Followers

Saturday, January 19, 2019

EPISOD 44 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 44 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Sejak tahun 2010 FY telah mula menulis buku dan buku pertama FY berjudul Keluar Dari Tempurung yang berkisar tentang pembentukan sikap.

Sehingga kini FY telah menulis 11 buah buku motivasi umum serta novel yang telah diterbit sejak tahun 2010 dahulu. 3 buah ebook saham juga pernah FY terbitkan. 2 buah buku FY juga pernah memenangi dana anugerah penulis pada tahun 2012 dahulu.

Biarpun FY berprofesion sebagai seorang remisier dan menyampaikan banyak ilmu pelaburan saham di Bursa Malaysia tapi dalam diri FY tetap suka menulis dan menyampaikan pengisian umum untuk kebaikan ummah.

Baru-baru ini melihatkan perangai dan kelakuan anak-anak FY generasi kini yang banyak membuang masa yang tak berfaedah tanpa hala tuju yang jitu maka FY mengambil keputusan untuk kembali menulis dan menyampaikan pengisian yang mungkin boleh membawa kefahaman dan perubahan.

InshaAllah FY percaya ia juga boleh dijadikan pengisian untuk anda amnya dan anak-anak remaja anda khususnya.


Image result for berubah sebelum rebahImage result for anda yang baru




Saranan FY, suruh anak remaja anda membacanya atau print setiap satu artikel dari satu bag ke satu bab yang lain dan berikan kepada mereka. InshaAllah ia akan membawa kebaikan kepada mereka.

Jangan risau ia percuma dan InshaAllah FY akan jadikan ia ebook atau buku bila ia siap kelak.

Hidup ini pendek dan bersifat sementara. Alang alang hidup sekali jadikanlah ia luar biasa!

Ikhlas,
FY Al Haj

PS - Jangan lupa like dan share kalau anda mendapat manfaat darinya...