Bab Akhir
“Tan Sri Samad ada beritahu Daddy yang anaknya Farid ditangkap polis. Kamu
ada dengar berita mengenainya?” Tanya Datuk Halidi pada Sara.
“Farid ditangkap polis? Eloklah tu daddy, biar padan dengan muka dia!”
“What do you mean by that?”
“Dia bukanlah baik seperti yang daddy sangka. He is a womaniser! Dia tu kaki perempuan, kaki minum dan entah kaki
apa lagi.”
“Mana Sara tahu semua ni?”
“Sara jumpa dalam facebook, gambar dia bercumbu dengan ramai perempuan tak
kira bangsa bersepah siap pegang air setan tu lagi..”
“Mungkin dia sosial sikit. Tapi itu bukan masalah besar bagi daddy.”
“Apa lagi yang Sara boleh katakan. Kalau Sara katakan yang dia pernah cuba
nak merogol Sara, adakah daddy akan percaya?”
“Bila? Dimana? Kenapa Sara tak bagitahu Daddy?”
“Beberapa bulan lepas, di Hotel Hilton Petaling Jaya. Hari dimana Azman
datang menyelamatkan Sara di bawah jejantas Kerinchi Link tu. Kenapa Sara tak
bagitahu daddy? Daddy takkan percaya sebab daddy dah termakan lakonan si Farid
penipu tu... Lagipun Sara tak sanggup nak menghampakan harapan daddy. Tapi
itulah kebenarannya.”
“MasyaAllah! Takkanlah daddy tak percayakan anak daddy sendiri... Kalau
Sara beritahu pasti daddy akan ambil tindakan terhadap Farid.”
“Tapi daddy, dia selalunya terlepas sebab bapanya seorang Tan Sri! Apapun
Sara yakin kes dia ditangkap ni pun mesti ada kena mengena dengan kes perempuan...”
“Tan Sri Samad tak cakap pulak. Tapi katanya dia dipukul beramai-ramai
oleh sekumpulan Mat Rempit. Betul-betul di depan rumahnya.”
“Mat Rempit?...” Sara termangu seketika dengan penjelasan ayahnya itu.
Kenapa pulak mat rempit mahu memukulnya? Soal hatinya.
“Ring... Ring...” Bunyi telefon rumahnya yang berbunyi menghentikan
lamunan Sara.
Datuk Halidi yang berada berdekatan terus mengangkat gagang telefon
tersebut.
“Wa’alaikumussalam. Ya Amri, ada apa?”
“Malam ni? Lepas Isyak?”
Mereka berbual seketika. Butir-butirnya tidak berapa kedengaran di telinga
Sara.
“Baiklah kami akan ke sana.”
“Siapa tu Daddy?” Tanya Sara ingin tahu.
“Kawan Daddy Datuk Amri yang duduk kat Sek 8 tu. Dia jemput kenduri doa
selamat lepas Isyak malam ni.”
“On short notice?”
“Dia kata anaknya akan menjalani pembedahan besok. Pembedahan pindahan
hati. Nanti selepas Marghrib kita ke sana okay? ”
“Baiklah Daddy... and thanks for
listening.”
“Tak kesahlah, yang penting dia tak akan mengganggu Sara lagi dan satu
lagi, lain kali kalau ada apa-apa hal beritahu daddy okay?” Pesannya sambil
mengusap rambut anak gadis kesayangannya itu.
Sara sekadar mengangguk. Hatinya lega kerana dapat memberitahu bapanya
rahsia yang telah dipendamnya semenjak beberapa bulan yang lalu.
XXXXXX
Kereta BMW 7 Series kelabu yang dipandu Datuk Halidi serta keluarganya
tiba di perkarangan rumah Datuk Amri. Beberapa orang pekerja syarikat katering
nampaknya sedang sibuk menyediakan hidangan di bawah khemah sana. Para tetamu
termasuk jemputan dari surau berdekatan sudah mula memenuhi ruang depan dalam rumah
tersebut. Kehadiran mereka disambut Datuk Amri beserta isterinya. Sara dengan
ibunya terus sahaja ke bahagian belakang rumah tempat dimana tetamu perempuan
berkumpul.
Sara duduk di bahagian yang menghala ke bahagian dapur. Dari situ dia
nampak ruang tamu rumah itu dengan jelas. Pada masa itu di bahagian tangga
turun dua orang jejaka siap berbaju melayu dan bersongkok. Mereka terus sahaja
duduk di sebelah Datuk Amri. Seorang agak kacak dan seorang lagi... Itu Lord
kalau tak salah. Detik hati Sara. Apa yang dia buat di sini? Kenapa dia turun
dari atas pula? Adakah dia kawan kepada anak Datuk Amri? Atau adakah dia ada
kena mengena dengan keluarga Datuk Amri. Semua persoalan ini bermain di relung hatinya
namun tiada jawapan yang diperolehinya. Dia memasang tekad untuk mencari
jawapannya malam tu juga.
Sejurus selepas semua tetamu duduk, upacara doa selamat itu pun
dilangsungkan. Selepas itu mereka semua dijemput untuk menjamu selera dengan
makanan yang telah sedia terhidang di atas meja di bawah khemah yang letaknya
di halaman rumah banglo tersebut.
Keluarga Datuk Halidi duduk di satu penjuru berdekatan dengan kolam renang
menghadap ruang tamu. Datuk Amri yang tadinya sibuk melayan tetamu akhirnya
datang menyertai keluarga Datuk Halidi.
Kesempatan itu tak dilepaskan Sara untuk bertanya soalan-soalan yang
berlegar dibenaknya.
“Datuk, boleh saya tahu siapa lelaki yang pakai baju melayu hijau dan
bersongkok tu?” Soalnya sambil jarinya menunjuk ke arah Lord yang sedang duduk
dengan Shidee, Eddy juga kawan-kawannya yang lain yang lewat tiba.
“Oh! Itu Azli anak pertama saya. Adiknya Danial tu ha yang pakai baju
melayu biru tua tu.” Ujarnya sambil menunjuk pada Danial yang agak sibuk
melayan tetamu.
“Azli tu anak Datuk?” Tanyanya lagi memohon secebis kepastian.
“Ya. Kenapa Sara tanya? Sara kenal ke?”
“Hem.. Kami pernah bertemu sekali dulu...”
“Okay, biar saya panggilkan dia.” Belum sempat Sara untuk berkata apa-apa.
Datuk Amri terus sahaja bangkit dan memanggil Lord untuk menyertainya di meja
Datuk Halidi.
Azli terus sahaja menuju ke arah meja Datuk Halidi. Buat pertama kalinya barulah
Lord sedar akan kehadiran gadis ayu anak Datuk Halidi di majlis itu.
“Sara...” Perlahan keluar suaranya kerana terkenangkan peristiwa tempohari
juga apa yang menimpa Azman yang mana semuanya ada kena mengena dengan Sara.
“Lord...” Lafaznya perlahan kerana tak menyangka sama sekali Lord mat
rempit yang dikenalinya melalui Azman itu adalah anak kepada datuk Amri. Dia
jadi serba salah. Geramnya pada Azman masih berbaki.
Lord terus duduk berdekatan dengan Sara.
“Saya ada satu perkara penting yang perlu saya sampaikan pada Sara...”
Terus sahaja dia berterus terang. Mereka yang lain terpinga-pinga.
“Sebenarnya apa yang terjadi malam tu bukan seperti yang Sara sangkakan.
Azman dah lama berhenti berlumba semenjak kematian adiknya Johari. Sudah berapa
kali kami mengajak dan memujuknya namun dia tetap dengan pendiriannya untuk
tidak berlumba walaupuan hadiah yang ditawarkan begitu lumayan.”
“Boleh saya Lord terangkan pada Sara akan kisah sebenarnya?”
“Hem..” Sara hanya menggangguk memberi keizinannya. Kalau diikutkan
hatinya mahu sahaja dia balik. Hakikatnya dia tak mahu ada kena mengena dengan
Azman mahupun kawan-kawannya lagi.
“Cerita begini, sebenarnya beberapa hari sebelum itu Shidee datang bertemu
dengan kami dan memberitahu yang adiknya telah melarikan diri dari rumah. Dia
lari kerana pada masa itu dia tertekan kerana ibubapanya bercerai. Dia kemudiannya
mengikut kawannya bebudak Gombak. Entah macamana hujung minggu malam itu Shida
adik Shidee yang berumur 16 tahun itu dipertaruhkan untuk dijadikan habuan
perlumbaan dengan bayaran tertentu oleh setiap pelumba.”
“Shidee jumpa Lord dan kami memohon bantuan Manjoe untuk menyelamatkan
adiknya itu dengan berlumba. Pada mulanya dia enggan tetapi setelah kami
memujuknya bertalu-talu barulah dia bersetuju. Saya dan Shideelah yang membayar
wang pertaruhan untuk perlumbaan malam tersebut dan menyediakan motosikalnya.
Dia sahajalah harapan kami pada masa itu kerana diantara kami dia yang peling
cekap berlumba. Kami begitu yakin yang dia akan menang dan menyelamatkan maruah
Shida.”
“Memang benar andaian kami. Kami bersyukur Manjoe menang dan sebagai
pemenang Manjoelah yang pergi mengambil Shida. Kami membawa Shida ke Bangsar
kerana kami mahu menasihatinya. Lord rasa inilah yang Sara nampak. Sara
sebenarnya sudah silap sangka. Don’t
believe what you see Sara...”
“Kemudian tiba-tiba Sara datang dan menghina Azman juga kami semua. Kami
sedih. Walaupun kami Mat Rempit tapi kami punya maruah. Kami sama seperti Sara,
punya hati dan perasaan, kalau ikutkan hati dan maruah, saya tak mahu
menceritakan semua ini tetapi disebabkan Azman dalam keadaan kritikal di
hospital maka Lord rasa Sara harus tahu. Lord tak mahu Azman mati tanpa Sara
mengetahui akan perihal yang sebenarnya.”
“Ketahuilah Sara, Azman seorang yang baik, dia sentiasa menghulurkan
bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan ikhlas tanpa meminta apa-apa
balasan. Kami banyak terhutang budi dengannya selama ini.”
“MasyaAllah. Benarkah semua ini Lord? Sara tak percaya! Lord jangan nak
cuba cover Azman! Lord jangan nak gunakan semua ini untuk mendapatkan simpati
Sara!” Tempik Sara. Jauh dihatinya dia serba salah, dia keliru dan tak tahu apa
yang harus dipercayainya. Semua ini takkan berlaku kalau dia tak mengenali
insan bernama Manjoe.
“Benar! Semua yang diperkatakan Azli itu benar Sara!” Tiba-tiba Datuk Amri
menyampuk mengukuhkan penjelasan Azli anaknya itu.
“Halidi! Is this the Azman that you
told me before? The guy who is in relation to your daughter?” Ujar Datuk Amri kepada Datuk Halidi yang duduk
bersebelahan dengan Sara.
“Yes! Amri. Why? Did you know him?”
“I sure do! Now it started to make sense. Now I know why
Sara fall for him. Patutlah Sara
suka pada mat rempit yang ini... He is
something else.” Ujarnya sambil tersenyum.
“For your information, Azman
memang seorang budak yang baik Sara, Halidi. Satu ketika dahulu my son, Azli atau yang bebudak panggil
Lord ni tersasar jauh dalam kancah penagihan dadah serta pelbagai masalah lain tetapi
Azmanlah yang membantu dan membawa dia kembali kepada keluarga ini dikala kami
semua telah berputus asa. Pada masa itu kami telah usahakan segalanya tetapi
tidak berjaya. Then Azman came to his
rescue. Mereka ni dah berkawan baik semenjak di sekolah rendah dahulu.”
Jelas Datuk Amri, matanya lebih tertumpu pada Sara.
“Sara, Uncle tak pernah menceritakan hal ini pada sesiapapun kerana hal
ini hanya membuka pekung di dada dan mengaibkan keluarga ini tetapi Uncle tak
dapat nak menafikan bantuan Azman dalam hal ini. He deserved the credit! Kami mengganggap Azman sebahagian dari
keluarga ini dan kami akan lakukan apa sahaja demi kesejahteraannya.”
Datuk Halidi terdiam. Dia keliru. Keliru dengan kepercayaan serta prinsip
yang dipegangnya selama ini. Tembok egonya mula retak. Sara terkedu. Mukanya
berkerut. Tumpuannya masih tak berganjak pada Datuk Amri.
“Anyway, sebab itulah uncle
benarkan dia berkawan dengan Azman dan kawan-kawannya. Azman sebenarnya seorang
kawan, sahabat dan mentor yang baik bagi rakan-rakannya tapi sekarang dia
sakit. Dia telah ditikam oleh Farid beberapa hari lepas. Uncle tak tahulah akan
masa depannya. Doktor kata harapan untuk dia pulih amat tipis. Kami sekeluarga
sedaya upaya berdoa agar dia sembuh dan akan melakukan apa sahaja yang
diperlukan keluarga Azman.”
“Hari ini pun majlis doa selamat ini kami buat khas untuk Azman juga Azli dengan
harapan satu keajaiban akan berlaku. InsyaAllah. Walaupun berat untuk kami
benarkan Azli mendermakan sebahagian dari hatinya lagipun Azli tidak mahu
berganjak dari pendiriannya, jadi kami tak dapat nak menghalang. Kami sedang
menanti keputusan ujian hati Azli. Kami harap ia sepadan dengan Azman.” Datin Aini
hanya menggangguk. Airmatanya menitik menuruni pipinya mengenangkan nasib yang
menimpa Azman juga anaknya Azli.
Tiba-tiba
di kaca televisyen dalam buletin terkini TV3 memaparkan kisah Azman.
“Manjoe
dalam TV!” Kata Lord menarik perhatian ramai kepada skrin TV Plasma 60 inci di
ruang tamu rumahnya itu. Sara tak ketinggalan.
“Kisah
Azman Affandi telah menarik perhatian ramai semenjak seorang anak Tan Sri
diberkas kerana disyaki membunuh adiknya beberapa tahun lalu. Minggu lepas
kisah bagaimana semua mat rempit bersatu dan menguasai Kuala Lumpur untuk
mencari suspek telah menyebabkan kisah Azman Affandi dipaparkan di semua media
massa. Bagaimanapun Azman telah ditikam oleh suspek dan cedera teruk di bahagian
hati pada malam kejadian. Dia telah kehilangan banyak darah dan apa yang pelik
ialah semalam berduyun-duyun mat rempit dan mat motor yang lainnya datang
beratur di hospital ini untuk menderma darah bagi membantunya. Ianya sebenarnya
di luar jangkaan.
Sekarang beliau memerlukan pembedahan hati bagi meneruskan kehidupan dan setakat
ini mereka yang tampil tidak mempunyai organ hati yang sepadan.
Berita terbaru yang kami terima seorang penderma iaitu Mohd Azli anak kepada
Datuk Amri sedang diuji dengan harapan bahagian hati yang bakal didermakan itu
sepadan dan tiada komplikasi semasa pembedahan nanti.”
“Mari
kita temuramah Saudara Azman sendiri mengenai perihal ini.”
Kamera terus dipalingkan kepada Azman yang terlantar di katil hospital
itu.
“
Bagaimana keadaan En. Azman sekarang?
“Alhamdullillah..
Okay. Kesihatan saya tak penting tapi apa yang penting ialah Farid telah
diberkas dan pencarian kepada pembunuh adik saya selama ini telah berakhir.
Mungkin inilah matlamat hidup saya dan ianya telah tercapai...”
“En.
Azman janganlah cakap begitu. Kami yakin yang En. Azman akan pulih seperti
sediakala.”
“Ada
apa-apa pesanan mungkin buat keluarga atau yang tersayang menjelang pembedahan
nanti?”
“Saya
ingin memohon ampun dan maaf daripada keluarga ibu bapa, adik saya Aina,
kawan-kawan dan semua yang mengenali diri saya dari hujung rambut hingga hujung
kaki. Huk! Huk!” Suaranya tersekat-sekat.
“Kepada
Lord, terima kasih yang tak terhingga sebab sanggup menderma sebahagian dari
hatinya dan kepada semua kawan-kawan mat rempit di luar sana bersatu hatilah.
Jangan gaduh-gaduh. Sesungguhnya kita umat Islam semuanya bersaudara.”
“Satu
lagi khas untuk seorang gadis yang bernama Sara Yasmin. Kalau Sara menonton
rancangan ini, Man ingin memohon maaf atas segala yang berlaku dan segala
kesalahan Sara telahpun Man maafkan. Mungkin tiada jodoh diantara kita. Apapun
Man nak sampaikan satu perkara yang tak pernah Man katakan tidak pada Sara
malah tidak pernah Man katakan pada sesiapapun juga.” Azman terhenti seketika.
Airmata lelakinya mula mengalir. Dia menarik nafas.
“Kalau
kita tiada jodoh untuk bertemu lagi dan kalau mungkin hidup Man setakat ini Man
nak Sara tahu yang Man sayang pada Sara... Man sangat sayang pada Sara. Hari
ini, besok dan selamanya...” Bergetar suara Azman meluahkan kata-kata itu.
Segmen
berita mengenai Azman berakhir di situ. Sara yang tadinya berdiri terus
terduduk menangis semahu-mahunya. Datuk Halidi terus mendapatkan anak gadisnya
itu. Dia memeluk dan memangku Sara Yasmin yang masih teresak-esak.
“Maafkan
Daddy Sara! Maafkan Daddy! I am sorry... Daddy tak tahu semua ini. Daddy
sama-sama bersalah dalam hal ini. Ego Daddy telah menyebabkan Daddy buta. Buta
hati. Tak nampak yang mana kaca dan yang mana permata. Jom kita ke hospital.
Mari Sara. Kita jumpa Azman. Daddy nak minta maaf darinya! I want to make thing better for all of us!”
Mereka
yang berada di situ juga bergenangan airmata menyorot drama yang sedang
terungkai. Kisah sedih antara sepasang kekasih, kisah kesilapan dan syak
wasangka manusia yang terungkap oleh kekuasaan yang Maha Esa. Ia membawa cahaya
kesedaran buat dua anak beranak itu.
Sara menangis sendu sepanjang perjalanan ke hospital. Bapanya Datuk Halidi
hanya terdiam sedih melihatkan keadaan anaknya. Rasa bersalah memuncak di
hatinya. Dia cuma berharap mereka tak terlambat untuk bertemu dengan Azman. Dia
tak mahu kekesalan menghantui diri sepanjang baki kehidupannya itu. Dalam
perjalanan lagu Iklim, Suci Dalam Debu yang dinyanyikan Saleem berkumandang di
radio. Lagu itu seakan menceritakan keseluruhan kisah Azman Affandi.
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu,
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita...
Ku harap engkau
Kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat
Cinta kita
Kita yang rasa
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarnya hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bukan khayalan
Yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata...

Dengan tergesa-gesa mereka masuk ke Unit Rawatan Rapi tempat Azman dirawat
setibanya di hospital. Kelihatan sekujur tubuh di atas katil tersebut. Kepala,
perut dan beberapa bahagian badannya yang cedera kelihatan berbalut. Ibubapa
serta adiknya Aina ada menanti di luar bilik tersebut. Bilik yang hanya boleh
menerima hanya 2 orang pelawat pada satu-satu masa. Tatkala mereka sampai Azman
sudah kembali tidak sedarkan diri. Wayar-wayar berselirat di seluruh tubuhnya.
Dia memakai alat bantuan pernafasan. Sara merasakan dirinya sudah terlewat.
Terlambat untuk bertemu Azman demi memohon sebuah kemaafan.
Dia
terus sahaja membungkamkan kepalanya di tepi katil itu. Tangannya terus sahaja
memaut tangan Azman erat.
“Ampunkan Sara Man, ampunkan Sara. Sara banyak buat salah pada Man. Sara
salah sangka. Ya Allah, ampunkanlah dosa Sara. Sara bersalah pada Azman. Jangan
tinggalkan Sara Man. Man dah janji dulu takkan tinggalkan Sara. Man dah
janji... Ya Allah, aku memohon kepada Mu, Kau selamatkan nyawa Azman... ” Kedua
tangannya didepangkan ke langit memohon doa ke hadrat Ilahi.
“Walaupun Sara tak pernah mengatakannya tapi sedarilah yang Sara juga sayang
pada Man. Kasih sayang Sara pada Man hanya Tuhan yang tahu. Walau badai yang
begini besar datang menduga kita akan Sara pertahankan perhubungan ini. Biar
apapun terjadi. Itu janji Sara.”
Datuk Halidi tak dapat berkata apa-apa. Airmata lelakinya mengalir turun
mengikuti lurah pipinya. Dia rasa amat bersalah dan dia tidak menyangka Farid
sanggup mengambil tindakan yang sebegitu rupa. Sebegitu kejam. Apalah ertinya
semua ini. Hari ini jelas padanya yang kasih sayang dan cinta bukanlah sesuatu
yang boleh dijual beli. Tiada apa yang mustahil, kehendak Allah taala telah
menemukan Sara dan Azman dari dua golongan yang begitu jauh berbeza untuk
memadu cinta. Detik hatinya menyesali apa yang telah terjadi.
Tiba-tiba degupan jantung Azman menunjukkan kenaikan yang mendadak dan
berdenyut tak menentu. Alat yang disambungkan ke tubuhnya berbunyi. Jururawat
dan doktor datang dan menyuruh mereka semua keluar kerana Azman perlu dirawat.
Dengan hati yang berat Sara melangkah keluar dari wad itu
“Bagaimana keadaan Azman doktor?” Tanya Datuk Halidi sejurus doktor lelaki
itu keluar dari wad tersebut.
“Nampaknya keadaannya berada di tahap serius. Dia kehilangan banyak darah
dan fungsi hatinya berada di tahap minima. Kalau hatinya tak digantikan dalam
masa yang terdekat peluangnya untuk terus hidup adalah tipis. Ini kerana ia
boleh menyebabkan kegagalan vital organ yang lain untuk berfungsi. Kecederaan
hati ialah perkara biasa dalam kes kemalangan dan pergaduhan begini. Di
Malaysia pendermaan organ pula masih lagi berada di tahap yang rendah. Apapun
pihak kami telahpun membuat analisa awal dan mendapati anak Datuk Amri mungkin punya
hati yang padan dan dia telah pun bersetuju untuk menderma sebahagian darinya.
Apapun pihak kami akan mengetahui keputusan analisa hati tersebut beberapa hari
lagi.”
“Apapun syukurlah kerana ramai kawan-kawannya yang datang dan mendermakan
darah padanya. Selebihnya kita hanya dapat berdoa dan bertawakkal semoga dia
dilindungi Allah Taala.” Sambungnya lagi.
Sara tak dapat lagi membendung airmata yang bergenang. Airmata itu
menuruni lurah pipinya laju. Ia menitik pada baju kurung yang dipakainya. Dai
menangis semahu-mahunya. Rasa bersalah membelenggu dirinya. Dia merasakan yang
dia telah banyak melakukan kesalahan pada Azman. Perasaan itu tetap bermukim di
hatinya. Apa juga keadaannya Sara akan tetap berada di sisi Man bila Man keluar
dari bilik pembedahan nanti. Lafaz hatinya.
XXXXXX
Jam menunjukkan
pukul 3:45 pagi, Azman membuka matanya. Pemandangan yang mulanya kabur semakin
lama semakin jelas. Seorang jururawat berbangsa India berada di hadapannya
sedang menulis sesuatu di dalam fail. Aina nampaknya sedang nyenyak tidur di
sebelahnya. Boleh dikatakan setiap katil yang berada di dalam wad Intensive
Care Unit itu ada pesakit yang tenat keadaannya. Sebuah meja dengan seorang
jururawat berada di hadapan setiap katil itu. Bahagian perut Azman terasa
kebas. Tekaknya pula terasa begitu dahaga. Dia sedar yang dirinya telah selamat
dibedah.
“Misi, boleh bagi saya sedikit air.” Serak keluar suaranya. Suara yang tak
digunakan semenjak beberapa hari yang lalu.
“Oh, Encik Azman dah bangun. Baguslah. Minta maaf tak boleh lagi. Doktor
tak benarkan sehingga jam 7 pagi.” Jawab misi tersebut penuh sopan.
“Abang dah sedar.... Alhamdullillah...” Terdengar suara Aina yang mungkin
baru sahaja terjaga.
“Abang dahagalah dik tapi misi tak bagi abang minum air.”
“Tak apa biar adik basahkan bibir abang tu.” Adiknya itu mengambil air
lalu membasahkan bibir Azman yang kering. Dalam keadaan begini barulah
keprihatinan Aina terserlah.
“Mak, Abah mana dik?”
“Diorang dah balik. Kami bergilir jaga abang semenjak semalam. Macamana
abang rasa? Abang okay?”
“Alhamdullillah. Rasa biasa je.”
“Mungkin ubat penahan sakit tu masih ada lagi.”
“Agaknyalah.” Mata Azman semakin mengecil.
“Abang tidurlah dulu. Berehat. Abang perlukan tenaga untuk kembali pulih.”
Saran Aina dengan nada yang sayu.
“Hem..” Dia kembali terlelap.
XXXXXX
Sudah beberapa hari dia berada di hospital tetapi masih belum dibenarkan
pulang. Pelbagai therapi yang harus dilaluinya. Petang itu jururawat membawanya
bersiar-siar di taman hospital untuk melihat kepada pemandangan yang kehijauan.
Salah satu therapi minda yang perlu dijalankan. Keadaan dirinya beransur pulih
tapi kelibat kawan-kawannya masih belum kelihatan. Keadaan itu begitu
menghairankannya. Apapun dia bersyukur kerana hati yang didermakan Lord sesuai
dengan dirinya. Baginya mulai saat itu mereka menjadi blood brothers kerana pendermaan hati tersebut. Mungkin Lord juga
sepertinya yang masih terlantar menanti untuk sembuh. Hatinya berbisik membuat
andaian.
Bapanya telah mula kembali bekerja, ibunya di rumah dan Aina adiknya pula
bersekolah. Maka tinggallah Azman seorang diri di kamar hospital tersebut. Wad
Songket kelas pertama di Pusat pakar HUKM itu cukup besar, berhawa dingin,
punya sofa dan televisyen juga kemudahan tandas sendiri. Azman tahu semuanya
itu dibiayai oleh bapa Lord, Datuk Amri. Mana mungkin keluarganya membayar
kemudahan bilik yang begini mahal. Getus hatinya. Petang itu selepas makan
tengahari dan mengambil ubat, matanya terasa begitu berat. Mungkin kesan dari
ubat itu membuatnya mengantuk. Begitulah keadaannya seharian di hospital.
Bangun dikejutkan untuk diperiksa, makan mahupun makan ubat. Kemudian dia
tertidur lagi.
Petang hari itu sedang dia lena tidur tiba-tiba kamarnya diketuk.
“Yezza! Manjoe sudah kembali!” Teriak Shidee dan kawan-kawannya girang
sejurus masuk bilik tersebut.
“Lepas ni bolehlah kita lumba kerusi roda pulak Man!” Sakat si Eddy.
“Weh! Mana korang pergi? Dah berapa hari aku kat sini, korang tak datang
pun.” Azman jelas gembira dengan kehadiran mereka.
“Lu jangan tak tahu, kitorang semua masuk lokap bro’. Kena tahan reman
membantu siasatan kes Farid hari tu. Baru semalam dibebaskan.”
“Yelah Man. First time wa masuk
lokap lu tahu. Ish! Wa haramkan kaki wa pijak tempat tu lagi. Makanan dia tak
best langsung! Si Ayu ni masak lagi sedap!” Sambung Zul.
Ayu cuma menjuihkan bibirnya pada Zul yang beria-ia bercerita.
“Apapun wa happy dapat hentak
mamat tu. Pecah muka dia lu tahu. Kitorang henjut beramai-ramai. Dah puas baru
bagi pada polis! Masuk lokap pun tak apa, asal puas hati!” Sahut Eddy.
“Yang penting kes kita dah settled! Lepas ni tak payah nak cari siapa yang
bunuh Johari dulu. Tiga tahun kita cari dia bro! Tiga tahun! Lepas ni kita
boleh rileks.. lepak.. tak ada gangguan lagi. Lu pun dah sihat!” Tambah Shidee
yang dari tadi hanya mendengar perbualan yang rancak itu.
Kau tahu tak dia juga yang menyebabkan kematian Nordin budak Sentul tu?
Ujar Zainal pula.
“Ye ke! Mana korang tahu ni?” Azman terpinga-pinga.
“Dia sendiri yang buat pengakuan malam tu. Tak apa banyak masa lagi boleh
cerita.” Sambung Zainal lagi.
Sebelum sempat bertanyakan keadaan kesihatan Lord, kelihatan pintu bilik
tersebut terkuak lagi. Kehadiran tetamu kali ini membuatkan Azman begitu
terperanjat. Sara yang duduk di atas kerusi roda ditolak oleh Datuk Halidi
memasuki ruang kamarnya. Sara kelihatan muram. Tangisannya tak dapat dibendung
lagi bila sahaja dia menatap wajah Azman.
Azman tak tahu apa yang hendak difikirkan. Kenapa Sara datang dengan
bapanya yang begitu membencinya. Sara juga sakitkah? Dia sakit apa? Pelbagai
persoalan menerjah kotak fikirannya. Trauma pembedahan yang dialaminya
menyebabkan dia tak dapat menganalisa keadaan. Dia keliru. Keliru dengan semua
yang berlaku.
Sara terus mendekati katil Azman dan memaut tangannya.
“Man... Maafkan Sara Man.. Sara tak tahu. Sara yang bersalah... Ampunkan
Sara Man. Maafkan Sara kerana tiada di sisi Man di saat Man perlukan Sara... Please forgive me.. ” Terpacul kemaafan
dari mulut Sara. Dia terus sahaja membungkamkan kepalanya di dada Azman.
Azman terkesima. Dia belum lagi menerangkan apa yang telah berlaku malam
itu tetapi Sara telah memohon kemaafan yang bertalu-talu darinya. Dia yakin
sesuatu telah berlaku semasa dia dalam koma hingga menyebabkan semuanya
terungkai.
“Tak mengapa Sara... Apa yang dah terjadi, terjadi atas susunan Allah
Taala. Man dahpun maafkan Sara lama dahulu. Sara tak bersalah apa-apa dengan
Man.” Jawab Azman cuba menenangkan diri walaupun hakikatnya darahnya gemuruh
dengan tindakan Sara yang tak dijangkakannya itu.
“Saya pun sama Azman, saya juga ingin meminta maaf dari awak. Saya telah
tersilap pandang. Kadangkala manusia walaupun dikurniakan dengan dua mata yang
celik tetapi mata hatinya buta. Buta dari melihat kebenaran. Kebenaran yang ada
padamu Azman. Selama ini saya memandang rendah pada Mat Rempit seperti kamu
tetapi kamu telah membuktikan sebaliknya...”
“Tiada apa yang hendak dimaafkan Datuk. Kita manusia sama sahaja. Tak lari
dari salah dan silap.”
“Sara... Hari tu Man tak sempat nak cakap terus pada Sara. Man nak cakap
yang Man sayangkan Sara. Man harap Sara dapat terima cinta Mat Rempit ini
seadanya...”
“Sara terima.. Sara terima dengan hati yang terbuka Man... Sara juga
begitu. Sara juga sayang pada Man... Manlah pelengkap kehidupan Sara...”
Jawabnya perlahan namun sekuntum senyuman kelihatan diwajahnya. Matanya mula
kembali bersinar.
Sekali lagi sebelum sempat Azman bertanya kenapa Sara berada dalam keadaan
demikian, Lord dan keluarganya datang menerpa masuk ke dalam bilik itu.
“So, macamana semuanya okay?” Tanya Lord sejurus sahaja masuk.
“Alhamdullillah...” Azman terkedu.
Lord berada di dalam biliknya dalam keadaan yang sihat dan cergas. Mungkinkah?
Persoalan itu menerjah kotak fikirannya bertalu-talu.
“Lord! Kalau kau sihat begini... siapa yang...”
Lord tersenyum. Dia memalingkan mukanya dan matanya memandang tepat pada
Sara kemudian menoleh kembali padanya.
Airmata Azman mengalir deras. Tangan Sara digenggam erat dan ubun-ubun
kepalanya dikucup perlahan...
-
TAMAT -
Kembali ke bab 11 - Tekan link ini. Bab 11 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.
Amacam? Terbaik kan? Tak sabar nak baca episod seterusnya? Sebelum itu jangan lupa share, like dan komen sebagai tanda sokongan kepada penulis untuk terus berkarya..
Tunggguuuuuu.... Man Rempit 2 akan di siarkan dalam blog ini tak lama lagi....
Tunggguuuuuu.... Man Rempit 2 akan di siarkan dalam blog ini tak lama lagi....
Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?
Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;
1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit
Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT
Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?
Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.
Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?
Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.
BIODATA PENGARANG
AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP
Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.
Mendapat Pendidikan Awal di ;
SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;
Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )
Mengarang buku ;
Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21
Menyelenggara buku ;
Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.
Aktiviti lain ;
- Menjalankan seminar pelaburan saham.
- Menjalankan kursus motivasi.
- Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
- Blogger – www.faizalyusup.net, www.motivasiku.blogspot.com
- Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
- Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,
Hubungi Penulis ;
Facebook : Faizalyusup
Blog : www.faizalyusup.net
No. HP : 016 - 666 7430
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment