Followers

Thursday, October 24, 2013

Bab 8 - Novel Paling Best Pernah Dibaca - Novel Trilogi Man Rempit 1

Bab 8

Azman tak sabar menunggu besok hari kerana dia akan keluar dengan Sara sekali lagi. Hatinya seronok bukan kepalang. Namun ada sedikit keresahan kerana Sara berhajat untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Apa yang dia takuti ialah kawan-kawannya buat perangai yang akan memalukan dirinya.

Fikiran Azman berlegar-legar memikirkan perihal itu dan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku merisaukannya hinggalah dia terlelap malam itu.

Malam esoknya Azman membawa Sara bertemu dengan kawan-kawannya di Stadium Bukit Jalil. Mereka ke sana untuk menonton konsert Scorpions, sebuah kumpulan Rock Kapak dari Jerman. Telah lama mereka berjanji dan mengumpul duit untuk membeli tiket bagi menonton konsert tersebut.

Di luar stadium,

        “Sara, kenalkan.. Yang ni Lord ”

        “Pergh! Cantiknya awek lu ni Man. Wa ingat lu main-main. Macam model! Wa ingat dia ni boleh jadi maskot geng kitalah. Apa kata kau? ” kata Lord sambil menghulurkan tangannya bersalaman dengan Sara.

        “Rileks ar bro.. biar aku kenalkan dengan semua sekali.. ”

        “Kenalkan Sara, ini Shidee, Eddy, Zul, Zamri, Zainal, Alia, Ina dan Ayu. ” 

Mereka bersalaman, Eddy dan Zamri seakan terkedu melihat keayuan Sara. Tiba giliran Zul dia mengenggam tangan Sara agak lama, hingga Sara terpaksa menariknya.

“Huh... Lembutnya tangan... Kena balut ni, seminggu tak payah basuh.. ” Ujar Zul pula sambil mengerling ke arah Sara. Azman pula menggetap giginya geram melihatkan perilaku kawan-kawannya. Sara pula kelihatan agak kekok.

“Diorang ni memang begini Sara, tak apa abang ada! Kalau diorang kacau Sara bagitahu okay!”

“Abaaaang tuhhhhh.....” Kutuk mereka serentak. Merah padam muka Azman ketika itu. Hatinya serba salah.

Sara yang memakai gown labuh bunga-bunga kecil itu seakan tak kena dipadankan dengan geng rempit yang semuanya memakai jeans dan berbaju T-shirt serba hitam. Ada juga yang memakai jaket kulit. Namun demikian Azman tak mempedulikannya. Asal Sara tak pakai baju kurung sudah. Bisik hatinya.

“ Jom masuk.. ” Saran Lord setelah membeli sedikit bekalan untuk dimakan di dalam nanti.

Lagu Scorpion dinyanyikan satu persatu. Holiday, Blackout, Wind of Change dan banyak lagi. Suasana gamat. Stadium itu hampir penuh dengan peminat-peminat Scorpion yang datang dari dekat dan jauh. Mereka menyanyi dan menari. Azman yang pada mulanya duduk di bangku di dalam deretan yang agak jauh dari pentas tak dapat menahan resah hatinya untuk bersama kawan-kawannya yang sedang menari dan melakukan head banging di depan pentas sana. Entah bila dan entah kenapa tiba-tiba Azman telah meninggalkan Sara seorang diri dan menari sambil head bangging mengikut lagu yang sedang dinyanyikan dengan kelompok kawan-kawannya. Sara pula dikelilingi oleh para mat rock dan minah rock di sekelilingnya. Dia ketakutan.


Image result for konsert scorpion di malaysia

Sara bangun lantas mencari jalan keluar. Pada masa itu barulah Azman perasan. Dia nampak Sara sedang menolak-nolak peminat yang ramai itu menaiki tangga untuk keluar. Azman melanggar dan cuba menolak ombak manusia yang ramai itu untuk melepaskan diri namun ia terlalu sukar.

“Sara! Sara! Tunggu...” Azman menjerit sekuat hatinya tetapi suaranya tenggelam dalam hiruk pikuk konsert tersebut.

“Saraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!”

“Bang! Bang! Bangun! Dah subuh ni! Apa ni mengigau, ingat makwe ye! Tulah tidur tak basuh kaki! Kejut Aina yang telah siap berbaju kurung untuk ke sekolah tambahan pagi Sabtu itu.

Azman terpisat-pisat duduk di atas katil. Badannya berpeluh-peluh.

MasyaAllah... mimpi rupanya...

XXXXXX

        Keresahan hatinya tentang pertemuan dengan Sara hujung minggu ini tak dapat dibendung lagi. Azman mengambil keputusan untuk memberitahu kawan-kawannya. Sebagai persediaan. Secara spontan dia bangkit lalu berdiri di atas kerusi tempat duduknya itu.

“Kengkawan! Dengar sini semua! Aku ada satu pengumuman.”

“Poyolah! Kalau ye pun tak payahlah sampai naik atas kerusi. Orang pandanglah.”

“Ah! Peduli apa? Pengumuman penting gila ni.”

“Yelah! Yelah apa dia?...”

“Lu nak kahwin ye?”

“Laa.. Dengarlah dulu. Hujung minggu ni, hari Sabtu jam 8:00 malam Sara nak nak jumpa korang semua. So gua minta tolong bebanyak. Tolonglah jaga kesopanan dan kesusilaan. Eddy! Jangan kau buat perangai macam yang kau buat kat amoi Lord dulu tu okay. Kalau boleh semua pakai senonoh sikit. Satu lagi aku dah set jumpa dengan dia kat Restoran Pelita Ampang...”

“Hek eleh! Mengelabahlah lu bro’. Takkan nak jadi hipokrit pulak. Kitorang dah macam ni. Terima ajalah. Lagipun jodoh tak kemana Manjoe! Kalau ada jodoh jadi aje.”

“Rileks ar geng. Bagi can lah kat dia. Kita semua cover line sikit untuk Manjoe okay? Kang dia merajuk pulak, siapa nak pujuk?”

“Ceh! Orang tua merajuk! Buruk!”

“Okaylah aku setuju. Manjoe punya pasal. Set sikit!” Mereka semua bersalaman sambil mencuit ibu jari yang lain sebagai tanda sebuah perjanjian yang sudah termaktub.

Misi Azman berjaya malam itu. Dia yakin walaupun mereka mat rempit tapi dia cukup percaya yang kawan-kawannya itu boleh diharap dan dipertanggungjawabkan. Barulah hatinya sedikit lega. Sekarang dia kena memerah otaknya untuk mencari destinasi yang sesuai.

XXXXXX

Akhirnya hujung minggu yang ditunggupun tiba. Azman bersemangat untuk bertemu Sara pagi itu. Pagi lagi di sudah bangkit mencuci motornya memastikan yang semuanya berkilat. Dia telahpun membeli helmet baru khas buat Sara. Helmet yang juga berwarna kuning dengan visor gelap. Semuanya telah disusun atur. Dia telah membuat keputusan untuk membawa Sara ke Genting Highland, pulang melalui jalan Batang Kali melalui jalan Ulu Yam , kemudian di sebelah malamnya singgah di Ampang bertemu dengan kawan-kawan geng motornya. Semuanya telah dirancang dengan teratur. Walaupun agak cuak untuk mempertemukan Sara dengan kawan-kawannya namun dia berharap semua kawan-kawannya akan menjaga kelakuan sebaik mungkin, pada masa yang sama dia juga berharap Sara dapat menerima kawan-kawannya itu.


Image result for plaza masalam

Dia tiba di Plaza Masalam, Shah Alam tepat jam 9 pagi. Sara telah menunggu siap memakai jeans, but dengan jaket kulit berwarna putih. Azman ketawa melihatkan gelagat Sara yang memakai pakaian serba lengkap itu mengalahkan dirinya sendiri.

“Man, janganlah gelak. Mahal tau Sara beli semua ni.”

Kata-kata mematikan gelihati Azman. Nyata Sara sanggup membeli semua itu hanya untuk membonceng motor dengannya.

“Ops! Sori Sara. Man tak sangka Sara sanggup buat semua ni.”

“Tak apa. It’s okay, so kemana kita?”

“Sara ikut ajelah.”

“Okay.”

Azman terus sahaja membawa Sara yang agak canggung duduk di belakang motornya. Dia terus ke Lebuhraya Karak untuk naik ke Genting Highland. Sampai di Awana mereka menaiki kereta kabel dan kemudiannya menghabiskan masa di Theme Park bermain dengan pelbagai permainan di sana. Azman dan kawan-kawannya pernah naik ke sana beberapa kali hanya kerana mereka ingin berlumba turun melalui jalan Batang Kali dan Ulu Yam. Namun itu semua cerita lama. Azman dah lama berhenti berlumba. Hari ini dia hanya mahu menggembirakan Sara. Bila masuk ke rumah hantu dan Dinosaur Park dan setiap kali terkejut dengan pertunjukan Sara terus sahaja merapatkan diri dengan Azman. Memegang lengan Azman dan setiap kali itu jugalah berderau darahnya naik ke muka. Dia gemuruh dengan setiap sentuhan Sara tetapi di dalam hati dia menyukainya.

Sesekali ada mata-mata yang memandang mereka namun tak dipedulikan Azman. Dia tahu mereka pelik gadis yang begitu cantik berjalan dengannya seorang Mat Rempit. Mungkin mereka merasakan yang dia dan Sara tak sepadan atau mungkin mereka irihati. Hati Azman sesekali bersuara.

“Bestlah tempat ni. Udaranya nyaman. Dah lama Sara tak datang sini. Memacam perubahan dah berlaku. Memacam ada. Man selalu ke datang sini?” Soal Sara sebaik duduk di sebuah bangku yang menghadap Cork Screw salah sebuah permainan roller coaster yang ada di puncak Genting Highland itu.


Image result for genting highland

“Tak jugak. Adalah sesekali. Tapi jarang masuk dalam Theme Park ni. Tiketnya mahal. Dulu masukpun sebab Lord yang belanja.”

“Oh! Ye ke. Tak apalah lepas ni makan biar Sara yang belanja pulak.”

“Dah lama Man kerja sana?”

“Semenjak lepas sekolah.”

“Man tak ada cita-cita nak sambung belajar ke?”

“Ada...” dia terdiam seketika.

“Kelulusan SPM Man sebenarnya baik... Man cuma bebal bab matapelajaran English jer masalahnya... masalahnya orangtua Man tak mampu.” Sambungnya perlahan.

Sara terdiam. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Patutlah dia dapat lihat pelbagai kebijaksanaan Man sepanjang mereka berkenalan. Patutlah dia memintanya mengajarkan Bahasa Inggeris padanya. Mungkin Azman seorang yang pemalu tetapi dia cerdik. Detik hatinya.

“Tak apalah nanti kalau ada rezeki akan saya usahakan kemudian.” Sambungan kata-kata Azman menghentikan lamunan Sara.

“Ha’ah, nanti kalau ada rezeki bolehlah sambung belajar...”

        “Tak apalah Sara, kita cerita benda lainlah. Tak bestlah topik ni.”

“Man nak cerita topik apa pulak?” Tanya Sara perlahan.

“Man nak tanya kenapa Sara suka kawan dengan Man? ” Soalan itu membuat Sara tersenyum memandang tepat ke mata Azman dengan pandangan yang penuh penghayatan.

 “Frankly, I want to be very close to someone I respect and admire and have somebody who feels the same way about me.” Bisiknya perlahan.

“ Sara tak tahu nak kata macamana tapi Sara rasa Man seorang yang memahami isi hati Sara, boleh berbincang dengan bijaksana, pandai mengambil hati dan banyak lagi... Seorang guardian angel.. Sara rasa begitu selesa dan selamat dengan Man, seakan berada dalam sebuah rumah yang indah dan tahu kedudukan semua barang di dalamnya.. Begitulah perasaan Sara... ”

Azman mengangguk-angguk perlahan.

“Setakat ini Sara belum pernah bertemu dengan seorang lelaki macam Man.” Sambungnya lagi.

“Apa maksud Sara?”

“Maksud Sara, ramai yang datang dengan niat kononnya mahu membantu Sara menyelesaikan masalah dan sebagainya namun hakikatnya mereka hanya mahu mendekati  Sara. Man bukan begitu. Man punya prinsip yang jitu. Tahu apa yang Sara mahu dan senantiasa tenang. Tenang menghadapi keadaan. Membantu Sara tanpa meminta apa-apa balasan.”

“Mereka pula mencuba dengan pelbagai cara untuk menonjolkan diri mungkin dengan harapan Sara akan memandang namun kehadiran mereka tak seperti Man. Lama kelamaan pasti Sara akan nampak kelemahan mereka tapi Man berbeza. Sara tak tahu kenapa. Man datang begitu ikhlas dan Sara dapat merasakannya di hati ini.”

“Man pulak macamana? Man suka tak kawan dengan Sara?”

“Mestilah suka. Sebab Sara cantik.” Azman tergelak sengaja menyakat Sara. Nyaris sahaja dia dicubit oleh Sara namun dia cepat bangkit dan melarikan diri.

“Eiii! Geramnya... orang serius dia main-main pulak...” Sara mengejarnya Azman yang berlari-lari anak menuju ke arah Roller Coaster Cork Screw itu. Mereka ketawa sambil bergurau senda.

Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita.

Semasa keluar dari tol lebuhraya Karak menuju ke Kuala Lumpur sebuah kereta Evolution X putih bergerak betul-betul di sebelah mereka. Azman memandang kepada pemandunya dan mereka bertentang mata. Terkejut. Kereta itu terus menghimpitnya motornya namun Azman sempat mengelak, Sara terkejut dan menjerit. Dia nampak Farid di dalam keretanya. Matanya merah dan bagai dirasuk.

Image result for white evo x

Azman tak berfikir panjang lalu menurunkan gear motor lalu terus memecut memasuki MRR2 menghala ke Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sara! Pegang kuat-kuat!” Jerit Azman lantang.

Tanpa berfikir panjang Sara terus mendakap Azman.

Azman langsung hiraukan semua itu, fikirannya ialah untuk menyelamatkan Sara. Dia terus memecut dan membelok motornya ke kiri dan kanan mengelak satu demi satu kereta yang ada di lebuhraya itu. Mitsubishi Lancer Evo X itu tak jauh di belakangnya. Sara memejamkan matanya, tangannya memeluk erat pinggang Azman yang ramping itu. Hatinya berderau ketakutan. Sesekali dia membuka mata dan menoleh ke belakang.

Berdekatan Ulu Kelang di Zoo Negara Farid semakin dekat. Namun demikian Azman tak mahu mengalah, dia tahu dia boleh menyelamatkan diri di persimpangan Pandan Indah nanti kerana jalannya yang kecil pasti akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan pasti kereta Farid tak dapat melepasinya. Dia terus memulas throttle minyaknya. Jalan tak banyak kereta menaiki jejantas berdekatan Hotel Flamingo. Kereta Evo putih itu nampaknya semakin laju dan meluru terus ke arah mereka berdua.

Tetapi entah dari mana sebuah kereta Nissan Skyline biru yang keluar dari Ampang telah menghimpit kereta Farid menyebabkan dia terpaksa mengelak jauh ke tepi. Kereta itu bercermin gelap, Azman tak dapat melihat pemandunya tetapi tidak dipedulikannya. Dia hanya ingin menyelamatkan Sara. Lantas dia terus memecut.


Image result for nissan skyline blue

Kereta Skyline Biru itu pula nampaknya telah berada di hadapan kereta Evo putih itu. Ia memperlahankan keretanya seakan menghalang kereta Farid dari memotong. Farid cuba memotong di sebelah kiri mahupun kanan namun kereta biru itu juga terus menghalangnya dengan mencelah di lorongnya ke kiri dan ke kanan. Walaupun dia membunyikan hon namun kereta biru itu sedikitpun tak mengendahkannya.

Farid geram lalu menumbuk stering keretanya. Geram pada motor Yamaha 125Z kuning itu dan geram pada kereta Skyline biru yang menghalang perjalanannnya itu.

Azman dan Sara pula semakin jauh melepasi Jejantas Pandan Indah hingga hilang dari pandangannya.

Setelah semuanya selamat Skyline itu memecut menuruni lencongan Jalan Connought menuju ke Jalan Cheras. Farid pula meneruskan perjalanannya melalui Lebuhraya Kesas menuju ke Shah Alam. Azman dan Sara telah hilang entah kemana. Hatinya cukup panas dengan peristiwa itu. Dendamnya tak dapat dibalas. Dia masih teringat hari dimana mat motor kuning itu melanggarnya. Parut di kakinya masih ada.

“Nanti kau! Kau belum tahu siapa aku!” Getus Farid geram. Dia terus memandu laju.

XXXXXX

“Dah pukul 9:00 ni. Mana si Manjoe. Janji kul 8:00. Penatlah aku pakai smart malam ni. Siap pakai minyak wangi satu badan ni.” Kata Zul. Mereka semua telah berkumpul sejak tadi. Semuanya tak sabar menunggu Azman kerana mereka ingin berkenalan dengan Sara, gadis misteri yang menghadiahkan gelas Bohemian Crystal pada Azman.

“Biasalah orang bercinta.. Takkanlah ada masa untuk kita.” Sahut Eddy pula.

 “Yelah! Dahlah tu kena jumpa jauh sampai kat Ampang ni. Kata kedai mamak biasa bukannya tak boleh!” Shidee juga tak melepaskan peluang untuk bersuara.

“Weh, minggu depan lepas Zohor aku nak jemput korang semua datang rumah aku.” Lord tiba-tiba mengalih cerita.

“Aik! Tak pernah-pernah jemput ke rumah, jemput pulak ni. Apa kes?”

“Ha’ah lah. Rumah lu pun wa tak tahu kat mana? Ada apa Lord?”

“Saja. Bapak aku entah apa hal nak buat kenduri sikit dan dia jemput korang semua sekali. Dia nak berkenalan dengan lu orang semua.”

“Minggu depan Sabtu jam lepas zohor berkumpul kat sini. Lepas tu nanti aku bawak korang semua ke rumah aku.”

“Makan free! Aku okay je beb!”

Bunyi motor Azman kedengaran nyaring memasuki kawasan tempat letak kereta berdekatan Retoran Pelita Jalan Ampang itu. Semua kawan-kawannya sudah biasa dengan bunyi motor itu serentak menoleh. Dari situ mereka nampak gadis yang tinggi lampai berjaket cerah dan berseluar jeans dengan helmet berwarna kuning turun dari motosikal Azman. Helmet dengan visor gelap itu tidak memperlihatkan wajahnya.

Sara turun dari motor dengan seluruh badannya yang mengigil. Mengigil kerana kejadian tadi begitu menggetarkan hatinya.

“Maafkan Man, Sara.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab bawa laju sangat.” Kata Azman serba salah.

“Eh! taklah Sara suka, Man cekap bawak motor. Sara cuma takut kita dilanggar oleh Farid tadi. Nasib baiklah ada kereta biru tu.”

“Hah? Biar betul?”

        “Betul! Dah lama Sara tak rasa macam ni. Berderau darah! Rasa macam naik Roller Coaster Six Flags kat Amerika.

        “Laa..” Azman keliru.

“Siapalah agaknya pemandu kereta biru tukan?”

“Entahlah. Yang penting Sara dah selamat.” Sahutnya lega.

“Tu ha kawan-kawan Man dah sampai tengah sibuk pandang kita.” Sambung Azman bila sedar mereka diperhatikan oleh kawan-kawannya.

Perihal pelukan Sara yang begitu kemas dibiarkan sahaja berlalu walaupun kisah itu meruntun benaknya.

Azman turun dari motornya. Dia membantu Sara membuka helmetnya. Gelagat mereka terus diperhatikan dari jauh oleh kawan-kawannya. Bila sahaja helmet itu dibuka mereka semua terpaku dengan keayuan wajah Sara. Hidungnya yang mancung, kulitnya seperti gadis Mediteranean dengab rambut ikal mayangnya yang mengurai memukau mereka. Eddy dan Zul terlopong. Sara kelihatan menyisirkan rambutnya yang sedikit kusut dengan jari jemarinya. Azman dan Sara menyusun langkah menuju ke arah mereka yang masih terlopong. 

“Cantik giler siol!” Terpacul suara Zul tiba-tiba.

“Betullah kata Manjoe yang gadis itu memang seorang yang cun. Aku terpegun”. Sambut Eddy pula.

“Kenapa lambat sampai? Janji pukul lapan.” Tanya Lord Sejurus Azman tiba di meja.

“Tadi ada hal sikit...” Azman memberi alasan.

“Apa cerita?” Tanya Lord lagi.

        “Woit Lord! Kalau ya pun tak boleh tunggu ke Manjoe kenalkan kitorang dengan awek dia!” Sergah Eddy geram. Sara yang dari tadi tercegat di situ tersenyum.

“Ops! Sori...” Sahut Lord.

“Oh Ya, Sara kenalkan yang ni Lord...” Azman kemudiannya memperkenalkan kepada Sara, kawan-kawannya satu persatu Eddy, Shidee, Zul, Alia, Zamri serta yang lainnya. Mereka kemudiannya duduk dan memesan makanan. Mata-mata kawan-kawan lelaki Azman terus-terusan memandang Sara tanpa berkelip.

“Woit! Ni pandang macam nak makan orang ni apa kes?”

        “Sara tinggal di mana?” Tanya Shidee.

“Dekat kawasan Istana Shah Alam.”

“Wow! Sara ni keturunan kerabat diraja ke?”

“Mak Sara adalah bau-bau bacang agaknya.”

“Bau-bau ketiak kot, takpun bau-bau ken...” Eddy tak sempat menyambung kerana Alia menepis tangannya lalu menegurnya.

“Eddy! Coverlah sikit.”

“Ops.. Sori. Saya dah terbiasa...” Kata Eddy bila kembali sedar akan kesalahannya itu.

“Apa cerita tadi? Nampak macam cemas semacam jer...” Tanya Lord lagi seakan tak berpuas hati selagi tak mendapat jawapan.

“Ada kereta nak langgar kitorang kat Middle Ring Road tadi.” Jelas Azman.

“Kau biar betul. Mamat mana pulak tu.”

“Aku rasa mamat yang aku langgar kat Kerinchi Link hari tu tapi kau tanyalah Sara sendiri...”

“Well, Sara?” Lord pinta kepastian.

“Dia tu kawan Sara, nama dia Farid. Dia tak puas hati dengan Sara. Ada masalah sikit antara kami.” Terang Sara ringkas tidak mahu memanjangkan ceritanya.

“Beritahu kat Eddy apa masalahnya, meh sini Eddy belasah dia.” Lantang Eddy bersuara sambil mengepal penumbuknya tiba-tiba.

“Eh! Tak padan keding ada hati nak belasah orang.” Usik Zul pula bila melihatkan gelagat si Eddy.

“Oii! Kecik-kecik cili api ni kau tahu. Belum cuba belum tahu” Sahutnya lagi.

Mereka semua tergelak. Azman bersyukur kerana pertemuan Sara dengan kawan-kawannya berjalan lancar tanpa masalah yang tak diundang. Kawan-kawannya semua menjaga tatatusila dengan baik. Mungkin kerana mereka terkejut dengan pembawakan diri Sara atau mungkin juga kerana mereka menghormatinya. Dia memandang dari hujung meja dengan hati yang lega.

Sementara itu,

Kereta Evo putih yang dipandu Farid itu tiba di perkarangan rumah Sara, dia keluar lantas meluru menekan loceng rumah banglo yang besar itu. Tak lama kemudian  Datuk Halidi yang kebetulan ada di ruang hadapan rumah itu membuka pintu.

“Oh. Farid, ada apa hal kamu datang kemari?

“Uncle, ada satu perkara penting yang hendak saya beritahu mengenai Sara...”

Bersambung...


Pergi ke bab 9 - Tekan link ini. Bab 9 Novel Inspirasi trilogi Man Rempit.

Kembali ke bab 7 - Tekan link ini. Bab 7 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.


Jangan lupa like, share dan komen sebagai tanda sokongan kepada penulis!



Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?

Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;

1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III      - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit

Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.




SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT

Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?

Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.

Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?

Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.


BIODATA PENGARANG


AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP

Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.

Mendapat Pendidikan Awal di ;

SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;

Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )

Mengarang buku ;

Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
 ( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
 ( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
        Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21


Menyelenggara buku ;

Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.

Aktiviti lain ;

  • Menjalankan seminar pelaburan saham.
  • Menjalankan kursus motivasi.
  • Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
  • Blogger – www.faizalyusup.netwww.motivasiku.blogspot.com
  • Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
  • Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,

Hubungi  Penulis ;

Email         :       greng70@yahoo.com
Facebook   :       Faizalyusup
Blog          :       www.faizalyusup.net
No. HP       :       016 - 666 7430




Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

No comments:

Post a Comment