Followers

Thursday, October 24, 2013

Bab 9 - Novel Paling Best Pernah Dibaca - Novel Trilogi Man Rempit 1

Bab 9

Sara tak ada kuliah pagi itu. Hatinya terkenang pada pertemuan dengan kawan-kawan Azman tempohari. Dia tersenyum sendiri mengingatkan telatah mereka. Selama hidupnya tak pernah dia berada dalam keadaan yang begitu bebas dari sudut kata-kata dan perlakuan. Dalam kehidupannya sendiri begitu banyak protokol yang perlu diikuti. Tak boleh buat itu dan ini, tak boleh cakap begitu dan begini. Sedikit sebanyak ia merimaskan dirinya dan pertemuan dengan kawan-kawan Azman membuka matanya kepada sesuatu yang berbeza.

        Telefon bimbitnya diambil dari meja soleknya. Nombor telefon Azman ditekan.

“Awak free malam Sabtu nanti? Boleh Sara ajak Man keluar?” Tanya Sara sambil berbaring di atas katil di dalam biliknya.

“Tak freelah Sara..”

“Man tak sudi keluar dengan saya?”

“Bukan...”

“Saya tak free Sabtu malam tapi free malam yang lain.” Kata Azman sambil ketawa.

“Main-main ye! Ahad tengahari boleh tak?”

“Okay, tapi Sara nak ajak saya kemana?”

“Adalah. Tempat rahsia. Man ikut ajelah.”

“Sara punya pasal, ke Gunung Everest pun Man ikut.”

Mereka serentak ketawa. Setelah meletakkan telefon dia menuju ke tingkat bawah. Melangkah menuju ke arah Grand Piano besar yang terletak di ruang tamu. Penutupnya dibuka. Kalau selalu di memainkan lagu Inggeris tetapi kali ini dia mengambil keputusan untuk memainkan lagu melayu. Dia mahu membuat persiapan awal.

XXXXXX

Hari Ahad, tengahari yang dijanjikan Sara keluar dari Universiti Malaya singgah di perhentian bas Kampung Kerinchi untuk mengambil Azman sepertimana yang mereka telah janjikan sebelum meneruskan perjalanannya melalui Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam.

Sara nak bawak Man ke mana sebenarnya ni? Masuk Batu Tiga ni macam nak pergi rumah Sara je. Janganlah.

“Kalau ya pun apa salahnya.”

“Tak bolehlah, Man belum sedia lagi. Pakaian pun tak berapa kemas ni.”

“Tak kesahlah Man, Sara bukan pandang tu semua.”

“Yelah, Sara tak pandang tapi orang lain?”

Kereta Volkswagon merah itu memasuki gerbang kawasan Istana. Azman tak dapat nak berbuat apa-apa lagi melainkan menurut. Kalau boleh hendak sahaja dia keluar dari kereta tatkala itu. Darahnya berderau bila sampai ke pintu pagar dan melihat sebuah rumah banglo yang amat besar dengan tiang-tiang kolum tinggi menghiasi bahagian depan rumahnya. Sara menekan punat pada alat kawalan jauh yang berada di tangannya untuk membuka pagar memasuki rumah tersebut.

“Kita makan tengahari kat rumah Sara okay?” Katanya sebaik memakir kereta di dalam garaj di bahagian kiri rumah tersebut.

“Boleh jawab tak nak ke?” tanya Azman tersenyum kelat. Dahinya berkerut. Wajahnya jelas mencerminkan kegelisahan. Melihatkan kolam renang yang letaknya tak jauh dari situ hanya menambah gemuruh darahnya.

“Man jangan risaulah my parent semua okay. Trust me.” Sara cuba memberi keyakinan untuk menghilangkan rasa gundah Azman.

Azman mengekori Sara melangkah masuk ke dalam rumahnya. Di ruang tamu rumah itu dilengkapi dengan lampu chandelier dengan manik-manik kristal yang besar tergantung di atas siling, sebuah grand piano terletak di sudut sebelah kanan, sebuah cermin yang sangat besar terpampang di dinding, lukisan-lukisan pemandangan pula menghiasi bahagian dinding yang lain, sofa buatan Eropah dan bermacam lagi yang tak dapat Azman gambarkan dibenaknya.   

Seorang wanita kacukan separuh umur namun masih bergaya bersama seorang jejaka melangkah mendapatkan Sara. Sara tunduk mencium tangan perempuan itu ketika bersalaman.

“Mummy, abang, Let me introduce. This is Azman kawan Sara.”

“Yang ini my mum dan yang ini pula abang Sara, Irfan.” Sambungnya lagi.” Azman menghulurkan tangan dan bersalaman dengan mereka berdua. Dari sini tahulah Azman dari mana Sara mendapat wajah kacukannya itu.

“Jom Sara, ajak Azman. To the dining hall. Lunch dah sedia.” Ajak ibu Sara.

“Jom. Man. Come.” Ujar Sara. Sekali lagi Azman cuma menurut. Hatinya bercelaru. Terasa ruang rumah itu terlalu luas buat dirinya.

Mereka duduk dan berkenalan. Makanan semuanya telah siap sedia dengan di atas meja dengan kelengkapan sudu garpu, pinggan, mangkuk, napkin dan sebagainya. Mereka semua meletakkan napkin di peha dan dan Azman hanya mengikut canggung. Disitu barulah Azman mendapat tahu yang ibu Sara adalah anak kacukan Melayu Ireland yang mana keluarganya menetap di Singapura. Abangnya Irfan pula bekerja sebagai pengurus besar di syarikat bapanya Maju Jaya Holdings yang menjalankan perniagaan pembinaan.

“Kita tunggu daddy kejap. Dia baru balik main golf. Kejap lagi dia turun.” Jelas Sara.

“Oh!” Azman menggangguk.
       
        “Man, karang Sara nak main piano, lagu Fauziah Latiff. Man nak dengar tak?” Sara menyuarakan rancangannya pada Azman. Dia telahpun membuat persediaan sejak beberapa hari yang lalu.

        “Mestilah. Mesti Sara pandai main kan?”

        “Bolehlah sikit-sikit..”

        “Apa tajuknya Sara?”

“Rahsia. Nanti Man dengarlah...” Jawab Sara.

“Oh! Patutlah Mummy dengar Sarah asyik main lagu tu.” Sampuk ibunya tersenyum.

“Shyyy... Mummy janganlah pecah rahsia.” Ujar Sara tersenyum.

Seorang lelaki sedikit beruban segak berseluar slack dan berbaju lengan pendek menuruni tangga rumah itu menuju ke arah mereka.

“Kenalkan Daddy, ini Azman kawan Sara.” Ujar Sara sebaik bapanya mendekati meja makan itu.

“Datuk..” Azman bangun lantas menghulurkan tangannya untuk bersalaman tetapi tak diendahkan Datuk Halidi. Hati Azman mula mengesyaki sesuatu. Sara juga terasa pelik dengan perangai bapanya itu.

Datuk Halidi terus sahaja duduk di meja makan besar yang boleh mengisi 12 tetamu itu.

“Kamu tinggal di mana?” Terpacul soalan itu terus dari mulutnya.

        “Kampung Kerinchi.”

“Hem. Kawasan rumah setinggan tu?

“Err.. Tak. Rumah flat.”

“Oh. Rumah flat. Siapa nama bapa kamu? Apa kerjanya?”

“Nama dia Othman bin Ismail. Dia kerja sebagai pengawal keselamatan di Universiti Malaya.” Jawab Azman. Suaranya sedikit terketar.

“Jadi kamulah yang saya dengar bawak Sara atas motor tempohari?” Jerkahnya.

Azman terkejut mendengar soalan tersebut. Bagaimana Datuk Halidi dapat tahu mengenainya. Adakah Sara yang memberitahu? Persoalan demi persoalan mula menerjah benaknya.

Dia hanya sekadar mengangguk tanpa penafian. Ibu Sara dan Irfan pula seakan tepinga-pinga tak tahu apa yang cuba Datuk Halidi lakukan.

“Siapa yang bagi kamu kebenaran? Kalau kamu berdua accident, cedera, paralyse atau mati macamana? Siapa yang nak dipersalahkan? Cukup ke insuran kamu nak tanggung semua ni? Kamu ni makan untuk sendiri pun belum tentu cukup! Ada hati nak bercinta.”

“Daddy! Apa nie? Apa yang Daddy cakap ni?”

“Kamu pun sama Sara. Ramai lagi orang lain yang lebih baik untuk kamu. Kenapa budak rempit ini yang kamu pilih? Bukankah Farid jauh lebih baik dan berkedudukan. Mat Rempit macam dia ni mana ada vision, mana ada matlamat hidup! Hidupnya menyusahkan orang lain!”

“Daddy!” Suara Sara semakin tinggi dalam serak-serak basah.

“Mulai hari ini saya mahu kamu putuskan hubungan dengan Sara dan saya tak mahu tengok muka kamu lagi. Kalau saya dapat tahu kamu menghubungi Sara. Saya akan teragak-agak untuk mengambil tindakan!”

Semua ini terlalu pedih untuk Azman telan. Tak semena-mena dia bangkit dan melangkah menuju ke arah pintu utama. Napkin yang ada di pehanya dilemparnya ke atas lantai. Dia langsung tidak bersuara. Pintu rumah itu dihempasnya. Berdentum bunyinya memenuhi ruang rumah itu. Hatinya betul-betul terbakar.

“Kamu lihat tu! Budak kurang ajar!”

Sara berdiri, napkin di tangannya digenggam erat. Dia begitu geram dengan tindakan bapanya itu namun dia tak dapat berbuat apa-apa. Dia tahu Farid yang memberitahu bapanya akan semua ini. Tanpa disedari airmatanya bergenang.

“Daddy patut tahu dia yang menyelamatkan Sara tempohari. Kalau tidak Sara dah mati!” Jerit Sara spontan penuh emosi sambil memulakan langkah menuju ke arah tangga menuju ke biliknya di tingkat atas rumah yang tersergam itu.

“Kamu percaya dengan lakonan budak tu? Kalau kamu dalam kesusahan Mat Rempit mana yang tak akan tolong kamu? Daddy rasa mereka akan beratur Sara! Sara dengar tak ni! Beratur nak tolong Sara!”

        Pintu biliknya dihempas. Berdentum bunyinya bergema seluruh rumah itu. Sara terus melabuhkan dirinya di atas katil menangis hiba dengan kejadian tadi. Dalam otaknya lagu Fauziah Latif yang berjudul Kau Merubah Segalanya berkumandang. Lagu yang tak sempat dinyanyikannya itu.

Kau Merubah Segalanya

Kau yang merubah segalanya
Kau sebenar yang mencuri hati
Aku yang masih meratapi kehancuran
Cinta lalu yang tak kesampaian

Apakah yang terburu-buru
Cuba melupakan peristiwa lalu
Atau mungkinkah ku terpesona pada
Kejujuran yang engkau berikan

Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi

Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati

XXXXXX

Dalam pada itu Azman pula terus melangkah keluar dari rumah banglo itu. Pagar tinggi yang terkunci itu dipanjatnya untuk keluar. Dia terus melangkah dan terus melangkah. Sesekali dia berlari anak untuk keluar dari kawasan taman itu. Tiba di pintu gerbang dia melintas jalan menuju ke arah Tesco. Dari situ dia menahan teksi dan terus sahaja beredar. Hatinya panas bukan kepalang. Dirasakan yang semua yang dipegang boleh terbakar tatkala itu. Mungkin orang kaya begitu. Berlagak! Tak berperi kemanusiaan langsung! Getus hatinya.

Dia tak tahu hendak kemana. Nak ke Bangsar bebudak tak ada pada masa ini. Nak balik dia malas. Dia hanya mengikut kata hatinya. Gerak hatinya membawa dia ke tasik Taman Jaya.

Azman melabuhkan punggungnya di bangku di bawah pokok yang agak rendang menghala tasik yang kehijauan itu. Ada beberapa orang lelaki sedang memancing di hujung taman sana. Suasana agak tenang dan nyaman.

Tapi tak semua orang kaya begitu. Datuk Amri yang dikenalinya merupakan seorang yang baik. Rendah diri dan penuh kebijaksanaan. Mungkin keadaan mereka berbeza. Ini menyebabkan layanan mereka berbeza. Keluh hatinya. Hatinya bercelaru dan dia nyata tak dapat mengeluarkan keresahan dari dalam hatinya itu.

Peristiwa tadi masih berada jelas di benaknya. Kata-kata pedas Datuk Halidi masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Fokusnya kemudian tertumpu pada Sara. Sara jelas nampak sedih bercampur marah dan cuba mempertahankannya. Tidak seperti ketika bertemu dengan kawan-kawannya dulu. Dia tak tahu apa nasib Sara ketika itu. Dia juga tak tahu apakah nasib perhubungan dengan Sara selepas ini. Yang jelas dia hanya mahu duduk di situ menghadap tasik mententeramkan dirinya.

Seekor anak burung pipit yang terjatuh dari sarangnya kelihatan mundar mandir seakan tak punya arah tuju menarik pemerhatiannya. Mungkin anak burung itu juga sama nasib dengannya ketika itu.

XXXXXX

Manjoe, Eddy, Shidee dan yang lainnya telah bersedia untuk ke rumah Lord. Memasing siap memakai baju melayu dan berseluar jeans. Mereka sudah menunggu Lord semenjak jam 12:30 tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 1:15 tetapi kelibat Lord masih belum lagi kelihatan. Selama mereka kenal, tak pernah sekali Lord mengajak mereka ke rumahnya. Walaupun Lord tahu rumah setiap seorang dari mereka namun demikian kisah Lord dan keluarganya agak misteri. Lord juga tak suka bercerita tengtang keluarganya malah akan mengelak dari bercerita tentang perihal keluarganya. Mereka pun tak tahu kenapa tetapi nampaknya kali ini keadaannya berbeza.

Perhatian mereka tertarik kepada sebuah kereta MPV Toyota Vellfire berwarna hitam masuk ke perkarangan tempat letak kereta tak jauh dari tempat mereka menunggu. Bentuk badan kereta yang begitu besar itu kelihatan megah menenggelamkan kereta-kereta yang lain.

Kereta itu bergerak perlahan-lahan menuju ke arah mereka dan akhirnya berhenti betul-betul di hadapan mereka. Cermin gelap kereta bahagian penumpang sebelah kiri pemandu itu diturunkan. Kelihatan Lord tersengih di tempat duduk pemandu kereta tersebut.

“Surprise!” Tempik Lord sambil ketawa melihatkan kawan-kawannya yang terperanjat beruk.

“Kat mana lu curi kereta ni Lord?” Tanya Shidee.

“Ni kereta bapa akulah.”

“Lu biar benar...” Sampuk Zul yang sedari tadi diam memandang keseluruhan kereta yang pertama kali dilihatnya itu. Pintu tepi kereta itu terbuka secara automatik.

“Apa lagi? Naik ajelah. Dah lambat ni!”

Mereka berenam menaiki kereta MPV Vellfire hitam yang begitu besar itu dengan perasaan bercampur baur. Mereka merasa hairan dan pelik. Memandang sesama sendiri. Manjoe hanya tergelak melihat telatah mereka. Manjoe naik lantas duduk di depan sebelah Lord.

“Lu cakap bebetul Lord. Kereta siapa ni?”

“Ah! Karang aku ceritalah. Kalau aku cakap pun bukan korang percaya..”

“Wah! Semua seat ada TV la.. Hebat!” Jerit Eddy yang duduk di belakang sekali.

“Cerita lima bintang tak ada ke Lord?” Sambungnya lagi.

“Ada. Cerita Tom and Jerry!” Lord menyakat.

“Uih! banyaknya punat. Boleh tekan ke Lord?” Ujar Zul pula.

“Tekanlah! Sesilap lu melambung keluar.” Jawabnya berseloroh.

Zul menekan salah satu punat yang terletak di kerusi itu. Ia bergerak dan menukar kepada posisi berbaring. Eddy yang duduk di belakangnya tersepit.

“Oi! Oi! Agak-agaklah!” Marah Eddy yang tersepit.

“Alah Di, alang-alang naik, ushalah apa yang patut! Ujar Zul sambil mengembalikan posisi tempat duduknya.

Mata mereka liar memandang ke arah kenderaan-kenderaan lain yang ada di sepanjang perjalanan dari Bangsar Park ke Shah Alam. Mereka merasa begitu bangga dapat menaiki kereta tersebut.

Lord memandu menuju masuk ke kawasan seksyen 9 Shah Alam. Salah satu daripada kawasan yang perumahan elit di Shah Alam itu. Memasuki sebuah lorong di situ kelihatan kereta-kereta mewah pelbagai jenis terletak menjalar di sepanjang jalan. Enam khemah berenda biru terpacak teguh di halaman depan sebuah rumah banglo tiga tingkat. Ramai juga tetamu yang telah berada di situ. Mereka semua terkejut bila Lord masuk ke perkarangan rumah banglo yang tersergam itu dan berhenti di betul-betul di perkarangan rumah tersebut. Empat biji kereta mewah yang ada di garajnya menambahkan lagi kegerunan mereka.

“Okay. Dah sampai. Turunlah. Apa lagi? Naik free nak naik lelama pulak!” Sakat Lord kepada mereka yang masih terlopong.

“Mak ai! Lord kau biar betul. Ini rumah kau ker?” Ujar Zul. Matanya memandang keliling. Sebuah kolam renang yang besar kelihatan di sebelah kanan rumah tersebut.

“Yelah! Takkan aku nak bawa korang pergi rumah orang lain pulak?..” Jawabnya ringkas.

“Patutlah orang panggil kau Lord.” Sampuk Eddy pula.

“Aku tak sangka cempedak menjadi nangka, patutlah dia tak pernah putus duit. Anak orang kaya rupanya...” Shidee tak nak ketinggalan memberi kenyataan.

“Patutlah dia tahu semua protokol orang kaya. Mati-mati aku ingat dia kerja kat hotel dulu.” Zul menambah.

Lord hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya itu sambil mengenyit mata kepada Azman.

Seorang lelaki separuh umur yang memakai baju melayu berwarna ungu lengkap dengan samping bercorak dan songkok mendekati mereka.

“Manjoe! Lama dah tak datang rumah uncle kan? Tak sudi ke?”

“Bukan gitu Uncle. Saya kerja tak menentu. Sibuk. Banyak hal Uncle.” Jawab Azman walaupun pada hakikatnya dia segan untuk ke rumah itu. Dia tahu kedudukannya dan dia merasakan yang rumah ini bukan tempat untuknya.

Kawan-kawannya yang lain terkedu. Rupa-rupanya Lord memang anak datuk. Anak kepada Datuk Amri. Mereka juga terkejut dengan sapaan bapa Lord itu. Bagaimana Datuk Amri mengenali Azman. Ini menimbulkan tandatanya kawan-kawannya. Ditambah pula dengan Datuk yang juga memanggil Azman dengan nama Manjoe.

“Jemputlah masuk. Sekejap lagi orang masjid sampailah tu.” Ujar Datuk Amri kepada mereka semua.

Majlis kenduri tahlil dan doa selamat itu berjalan dengan lancar. Kenduri tahlil arwah telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat negara ini dan ada yang mengganggapnya sebagai bida’ah. Apapun ia terpulang kepada individu itu masing-masing. Selepas berdoa para tetamu disajikan dengan makanan yang telah sedia terhidang di atas meja di bawah khemah.

Setelah menjamu selera, para tetamu yang ramai itu mula beredar, Azman dan kawan-kawannya pula duduk di  varandah. Tak lama kemudian kelihatan Lord beserta bapanya melangkah menuju ke arah mereka. Datuk Amri terus sahaja duduk di hujung meja lagak seakan seorang pengerusi majlis diikuti Lord di sebelahnya.

“Dah kenyang semuanya?” Soalnya.

“Alhamdullillah... Sedap lauknya Datuk.” Jawab Zul seraya mengusap perutnya yang membonjol. Yang lain hanya mengganguk setuju.

“Tak ayahlah panggil Datuk. Panggil Uncle sudahlah. Untuk pengetahuan kamu Uncle dulu orang susah. Sekarang ni Alhamdullillah. Uncle sebenarnya tak mahu Azli ni susah. Tapi katanya dia nak belajar hidup. Maka uncle tak kesahlah. Itu pilihan dia sendiri. Uncle tak nak halang. Kesusahan bagus sebagai pengajaran sebenarnya. Ia juga salah satu dugaan Allah. Manusia selalu lupa Allah bila dia senang, tapi bila dia susah barulah dia nak ingat. Jadi kamu semuanya ini janganlah risau kalau kamu susah sekarang. Ia dugaan yang pastinya akan menguji keimanan kamu kepada Allah Taala.” Datuk Amri tak semena-mena membuka cerita.

“Lagipun uncle percaya pada Manjoe ni.” Sambungnya sambil menepuk bahu Azman.

Azman hanya tersenyum. Mereka yang lain hanya menggangguk tanda faham kenapa Lord tak kesah melepak dengan diorang.

Ni Uncle nak pesan. Dalam hidup ni kalau kita gigih dan punya sikap yang betul pasti kita akan berjaya. Janganlah jadi orang yang malas dan lemah. Tapi jadilah orang yang rajin dan sentiasa bersemangat. Nak merempit tu pun kena ada wawasan okay.

        Mereka menggangguk bersetuju dengan kata-kata Datuk Amri itu.

        “Hah! Itu Danial baru sampai. Dia ada exam katanya.” Tiba-tiba perhatian Datuk Amri beralih bila dia mendengar bunyi kereta yang menderu masuk ke perkarangan rumah tersebut. Kereta itu tidak kelihatan namun dari bunyinya mereka tahu ia merupakan sebuah kereta sport.

Tak lama kemudian seorang lelaki muda yang segak berkulit kuning langsat memasuki kawasan varandah tempat mereka berkumpul. Dia memberi salam lantas terus bersalam dengan Datuk Amri dan mencium tangannya. Kemudian Lord berserta yang mereka yang lain.

“Kenalkan ini Danial, adik Azli... Dia masih belajar di UIA.” Datuk Amri memperkenalkan anak lelaki keduanya.

        “Maaf adik terlambat ayah. Ada exam tadi..”

        “Eh! Abang Man! Lama tak datang? Ayah dengan Mama selalu tanya pasal Abang Man.” Ujar Danial sebaik ternampak Azman. Mereka bersalaman.

        “Sibuk sikitlah Danial.” Azman pantas memberi alasan.

        “Ayah, saya naik atas kejap, karang saya turun okay..”

        Datuk Amri menggangguk. Danial menuju e arah tangga meneruskan langkahnya naik ke tingkat atas.

“Hah! Yang ni lain pulak. Abangnya suka belajar susah, adiknya pulak nak senang aje. Langsung tak boleh susah sikit. Kekadang pening kepala uncle ni.”

Anyway, kita manusia ni sama je. Kaya ke miskin, ada pangkat ke tidak, masalah tetap ada Mungkin masalah kewangan tak ada tapi bila ada duit ramailah pulak yang datang minta tolong itu ini. Masalah dalam keluarga dan sebagainya semua ada. Tak ada bezanya dari orang lain. Ni ha, si Azli dengan Danial tu pun macam anjing dengan kucing dari dulu sampai sekarang.” Cerita Datuk Amri ikhlas. Lagaknya seakan seorang bapa yang sedang menasihati anak-anaknya.

Lord sekadar tersenyum.

“Bagus jugak ayah nasihatkan diorang ni. Bukan apa ayah, diorang ni pandang tinggi sangat pada Datuk, Tan Sri ni. Padahal kita semua sama je. Tu pasallah Abang bawak diorang datang kenduri hari ni.”

“Oh! Patutlah tak pernah nampak batang hidung kawan-kawan abang selama ni. Ada sebab rupanya...”

“Tak boleh bawak ayah, diorang ni bukannya ada tata tertib. Tak ada wawasan.” Lord berseloroh sambil menjuihkan mulutnya pada kawan-kawannya..

“Ehh! Siapa kata kitorang tak ada tatatertib. Tak nampak ke kitorang duduk dengan penuh sopan santun ni? Tolong sikit ar. Sori ye Datuk.” Lekas Shidee menjawab menangkis hujah Lord.

“Datuk, nak buat satu permintaan boleh?” Tanya Eddy pula.

“Apa dia?”

“Nak tumpang mandi kat swimming pool boleh?” Tanya Eddy selamba.

“Hah! Ayah tengoklah tu! Betul ke tu?” Jari Lord menuding pada Eddy.

“Tak apa.. Ada bawak pakaian mandi tak?” Jawab Datuk Amri seakan faham dengan runtunan jiwa anak-anak muda itu.

“Alah Datuk, pakai seluar kecik pun boleh!” Jawab Eddy lagi. Mereka semua tergelak dengan gelagat si Eddy. Eddy memang begitu dengan sifatnya yang agak gila-gila.

        “Kalau nak mandi petang nantilah. Minta Azli seluar dengan tuala okay.” Datuk Amri memberi keizinannya.

        “Orait!” Eddy menyahut gembira.

        “Dah.. dah.. Sebelum tu jom pergi tolong Katerer tu kemaskan barang-barang diorang.” Lord memberi syaratnya.

        “Yelah...”

        Datuk Amri tersenyum, sejurus itu Datin Aini datang mengajaknya ke ruang tamu kerana ada tetamu yang ingin bersalaman untuk pulang. Dia bingkas bangun meminta diri.

        “Apalah kau ni Eddy... tak boleh bawak majlis langsung! Ujar Zul.

        “Weh, korang nak mandi swimming pool ke tak? Free ni!” Eddy memberikan saranan.

        “Boleh ke Lord?”

        “Boleh aje.. Apa ada hal... What are friends for? Janji tolong aku kemas depan tu.”

        “Orait!” Jawab mereka serentak.

“Nasib baik hari ni tak bawak gadis-gadis tu!” Kata Zul pula.

        Mereka semua bangun menuju ke dalam, melalui ruang tamu untuk ke bahagian depan banglo tersebut. Mereka semua mahu membantu untuk berkemas.

Tiba-tiba ekor mata Azman terpandang kepada kereta yang diletakkan di belakang kereta Mercedes S350 berwarna perak milik Datuk Amri. Kereta yang sudah sekian lama berada dalam fikirannya. Nissan Skyline berwarna biru. Dia yakin itulah kereta yang membantunya semasa turun dari Genting Highland dengan Sara hari tu.

“Itu kereta Danial ke Lord?” Tangan Azman menuding pada pada kereta yang dinayatakannya itu.

“Ha’ah”

“Bila Danial tukar kereta ni Lord?”

“Lama dah. Ada setahun bro.”

“Kenapa lu tanya?”

“Karang aku cerita, adik kau tu mana?

“Tu ha. Panjang umur dia.” Kelihatan Danial di muka pintu sedang memakai selipar untuk keluar.

“Kau pergilah dulu. Aku nak jumpa dia kejap.” Ujar Azman.

“Ok.”

Lord meneruskan perjalanan menuju ke arah khemah sedangkan Azman pula berpatah balik menuju ke arah Danial.

“Terima kasih hari tu. Nasib baik Danial ada. Penat abang pikir. Ingat siapa...”

“Itulah yang nak cakap dengan Abang Man tadi. Tak ada hallah. Small matter je tu. Danial pun baru keluar dari Uni nak ke Cheras jumpa kawan. Lepas tu nampak kereta Evo putih tu nak langgar abang.”

“Macamana Danial boleh kenal abang?”

“Takkanlah motor kuning famous abang tu saya tak kenal pulak.”

“Kenapa Evo putih tu nak langgar abang? Apa kes?”

“Dia tak puas hatilah tu. Kau baik-baik dengan budak kereta Evo putih tu..”

“Tahu. Dah cek pun. Dia tu anak Tan Sri. Farid namanya. Bebudak saya cakap dia memang berlagak bang...”

“Abang Man bawak siapa hari tu? Dari belakang nampak macam model!”

“Kawan abang..”

“Ohh! Abang Man dah ada girlfriend ye?”

“Ish! Mana ada!” Azman tak tahu apa yang hendak dikatakan. Kejadian tempohari dengan Sara dirahsiakan sahaja. Entah kenapa dia tak mahu menceritakan tragedi yang berlaku pada kawan-kawannya.

        Selepas mengemas dan membantu membersihkan kawasan rumah Datuk Amri itu, mereka semua sepakat untuk mandi dalam swimming pool di rumah tersebut. Ia merupakan hari yang menyeronokkan bagi Azman juga kawan-kawannya. Mereka gembira dan bangga kerana mendapat tahu kawan baik mereka adalah seorang anak Datuk dan apa yang penting mereka gembira kerana Lord merupakan seorang yang kawan yang baik selama ini.

        Bagi Azman pula misteri kereta biru Nissan Skyline itu akhirnya terbongkar. Dia tersenyum puas sambil memerhatikan keletah kawan-kawannya dalam swimming pool itu. Lord juga telah tahu mengenai kejadian tempohari dan dia juga berterima kasih pada Danial. Dia juga tak sangka yang adiknya itu sanggup membantu kawannya. Ini kerana selama ini dia menyangka adiknya hanya pentingkan diri sendiri. Mereka berdua kelihatan duduk berborak di meja berdekatan. Sesuatu yang telah lama tidak mereka lakukan. Itu Azman pasti. Apapun di hatinya melekat wajah Sara yang ayu. Namun dia masih terluka dengan kejadian tempohari. Diam dan melekakan diri dengan keadaan semasa adalah lebih baik bisik hatinya.

No comments:

Post a Comment