Followers

Thursday, October 24, 2013

Bab 2 - Novel Paling Best Pernah Dibaca - Novel Trilogi Man Rempit 1

Bab 2

Kira-kira jam 9 pagi sebuah kereta Volkswagon merah meluncur masuk ke perkarangan Bengkel Ammar. Bengkel yang letaknya di Kampung Pantai Dalam ini jarang dikunjungi kereta mewah begini. Selalunya yang datang kebanyakannya kereta buatan Malaysia, kereta penduduk yang berdekatan yang perlu diservis atau diperbaiki.

En. Ramzi pengurus bengkel yang sedang berdiri di depan garaj bergegas pergi mendapatkan kereta itu.

“Boleh gantikan cermin tingkap yang pecah ni? Tanya Sara sejurus keluar dari perut keretanya.

“Boleh! Kena batu ke ni? Selalu, kalau kena batu, pecah kat depan.” . Soal En. Ramzi cuba mengajak gadis manis itu berbual.

Sara tercegat di situ tidak menjawab. Mungkin malas nak menceritakan kisahnya semalam. Kereta itu kemudiannya dipandu masuk ke dalam bengkel untuk dibaiki.

Sara pula melangkah masuk ke dalam pejabat yang disediakan di sebelah kiri bengkel tersebut. Dia duduk di sofa yang disediakan. Suratkhabar Star yang ada di atas meja dibeleknya. En. Ramzi masuk selepas menyuruh anak buahnya membaiki kereta tersebut.

“Cik tunggu dulu okay. Dalam sejam baru siap.”

“Okay. Boleh I tanya satu soalan?” Tanya Sara.

“Apa dia cik?”

“I tengah cari seorang lelaki yang accident semalam. Sikunya luka. Dia yang suruh saya hantar kereta ke sini...”

“Oh! Cari Manjoe yer?” Katanya teringatkan Manjoe yang datang dalam keadaan yang cedera semalam.

“Manjoe...” Bisik Sara antara dengar dengan tidak.

“Ya. Nama dia Manjoe. Tapi dia tak kerja kat sini cik. Dia supplier kami. Ofisnya di Subang Jaya.”

“Oh... Boleh berikan alamat dimana I boleh contact Manjoe tu?”

“Boleh. Kejap yer. Saya ambil invois semalam.”

En. Ramzi masuk ke dalam pejabatnya dan tak lama kemudian keluar dengan sehelai kertas. Di atasnya tertera satu nama berserta alamat ;


Manjoe
Advance Car Accessories Sdn Bhd
No 12, Jalan USJ 19/4
Subang Jaya
Selangor


Kertas itu dihulurkan kepada gadis yang memakai baju blaus merah yang dipadankan dengan seluar hitam yang panjang. Kasut tumitnya agak tinggi bergaya.

        “Thanks. I really appreciate it!”

        “It’s okay. Kenapa cik cari dia? Dia ada buat salah ke?”

        “Tak ada. Ada hal sikit.” Sara menguntum senyuman. Terus duduk dan kembali membaca Section Two akhbar Star yang telah lama terbentang di atas meja.

Diam.

En. Ramzi kembali melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Hatinya menggerutu dek layanan dingin Sara. Di dalam biliknya sambil membelek dokumen di atas mejanya sesekali matanya melirik kepada gadis cantik yang duduk di atas sofa di ruang tamu pejabat itu. Di kepalanya berlegar persoalan kenapa gadis secantik ini ingin mencari budak despatch bernama Manjoe itu.

Menjelang tengahari kereta itu pun siap dan setelah menjelaskan bilnya Sara terus meninggalkan Bengkel Ammar itu. Sedikit sebanyak hatinya kecewa kerana misinya untuk bertemu dengan insan bernama Manjoe menemui kegagalan. Kertas dengan alamat Manjoe digenggam erat.

XXXXXX

Image result for fakulti perubatan um

“Eiee! Gilalah.” Getus Sara sebaik keluar dari kuliah di Fakulti Perubatan Universiti Malaya itu.

“Apa pulak ni Sara?” Tanya Nisha kawan karibnya yang berambut agak perang itu.

“Nak kena buat autopsi mayat dalam lab minggu depan.”

“Eh! Nak jadi doktor kenalah bedah mayat Sara...” Jawab Nisha pula.

“Tu lah. I dengar mayat lelaki yang diimpot dari India. Ish! Tak tahu apa nak rasa. Kenalah teruskan juga nampaknya...”

“Wei! Geng! Nak kemana tu?” Terdengar suara Nadia dari seberang jalan. Dia berlari-lari anak mendapatkan mereka berdua.

“Biasalah cafe! You tak ada kelas ke Nad?”

“Kansel. Prof ada hal emergency.” Nadia menjawab gembira.

“Apa cerita korang?” Sambungnya.

“Tak ada, ni ha si Sara, takut nak kena buat autopsi minggu depan..”

“Alah! I dengar senior cakap macam potong tiub getah tayar jer. Jangan risau sangatlah. You’ll get use to it!

Thanks for the reassurance. Nak ke tak nak kena buat jugak!”

“Tahu pun..”

“Eh! Dapat tak jumpa hero you tu Sara?” Tanya Nadia sejurus mereka melangkah masuk ke dalam Cafe.

“Tak. He’s not working there. Tapi I dapat alamat tempat kerja dia.”

        “Dia kerja kat mana?”

        “Kat Subang Jaya.”

“Mesti hensem hero you tu kan Sara? Tu yang sanggup pergi cari sampai masuk Pantai Dalam. Sara Yasmin binti Datuk Halidi yang tak pernah jejak Pantai Dalam pergi ke Pantai Dalam.” Jelas Nisha.

“Taklah biasa jer. I bukan apa, tak sempat nak ucap terima kasih pada dia semalam. Rasa guilty pulak.”

        “I tak tahu apa yang akan berlaku kalau dia tak interfere semalam. Si Farid is clearly out of control. Tak pernah nampak dia marah begitu. Macam setan dah rasuk dia. Mata dia semacam I nampak...”

        “Sudahlah jangan lagi layan si Farid tu. I dengar dia tu bukannya baik sangat! You tak takut ke dia buat hal lagi?”

 “I cakap dengan dia, I tak akan teragak-agak repot polis kalau dia buat kacau lagi.”

“Kenapa you tak buat repot terus je semalam?”

“Dia anak Tan Sri Samad, kalau repot pun tak guna. Sesenang je boleh lepas. That much I’m sure..” Sara mengeluh.

“Inilah masalah kroni ni. Boleh buat sesuka hati je!” Getus Nisha geram.

        “Tak apalah Nisha. Sepandai-pandai tupai melompat... Akhirnya jatuh ke tanah juga! Dia bengang betul kena langgar dengan mat motor tu semalam... Dia kata dia nak cari mamat tu... Ish! Entahlah...”

        “Padan dengan muka dia! Dia ingat boleh buat ikut suka hati dia je...” Bentak Nadia.

        “I sebenarnya rasa pelik sikit dengan mamat tu.”

        “Why?”

        “I tried talking to him, tapi dia macam buat tak tahu je. Nak pandang mata I pun tak nak. Lepas tu dia tak bagi contact number whatsoever. Selalunya lelaki yang I jumpa semuanya kalau tak bagi phone number pun, akan minta my contact number. That’s for sure... Nak ambil kesempatan. Dahlah tu. I bagi saputangan lap luka kat siku diapun dia hesitate nak ambil. Lepas angkat motor dia belah aje biarkan I tercegat kat situ.”

        “Maybe dia nak cepat kot?” Nadia membuat andaian.

        “Mungkin dia hero pemalu kot? I likeee!” Nisha tersengih.

So what are you going to do next? I know! Apa kata belikan dia cenderahati? Tanda penghargaan atas bantuan dia semalam?” Saran Nadia seterusnya.

“Hey! That’s a good idea. I’ll go with that... Tapi nak beli apa ya? Apa yang sesuai?

        “A card for sure! And maybe a nice box of chocolate?”

        “Hem.. what do you think Nisha?”

        “ I dunno, janji jangan bagi hadiah orang bercinta punya. Karang dia terperasan pulak...”

        “Okay. Thanks for the advise!” Katanya ceria.

        “What friends are for!”

Mereka bertiga tersenyum gembira. Dalam kepala Sara menerawang persoalan tentang apakah hadiah yang terbaik untuk diberikannya kepada Manjoe. Mat Rempit yang telah menyelamatkannya beberapa hari yang lalu.

XXXXXX

Image result for kedai mamak jalan telawi bangsar

Malam itu seperti biasa Lord, Manjoe, Shidee, Eddy, Ayu, Zul dan Alia melepak di Kedai Mamak terbuka di Jalan Telawi, Bangsar Park. Di sinilah tempat mereka berkumpul hampir setiap malam. Kadang-kadang Zainal, Zamri dan beberapa mat rempit yang lain juga ada bersama.

Lord          : Weh, korang tahu Manjoe ni semalam sudah dapat satu awek lu orang tau.

Manjoe      : Banyaklah lu Lord!

Shidee       : Betul apa.. So awek tu tak cari kau ker?

Manjoe      : Nak cari apanya. Manalah dia tahu aku kerja kat mana.

Eddy         : Yelah, Shidee, lu ni pepandai je kan.

Ayu           : Weh! Awek mana pulak ni? Tak cerita ngan kitorang punnn...

Zul            : Ini boleh kiamat dunia. Mat muka pecah rumah dapat awek.
Mat Bangla pun lagi hensem tau.

Alia           : Ish! Janganlah brutal sangat Zul! Manjoe ko ceritalah kat
kitorang pasal awek tu...

Manjoe      : Ah! Malaslah. Kalau nak suruh si Lord ni ha. Dia pandai bab-bab bercerita dan tokok tambah nih!

Lord          : Wa okay je. Camni cerita dia.. Semalam mamat pecah rumah
ni tengah layan ciklok kat Kerinchi... Pas tu... (Lord pun
menyambung kisah Manjoe tentang kejadian semalam dengan
tokok tambahnya sendiri)

Manjoe      : Hah! Korang dengarlah auta si Lord tu.

Ayu           : Okaylah tu Man. Aku pun tak pernah tengok kau ada awek.

Zul            : Fuh! Cayalah. Macam Kapten Boleh lah!

Alia           : Minah tu pakai kereta apa Man?

Manjoe      : Volkswagon warna merah.

Alia           : Volkswagon baru ke lama?

Manjoe      : Yang baru tu.

Alia           : Orang kaya ni. Kereta tu harganya RM250 ribu kau tahu.

Manjoe      : Iye ke? Aku pun tak tahu. Aku ingat biasa je. Dah kalau anak orang kaya takkanlah dia nak cari aku betul tak?

Eddy         : Betul jugak.. Lord kata cantik minah tu, betul ke?

Manjoe      : Tulah pasal. Eh! Korang ni tanya soalan mengalahkan polis pulak. Dah-dah! Kita tukar topik lain pulak.

Lord          : Okay! Okay! Touchy pulak kawan kita ni. Sikit punya hal pun nak terasa. Ni wa nak cerita ni. Minggu depan motor baru aku keluar.

Eddy         : Wah! Senyap aje. Lu nak tukar motor apa bro? Motor lu kan tip top?

Lord          : Aku ambik RXZ warna putih. Senang kalau gang kita nak layan bebudak RXZ.

Eddy         : Cantik jugak tu, standard boleh gi 160 tapi kalau bikin sesilap aku ingat 200 pun boleh cecah. Canteekkk... Habis tu 125Z kau tu kau nak jual ke?

Lord          : Taklah. Aku nak simpan. Ada sentimental value motor ni.

Eddy         : Banyak duit kau Lord.

Lord          : Adalah sikit...

Manjoe hanya tersenyum dengan jawapan Lord. Rahsia Lord selama ini disimpannya rapi di luar pengetahuan kawan-kawannya. Apapun begitulah cerita mereka saban hari. Cerita isu semasa, topik hangat dalam kumpulan, cerita motor dan sebagainya.

Bersambung...

Pergi ke bab 3 - Tekan link ini. Bab 3 Novel Inspirasi trilogi Man Rempit.

Kembali ke bab 1 - Tekan link ini. Bab 1 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.



XXXXXX



Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?

Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;

1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III      - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit

Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.




SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT

Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?

Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.

Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?

Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.


BIODATA PENGARANG


AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP

Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.

Mendapat Pendidikan Awal di ;

SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;

Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )

Mengarang buku ;

Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
 ( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
 ( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
        Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21


Menyelenggara buku ;

Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.

Aktiviti lain ;

  • Menjalankan seminar pelaburan saham.
  • Menjalankan kursus motivasi.
  • Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
  • Blogger – www.faizalyusup.netwww.motivasiku.blogspot.com
  • Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
  • Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,

Hubungi  Penulis ;

Email         :       greng70@yahoo.com
Facebook   :       Faizalyusup
Blog          :       www.faizalyusup.net
No. HP       :       016 - 666 7430




Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

No comments:

Post a Comment