Followers

Thursday, October 24, 2013

Bab 4 - Novel Paling Best Pernah Dibaca - Novel Trilogi Man Rempit 1

Bab 4

Gerai mamak Jalan Telawi ini penuh dengan malam itu. Azman baru sahaja balik dari membeli sehelai baju T di Kompleks Pertama semata-mata sebagai persiapan bertemu dengan Sara. Seperti biasa mereka berkumpul di sana untuk sesi minum teh. Sesi kegemaran waktu lapang rakyat Malaysia.

“Camana ni Lord? Azman mengajukan soalan pada Lord kawan baiknya mengenai perihal pertemuannya yang pertama dengan Sara malam besok.

“Pening kepala aku ni...” Sambungnya lagi.

“Rileks ar.” Nampaknya lu kenalah ubah cara penampilan.

“Adoi! Pening kepalo pokcik macam ni!

“Terpaksalah. Takkan lu nak kuar dating pakai seluar koyak kat lutut tu. Biar benar.

“Ish! Itu wa punya gaya sebenar, nak buat macamana.

“Tak boleh! Tak boleh! Ini keluar dengan anak orang kaya beb. Kena cover line. Kalau tak sekali jer jawabnya. Entah-entah baru 5 minit minah tu dah angkat kaki.

“Ish! Bahaya tuh.

“So dengar cakap gua ni. Memula kita kena tukar penampilan lu nih.

“Pertama, muka kena shave biar bersih.” Kata Lord sambil mengeluarkan jari telunjuknya sebagai penanda satu.

“Pas tu jangan lupa mandi!” Usik Ayu mencelah.

“Kedua, pakai minyak rambut. Ketiga, kena pakai minyak wangi. Keempat pakai baju kemeja lengan pendek dah kira okay. Kelima pakai seluar slack gelap.” Lord menerangkan satu persatu.

“Padankan dengan baju tau.” Celah Ayu lagi.

 “Pakai baju ni tak boleh ke?” Tanya Azman sambil mengeluarkan baju T yang baru dibelinya tadi.

“Laillahaillallah... baju bundle macam ni tak sesuai bro’!” mengeleng kepala Ayu melihat baju T berwarna hitam dengan gambar yang agak brutal di hadapannya.

“Satu lagi spender jangan lupa pakai. Lu tu selalu tak pakai spender, bukan wa tak tahu.” Tambah si Zul.

“Hampeh!”

“Dan keenam pakai kasut tendang anjing.”

“Aku mana ada kasut tu. Kasut sport aku ni tak boleh
ke?”

“Oi sedara, mana ada orang pakai slack dengan kasut sport.”

“Banyak kena keluar bajet ni. Kena beli seluar slack lagi...” Azman menggaru kepalanya.

“Sekarang ni lu nak ke tak nak? Tepuk dada belah hati...” Lord mengusik.

“Oklah. Oklah... wa kalah.. Malam ni siapa nak temankan
gua gi beli baju ni? Kat mana nak beli?”

“Alah nak murah kita pergi Reject Shop atau Factory Outlet kat Mid Valley. Siap ada jenama lagi. Kang aku temankan kau.” Jawab Lord ringkas.

“Okay.. lagi?

“Kena ubah cara makan.”

“Cara makan pun nak kena ubah?”

“Yelah! Perancangan nak kena cantik! Bukan minah tu tahupun..” Ujar Lord sambil mengenyitkan matanya.

“Ayu ko try jadi minah tu!” Saran Lord lagi.

“Tak naklah aku. Apa hal!”

“Janganlah gitu Yu.. tolonglah member kita ni sikit.”

“Tak apa Alia boleh tolong. Manjoe punya pasal.”

Mereka berdua disuruh berpindah dan duduk di meja bersebelahan yang kosong. Azman bangun dari kerusinya lantas terus sahaja duduk di sebelah Alia.
       
“Ops! Foul!” Sahut Lord pantas.
       
“Kenapa pulak.” Azman menyoal kerana dia tak nampak apa-apa masalah.
       
First date mana boleh duduk sebelah! Naya nanti.”
       
“Oh ya ke? Mana kau tau semua ni Lord?”

“Aku tahulah. Kau diam-diam sudah.”

“Kau kena duduk depan dia. Kaki diam-diam. Jangan sampai terkena kaki dia.”

Azman menurut. Dia bertukar tempat duduk menghadap Alia. Alia melemparkan senyuman.

“Haa.. macam ni. Duduk tegak. Jangan lembik macam sotong. Tangan atas meja. Diam-diam jugak.”

Lord terus sahaja mengajar Azman cara dan protokol di meja makan. Dia seakan tahu semua itu. Sudu, garpu, sudu sup, kaedah minum kopi, teh dan sebagainya diterangkan pada Azman. Kawan-kawannya pelik bagaimana Lord mengetahui semua perkara tersebut. Mereka akhirnya membuat kesimpulan yang Lord berkemungkinan pernah bekerja di hotel.

Selepas sesi ringkas itu selesai mereka berdua menuju ke Mid valley untuk membeli pakaian baru sebagai persiapan Azman.

“Bila kau nak bagitahu bebudak kita tu rahsia kau ni bro?” Tanya Azman sebaik meletakkan motorsikalnya di celah motor yang banyak itu di tingkat bawah Mid Valley Megamall yang tersergam megah.

“Tak payahlah Man, lambat laun diorang akan tahu jugak. Kaupun diam-diam sudahlah. Aku tak suka bising-bising pasal ni. Apapun aku nak belanja belikan kau kasut Timberland.” Jawabnya menutup kisah yang cuba diungkit Azman.

“Kenapa pulak? Mahal kasut tu kan?”

“Tak apalah kira hadiah hari jadi.”

“Tapi hari jadi aku lambat lagi...”

“Hek eleh... kalau tak nak sudahlah... orang tua-tua cakap rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari... Aku pun banyak terhutang budi dengan kau Man.”

“Alah itu semua perkara kecik je Lord. Ikut suka kaulah. Aku tahu aku cari baju memurah sudah.” Kata Azman.

Mereka berdua meneruskan perjalanan bergandingan menuju masuk ke dalam kompleks membeli belah Mid Valley Megamall itu dengan helmet di tangan.

XXXXXX

        Jam 6 petang Azman lagi sudah bersiap sedia dengan pakaian serba baru, kasut Timberland hadiah dari Lord dengan semburan minyak wangi serba harum. Dia tak sabar untuk bertemu dengan Sara jam 8 nanti. Aina yang melihat gelagatnya agak pelik tetapi mengambil langkah tidak menghiraukannya.

        Apapun sebelum ke Amcvorp Mall dia mesti ke Bangsar dulu untuk bertemu dengan kawan-kawannya bagi mendapatkan amanat yang terakhir. Dia memerlukan pandangan kawan-kawannya itu sebagai penambah keyakinan dirinya.

“Huiyoo! Manjoe pakai seluar slack tu bro! Mana seluar jeans yang berbulan tak basuh tu?” Kutuk Zul sebaik sahaja Azman sampai.

“Pergh! Hensem tuh. Macam ni aku pun minat.” Alia berjenaka.

“Oii, Korang ni. Rileks la sikit! Janganlah buat malu kaum. Dahlah adik aku kata aku buang tebiat, korang pulak jadi tukang tambah. Camana okay tak. Ada tak macam lelaki Malaya terakhir?

“Okay tu.” Jawab Lord.

“Aku dah nak pergi ni. Ada pesanan terakhir?

“Jangan nakal-nakal.”

“Cepat sikit.. hari dah nampak gelap nak hujan tu.”

“Take care.”

“Samalah. Kitorang tunggu kat sini. Nak dengar cerita sensasi!”

“Okay. Saya minta diri dulu.” Ujar Manjoe sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih tersusun rapi.

“Saya tuh!” Kata Zul sambil ketawa.

XXXXXX

        Manjoe terpaksa berhenti dalam terowong di Jalan Gasing kerana hari mula hujan. Hatinya merotok. Pakaiannya basah sedikit terkena hujan. Hujan terlalu lebat untuk dia meneruskan perjalanan. Dia terpaksa menunggu. Setengah jam berlalu. Jam telah menunjukkan pukul 7:56. Dia mengambil baju hujan dalam bakul motornya lalu memakainya bersedia dengan harapan ia berhenti.

Image result for amcorp mall night

Sementara itu...

        Jam telah menunjukkan pukul 8:09. Sara telah sampai dan menanti di hadapan kedai Secret Recipe. Gadis itu memakai blaus berbunga kecil dengan skirt panjang berwarna cerah. Kedua tangannya memegang tas tangan kecil berwarna pasir. Dia kelihatan sungguh cantik.

        Hujan. Mana mamat ni. Dia tak datang ke? Bisik hatinya. Matanya liar memandang keliling. Sesekali jelingan-jelingan manja lelaki-lelaki berhidung belang menerjah dirinya. Gadis itu langsung tidak mempedulikan mereka.

Tiba-tiba terdengar tapak-tapak kaki berlari mendekatinya. Manjoe telah tercegat di sebelah kirinya.

        “Assalamualaikum...”  Suaranya agak termengah-mengah.

“Waalaikumussalam..”

“Maaf saya terlewat. Hari hujan. Basah ni. Err.. Awak dah lama sampai?”

Tunduk.

“Baru je lagi. Tak apa. I faham... Macamana siku hari tu? Dah okay?”

“Alhamdullillah. Dah lebih baik. Lukanya pun dah kering.”

“Baguslah... Jom kita pergi...” Katanya sambil terus menuju ke arah lif untuk ke tempat letak kereta di basement. Manjoe hanya mengekori dari belakang.

        Tak banyak yang diperkatakan di sepanjang perjalanan. Sesekali Manjoe menoleh mencuri pandang pada gadis cantik itu. Suasana dalam kereta itu sungguh nyaman dan harum sekali. Tak pernah dalam hidupnya dia mengimpikan yang dia akan menaiki kereta mewah ditambah pula dengan kehadiran seorang gadis yang cantik umpama malaikat. Hatinya serba salah tak tahu apa yang hendak dirasakannya. Situasi itu seakan berada dalam sebuah mimpi yang indah. Dalam fikirannya hanya teringatkan pesanan Lord juga kawan-kawannya agar tidak merosakkan pertemuan kali pertamanya dengan Sara.

        Sara membawanya ke TGI Fridays yang letaknya di Seksyen 14 Petaling Jaya. Mereka masuk dan duduk di tingkat atas menghadap cermin yang dapat melihat permandangan di luar. Seperti yang dirancang Manjoe duduk di depannya. Namun demikian dia hanya tunduk malu. Lidahnya kelu. Darah terasa naik ke muka dan telinganya. Dia juga tak pernah menjejakkan kaki ke restoran tersebut.

Image result for tgi fridays restaurant

        “You nak makan apa?”

“Ikut awaklah.”

“Minum?”

“Coca Cola..” Dia tahu restoran sedemikian pasti ada menghidangkan minuman tersebut.

“Okay, kami nak makan nachos as appetizer, lepas tu dua ribeye steak minus the jack daniels. Dessert maybe later. Drinks I’ll go with two cokes.” Pesannya pada waiter yang telah sedia menanti untuk mengambil pesanan.

Sara nak ucapkan terima kasih sekali lagi atas bantuan Man tempohari. Katanya perlahan. Dia tiba-tiba menggunakan gantinama Sara. Tidak lagi menggunakan I You. Mungkin mood di sini berbeza. Bisik hati Azman.

“Saya pun nak ucapkan terima kasih sebab bagi saya hadiah tu.” Cik Sara susah-susah je.

        “Eh! Janganlah panggil saya Cik Sara. Panggil Sara aje cukup. Tak ada susahnya. You deserved it. Man patut menerimanya.” Sara menjelaskan dalam dua bahasa kerana dia tak mahu komunikasi mereka terhalang dengan perbezaan bahasa itu.

        “Tapi saya rasa kalau saya tak ada pun, saya yakin ada orang lain yang akan datang membantu.”

        “Mungkin juga, mungkin juga tidak.”

“Boleh saya tanya satu soalan?”

“Tanyalah...”

“Kenapa awak yang begini cantik sanggup keluar dengan saya?”

Ada apa pada wajah Man. Ia kurniaan Allah. Apa yang penting ialah kita gunakan dijalan yang betul. Kita tak boleh sama sekali bermegah dengannya. Pada saya yang penting hati. Kalau rupa cantikpun tapi kalau perangai buruk tak guna jugak begitu juga sebaliknya.

“Oh..” Azman terkedu mendengar jawapan gadis itu. Tak sangka ia keluar begitu tersusun dan penuh makna.

“Siapa mamat tu. Kenapa dia begitu marah pada awak?”

“Hem...” Tiba-tiba dia tunduk. Diam seketika.

“I rasa its my problem dan saya belum bersedia nak cerita pasal tu.”

“Maaf...”

“Tak nak sedih-sedihlah. Kita tukar cerita lain. Ceritalah serba sikit pasal diri Man.”

“Saya? Tak ada apalah yang nak diceritakan.”

“Ceritalah. Sara nak tahu. Pasal keluarga, adik beradik, kerja ke...”

“Betul nak tahu?”

“Betul.”

“Okay... Man tinggal di Kampung Kerinchi, kerja di Subang Jaya. Bapa kerja sebagai pengawal keselamatan di Universiti Malaya, mak tak kerja. Man ada adik perempuan seorang sekolah lagi dalam tingkatan 4. Nama dia Aina.”

“Oh! Bapa Man kerja di Universiti Malaya? Sara belajar kat sana. Siapa nama dia?”

“Othman. Othman bin Ismail.”

“Hem. Tak kenal pulak. Lagi?”

“Lagi... hem.. tak pandai cakap orang putih macam awak. Kulit gelap sikit, perangai okaylah tak pernah masuk penjara tapi tulisan cantik. Itu jer mengenai saya.” Katanya sambil tergelak. Sara juga tergelak sama.

“Kelakarlah awak ni..”

“Sara pulak?” Tanya Azman pula.

“Sara pun ada abang lelaki seorang umurnya 27 tahun. Dia kerja dengan bapa Sara la ni. Bapa Sara ada perniagaan sendiri, mak duduk rumah juga. Sara pun masih belajar di UM tahun akhir.”

“Sara ambil jurusan apa?”

“Medik.”

“Oh. Bakal doktorlah ni.”

“Ha’ah, begitulah kiranya. Tak tahulah. Minggu depan ni ada lab nak kena bedah mayat. Takut rasanya.”

“Nak jadi doktor, kenalah buat kot.”

“Tulah. Boleh Man temankan masuk bilik mayat tu?”

“Ish! Manalah boleh masuk. Kalau boleh mesti saya akan temankan.”

“Saya pernah dengar satu cerita lawak mengenai doktor bedah ni. Sara nak dengar tak?”

“Boleh jugak. Apa salahnya.”

        “Katalah Man seorang mekanik motor tengah membuka engin motor di bengkel. Masa tu Man tengah gantikan karburator, valve dan lain-lain yang rosak. Tiba-tiba nampak seorang pakar bedah yang terkenal. Nama pakar bedah tu Dr. Sara. Dr. Sara masa tu sedang menuju ke arah kereta BMWnya yang diletakkan di hadapan bengkel tersebut.

        Apa lagi, Man pun panggillah Dr. Sara ni. Dr. Sara terkejut juga kenapa mekanik tu panggil dia, tapi dia pergi jugaklah ke bengkel tu.

        Sampai kat situ Man cakap “ Doktor tengok ni, saya pun buka engin, tukar karburator, tukar valve sama macam yang doktor buat kepada pesakit doktor tu. Bila dah siap motor ni kembali hidup, bunyi dia sedap je. Tapi kenapa gaji doktor mahal tapi gaji saya ciput je walhal kita buat benda yang sama?”

“Dr. Sara ye!” Sara ketawa..

“Tapi kan Man, sebenarnya kalau Surgeon diorang panggil Mister dia tak panggil doktor.”

“Ye ke? Kalau macam tu Mister Sara dengan Mister Man tak ada bezalah.” Sahut Azman sambil ketawa. Ketawanya disambut Sara.

Makanan yang dipesan pun tiba. Mereka menjamu selera dan segalanya berjalan dengan baik buat Azman sepertimana yang dirancang oleh kawan-kawannya.

“Ni saya nak pulangkan balik saputangan Sara hari tu. Maaf saya dah basuh tetapi kesan darah tu tak mahu hilang.” Tangan Azman menghulurkan saputangan berbunga itu.

Sara serba salah. Dia telah melepaskan hak saputangan itu padanya tetapi Azman ingin memulangkannya semula. Dia takut pula kalau tidak diambil akan menyinggung perasaan Azman.

“Tak apalah. Rasa buruk siku pulak,” kata Sara sambil mengambil saputangan itu dari tangan Azman.

“Terima kasih kerana sudi keluar dengan Sara.”

“Saya yang patutnya berterima kasih..”

Sebelum berpisah malam itu hati Man meronta-ronta ingin bertanya sama ada Sara sudi keluar dengannya di kali masa namun hasratnya itu tak dapat diluahkan di mulutnya. Dia tiada keyakinan. Lantas dibiarkannya begitu sahaja. Di Amcorp Mall mereka bertemu buat kali yang pertama dan di Amcorp Mall itu jugalah mereka berpisah.

Walaupun hatinya gembira dengan pertemuan kali pertama itu namun demikian dalam perjalanan pulang hati Azman berbelah bahagi. Sara Yasmin bakal seorang doktor. Cantik pulak tu. Takkanlah dia ingin berkawan dengan seorang Mat Rempit yang tak punya apa sepertinya. Mungkin Sara ingin bertemu semata-semata sebagai penghargaan atas bantuannya tempohari. Itu sahaja. Tak lebih dari itu. Mungkin ini adalah pertemuan yang pertama dan yang terakhir bagi mereka. Fikirannya menerawang jauh. Apapun dia kena ke Bangsar Park bertemu dengan kawan-kawannya yang telah lama menunggu. Menunggu untuk mengetahui lebih lanjut perihal pertemuannya dengan Sara Yasmin.

XXXXXX

“Camana Manjoe? Okay tak dating tadi?” Tanya Eddy yang tak sabar menanti kedatangan Azman untuk mengorek ceritanya.

“Okay. Semuanya lancar. Terima kasihlah pada kawan-kawan semua kerana bagi tips dan garis panduan.”

“Ceritalah panjang sikit. Kitaorang nak dengar semuanya. Makan kat mana?” Soal Eddy lagi.

“Kat TGI Friday.”

“Huiyoo...”

Azman pun menceritakan pengalaman pertemuannya yang pertama dari mula hingga akhir. Kawan-kawannya pula begitu khusyuk mendengar.

“Kenapa lu tak ajak dia keluar lagi?” Tanya Lord pula.

“Aku nak cakap tapi suara tak keluarlah.”

“Adoi ai...” Keluh Lord mendegar jawapan dari Azman itu.

“Ah! Entah-entah inilah sekali dia nak jumpa aku sebagai tanda terima kasih. Aku agaklah. Lagipun dia bakal doktor...” Azman membuat andaian kasar.

“Mungkin jugak.” Kata Ayu.

“Tapi cikgu aku cakap, usaha itu tangga kejayaan bro’.” Ujar Eddy sambil tergelak.

Jam 2 pagi barulah mereka bersurai. Walaupun letih namun demikian Azman gembira. Gembira kerana hari ini merupakan hari yang bersejarah baginya. Inilah hari pertama dia keluar dating dengan seorang gadis. Gadis cantik bernama Sara Yasmin. Peristiwa yang akan tersemat di hatinya seumur hidupnya.

Bersambung...


Pergi ke bab 5 - Tekan link ini. Bab 5 Novel Inspirasi trilogi Man Rempit.


Kembali ke bab 3 - Tekan link ini. Bab 3 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.


Jangan lupa like, share dan komen sebagai tanda sokongan kepada penulis!



Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?

Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;

1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III      - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit

Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.




SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT

Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?

Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.

Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?

Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.


BIODATA PENGARANG


AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP

Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.

Mendapat Pendidikan Awal di ;

SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;

Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )

Mengarang buku ;

Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
 ( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
 ( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
        Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21


Menyelenggara buku ;

Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.

Aktiviti lain ;

  • Menjalankan seminar pelaburan saham.
  • Menjalankan kursus motivasi.
  • Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
  • Blogger – www.faizalyusup.netwww.motivasiku.blogspot.com
  • Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
  • Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,

Hubungi  Penulis ;

Email         :       greng70@yahoo.com
Facebook   :       Faizalyusup
Blog          :       www.faizalyusup.net
No. HP       :       016 - 666 7430



Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment