usha awek elit macam tu. Berhentikanlah. Bisiknya sendiri.
“Ah! Baik pergi main bola!” Dia laju bangkit.
“Aduh!” Nyaris dia jatuh. Kakinya sakit. Dia duduk kembali.
“Lupa pulak. Adoi awek ni betullah, tak betul aku jadinya.”
Dia bangkit mengambil tuala menuju ke bilik air. Sapu tangan pengikat
lengannya itu diungkai. Darah telahpun berhenti mengalir. Sapu tangan putih
yang berlumuran darah itu dibasuhnya. Begitu sukar untuk menghilangkan tanda
yang ada padanya. Disidainya di dalam bilik air itu walaupun masih terdapat
tanda darah yang belum hilang. Dia berniat untuk memulangkannya semula kekalau
bertemu dengan gadis Volkswagon merah itu.
Bersambung...
Jangan lupa share, like dan bagi komen. Ia pasti memberikan semangat kepada saya untuk terus berkarya...
Bersambung...
Pergi ke bab 2 - Tekan link ini. Bab 2 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.
Jangan lupa share, like dan bagi komen. Ia pasti memberikan semangat kepada saya untuk terus berkarya...
Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?
Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;
1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit
Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT
Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?
Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.
Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?
Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.
BIODATA PENGARANG
AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP
Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.
Mendapat Pendidikan Awal di ;
SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;
Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )
Mengarang buku ;
Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21
Menyelenggara buku ;
Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.
Aktiviti lain ;
- Menjalankan seminar pelaburan saham.
- Menjalankan kursus motivasi.
- Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
- Blogger – www.faizalyusup.net, www.motivasiku.blogspot.com
- Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
- Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,
Hubungi Penulis ;
Facebook : Faizalyusup
Blog : www.faizalyusup.net
No. HP : 016 - 666 7430
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook