Followers

Thursday, October 24, 2013

Bab 3 - Novel Paling Best Pernah Dibaca - Novel Trilogi Man Rempit 1

Bab 3 - Hadiah dari si dia...

“Manjoe! Ada bungkusan courier sampai untuk kau tadi. Abang letak kat meja Suraya tu ha.” Beritahu Zukhri supervisor Azman padanya sejurus dia masuk ke pejabat. Tangan Azman menjinjing nasi bungkus dengan air sirap makanan tengaharinya.

“Dari siapa bang?”

“Manalah abang tahu..”

Dia nampak di atas meja receptionist tak jauh di hadapannya sebuah bungkusan yang dibalut dengan plastik courier berwarna putih berjalur merah. Azman melangkah menuju ke meja tersebut. Bungkusan itu diambilnya. Tagnya dibaca. Buat Manjoe siap dengan alamat pejabatnya.

“Buat Manjoe?...”

Dibacanya pula bahagian kiriman. Daripada Sara Yasmin. Beralamat di Universiti Malaya.

“Mungkin ke..? Mana dia tahu alamat aku?...” Bisiknya lagi. Dahinya berkerut.

Azman melangkah menuju ke bilik stor tempat dia berehat dan makan tengahari. Dia duduk. Nasi bungkus dan plastik airnya digantungkan pada paku yang tersedia. Bungkusan itu dibuka. Di dalamnya ada sekeping kad berwarna hijau muda dengan sebuah kotak berwarna coklat tertulis Bohemian Crystal di atasnya.

Kad itu dibukanya.


Dear Manjoe,

I tak sempat nak ucapkan terima kasih from the bottom of my heart pada you for helping me the other day when others do not even bother. It seems like the world these days are filled with selfish people. I don’t want to think of what would happen if you don’t rescue me. Surely it would be hell. I am sorry that I can’t expressed myself well in Bahasa Melayu, so I might as well say it in English if you don’t mind. Again my sincere gratitude for you.

A man with kind heart.

Salam perkenalan,

Sara Yasmin

P.S. Hope you liked it.


Azman tak berapa faham apa yang tertulis pada kad itu. Tak mengapa dia boleh bertanya pada Lord bila berjumpa malam nanti kata hatinya. Apapun kotak coklat itu dibukanya. Ada kertas putih menutupi. Bila ia dibuka sebuah gelas kristal berukir cantik terdapat di dalamnya.


Image result for bohemian crystal glass

“Hem... Susah-susah je. Tak kesahlah. Boleh guna ni...” Tangannya mencapai gelas air sirap yang tergantung itu lantas menuangnya masuk ke dalam gelas tersebut. Kotak dan bungkusan hadiah itu dibuangnya ke dalam tong sampah bersebelahan dengannya.

Azman terus menjamu selera. Perutnya dah lama berkeroncong. Selepas makan, gelas itu dijadikan tempat habuk rokok pula. Fikirannya menerawang.

“Takkanlah awek cun macam tu minat kat aku. Tak logik. Tah-tah dia nak mainkan perasaan aku tak?... Ah! Pedulikanlah...”

XXXXXXX

Mamak! Macam biasa teh tarik satu, roti garing satu! Teriak Azman sebaik tiba di gerai mamak Jalan Telawi itu.

“Malam ni kita nak ronda mana pulak? Wa rasa satu KL ni dah habis kita pusing tapi masih tak jumpa juga kereta Honda Intergra hijau tu. Tanya Lord sebaik sahaja Azman duduk dibangku menghadapnya.

“Wa cadangkan kita ke Nilai.” Saran Azman.

“Nilai, Negeri Sembilan?”

“Jauh tu.”

“Tak jauhlah dalam 50 km jer dari sini. Kita ke Port Dickson hujung minggu selamba je. Lagipun lu kan suka layan top speed motor lu tu?”

“Kenapa Nilai pulak.”

“Sebab aku dengar bebudak kereta tu sekarang main kat sana. Budak drift pun ada yang ke sana. Kat KL ni line dah tak clear... Banyak polis. Mungkin mamat Intergra tu ada kat sana.

“Wa sampai hari ni masih ingat lagi dia buat bentuk S di jalanraya dengan skid keretanya di jalanraya. Gua masih ingat lagi kesan tayar bentuk S yang dia buat kat Kesas tu dulu. Kesian Joe. Sampai sekarang kita tak jumpa siapa yang langgar dia. Polis pun tak boleh nak buat apa.”

Image result for skid marks on the road

“Tulah. Boleh dikatakan setiap minggu kita pusing merata cari kereta Honda Intergra tu tapi sampai sekarang entah mana hilang aku pun tak tahu. Aku ingat lagi nombor platnya. WFX52. Aku sure mamat tu anak orang kaya.”

“Lord, wa nak minta tolonglah.” Sampuk Manjoe yang baru sahaja sampai membantutkan perbualan antara Lord dan Shidee.

“Tolong apa pulak ni?”

“Ni kes hidup atau mati.”

“Lu biar betul Bai!”

“Ni ha! Lu tolong terangkan sikit.” Tangan Manjoe menghulurkan kad berwarna hijau muda itu pada Lord. Anak muda yang boleh tahan juga ketampanannya walaupun orangnya agak rendah.

Sampul surat itu dibuka dan kad itu sudah berada ditangannya. Eddy dan Zul juga menempel memanjangkan kepalanya bak zirafah ingin tahu kandungan kad tersebut.

“Tulah. Mak suruh pergi sekolah lu ponteng. Dok bawah kolong hisap rokok.”

“Hek eleh! Lu pun sama!”

“Wa lain bro. Wa stok pick up punya.”

“Dahlah lu baca ajelah.”

“Yelah! Yelah!”

“Dia kata... Wal tumfuk-tumfuk tahi hunta.”

“Woi! Ada yang kutip gigi ni kang.” Jerkah Azman geram.

“Marah nampakkkk.”

Lord membacanya. Zul dan Eddy juga.

“Huiyoooo!” Serentak mereka bersuara.

“Tahniah! Tahniah!” kata Eddy. Tangannya dihulurkan bersalaman dengan Azman yang kelihatan blank di saat itu. Zul menurutinya.

“Apa pulak ni. Sawan ke korang ni? Apa dia cakap Lord!”

“Yelah Lord, cakaplah kitorang pun dah lama tunggu ni.” Bikin saspen je.” Sahut si Ayu.

“Dia kata, Saya ucapkan terima kasih ikhlas dari hati sebab lu tolong dia tempohari pada masa orang lain buat tak peduli. Katanya dunia penuh dengan orang yang mementingkan diri sendiri. Dia juga tak mahu fikir apa akan jadi kalau kau tak tolong dia masa tu. Mungkin masuk dalam neraka.

“Lu biar betul Lord!

“Betullah! Hell kan maknanya neraka. Sambil menunjukkan perkataan hell pada kad itu pada Manjoe.” Zul dan Eddy menggangguk setuju.

“Okay. Lagi apa katanya?”

“Dia kata dia minta maaf sebab dia tak pandai nak sampaikan maksud dalam Bahasa Melayu so dia pakai bahasa Inggeris. Pas tu dia kata lu ada hati yang baik. Pergh! Itu yang kitorang tak tahan tuh.”

“Ini petanda awek ni minat kat kau ni bro!.”

“Kau biar betul! Giler ke apa.

“Meh aku tengok kad tu.” Pinta Alia pada Lord. Lord menghulurkannya.

“Dasat! Sungguh aku tak sangka. Cempedak menjadi nangka!” Tambah si Shidee.

“Eh! Dia ada bagi hadiahlah. Ni ha ada tulis. Dia bagi apa Man? Tanya Alia ingin kepastian.”

“Gelas..”

“Gelas? Gelas apa?”

“Ntah. Ada jenama dia Bahamas Kristal, Bohemi Kristal ke apa tadi. Aku dah buat ash tray!”

“Gila kau! Bohemian Crystallah. Mahal tu! Itu gelas buat perhiasanlah! Sesilap seribu harga dia!” Jerkah Lord menerangkan.”

“Hah! Lu biar benar bro! Takkan gelas sebiji sampai seribu hinggit?”

“Betullah!”

“Wow! Anak orang kaya ni.”

“Untunglah lu bro. Tak sia-sia mak lu mengandungkan lu!”

“Ini dah kira kes serius ni.”

“Lu dapat nombor telefon tak?”

“Wa dah buang bungkusan dia. Tak perasanlah pulak.”

“MasyaAllah. Bengap betul mamat ni!”

“Jom kita pergi ambil. Lu ada kunci ofis kan. Lu kena telefon Sara nih malam ni jugak! Cakap terima kasih. Mahal tuh!”

“Erkk.. Ada.. Gua harap makcik cleaner tu tak buang lagilah.”

Masing-masing menunggang motor, Ayu dan Alia pula membonceng pasangan mereka memecut menuju ke Subang Jaya. Destinasi – Pejabat Manjoe.

Setibanya di sana Manjoe terus membuka pintu pejabatnya dan memetik suis lampu. Mereka menderu masuk mengekori Manjoe ke bilik setor yang letaknya di belakang pejabat tersebut.

“Ada! Ni ha. Plastik bungkusan, kotak dan semuanya dikutip kembali.

“Ayu, tolong basuh dan lap gelas ni balik.” Ujar Lord pada Ayu gadis berambut panjang yang berdiri di luar bilik setor itu. Dia menurut.

“Ada! Nombor telefonnya.”

“Okay! Telefon!”

“Ish! gilalah. Dah pukul 11.30 malam ni. Lewat sangat ni. Besoklah.” Manjoe memberi alasan.

Ayu kembali dengan gelas kristal yang telah kembali berkilat. Dia membalutnya dengan kertas yang ada dalam kotak itu dan menyimpannya kembali.

“ Ni kau simpan kat dalam almari Man, mahal ni. Kenalah hargai sikit. Aku perempuan kalau aku bagi kat balak aku dan kalau dia tak hargai sedihlah hati aku ni.” Ayu menyampaikan amanatnya sambil menghulurkan kotak yang bercop Bohemian Crystal itu kepada Azman.

XXXXXX

Image result for restoran al salam bangsar

Pagi hujung minggu itu awal lagi Azman dah keluar menuju je Restoran As Salam di Bangsar. Dia dah berjanji untuk berjumpa dengan Lord. Ada perkara penting yang ingin dibincangkannya. Dia berhasrat untuk bertanya pada Lord apa yang perlu dilakukan seterusnya mengenai perihal Sara Yasmin. Dia berasa kekok tetapi dia tahu dia mesti menelefon paling tidakpun untuk mengucapkan terima kasih kepada Sara atas hadiahnya yang begitu mahal. Hadiah yang tak setimpal dengan bantuan yang dihulurkannya. Begitulah perasaannya.

“Kalau lu dapat telefon dia, biar dia bercakap, lu jangan potong, lu ikut je rentak dia. Yang penting objektif lu nak jumpa dengan dia. Lu bagi alasan nak pulangkan balik saputangan dia tu.”

“Okay.”

    “Haa.. satu perkara penting, lu kena ubah cara cakap.” Ujar Lord setelah Azman membuka cerita.

“Ubah cara cakap? Nak kena cakap macamana?”

“Wa rasa lu tak yah pakai I you... formal sangat. Jangan pakai wa lu.. brutal sangat. Pakai saya awak dah cukup.”

“Heiii gelinya gua! Saya Awak? Aku Kau tak boleh ke?”

“Aku Kau dengan kitorang ni bolehlah.”
       
“Ingat! Saya awak!”
       
“Okay! Okay!”

“Sekarangpun dah pukul 9 pagi, aku rasa sesuai dah ni kalau telefon.” Saran Lord setelah menyampaikan tip-tip yang dirasakannya perlu.

“Okay. Tapi aku gabra lah bro’. Buatnya dia tak layan aku kang, macamana?”

“Jangan risau aku ada ni..” Lord memberi semangat.

Setelah mengumpulkan keyakinan, perlahan-lahan, Azman mendail nombor pada telefon bimbitnya. Dia dah siap top up prepaid RM30.00 pagi tadi semata-mata untuk menelefon Sara.

Bunyi nada dering lagi Trouble is a friend nyanyian Lenka kedengaran di hujung sana. Hatinya berdebar-debar. Jantung berdegup laju.

        Tap. Butang merah telefon bimbitnya ditekan. Dia tak berani untuk meneruskannya.

        “Tak bolehlah Lord. Berdebar hati aku ni..”

        “La rempit punya laju lu tak berdebar pulak. Apalah lu ni bro’!” Lord mengeleng-gelengkan kepalanya. Air teh tariknya diteguk perlahan. Dua tiga orang pelanggan sekali sekala memandang dan tersenyum sinis melihatkan gelagat mereka berdua. Tak ubah seperti seorang guru mengajar anak muridnya.

        “Meh sini, biar aku yang call!” Sergahnya tiba-tiba.

        “Ehh! Janganlah Lord.... Okay! Okay! Aku call. Aku call!”

Sekali lagi Azman mengenggam telefon bimbitnya. Nombor Sara telah terpapar. Butang hijau ditekannya.

        “Hello...” Terdengar suara halus seorang perempuan di hujung talian sebelum sempat lagu Lenka tadi berbunyi.
       
“Hello... Assalamualaikum.. Boleh saya bercakap dengan Sara Yasmin..”
       
“Wa’alaikumussalam.. Ini Sara Yasmin bercakap. Siapa tu?”
       
“Ini Man.. Err.. Manjoe..”
       
“Ohh.. Manjoe... U ke yang telefon tadi?”

“Ha’ah tapi terputus...” Azman mencari helah.
       
“Sssaya nak ucapkan terima kasih sebab awak bagi hadiah tu..”

“Oh. Tak apa. Sebenarnya I rasa bersalah sebab I tak sempat nak ucapkan terima kasih hari tu.”

“Macamana luka U? Dah elok?”

“Bolehlah.. kali masih ada rasa sakit lagi.” Terang Azman.

“Mmm... Mana awak dapat alamat saya?” Dia menguatkan diri bertanya pada Sara.

“I pergi ke bengkel yang you cakap tu. Betulkan cermin kereta tu.”

“Oh.”

Suasana senyap seketika. Azman resah, dia tak tahu apa lagi yang hendak dicakapnya.

“I rasa nama Manjoe bukan nama sebenar you kan? Apa nama sebenar you?”
       
“Azman Affandi”

“Haa.. Sedap nama tu. Boleh I panggil you Man aje?”

“Okay.”

“Kenapa nama panggilan you Manjoe pulak?”

“Panjang ceritanya.”

“Nanti kalau kita jumpa, you ceritakan macamana you dapat nama Manjoe tu. Boleh?”
       
“InsyaAllah.”
       
Diam lagi.
       
“Okaylah. Terima kasih lagi sekali ye.”
       
“Assalamu’alaikum.”

Dengan cepat Manjoe meletakkan telefonnya. Dia dan tak ada ilham untuk berbicara. Benaknya masih nampak kelibat gadis cantik yang keluar dari kereta beberapa hari lepas. Kelibat itu membuat lidahnya kelu.

“Woi! Apa ni? Apasal lu tak ajak dia keluar?”

“Wa seganlah Lord.” Kata Azman sedikit kesal dengan kekalutannya itu.

“Adoi ai. Atas motor punyalah handal, nak ajak gadis keluar penakut? Lu ni buat malu kaum je. Patutlah tak ada makwe sampai dah tua bangka ni.”

“Weh! Mana ada tua la. Umur 23 hati 17 tahun tau! Muda remaja lagi.” Jawab Manjoe dengan tangan kanannya memegang dada.

“Melepaslah nampaknya ni.”

“Tak apalah. Nanti kalau ada masa aku cuba telefon lagi.”

“Sudahlah lu. Wa tak percayalah.”

Azman tahu satu kelemahannya yang utama. Dia punya masalah bila berdepan dengan seorang perempuan. Ini kerana pada perasaannya dia tak punya wajah yang cukup baik untuk mana-mana gadis. Masalah ini begitu sukar untuk diatasi tetapi kali ini entah kenapa kali ini dia mahu berkenalan dengan Sara dan memberanikan diri walaupun selama ini dia tak pernah berbuat demikian.

Dahulu pernahlah Rozita jirannya mengajak dia keluar. Walaupun dia biasa nampak Rozita gadis berkulit hitam manis yang tinggal selang 2 rumah dengan rumahnya tetapi, bila keluar makan walaupun hanya di gerai di tingkat bawah, dia tak dapat bersuara. Mulutnya terkatup bisu hingga dijadikan bahan ketawa oleh gadis itu sehingga kini. Habis kisahnya itu diceritakan ke seluruh blok.

XXXXXX

         
Petang itu Azman mengambil keputusan ke bengkel motosikal yang letaknya di Bangsar untuk membaiki pedal breknya yang bengkok. Sedang dia memerhatikan mekanik bengkel itu membaiki motornya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tanpa melihat paparan panel telefon itu terus sahaja diangkatnya.

        “Man! Ni Sara ni.”

“Eh!.. Cik Sara. Ada apa-apa ke?” Jawab Azman kalut. Dia tak sangka gadis itu akan menghubunginya.

“Tak.. nak tanya.. boleh tak I belanja Man keluar dinner.”

“Tapi saya tak ada kereta. Saya naik motor je.. Okay ke?”

No problem. I tak kesah.. Kita jumpa somewhere lepas tu you naik kereta dengan I okay?”

“Awak tak takut ke dengan saya?”

“Tak. I trust you.”

“Err.. Trust tu apa?”

“Ops.. Trust tu maknanya percaya. I percaya pada you. I pun tak tahu kenapa.”

“Er.. Okay... Err.. Kita nak pergi mana?”

“I bawak you pergi makan malam kat satu tempat ni. I belanja.”

“Tak apalah. Kita tongtong.”

“Tongtong? Tongtong tu apa?” Soal Sara.

“Err.. Kongsi. Kita kongsi.”

“Ohh.. Kongsi. Kongsi boleh jugak.”

“Kita nak jumpa kat mana?”

“You tinggal di mana?”

“Kg Kerinchi.”

“Okay, I ada assignment nak kena siapkan. Kita jumpa di Amcorp Mall boleh? Jam 8.00 malam.”

“Okay.”

“Then it’s confirmed. Kita jumpa Sabtu malam Ahad jam 8.00 malam. Jumpa kat depan Amcorp Mall.”

“Okay.”

“Jangan lambat tau.”

“Okay.”

“See you then. Bye.”

“Bye. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Terketar tangan Azman memegang telefon bimbitnya. Dia tak menyangka yang Sara akan mengajaknya keluar. Keluar makan malam pulak tu. Setelah motornya dibaiki dia terus sahaja menuju ke kedai mamak tempat mereka selalu melepak. Dia yakin kawan-kawannya pasti ada berkumpul di sana.

“Di..di.. Dia ajak aku keluarlah.” Ujarnya pada Lord sejurus sampai.

“Okaylah tu!” Sahut Lord gembira dengan perkembangan Azman.

“Ha! Nasib baik perempuan tu ajak.. Kalau tak masuk angin keluar asaplah jawabnya kau Man.” Lord mengejek.

“Masuk air betullah.” Zul menyampuk.

“Itu tandanya dia suka pada lu.” Kata Eddy pula.

“Tak pun dia desperado.” Shidee membuat andaian sambil menghirup teh tariknya.

“Takkanlah awek cun desperado Shidee.” Zul menyangkal.

“Boleh jadi apa, sebabnya orang tak berani dekat. Maintainance tinggi bro!” Jawab Shidee seakan berhujah.

“Dia kata jumpa kat mana?”

“Amcorp Mall. Dia nak ajak makan malam.”

“Bravo Manjoe. Malam ni minum Manjoe belanja sebab dia dapat awek.”

“Yezza!” Kata mereka serentak.

Azman hanya ketawa dengan telatah kawan-kawannya itu. Masing-masing punya pandangan dan pendirian yang tersendiri. Apapun dia bersyukur kerana punya kawan-kawan yang memahami dan selalu membantu dalam apa juga hal termasuklah dalam hal perhubungan dengan perempuan kerana dia tahu dia begitu lemah mengenainya.

Bersambung...



Pergi ke bab 4 - Tekan link ini. Bab 4 Novel Inspirasi trilogi Man Rempit.

Kembali ke bab 3 - Tekan link ini. Bab 3 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.


Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?

Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;

1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III      - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit

Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.




SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT

Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?

Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.

Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?

Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.


BIODATA PENGARANG


AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP

Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.

Mendapat Pendidikan Awal di ;

SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;

Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )

Mengarang buku ;

Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
 ( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
 ( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
        Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21


Menyelenggara buku ;

Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.

Aktiviti lain ;

  • Menjalankan seminar pelaburan saham.
  • Menjalankan kursus motivasi.
  • Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
  • Blogger – www.faizalyusup.netwww.motivasiku.blogspot.com
  • Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
  • Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,

Hubungi  Penulis ;

Email         :       greng70@yahoo.com
Facebook   :       Faizalyusup
Blog          :       www.faizalyusup.net
No. HP       :       016 - 666 7430



Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment