Followers

Wednesday, February 22, 2017

EPISOD 37 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 37 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Kisah bercakap dengan Jin.

Tak ingat tahun bila.

Pada suatu hari FY pergi bawa ibu berubat dengan ustaz Sarhan ustaz yang juga dikenali sebagai pusat jin di USJ, Subang Jaya.

FY pun pergilah naik ke dalam pejabat tingkat dua rumah kedai tersebut. Di situ terdapat ramai orang yang datang berubat, mereka yang terkena gangguan jin atau makhluk halus datang berubat di sini.

Semasa ustaz mengubatkan para pesakit yang ada di situ, ada yang menjerit jerit kesakitan, marah dengan suara yang garau dan sebagainya. FY pun sebagai seorang yang kononnya lelaki yang macho pergilah mengendap nak tengok apa yang terjadi. Pada ketika itu FY confident jer macam tak ada apa-apa yang akan berlaku pada FY.

Balik rumah macam biasa tapi sejak malam tu FY mula mimpi yang bukan-bukan, mimpi yang ngeri dan menakutkan...

Mimpi kena kejar dengan anjing hitam, mimpi ada gangster datang nak bunuh FY, mimpi hantu pontianak bermata merah dengan rambut mengerbang dan macam-macam lagi. Nak tidur pun susah, setiap malam nak terlelap je pasti ada gangguan. 

Bila keluar tak boleh pergi ke tempat yang ada aircond kalau aircond sejuknya sampai ke tulang belulang. Mandi air sejuk pun sama. Adoiyai...

Nampak kelibat lembaga hitam berkeliaran di dalam rumah sana sini. Dah seminggu berlalu masih sama.

Adoiyai. Wakenabeb ni... Ada jin ikut balik dan menyinggah agaknya.

FY mengambil tindakan untuk mengatasinya...

Pertama FY pernah dengar yang makhluk halus ini dia takutkan sunnah Rasullullah. FY pernah terbaca kisah duit seluruh orang kampung kena curi dek toyol kecuali seorang. Yang tak kena curi tu sebab dia ikut Sunnah Nabi SAW simpan duit dalam uncang. 

Jadi mulai saat itu FY pakai baju putih, jubah putih, paku kopiah kat kepala, solat jemaah, solat awal waktu, mengaji, berzikir sepanjang masa dan lain-lain lagi ikut sunnah Nabi SAW.

Kemudian FY menjaga kebersihan setiap masa dan kalau berpeluh walau sedikitpun FY akan mandi dan bersihkan diri.

Badan jadi panas, gangguan masih ada tapi FY teruskan usaha ini semakin kerap sepanjang masa.

FY tahu yang gangguan ini bertujuan untuk menjauhkan FY dengan Allah dan sebaliknya sekiranya gangguan ini mendekatkan dan merapatkan lagi FY dengan Allah maka FY yakin ia akan pergi meninggalkan FY... 

Secara logiknya apa gunanya ia ganggu FY kalau FY semakin dekat dengan Allah Taala. Ye tak? Lagipun ia juga makhluk Allah... Lagipun FY makhluk manusia yang lebih mulia, lebih tinggi darjatnya... Lagipun FY hanya takutkan Allah dan bukan makhluk lain yang tak boleh beri manfaat mahupun mudarat tanpa izin Allah...

Maka benarlah selepas 3 minggu tanpa FY sedari semuanya kembali menjadi normal... Alhamdulillah...

Semua mimpi, kelibat dan sejuk sampai ke tulang sum-sum itu berakhir...

Tulah FY, lain kali jangan nak berlagak lagi...

FY...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

EPISOD 36 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 36 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod berkawan biar ramai...
Berkasih biar satu...

Sepanjang kehidupan kita jumpa dengan ramai orang kawan mahu lawan atau tetapi sebaiknya pada FY buat baik sudah kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.

Dulu masa belajar di sekolah rendah FY seorang kawan namanya Zainal. Alah kawan yang FY pinjam motor masa pergi temuduga di MARA dulu...

35 tahun berlalu sekarang beliau seorang manager bank. Maka senanglah sikit urusan pembankan FY tu...

Dulu masa sekolah menengah FY ada kawan namanya Hishamudin Ahmad... FY panggil dia Zico sebab dia memang handal mengentel bolasepak.

30 tahun berlalu sekarang dia dah buka homestay di Alai, Melaka. Nama Homestaynya D'Alai juga. tadi senanglah kalau FY nak bercuti di Melaka. Calling calling jer...

Dulu masa FY di ITM FY ada kawan namanya Zulkefli Ismail. Kawan yang bila jumpa Sara Jasmin dia kelu lidah tu... Abangnya doktor, doktor Rafee Ismail namanya... Ibu mereka ibu angkat FY...

25 tahun berlalu, la ni Dr. Rafee ini dah jadi macam family doctor FY. Kalau ada apa-apa hal mengenai penyakit dan sebagainya. Calling-calling jer... Takpun FY boleh call kawan doktor yang lain contohnya Dr Azam MN dan Dr Norida.

Dulu semasa belajar di USA FY ada kawan satu bilik yang bernama Isham bin Ishak. Kami belajar di Fakulti yang sama.

20 tahun berlalu sekarang beliau bukan lagi Isham Ishak tetapi beliau adalah Datuk Isham Ishak yang merupakan salah seorang orang besar di MITI. Jadi senanglah nak suruh dia belanja makan... hawhawhaw...

Dulu semasa di Kenanga FY ada seorang kawan namanya Anis Zuhairi. Kami sama-sama Dealer's Representative pada ketika itu.

15 tanun berlalu, sekarang dia bermastautin di UK. jadi senanglah nanti kalau FY nak ke UK.

Sebenarnya FY ada ramai kawan di sana dan di sini... Kawan Insuran ada, kawan Unit trust ada,  kawan cikgu ada, kawan engineer ada, kawan lawyer ada, kawan business ada, kawan mekanik ada, kawan tonto tarik kereta ada, kawan gangster pun ada... Alamakk... Macam-macam kawan ada...

Seorang lagi kawan baik FY di sekolah menengah tu namanya Yim Heng Fatt. Mamat ni pulak kaki lari... dok berlari je kerjanya. Boleh kata semua tournament marathon dan ultra disertainya... Kekadang anda boleh nampak dia dalam suratkhabar berlari sambil pakai kain pelikat. 

Jadi kehadiran mereka-mereka ini banyak memudahkan kehidupan FY untuk melakukan itu ini...

Sebenarnya moral dalam episod ini mudah sahaja... Kita buat baik sahaja dengan sesiapa juga yang kita jumpa, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia tak siapa tahu. Satu hari nanti mereka mungkin boleh membantu kita... Atau mungkin kita boleh membantu mereka.

FY

PS - Ramai jugak kawan FY yang dah dapat Dato', FY kena tunggu dapat cuculah baru dapat gelaran Datuk agaknya... Jadilah... Hawhawhaw...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

EPISOD 35 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 35 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

FY rasa kisah anak Pak Gad ini sudah nak sampai ke penghujungnya... FY pun dah tak ada idea nak tulis apa lagi... Hawhawhaw... Yelah ada cerita yang boleh diceritakan tapi ada juga yang tak boleh diceritakan...

Kang sambung kisah cinta, ada pulak yang kecil hati... Kang cerita pasal orang lain... buat dosa kering pulak... Takperlah mungkin minggu depan merupakan minggu terakhir kisah anak Pak Gad ini. Semoga sedikit sebanyak ia membawa manfaat kepada anda andai kisah ini dijodohkan Allah kepada anda sepanjang ia bersiaran...

1985
Tingkatan 3 - Hujung tahun.
Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad.

Satu hari sebelum cuti sekolah alhir tahun adalah satu ceramah ugama di sekolah Sultan Abdul Samad itu, jadi FY pun pergilah nak dengar apa pengisian ustaz yang dijemput khas pada hari itu.

FY tak ingat ustaz itu datang dari mana FY pun tak ingat siapa namanya tapi cerita dia hari itu ialah pasal hari kiamat. Dia kata hari keramat menurut kiraannya akan berlaku tahun depan iaitu pada tahun 1986! Alamakkk!

Maka diceritakanlah mengenai berbagai sebab musabab dan pengisian mengapa dia berkata demikian. Menurutnya manusia pada ketika itu telah banyak melakukan kerosakan dan kemusnahan, banyak petanda kiamat dah kelihatan, perempuan jadi lelaki, lelaki jadi perempuan, nisbah perempuan makin ramai, akan berlakunya perang dunia ketiga dan banyak lagi pengisian-pengisian lain yang menjurus kepada hari kiamat itu. Katanya menurut kajian ahli astronomi, Komet Haley akan jatuh ke Bumi tahun depan lantas menjadi punca bermulanya Hari Kiamat!

Umur anak Pak Gad bernama FY tu 15 tahun pada masa tu. Punyalah percaya kata Ustaz tersebut dan balik-balik terus ketakutan yang amat sangat. Tiba-tiba dunia yang terang benderang pun yang penuh warna warni ini menjadi mendung menjadi gelap gelita menjadi hitam putih...

FY takut mati, takut hari kiamat, takut masuk neraka, takut itu dan takut ini akhirnya selama cuti sekolah itu FY duduk memerap dan memencilkan diri di dalam bilik... Hidup dalam kegelapan dan ketakutan yang teramat sangat.

Jadi FY banyaklah menghabiskan masa berzikir dan beribadah, cukup waktu terus menunaikan solat tanpa berlengah lagi... Tidur tak lena, makan tak kenyang, malam malam mimpi hari kiamat, dan terjaga secara tiba-tiba dini hari dalam ketakutan bersama peluh jantan yang berjurai... Adoiyaiii...

Agaknya ibu FY perasan perubahan yang mendadak yang terjadi kepada anaknya ini. Yelah mana taknya kalau ikut teori mosaic tiba-tiba je FY solat awal waktu, pergi surau, jadi baik kenapa lak tuuu...

Lebih kurang 2 bulan berlalu dengan keadaan yang begitu... FY pun tak keluar pergi mana-mana. Asyik memerap kat rumah. Ada kemendungan pada penglihatan.

Tahu apa dia buat?

Dia bagi duit beberapa ringgit dan suruh FY pergi ke bandar Kuala Lumpur dan dia suruh FY tengok orang lain.

FY dengan berat hati akur. Naik bas Sri Jaya. Dari Kampung Awal menapak ke Kampung Kerinchi ambik bas ke KL. Sambil tu pandangan memerhatikan keliling...

Perhati, perhati dan terus perhati. Sampai Bas Stand Kelang jalan kaki dari situ lalu Central Market, Lebuh Ampang ke ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perhati dan terus perhati. Kenapa ibu FY suruh tengok gelagat orang yer?

FY meneruskan perjalanan longlai menuju ke Pertama Kompleks dan  seterusnya ke Batu Road Supermarket dan Hankyu Jaya. Berjalan di belakang Hankyu Jaya ada Lorong Haji Taib... FY nak sambung jalan ke Yaohan... Hurm... orang lama pasti kenal Lorong Haji Taib tu. Perhati lagi.

Hurmmm... Akhirnya FY faham! Kalau berlaku hari kiamat semua orang akan mati. Jadi dari pemerhatian mata kasar FY lagi ramai yang nampaknya lagi buruk pelakuannya dari FY. Lagi banyak maksiat yang dilakukan dibandingkan budak remaja umur 15 tahun ini...

Jadi, secara tak langsung ia menyembuhkan FY dari dibelenggu ketakutan hari Kiamat... Pandai ibu FY tu... Dia faham akan keadaan anaknya itu.

Lepas dari itu sepanjang hidup FY ada jugak dua tiga kali lagi si Ustaz lain pula menceritakan perihal bila kiamat akan berlaku tapi FY dah okay... Redha ajalah... Ia akan lambat laun berlaku juga... Apapun ia salah satu rahsia Allah Taala.

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

EPISOD 34 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 34 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Dulu masa kecik-kecik di sekolah rendah FY adalah beberapa orang kawan kawan yang mana bapa mereka merupakan orang-orang yang senang. FY pula anak Pak Gad.

Jadi di sini bermulalah peer pressure di antara kawan-kawan. persaingan demi persaingan hinggalah membawa ke zaman dewasa.

Zaman Nintendo, mereka punya game boy dan permainan Nintendo, FY tengok ajer. Padahal game tu hanya menggerakkan monyet untuk tangkap pisang jer... Hawhawhaw...

Zaman basikal BMX, mereka punya BMX yang canggih, ringan, warna chrome,  FY dapat juga beli BMX second hand di hujung-hujung zaman tu...

Zaman motosikal, mereka punya motosikal RXZ atau Kawasaki KIPs yang baru, FY ada motor jugak! Motor kapcai lampu bulat.

Zaman kereta, mereka punya kereta proton Wira baru, FY masih punya motor kapcai lampu bulat lagi.

Kekadang nampak kawan-kawan bawak kereta remote control, kapalterbang remote control, basikal 2 seat, kamera, handphone canggih, barang branded dan sebagainya FY tengok jer. 

Nak minta kat ibubapa FY pun tak sampai hati sebab tahu mereka susah. Kekadang terus terang terkilan jugak tengok diorang senang-senang je dapat benda yang diorang nak. Untung betul lahir dalam keluarga yang berada.

Tapi walaupun kalah dalam aspek materialistik FY selalu sahaja boleh menang kat tempat lain. Bab belajar FY selalunya lebih baik. Bab merempit walaupun mereka punya motor yang canggih tapi mereka akan suruh FY pandu bila masa berlumba. Bab main game, bola, boling dan bab mengurat awek, bagi pada FY! Hawhawhaw...

Apa sebenarnya kisah FY kali ni yer? Kisahnya ialah bila dah besar dan mampu apa lagi! Semua benda yang tak dapat dulu tu semua FY beli! Konon nak beli untuk anak tapi sebenarnya bapak dia yang nak balas dendam... Hawhawhaw...

Apapun alasannya ialah FY taknaklah anak-anak FY rasa yang FY rasa tu... (Jangan tiru macam FY! FY hanya merosakkan anak-anak jer!)

Tapi apa jadi kesudahannya? Bapa kaya tak semestinya anaknya akan kaya juga atau lebih kaya. Bapa miskin tak semestinya anaknya miskin jugak. Sebenarnya semua variasi ada. Bapa kaya anak lagi kaya pun ada, bapa miskin anak lebih miskin pun ada.

Yang penting ialah diri kita sendiri untuk sedar dan bawa perubahan. Takkanlah sejak berpuluh tahun dulu susah sampai sekarang pun susah? Banyak masa berlalu yang boleh kita gunakan untuk bawa perubahan. Ye tak?

Pada FY kalau kita dilahirkan susah, keadaan ini boleh dijadikan motivasi untuk kita bangkit. Kalau FY lahir dalam keluarga senang lain jadinya agaknya. 

Tak kesahlah! Apa yang penting ialah memastikan kalau umur panjang, hari esok lagi baik dari hari ini.

FY

PS - Siang tadi FY beli basikal 3 seats pulak! Sebagai hadiah kepada anak FY yang dapat UPKK 8A semalam.

PSS - Pelik pulak nampak FY yang dah tua lagi boroi ni naik basikal BMX nak buat wheelie dan Wikang... Hawhawhaw...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

EPISOD 33 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 33 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

1997
Anak pertama FY Nurul Aina dilahirkan di Universiti Hospital, Kuala Lumpur. Cahaya mata pertama itu didapati menghidap penyakit jantung berlubang. Hidup masih susah. Tahun pertama perkahwinan. Superbike dah jual buat belanja kahwin... Hawhawhaw... Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Naik motor kapcai C70 dari rumah sewa di Shah Alam ke pejabat di Kuala Lumpur. Isteri 1.

1999
Anak kedua Nur Nadia dilahirkan, hidup masih susah, market jatuh lepas Asean Financial Crisis 1997-1998. Motor kapcai C70 kena curi tapi dapat beli motor Suzuki RG110. Dah dapat beli rumah apartmen di Pandan Indah. Start buat kelas tuisyen di rumah. Isteri 1.

2002
Anak ketiga Ammar Faris dilahirkan. Dah dapat beli kereta Proton Wira. Senanglah sikit nak balik kampung. Dapat beli rumah teres di Nilai. Buat business part time publish buku dengan Busu Halim. Isteri masih lagi 1.

2005 
Anak keempat dilahirkan Nur Danisha. Keadaan lagi baik dan dah dapat beli kereta Mazda walaupun isteri sudah mengambil VSS dan berhenti kerja. Kemudian dapat menunaikan umrah buat kali yang pertama. Isteri masih yang sama 1 orang.

2008
Anak kelima Nurul Huda dilahirkan. Dia juga disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Market jatuh merudum lagi sebab isu Sub Prime. Kereta Mazda terpaksa dijual. Pakai Myvi tapi anak dah ada 5 orang. Adoiyai... Isteri? 1 jugak!

2010
Isteri keguguran anak keenam setelah 11 minggu dalam kandungan. Sob... Sob... Masih bertahan, kedudukan kewangan ala kadar sahaja. Business lain semua dah berhenti. Fokus kepada remisiering dan mula menjalankan seminar saham kecil kecilan. Masih 1 isteri yang sama.

2013
Anak ketujuh Dini Zarra dilahirkan di SJMC, bawa baby balik dalam kereta Toyota Vellfire ke rumah yang lebih selesa. Setelah 7 orang anak (satu simpan) bersama seorang isteri rezeki Alhamdulillah... Setakat inilah. Besok lusa tak siapa tahu.

Itu kronologi dalam aspek anak-anak dan isteri dalam episod kali ini.

Apa yang boleh disimpulkan? Pada FY maka benarlah lagi ramai anak maka lagi banyaklah rezeki yang akan datang bersamanya dan bukan sebaliknya sepertimana yang dipercayai sesetengah pihak. Takut ramai anak kerana takut hilang kualiti, takut tak cukup duit dan macam-macam alasan yang lainnya.

Keduanya isteri seorang dan tak bekerja? Maka sesuailah keadaan ini dengan pandangan Islam. Jadi taklah termakan duit gaji isteri pulak nanti. Kalau dia halalkan OK, kalau tak KO!

Kalau tambah isteri pulak... Alamak! Dua kali seronok dua kalilah problemnya agaknya... hawhawhaw...

Pada FY umpama menyusun jigzaw puzzle kalau semua perkara dah tersusun rapi maka jaga ajalah elok-elok.

Itu jer buat kali ini.

Harap ada manfaat buat anda.

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

EPISOD 32 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 32 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Dulu masa FY muda-muda umur hujung 20an selepas kahwin semuanya jadi haywire, semuanya jadi kelam kabut, FY jadi resah gelisah dengan pelbagai masalah yang menimpa lepas satu satu. Pening kepala FY pada masa itu. Anak sakit, duit tak ada, masalah sana masalah sini dan sebagainya.

September 1998
Kenanga Investment Bank

Pasaran saham merudum kawkaw hingga ke 263 mata dan antara berita yang menyebabkan kejatuhan yang teruk ini adalah kerana DS Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya pada ketika itu disamping masalah Asean Financial Crisis pada ketika itu. Tambahlah lagi masalah FY disebabkan kerana position melabur dalam pasaran saham. Loss yang bertimpa-timpa!

Lebih dari orang bercinta tidur tak lena, makan tak kenyang, apa buat pun serba tak menjadi kegelisahan membelenggu diri. 

Pada ketika itu FY ceritakanlah masalah ini kepada Puan Azura. Salah seorang pengurus di Kenanga. Entah macam mana pada suatu hari dia menghadiahkan FY dengan satu hadiah di dalam satu kotak yang kecil. Bila FY membukanya ianya adalah sebuah mesin pengira atau mesin clicker.

Kata Puan Azura "Akak bagi hadiah Clicker ini supaya mudah untuk FY berzikir kepada Allah. Zikir yang terbaik adalah zikir tauhid Lailahaillallah.
Sesungguhnya Allah berfirman hanya dengan zikrullah hati akan tenang." Tambahnya lagi...

FY menerimanya dengan hati yang terbuka. Mulai saat itu FY akan membawa clicker itu kemana sahaja FY pergi dan ia akan berada di tangan dan dengan adanya clicker tersebut ia akan ingatkan FY untuk terus-terusan berzikir kepada Allah.

"klik klik klik" bunyinya tak kira lah di dalam lif, ketika FY sedang berjalan, ketika FY sedang memandu dan sebagainya klik klik klik sambil lidah melafazkan kalimah-kalimah zikir itu.

Kekadang malu jugak sebab berbunyi kan "klik klik klik" dah orang kiri kanan pandang apa pulak tu...

Tapi terus terang lama kelamaan entah macamana memang benar hati FY menjadi semakin tenang dan masalah selesai satu persatu.

Kalau dahulu lidah FY akan berzikir tetapi tahun demi tahun ia tidak perlu lagi melalui lidah tetapi hati umpama mempunyai mulutnya yang tersendiri, secara automatik hati akan berzikir tanpa FY sendiri sedari dalam apa juga yang FY lakukan.

Memang pelik bin ajaib tapi itulah kebenarannya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Azura yang menghadiahkan clicker kecil itu kepada FY pada ketika FY berada dalam keadaan yang gundah gulana pada masa itu. It sure helps!

Alhamdulillah sejak sekian lama FY tidak lagi mengalami ketidaktenteraman, kegelisahan mahupun kegundahan di dalam hati. FY yakin ia adalah kerana berkat zikrullah.

Selain itu entah macam mana hati FY juga menjadi semakin terang untuk menerima ilmu, untuk mendapatkan kefahaman dalam apa yang dipelajari, untuk mengambil Iktibar dan sebagainya.

Jadi sesiapa yang dijodohkan dengan kisah anak Pak Gad episod kali ini FY sarankan belilah clicker atau yang dewasa ini ia boleh dibeli dalam bentuk cincin yang harganya tak sampai RM5. Semoga satu hari nanti anda juga akan dapat menghilangkan kegelisahan dan seterusnya mendapat ketenangan yang FY ceritakan ini.

Ustaz kata ahli zikir adalah ahli ilmu. Dulu FY tak faham apa maksudnya, rupa-rupanya bila berzikir ia akan dapat membersihkan hati dan bila hati bersih ia menyediakan satu taman untuk ilmu m bertapak, bermastautin dan berkembang. Agaknya begitulah.

Take away dalam episod kali ini ialah ;
Kalau kita tidak boleh bertindak kita bercakap 
kalau kita tidak boleh bercakap kita berfikir dan 
kalau kita tidak boleh berfikir kita berzikir. 
Paling tidakpun kita akan dapat merapatkan hubungan kita dengan Allah Taala disamping memberi makanan kepada rohani diri kita sendiri.

Itu sahaja nukilan FY kali ini...

FY

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?

EPISOD 31 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY


EPISOD 31 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Sebenarnya mungkin disebabkan rupa lawa kurniaan Allah ini maka mudahlah untuk FY berkenalan dengan ramai gadis... Macam kasanova pulak bunyinya... Taklah dalam usaha mencari the one... hawhawhaw...

Bertemu dengan yang cun dan berada macam Sara Jasmin payah jugak tu. Kena hurung dek semut dan keluarlah kisah antara dua darjat.

Bertemu dengan yang berbeza ideologi hukum dunia dan hukum akhirat masalah jugak tu. Habis gadis tu menghisap rokok, clubbing dan minum arak. Sure payah nak bawak balik ke pangkal jalan... Bukan tak boleh tapi payah... FY pun ada pilihan lain ye tak?

Jumpa yang sama level qualificationnya pun payah jugak sebab dia nakkan kesamaan. Pastu dia sibuk nak kejar kerjaya... Karang kalau suruh dia duk rumah dia tak nak pulak... Hurmmm...

Jumpa yang tak berpendidikan pun payah jugak. Kang macamana nak mendidik anak-anak?

Jumpa yang lebih berumur pun payah jugak, kang dia lagi cepat tua dari FY... Tapi Nabi pun kahwin dengan Khatijah yang 25 tahun lebih tua... Alamakkkk!!!

Jumpa yang janda pun payah jugak.. kang dia lagi experience dari FY masalah jugak tu...

Jumpa gadis Kelantan pun payah jugak, yelah FY orang Johor dia Kelantan kang masa raya nak balik kampung siapa dah pening kepala... Gaduh pulak! Pastu jauhhh...

Kalau FY nak cerita semua pengalaman ni lagi 1000 episod pun tak habis! Hawhawhaw...

Ahhh! semua ini payah!

Akhirnya FY serahkan sahaja pada Allah janji rambutnya panjang ikal mayang... hawhawhaw...

Sebab pastinya Allah tahu apa di hati FY dan tahu akan keperluan makhluk ciptaanNya ini dan pastinya ketentuan Allah adalah yang terbaik.

Akhirnya semasa bekerja di Affin Bank FY bertemu dengannya... Gadis yang serba sederhana dan memenuhi semua kriteria yang sesuai dengan FY...

Namanya Azila Ismail! Kekasih awal dan akhir FY... Merangkap isteri juga seorang kawan, ibu kepada 6 anak-anak kami, merangkap business partner, merangkap PA dan lain-lain lagi. Beliau melengkapkan hidup FY... Alhamdulillah...

8 Mac ini genaplah 20 tahun perkahwinan kami dalam keadaan yang ceria, bahagia dan saling menyayangi senantiasa... Semoga Allah Taala panjangkan jodoh di antara kami berdua hingga ke Jannah! InsyaAllah...

Dalam hal ini perkahwinan sebenarnya menyempurnakan separuh dari iman seseorang itu. Dan ini penting dalam hal kerohanian diri kita sebagai manusia.

Sesuatu untuk difikirkan...

Untuk memimpin negara kita mestilah boleh memimpin masyarakat, untuk memimpin masyarakat kita mestilah boleh memimpin rumahtangga, untuk memimpin rumahtangga kita mestilah boleh memimpin diri kita sendiri.

Bagaimanalah kita boleh memimpin negara, masyarakat dan rumahtangga kalau diri kita sendiri pun tak terpimpin?

FY

PS - Jangan kita sangka ketentuan berada di tangan kita... Pastinya tidak! Kita hanya mampu merancang selebihnya serahlah kepada Allah Taala...

PSS - Analogi dalam perkahwinan adalah umpama kita memiliki peti ais. Kalau ia rosak kita baiki selagi daya dan bukan dengan membuangnya dan menggantikannya dengan peti ais yang baru. La ni orang lebih suka buang dan ganti baru jer... Takpun beli peti ais satu lagi... Hawhawhaw... Sukahati koranglah!

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Kalau anda ketinggalan episod-episod yang lepas, Layari www.manrempit.blogspot.com ia ada di sana. Sambil tu bacalah novel Man Rempit anak Pak Gad jugak tu...

Novel tersebut memenangi Dana Anugerah Penulis 2012 dahulu...

Mungkinkah ia juga kisah FY?