Bab 10
Suasana pagi itu di Kampung Kerinchi agak muram disebabkan hujan yang
lebat malam semalamnya. Langit masih agak mendung dan lecak-lebcak air yang
bertakung masih kelihatan di sana sini. Pagi itu Kampung Kerinchi didatangi seorang
gadis ayu tinggi lampai dengan langkah yang tersusun bak seorang peragawati
yang anggun. Dia kelihatan merayau-rayau di kawasan flat Kampung Kerinchi itu,
bertanya arah kepada beberapa orang yang ditemuinya. Tujuannya hanya satu.
Ingin mencari dimana Manjoe tinggal.
Setibanya di gerai di bawah flat blok D dia bertemu dengan Rozita yang
sedang minum dan berbual dengan kawan-kawannya.
“Assalamu’alaikum... boleh saya tumpang tanya?”
“Wa’alaikumussalam... Nak cari siapa cik?” Tanya Rozita.
“Kenal Manjoe tak? Saya nak cari rumah dia.”
“Rozita dan kawan-kawannya terkejut.”
“Kenapa cik nak cari rumah dia?”
“Saya kawan dia. Saya nak bertemu dengannya. Ada hal sikit.”
“Oh! Rumahnya di tingkat 5”, terang Rozita sambil memberikan alamatnya.
“Terima kasih ye.”
Sara meneruskan perjalanannya. Dia yakin destinasinya semakin dekat.
Keyakinan itu bertambah bila dia ternampak motor kuning yang begitu dikenalinya
diletakkan koridor tingkat bawah bangunan flat itu. Dia agak terkejut kerana
begitu mudah mencari rumah Azman dan dia juga begitu kagum bagaimana popularnya
si Manjoe itu. Boleh dikatakan semua orang yang ditemuinya sepanjang jalan di
kampung itu mengenali Manjoe. Kakinya terus laju melangkah menaiki tangga
menuju ke tingkat 5.
Setibanya di hadapan rumah yang ditujuinya dia terus sahaja mengetuk
pintu.
“Sara!
Apa awak buat kat sini?” Azman terkejut melihatkan Sara yang tercegat di
hadapan pintu rumahnya.
“Err..
Masuklah...” Pelawa Azman sejurus kemudian. Dia sebenarnya terkedu dan serba
salah tak tak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia kaget.
Aina
keluar dari biliknya di saat itu kerana ingin melihat siapa gerangan yang
mengetuk pintu tadi.
“Ini
adik saya Aina. Ini kawan abang. Nama dia Sara Yasmin.” Aina menghulurkan
tangannya untuk bersalaman. Matanya tak melepaskan pandangan pada Sara.
“Jemputlah
duduklah kak. Selamat datang ke rumah buruk kami.”
“Taklah.
Cantik rumah ni. Kemas.”
Azman menuju ke dapur bagi mendapatkan
ibunya yang sedang membuat persiapan untuk memasak.
“Patutlah
abang berperangai pelik kebelakangan ni. Dia berkenalan dengan akak rupanya.”
Aina membuka bicara sebagai menghormati tetamu yang pertama kali menjejak rumah
mereka.
“Perangai
pelik? Pelik macamana?” Sara mencungkil rahsia.
“Banyaklah
peliknya kak. Nak ceritapun takut dia marah pulak nanti.”
“Takkan
pasal tu pun dia nak marah?”
“Abang
ni jenis tak suka orang cerita pasal dia. Oh! Agaknya gelas kristal yang ada
kat almari tu akaklah yang bagi ye? Penat saya tanya tapi dia tak nak
bagitahu.”
Sara hanya menggangguk sambil tersenyum.
“Akak tahu, hari tu dia siap mimpi pasal kakak. Menjerit-jerit nama kakak.
Patutlah menjerit. Kakak ni cantik!.”
“Aina.. janganlah cerita pasal tu. Buat malu je...” Sampuk Azman yang
keluar dari dapur bersama emaknya.
Setelah berkenalan, ibunya terus menjemput Sara makan tengahari di rumah
tersebut. Mereka duduk berborak dan bercerita mengenai perihal masing-masing.
Ibunya begitu teruja dengan kehadiran Sara kerana dia tak menyangka yang
anaknya berkawan dengan seorang anak gadis yang bukan hanya cantik rupaparasnya
tetapi juga halus budi pekertinyna.
Mengetahui Sara punya tujuan ke rumahnya Azman mengajaknya keluar ke
koridor kerana tiada ruang dalam rumahnya untuk berbicara empat mata.
“Cantik pemandangan kat sini ye? Boleh nampak kereta lalu lalang sepanjang
Federal Highway ni.”
“Hem.”
“Man, Sara nak minta maaf bagi pihak keluarga Sara pasal kejadian hari tu.
Sara tak sangka begitu jadinya. Minta maaf ye Man... Do forgive me.”
“Tak apa Sara. Semua ini perkara biasa bagi orang seperti kami ini.”
“Man okay tak?”
“Tak okaylah Sara. Ini satu masalah besar. Tanpa restu kedua ibubapa tiada
apa yang boleh kita lakukan.”
“Man mengalah ke?”
“Man taklah cakap yang Man mengalah cuma... Mungkin kata-kata ayah Sara
itu betul. Saya kena terima hakikat siapa diri saya dan siapa Sara sebenarnya.
Sara dahpun datang ke sini, ke rumah saya dan melihat keadaan keluarga saya.
Kami tak punya apa.”
“Itu semua tak penting bagi Sara Man. Biarlah apa Mummy and Daddy nak
kata, Sara tetap nak berkawan dengan Man.”
“Kenapa Sara sanggup buat begitu?”
“Entahlah. Dalam hati Sara, Sara yakin yang keputusan yang Sara buat ini
betul. Sara dapat rasakan keikhlasan Man. Satu perasaan yang sukar untuk
diterangkan dengan kata-kata.”
“Man janji janganlah tinggalkan Sara okay?”
“Hem...”
“Janji!”
“Okay-okay. InsyaAllah. Man janji!”
“Tapi Sara rasa buat masa ini kita kena rileks dulu. Daddy masih panas
lagi tu. Biar Sara pujuk dia bagi dia sejuk. Apa-apahal buat masa ni kita
calling-caling je dulu okay.” Jelas Sara.
“Man okay jer Sara... ”
Keadaan kembali tenang. Perhubungan Azman si Mat Rempit dengan Sara gadis
cantik bakal doktor itu kembali bertaup.
Sedang mereka berbual mesra, tiba-tiba Rozita keluar dari rumahnya.
Sepasang matanya terus menghala pada Azman dan gadis cantik tinggi lampai yang
berdiri di sebelahnya. Dia terpaku seketika. Namun kemudian dia memakai selipar
memulakan langkah menghala ke arah tangga. Apapun dia terpaksa lalu di tempat
Azman dan Sara berdiri.
“Ita, kenalkan, ini kawan aku.. Sara Yasmin. Ini Rozita jiran Man.”
Langkah Rozita terhenti. Bola matanya memandang pada keredupan mata Sara.
Sara tersenyum mesra sambil menghulur tangannya untuk bersalaman. Sebagai
seorang perempuan dia sendiri terpesona dengan kecantikan gadis itu.
“Err...
Dah jumpa tadi Man. Minta diri dulu ye, saya nak ke kedai. Beli barang sikit”.
Sambut Rozita agak kalut dan meneruskan langkahnya menuju ke arah tangga.
Sesekali dia menoleh ke belakang memandang dua insan yang berdiri di koridor
flat itu. Hatinya bergelojak.
Selepas
makan dan memuji keenakan masakan ibu Azman juga mengucapkan terima kasih,
Sarapun mengambil keputusan untuk pulang. Matlamatnya untuk bertemu dengan
Azman dan memohon kemaafan atas tindak tanduk keluarganya itu telahpun
tercapai. Dia bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Bunga-bunga kemesraan mula
kembang mekar di hatinya. Dia gembira kerana tak sangka Azman seorang yang
pemaaf. Ini kerana dia tahu sekiranya perkara itu berlaku pada dirinya dia
sendiri sukar untuk berbuat demikian.
Azman
menemani Sara melangkah bergandingan menuju ke arah tangga flat lima tingkat
itu.
Oh ya! Baru teringat, Man ada benda nak bagi pada Sara...
Hadiah ker?
Lebih kurang begitulah. Tapi murah je hadiah ni.
Tak kesahlah. Yang penting Man ingat pada Sara. Orang putih kata, the thoughts that counts.
Okay. Man harap Sara suka. Tunggu kejap ye. Azman berlari anak melangkah
masuk ke dalam rumahnya kembali. Dia keluar dengan satu gulungan kertas
berwarna putih di tangan lalu dihulurkannya pada Sara.
Sara membukanya. Kertas putih yang elok tergulung itu dibukanya.
Alangkah terperanjatnya Sara bila dia melihat lukisan potret wajahnya yang
dilukis dengan menggunakan pensel dan warna air. Ia begitu cantik. Sara
terpegun. Matanya berkaca..
“Cantiknya... Macamana Man boleh melukisnya sedangkan Man tak ada gambar
saya?”
“Hem.. Ada. Man ada gambar Sara. Kat dalam hati.” Jawabnya searaya
tersenyum.
“Cantik... Terima kasih ye Man. I really appreciate it..”
“Orangnya lagi cantik..” Puji Azman.
Sara meninggalkan Kampung Kerinchi dengan satu kelegaan, lega kerana
misinya tercapai. Semasa berhenti di lampu isyarat dia membelek lukisan
pemberian Azman itu. Kemudian di belakangnya dia perasan sesuatu...
AKU TAK TAHU
Adakah
Aku
Pancaran bunga api
Yang indah di malam pekat
Gelap gelita
Meriah suasana
Menyerlah ceria
Buat seketika...
atau
Aku
Bintang tersinar
Antara sejuta bintang
Menerangi malammu
Lenyap di siang terang
Menjelma tatkala mentari hilang
Setia menemani...
Jangan
Ditanya
Apa dikalbu
Kerana
Aku tidak tahu...
Sara
terkesima. Rupanya Azman yang kelihatan kasar di luarnya tetapi jiwanya halus
dan berseni. Puisi itu cukup utuk menerangkan perasaannya kepada Sara.
“Padaku,
kau bagaikan udara... ” Lafaz Sara perlahan. Lampu isyarat bertukar hijau. Sara
meneruskan perjalanannya untuk pulang.
“Cantik budak tu Man, Mak rasa dia anak orang kaya. Tengok pada pakaian
dan kulitnya pun mak boleh tahu.” Ujar ibunya sejurus Azman melangkah masuk ke
dalam rumah selepas menghantar Sara ke keretanya.
“Kenapa pulak mak?”
“Bukan apa. Mak bukan nak halang ke apa. Cuma kau tu berhati-hatilah.
Orang cantik ni kadang-kadang megah dengan kecantikannya.”
Kata-kata ibunya itu penuh dengan makna yang tersirat. Ia tak dapat diungkaikannya.
Kata-kata yang datang dari orang yang berpengalaman dan terlebih dahulu makan
garam pasti ada hikmah dan pengajarannya. Bisik hati Azman.
“InsyaAllah mak. Mak jangan risau. Man akan cuba jaga diri.”
XXXXXX
Seorang pelayan lelaki kelihatan menuju
ke arah meja tempat Datuk Halidi dan Datuk Amri duduk di lounge Tropicana Golf
Resort. Mereka baru sahaja selesai bermain golf. Dua lagi kawan mereka yang
bermain sama telahpun beredar. Seperti biasa prestasi permainan tadi menjadi
bahan bicara mereka. Kisah bola yang masuk ke dalam bunker, kisah bola yang
ditiup angin, pukulan yang jauh, pukulan par, birdie, bogey, double boogie dan
sebagainya.
“Aku geram betullah dengan anak aku si
Sara tu. Kenapa pulak ini Lid? Dia bakal jadi doktor, final year in UM. Aku kenalkan dia dengan anak Tan Sri Samad, suruh
dia berkawan, tapi dia pilih seorang Mat Rempit. Can you believe that?” Tiba-tiba Datuk Halidi bersuara terkeluar
dari topik golf yang sedang dibicarakan.
“Eh! Kenapa pulak ni?” Tanya Datuk Amri
seakan keliru.
“Hari tu aku dengar mat rempit tu bawak
anak gadis aku tu atas motor lelaju. Kalau apa-apa jadi, jadi kes polis kan ke
bahana tu?”
“Hem.. You dah jumpa ke dengan budak tu?”
“Dah. Dahlah gelap kulitnya. Kurang ajar
pulak tu. No manners at all.”
“Siapa nama dia?”
“Azman.”
“Azman.... Dia tinggal di mana? Tanya
Datuk Amri inginkan pengesahan. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.”
“Tak tahulah. Aku tak sempat nak tanya.”
“Tak apalah. Sabar. Dugaan tu.”
“Macamana boleh sabar kalau anak yang
kita jaga dengan baik sejak kecil orang buat sesuka je. Bawak naik motor ke
sana ke sini. Mana tak angin satu badan ni.”
“Tapi you kena faham, Sara tu bukannya
12 tahun lagi. Dia dah dewasa dan aku rasa there
must be a reason kenapa dia pilih budak tu. Anak ni kekadang kita tak
perasan yang dia dah meningkat umur dan menjadi seorang yang dewasa. Jadi kita
kena terima hakikat tu dan tak bolehlah kita layan diorang macam budak-budak
lagi.”
Datuk Halidi termenung seketika
memikirkan kebenaran kata-kata kawan baiknya itu.
“Tapi for what reason dia nak pilih budak rempit tu?”
“You ada tanya dia?”
“Tak adalah tapi dia kata budak tu
pernah tolong dia. Come to think of it
siapa yang tak nak tolong si Sara tu kalau dia kesusahan?”
“Cuma keikhlasan dia yang menjadi
masalahlah ni? Keikhlasan bukan kita yang ukur Lid. Kita sebagai orang Islam
kenalah bersangka baik. Menerima apa yang dizahirkan. Kita bukannya boleh baca
hati orang lain.” Jelas Datuk Amri.
“Betul tu. Tapi kita kena juga
berhati-hati. Dunia sekarang ni lebih banya orang yang tak betul dari orang
yang betul... Lagipun bukan itu sahaja masalahnya. Keikhlasan tu one thing lah. Aku cuma rasa diorang tu
tak sesuai, tak padan. Sara punya banyak pilihan yang lain.”
For me it doesn’t matter. Lagipun bukan
semua budak rempit tu jahat. Aku sendiri pernah jumpa yang baik. Lagipun kalau
kemalangan di jalan raya aku selalu nampak diorang berhenti dan membantu apa
yang perlu
“Ah! Diorang nak ambil nombor ekor tu!
Takpun nak ambil kesempatan apa yang ada.”
“Terpulanglah Lid. Soal jodoh inipun
tertakluk pada Allah Taala. Kita bolehlah usahakan tapi ketentuan dalam
tanganNya.”
“Aku tak peduli! Apapun by hook or by crook aku akan cuba halang
dengan segala kudrat yang ada.” Jawab Datuk Halidi tegas. Penumbuknya dikepal
kemas.
Entah dari mana tiba-tiba Farid muncul
dengan beberapa batang kayu golf di tangannya.
“Uncle Halidi, Uncle Amri apa khabar?”
“Baik...” Jawab Datuk Halidi pantas. Datuk
Amri hanya mengangguk.
“Apa kamu buat kat sini Farid?” Aju Datuk
Halidi pula.
“Saya ke driving range uncle. Saja keluarkan peluh sikit.”
“Uncle nak tanya ni, macamana perhubungan
kamu dengan Sara?”
“Susah sikitlah Uncle. Dia dah ada kawan
baru. Mat Rempit tu..”
“Ya uncle tahu. Farid, trerus terang uncle sebenarnya lebih suka kalau
Farid yang kahwin dengan Sara tapi masalahnya sekarang dia dah berkenalan
dengan mat rempit tu.”
“Lepas tu Uncle nak saya buat apa?
“Uncle nak you take care of him. Dalam apa cara sekalipun kau cari jalan
halang dia dari bertemu atau berhubungan dengan Sara.” Ujarnya tegas.
“Baiklah Uncle.”
“Ini bukan caranya Halidi.” Sampuk Datuk
Amri tiba-tiba.
“You jangan masuk campur Amri. Ini hal
keluarga aku. Let me handle it.” Ujar
Datuk Halidi langsung menutup ruang untuk Datuk Amri menyambung bicara.
XXXXXX
Sebulan telah berlalu semenjak Sara berkunjung ke rumah Azman. Mereka
berdua telah berjanji untuk tidak bertemu buat seketika dua kerana Sara
mahu menjernihkan keadaan dengan
bapanya. Namun demikian mereka masih berhubungan dengan telefon melalui sms dan
pangillan bila berkesempatan. Oleh kerana tiada apa yang ingin dilakukan hari
itu Azman mengambil keputusan untuk mencuci motornya yang agak kotor. Sedang
dia ralit mencuci motor kuningnya di tingkat bawah falt blok D itu, Lord dan
Shidee tak semena-mena muncul.
“Manjoe! Manjoe! Lu kena berlumba malam ni! Mesti!” Teriak Lord yang
melangkah laju menuju ke arahnya tanpa menghiraukan orang ramai yang berada di
gerai berdekatan.
“Kan aku dah cakap aku dah berhentilah Lord. Motor aku pun dah lama tak tuning untuk racing. Buat pergi balik kerja bolehlah.” Sahut Azman yang masih
terpinga-pinga.
“Pasal motor tak kesah, aku akan setelkan. Lagipun kau tak faham, kali ini
keadaan berbeza...”
“Kenapa pulak? Apa bezanya? Lumba tetap berlumba. Sama je.”
Lord dan Shidee beria-ia cuba meyakinkan Manjoe untuk berlumba. Mereka
menjelaskan semua sebab musababnya kenapa dia mesti belumba. Setengah jam
berlalu. Manjoe menjadi serba salah. Dia berfikir sejenak. Dahinya berkerut
tangannya beberapa kali mengusap mukanya.
“Tak apa duit pertaruhan tu aku bayarkan. Janji kau turun malam ni.” Lord
meyakinkan.
“Entahlah. Sempat ke nak tuning
motor ni?”
“Kalau terus hantar bengkel la ni aku rasa sempat.”
“Kalau begitu, korang tunggu jap. Aku nak tukar baju, jap lagi aku turun.
Kita ke bengkel!”
“Terima kasih bro’, terima kasih! ” Ungkap Shidee yang kelihatan begitu
terdesak.
“Orait! Cepatlah siap!” Ujar Lord gembira dapat menyakinkan Manjoe untuk
berlumba.
Setelah bersiap mereka menuju ke bengkel tempat Shidee bekerja untuk
memulakan kerja-kerja membuka engin motosikal Manjoe bagi mempersiapkannya
untuk perlumbaan malam nanti. Zul, Eddy dan Zainal juga telah menanti di sana.
“Zainal, malam ni line clear
tak?” Tanya Lord kerana tahu yang bapa Zainal merupakan anggota polis trafik
yang beribupejabat di Petaling Jaya.
“Setakat ni okay. Tak dengar apa-apa lagi. Apa-apapun nanti aku tanya bapa
aku lagi. Kalau ada berita aku beritahu.”
“Okay. Zul lu dah tinjau jalan belum?” Tanya Lord seakan seorang
koordinator yang mahu memastikan semuanya lancar untuk malam ini.
“Dah.. Kena jaga-jaga kat depan stesyen bas Guiness Anchor ada pasir halus
kat situ. Kena ambik belah kanan, lepas tu kat atas jejantas Freescale ada
lubang baru belah kanan. Itu aje yang aku nampak.”
“Lu dengar tu Man?”
“Dengar.. InsyaAllah okay nanti. Yang penting setting motor ni kena betul.” Ujar Manjoe.
“Jangan risau itu kerja aku..” Kata Shidee.
“Dee, kau settingkan aku punya untuk top
speed pakai sproket kecik okay. Kau dengan Lord set untuk pick up. Jadi pengacau. Malam nanti
korang jalan dulu lambatkan bebudak kat depan nanti okay!” Manjoe mengatur
strategi.
“Set!” Ujar Shidee yakin. Tangannya sibuk membuka kaburator motorsikal
Manjoe.
Begitulah keadaan mereka setiap kali hendak berlumba. Semua persediaan
dibuat. Keadaan cuaca, keadaan jalanraya, kekuatan pelumba lain, setting motor, strategi dan sebagainya
semua diambil kira. Mereka tak mahu ada masalah sepanjang perlumbaan nanti. Kali
ini mereka gembira kerana akan sekali lagi dapat melihat Manjoe berlumba
setelah sekian lama dia berhenti. Iaitu semenjak kehilangan adiknya Johari.
Lama juga mereka tak bersiap sedia begini.
“Weh! Aku sampai lupa nak bagitahu korang. Hari tu Sara datang rumah aku.”
“Ye ke! Apa dia nak?”
“Dia nak minta maaf pasal kejadian hari tu...”
“So macamana?”
“Okaylah. Tapi aku tak tahulah nak kata. Datuk bencikan aku. Sara kata dia
akan cuba lembutkan bapa dia tu.”
“Itu dah kira petanda baik bro.” Lord meyakinkan.
“Tulah aku malas nak cari anak datuk ni. Buat pening kepala je. Baik cari
awek biasa je.” Sampuk Zul pula
Bersambung...
Bersambung...
Pergi ke bab 11 - Tekan link ini. Bab 11 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.
Kembali ke bab 9 - Tekan link ini. Bab 9 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.
Jangan lupa share, like dan komen sebagai tanda sokongan kepada penulis untuk terus berkarya..
Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?
Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;
1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit
Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT
Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?
Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.
Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?
Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.
BIODATA PENGARANG
AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP
Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.
Mendapat Pendidikan Awal di ;
SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;
Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )
Mengarang buku ;
Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21
Menyelenggara buku ;
Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.
Aktiviti lain ;
- Menjalankan seminar pelaburan saham.
- Menjalankan kursus motivasi.
- Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
- Blogger – www.faizalyusup.net, www.motivasiku.blogspot.com
- Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
- Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,
Hubungi Penulis ;
Facebook : Faizalyusup
Blog : www.faizalyusup.net
No. HP : 016 - 666 7430
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment