Followers

Thursday, October 24, 2013

Bab 6 - Novel Paling Best Pernah Dibaca - Novel Trilogi Man Rempit 1

Bab 6

Malam itu Azman, Lord dan kawan-kawannya menjadi penonton untuk perlumbaan haram yang berlangsung di Nilai. Selain perlumbaan haram motosikal, perlumbaan kereta drift juga dijalankan. Memandangkan mereka tak biasa dengan jalan-jalan di sini mereka mengambil keputusan untuk tidak menyertainya.

Ramai juga yang berkumpul baik para peminat motor mahupun kereta berbaris di kawasan sunyi di Nilai 3 ini untuk menyaksikan perlumbaan-perlumbaan yang mengambil tempat. Din Sentul salah seorang kawan Manjoe juga berada di situ bersama kawan-kawannya.

“Manjoe! Lama kita tak jumpa.”

“Yelah Din. Lu apa khabar?”

Bila kita nak race lagi?
“Aku dah tak mainlah Din. Semenjak kes adik aku dulu.”

“Aku faham. Kau dah jumpa mamat yang langgar adik kau tu?”

“Belum lagi. Kau ada nampak kereta Honda Integra Hijau tu kat mana-mana Din?”

“Budak-budak aku pun buka mata ngan telinga cari. Tapi sampai sekarang tak jumpa. Tak apalah. Dia tak kemana. Satu hari nanti aku yakin kita akan jumpa mamat tu nanti.” Din Sentul meyakinkan. Boleh dikatakan ramai mat rempit yang tahu akan kisah Johari dan sama seperti Din Sentul mereka juga masih tercari-cari kereta Honda Intergra berwarna hijau itu. Kereta yang seakan ghaib di muka bumi semenjak kejadian malam itu.

Azman mengangguk setuju.

“Suraya kat ofis apa khabar Man?” Tiba-tiba Din bertanyakan Suraya gadis genit penyambut tetamu yang pernah bercinta dengan Din satu ketika dulu.

“Sihat. Dia ada tanya kau apasal lama tak datang.”

“Ala kau faham-faham jelah. Macam-macam hal. Tak apalah nanti kalau aku free aku turun sana okay?”

“Orait!” Sahut Azman ringkas.

Turn aku nak sampai dah Man. Aku gerak dulu.”

“Okay Din. Good Luck!” Selepas bersalaman Din Sentul terus melangkah dan menghilang di celah-celah orang ramai yang ada di situ.

Selepas perlumbaan motosikal dijalankan, tiba pula giliran kereta. Pelbagai jenis kereta keluar dan menunjukkan kepakaran. Dari kereta lama yang diubahsuai hinggalah kepada kereta yang terbaru.

Kemudian tibalah giliran kereta Mitsubishi Evo X berwarna putih berlumba dengan sebuah Mazda RX8 berwarna merah. Mereka sama laju dan sama cekap memotong dan melungsurkan kereta di celah-celah kon yang tegak berdiri. Bagaimanapun Evo X itu memenangi pertandingan tersebut.

“Aku rasa aku kenal Evo tu. Kalau tak silap dia nilah mamat yang aku langgar kat Kg Kerinchi hari tu. Mamat yang dok kacau Sara.” Kata Azman menapis kata-katanya kerana janjinya pada Sara untuk tidak memberitahu sesiapapun akan kejadian yang menimpa dirinya tempohari. Hakikatnya hati Azman geram.

“Lu yakin ke ni Manjoe?”

“Aku rasalah. Stiker kereta dia semua sama. Apa kata kita ikut dia balik nanti?”

“Orait!”

Setelah semuanya selesai, Azman dan kawan-kawannya mengikut kereta putih itu. Bagaimanapun pemandu kereta itu menyedari di diekori lantas dia memecut laju memasuki jalan belakang yang gelap dari Nilai menuju ke kawasan rumah-rumah Banglo di Bukit Mahkota. Mereka cuba mengekorinya namun demikian di satu persimpangan kereta itu tiba-tiba sahaja ghaib, hilang dari pandangan mereka.

“Kau nampak tak dia pergi mana? Tanya Azman kepada Lord sejurus mereka berhenti di tepi jalan.”

“Entah, buat magik pulak mamat ni. Mentang-mentanglah ini tempat dia. Tapi kenapa dia nak lari pulak? Macam bersalah je.”

“Tak tahulah. Tak kesahlah. Tak ada rezeki. Jomlah balik. Dah lewat ni.” Saran Azman.

XXXXXX

Seperti yang dijanjikan Azman sampai di Amcorp Mall jam 12:30 tengahari untuk bertemu dengan kawan-kawan Sara. Pada saat itu kelibat Sara masih lagi belum kelihatan. Sambil menunggu Azman mengambil keputusan untuk merayau sekitar kompleks membeli belah itu kerana di hujung minggu ada gerai-gerai yang dikenali sebagai “flea market” dibuka. Pelbagai jualan barangan baru dan lama, koleksi mainan, album lagu, barangan antik, buku dan sebagainya ada dijual. Lagipun dia yakin janji melayu kalau dikatakan jam 12:30 maknanya ia akan berlangsung jam 1:00 iaitu 30 minit lebih lewat. Dia pun tak faham kenapa kebanyakan melayu begitu. Namun demikian pesanan ibunya supaya menepati janji sentiasa dipegangnya. Kalau tak ada aral yang melintang pasti dia akan sampai lebih awal atau tepat pada waktunya.

Sewaktu melalui kedai Hearts and Soul di tingkat bawah kompleks itu Azman ternampak deretan rantai kunci yang cantik dan tersusun rapi. Rantai Kunci itu ada yang mempunyai nama dan ada juga yang mengikut zodiak kelahiran. Dia mencari. Rantai kunci yang tertera nama Sara diambilnya. Sara – Suci, berterus terang dan penyayang tertulis dibelakangnya.  Harganya cuma RM5.00 lalu dikeluarkan duit dari poketnya dan terus membayarnya di kaunter.

Rantai kunci itu dimasukkan ke dalam poketnya kemas. Azman terus sahaja menuju ke kawasan lobby depan lokasi yang dijanjikan. Tak lama kemudian Sara dengan dua orang kawannya muncul dari kawasan tempat letak kereta di hadapannya.

        “Man! Dah lama sampai?”

        “Tak juga. Sempatlah pusing-pusing. Ni saya sempatkan belikan Sara rantai kunci. Ada nama Sara di atasnya.”

        “Oh! Cantiknya. Terima kasih ya.”

        “Sama-sama.”

“Anyway, ni Sara kenalkan Nadia dan yang ni Nisha.” Kata Sara sambil memasukkan rantai kunci itu ke dalam tas tangannya.

        Mereka tersenyum seraya menghulurkan tangan bersalaman. Pakaian kedua mereka ala-ala orang Barat yang memakai jeans sendat dengan mini t-shirt berjenama MNG dan DKNY. Seakan berjanji. Sara pula kelihatan sopan dengan gown labuh merah jambu yang cantik. Mereka terus sahaja ke tingkat satu menuju ke restoran Sri Melaka. 

“You pakai kereta apa Azman?” Terus sahaja Nadia bertanya semasa duduk sementara menanti kehadiran pelayan di restoran tersebut.

“Saya tak ada kereta, pakai motor je.”

“You kerja kat mana?”

“Subang Jaya.”

“As what?”

“Apa maksud awak?”

“Kerja sebagai apa?”

“Owh. Kerja biasa je.”

“Tinggal kat mana?”

“Kampung Kerinchi.”

“Ish, korang ni tanya mengalahkan polis pulak. Dah lah tu.. kita order makanan dulu...” Sara memotong persoalan-persoalan kawan-kawannya itu. Dia tak mahu Azman terasa.

“Okay, you all nak makan apa?”

“Up to you Sara. Yang penting you belanja.”

“Man?”

“Ikut suka Saralah.”

“Sure Man dah laparkan.”

“Okay, kita order nasi putih, buttered prawn, seafood tomyam, asparagus and omelette. Okay tak?”

“Okay.”

“Minum?”

“Nisha nak Fresh Orange,”

“Blended Mocha for me, Nadia bersuara.”

“Man?”

“Err.. Coca Colalah..”

“Sini tak ada Coca Colalah Man..”

“Owh.. Jus oren pun bolehlah.”

“Boleh saya ke tandas kejap?”

“Oh! Silakan. Tahu tak kat mana tandasnya?”

“Tahu rasanya.”

Azman bangun untuk ke tandas. Baru beberapa langkah di sebalik tirai restoran itu dia berpatah balik. Hand phonenya tertinggal di atas meja. Sebelum sempat kembali ke meja, disebalik tirai itu dia terdengar...

“Sara, you biar betul. Takkan lah you minat mamat macam ni? Tak hensem langsung. Kereta tak ada. Tinggal kat tempat yang tak ada kelas. English pun tak tahu cakap. Tengok tu handphone dia pun buruk. Model lama. Entah-entah tak ada pelajaran kot. You deserved betterlah Sara!”

“Betul kata Nadia tu. Farid malah Azlan tu lagi padan dengan you. You, sekali petik sejuta marilah Sara! Ni budak mana you angkut ni? Pisau cukur kot. Kalau I tak adalah. Tak sanggup.”

“Bagi keychain jer sebagai hadiah pada you? Sengkek betullah!”

Sara terdiam seketika.

“Tapi dia seorang yang baik. Dia yang membantu Sara dulu. Takkan korang tak ingat Accidental Hero?”

“Ahh! Entah-entah dia ada udang di sebalik batu! I think you better dump himlah.. I tak kesah kalau muka dia macam Anuar Zain ke, Orlando Bloom ke, Brad Pitt ke. Tak lah malu kalau dia lepak dengan kita. Tengok tadi orang keliling dok pandang je...”

“Kalau korang cakap begitu biar I fikirkan dulu.” Jawab Sara dalam nada yang perlahan.

“Nak fikir apa lagi. He is a liability to you. Humban je. Cari yang lain. Tak boleh cari I boleh carikan untuk you. Buang masa je! Lagi lama lagi rugi masa you. Baik selesaikan sekarang daripada ambil masa lama-lama.”

“Okay. Okay. Korang menang. I’ll do it nanti. When the time comes.”

Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka bertiga didengari Azman dengan jelas di sebalik tirai yang membahagikan kawasan di dalam restoran tersebut. Hatinya terguris lantas dia terus melangkah keluar dari restoran itu tanpa meninggalkan sebarang pesan. Sekarang semuanya telah jelas baginya. Sara bukanlah seorang gadis yang boleh dipercayainya. Sara seorang yang hipokrit. Begitu juga dengan kawan-kawannya. Azman seakan sudah tahu yang lambat laun dia terpaksa juga menghadapi keadaan yang sedemikian rupa.

Nampaknya segalanya berakhir di sini. Lafaz Azman perlahan sambil menuruni eskelator ke tingkat bawah untuk keluar dari kompleks membeli belah yang tersergam itu. Buat masa ini dia hanya mahu kembali ke rumah dan berehat sambil berfikir mengenai kejadian tadi. Sara mahu dilupakannya. Handphonenya yang tertinggal itu dibiarkan sahaja. Padanya, tatkala ini maruahnya lebih penting.

Sementara itu...

“Mana pulak Azman ni pergi? Takkanlah lama sangat ke tandas?” Soal Sara

“Dia sesat kot?” Jawab Nisha pula.

“Pedulikanlah. Dia belah kan lagi bagus. Tak payah you susah-susah.”

So far tak pernah pulak dia buat begini. Hilang begitu je...”

“Dia kecik hati kot..”

“Takkanlah orang macam dia tu kecik hati pulak. Tak macholah...”

“Tak apalah you all proceed. Sara nak pergi cari dia.” Sara mencapai hand bagnya serta handphone Azman yang terletak di atas meja itu lantas terus meninggalkan mereka berdua terpinga-pinga.

Sara mencari Azman di kawasan tandas, tiada. Dia terus mengorak langkah menuju ke bawah. Semasa dia sampai di depan kompleks Jaya One itu dia nampak sebuah teksi yang membawa Azman di dalamnya. Dia tahu teksi itu menuju ke Amcorp Mall kerana di situlah motorsikalnya diletakkan. Tanpa berlengah dia terus mendapatkan keretanya untuk mengejar Azman.

Sepanjang perjalanan dia yakin yang Azman telah mendengar perbualan dengan kawan-kawannya lantas menyebabkan dia berkecil hati dan meninggalkan tempat itu. Dia terus menuju ke tempat letak motorsikal bersebelahan Yayasan Selangor. Azman sedang kelihatan sedang memakai topi keledar. Sara terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

“Man!” Azman menoleh.

Sara... Apa dia buat kat sini. Bisik hatinya.

Sara mendekati Azman. Dia diam. Azman tercegat. Helmet telah siap dipakainya. Hatinya rasa seakan mahu sahaja dia meninggalkan Sara di situ.

“Cakaplah. Saya faham dan dah bersedia. Sayapun tak padan untuk awak dan saya tahu tempat saya. Lagipun saya tak mengharap apa-apa. Saya tahu lambat laun ini yang akan terjadi.”

“Apa Man cakap ni?”

Saya dengar semuanya tadi. Daripada Sara tunggu lebih lama baik Sara selesaikan hari ini, masa ni, di sini. Janganlah permainkan saya.

“MasyaAllah. Man dah salah sangka ni. Sara nak minta maaf, sebenarnya Sara tak tahu nak kata apa. Sara tahu Sara silap kerana mengikut kata mereka. Sara sepatutnya mempertahankan Man. Sara serba salah. Mungkin Sara takut kehilangan kawan. Maafkan Sara Man... Maafkan Sara... It’s my fault. Sara sayangkan perhubungan ini, Sara tak terlintas langsung untuk menghakhirinya Man. Not for now, not for a long time to come.” Ujarnya perlahan. Suaranya mula serak-serak basah. Manik-manik airmata mula keguguran.

Azman seakan tak peduli kata-kata Sara itu. Dia menaiki motornya. Tak semena-mena Sara menarik lengannya. Sentuhan itu menyebabkan Azman kaget. Saat itu Azman merasakan seakan halilintar menembak tepat mengenainya. Dia jadi kaku, lemah dan layu. Azman cair lalu mengalah. Entah mengapa melalui sentuhan itu dia dapat merasakan keikhlasan gadis.

Image result for red volkswagen beetle by the sea

Selepas memulangkan hand phone Azman, tanpa memberitahu Sara membawa Azman ke sebuah dermaga di Pulau Indah. Sara memandu kereta Volkswagonnya meluncur laju. Daun-daun kering kekuningan di sepanjang jalan berterbangan di tiup angin. Beberapa kapal layar, bot dan sampan pelbagai saiz kelihatan di tepi dermaga tersebut. Ombak laut berdesir tenang.

Image result for a couple sitting on the bench by the sea

        Azman duduk di sebuah bangku kosong yang menghadap laut. Sara mengikutinya. Angin laut yang menerpa menampakkan bintik-bintik kemerahan pada wajahnya yang ayu. Rambut panjang ikal mayangnya itu beralun mengurai mengiringi arah desiran angin.

“Sara minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana kejadian tadi. Terus terang Sara tak bermaksud untuk menyinggung hati Man... Sara sebenarnya serba salah tak tahu apa nak jawab depan diorang.”

XXXXXX

Kurang ajar tu kengkawan dia. Macamlah tak ada masa lain nak cakap. Dan-dan tu juga usha. Perempuanlah katakan.. Mana boleh tutup mulut.

Wa ingat dah habislah. Tetengok Sara kejar aku sampai Amcorp Mall. Pujuk aku balik. Memula aku buat macholah tapi...

Tapi apa? Tanya Zul. Semua mata memandang kepada Azman menantikan luahan kata-kata yang seterusnya.

“Tapi... bila dia tarik tangan aku. Aku terus cair. Menggeletar siyot! Lembut tu tangan dia, jari pulak tu halus-halus... Pergh! Tak boleh tahan...”

Mereka semua ketawakan keletah si Azman.

“Jatuh cinta lagi.. lagi-lagi ku jatuh cinta.. harus bagaimana... ingin ku memikirkannya...” Eddy menyanyi menyakat Azman yang masih tersengih macam kerang busuk. Mungkin dia masih tak dapat melupakan sentuhan ajaib gadis bernama Sara Yasmin itu yang menyebabkan dia terpana hingga kini.

“Lawaklah lu ni mamat.”

“Ayu cuba kau pegang tangan aku ni..” Kata Shidee. Ayu menurut. Shidee terus menggeletar seakan seorang yang terkena kejutan elektrik dan berpura-pura pengsan.

Mereka semua gelak lagi. Azman turut serta ketawa melihat telatah dan perangai kawan-kawannya itu.

“Okay! Okay! Kalau lu nak tahu, Mat Saleh panggil tu peer preasure.”

“Lu ni tahu je kan Lord? Mana lu belajar semua ni? Kekadang wa rasa lu ni macam janggal je berkawan dengan kitorang. Tak kesahlah. Apa maksudnya?”

“Biasalah gua Bro! Professor Serba Tahu. Maksud dia tekanan dari kawanlah lebih kurang. Contohnya begini. Lu geng ngan bebudak rempit pastu lu bawak awek anak orang kaya datang pakai baju kurung tak macam minah dua ekor ni.”

“Woi! Mulut tak ada insurans ke? Apa kena mengena dengan kitorang pulak!” Sergah Ayu yang berwatakan tomboy itu.

Lord hanya tergelak.

“Lepas tu lu nak tunjuk macho sebab tak malu dengan kengkawan lu katalah tak kawan dengan dia sebab dia lain kulit. Faham tak?”

“Ooo... Lu ni kalau ye pun carilah contoh lain. Baru la ni pokcik faham Patutlah dia kata nak putuskan hubungan hari tu. Dia nak “cover line” dengan kawan-kawan dia rupanya. Faham-faham. Peer preasure!”

“So bila nak kenalkan dengan kitorang? Biar kitorang peer preasurekan kau pulak. Takpun lu kenalkanlah dengan kawan-kawan dia. Baru best kitorang menyakat diorang.” Ujar Shidee.

“Tak payahlah kenalkan dengan korang. Bikin naya je nanti.”

“Janganlah gitu Man, kitorang janji akan menjaga tatatusila.”

“Alah, korang bukan tak ingat Lord bawak awek Cina tu dulu. Amoi tu dah lah pakai skirt, ada ke si Eddy masuk bawah meja mengendap. Gila ke apa. Terus amoi tu tak datang lagi. Serik dia. Lord pun dah clash dengan amoi tu.”

Mereka semua ketawa. Lord sempat menolak Eddy yang buat muka selamba seperti dia tak bersalah. 

“Weh! Bila kau nak mengatakan cinta kat minah tu? Tanya Ayu pula bila hilai tawa itu reda.

“Ishh! Ke situ pulak Ayu ni. Azman tersipu.

“Alah! Ayu tahu Man sure tak berani punya.

“Manjoe! Baik dia kata dia cinta kat motor dari dia kata dia cinta kat awek tu. Kau bukan tak tahu macamana dia punya sayang kat motor kuning dia tu. Kalau boleh tidur malam pun dia nak peluk motor dia tu...” Sambung si Alia.

Ketawa lagi.

“Bila korang nak jumpa lagi?”

“Tak tahulah. Dia kata calling-calling nanti.”

“Wah! Dah pandai cakap omputeh dah kawan kita ni.” Usik Zul lagi.

XXXXXX

Image result for love

Sayang? Macamana perasaan sayang tu agaknya? Macamana nak luahkan perasaan sayang? Aku ni makwe pun tak pernah ada. Kalau adapun makwe kecewa kat sebelah rumah tu. Rozita. Itupun lain macam je minah tu. Nak cakap sayang kat mak aku pun tak pernah. Ni nak cakap sayang pada Sara? Oh tidak!!! Azman mengelamun di atas katilnya sambil membelek majalah motosikal lama yang berada di biliknya itu.

Bak kata orang cinta itu buta. Itu aku percaya. Sebab ni dah masuk sebulan tapi Sara masih menghubungi aku dan perhubungan ini masih dapat bertahan. Orang cakap kalau bercinta, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Setakat ni semua tu tak ada lagi. Biasa je. Makan tak pernah cukup, mandi kuyup, tidur tak ada hal.

Hem. Bukan cintalah tu. Kawan je kot tapi yang pasti wajah Sara selalu aje terbayang dalam kepala ni. Lawa giler minah tu. Azman mengelamun hingga dia terlelap di atas katil bujangnya malam itu.

Bersambung...


Pergi ke bab 7 - Tekan link ini. Bab 7 Novel Inspirasi trilogi Man Rempit.

Kembali ke bab 5 - Tekan link ini. Bab 5 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.



Jangan lupa like, share dan komen sebagai tanda sokongan kepada penulis!



Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?

Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;

1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III      - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit

Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.




SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT

Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?

Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.

Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?

Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.


BIODATA PENGARANG


AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP

Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.

Mendapat Pendidikan Awal di ;

SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;

Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )

Mengarang buku ;

Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
 ( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
 ( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
        Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21


Menyelenggara buku ;

Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.

Aktiviti lain ;

  • Menjalankan seminar pelaburan saham.
  • Menjalankan kursus motivasi.
  • Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
  • Blogger – www.faizalyusup.netwww.motivasiku.blogspot.com
  • Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
  • Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,

Hubungi  Penulis ;

Email         :       greng70@yahoo.com
Facebook   :       Faizalyusup
Blog          :       www.faizalyusup.net
No. HP       :       016 - 666 7430




Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment