Followers

Thursday, October 24, 2013

Bab 7 - Novel Paling Best Pernah Dibaca - Novel Trilogi Man Rempit 1

Bab 7

“Wah! Motor baru dia sudah sampailah.” Teriak Shidee yang perasan kehadiran Lord dengan motor RXZ putihnya yang baru dibelinya.

“Bau kedailah Lord.” Kata Zainal sebaik Lord turun dari motornya. Lord tersengih bak kerang busuk bangga dengan motor barunya itu.

“Bila kau pergi ambil? Tak ajak pun..” Kata Manjoe.

“Pagi tadi. Baru siap daftar.” Terang Lord.

        “Malam besok ada orang ajak mainlah. Boleh pakai motor baru lu ni Lord..” Ujar Shidee.

        “Ish! Motor ni tengah running in lah. Dara lagi. Mana boleh bawak lebih 80 km/j.” Jelasnya lagi.
       
“Budak mana Shidee?” Tanya Zul pula.
       
“Budak Selayang...”

        “Apa habuannya?”

        “RM500.00... Letak dalam tin Milo...”

        “Kat mana?” Soal Lord lagi.

        “Selayang ler...”

        “Manjoe... Macamana?”

        “Sorilah Lord. Aku tak naklah. Sejak kes Joe aku tak mahu terlibat lagilah.”

Berlumba dan menguji keupayaaan motosikal di hujung minggu telah mejadi lumrah Mat Rempit seperti mereka. Perlumbaan dijalankan di atas jalan raya dalam pelbagai keadaan. Ada yang jalan lurus, ada yang bengkang-bengkuk, ada yang melawan arus, ada yang di dalam gelap, ada yang di dalam kesesakan lalu lintas, ada yang pusing round about, lumba dengan kereta dan sebagainya. Habuannya juga berbeza baik dari segi duit, bohsia, motor dan sebagainya. Manjoe sudah pernah mengalami semuanya sekali.

Satu ketika dahulu dia dengan adiknya Joe begitu dikenali dikalangan Mat Rempit sebagai yang terbaik diantara mereka. Namun itu semua telah berlalu. Kemalangan Johari telah menyebabkan Manjoe serik lantas berhenti berlumba.

Kisah kemalangan, kecederaan juga kematian merupakan kisah biasa yang sentiasa meniti bibir mereka begitu juga kisah dikejar dan diberkas pihak berkuasa namun semua ini tak pernah mematahkan semangat mereka yang sentiasa membara untuk merempit dan berlumba. Merempit memberikan satu macam kepuasan dalam hati mereka yang memahaminya.

        “Lord, wa peliklah tengok lu ni tak pernah putus duit dan pasti motor dah siap dituning untuk kegunaan di hujung minggu. Ni ha lu keluar RXZ baru. Motor lama tak jual pulak tu. Mana lu dapat duit banyak gitu. Lu jual dadah ke?” Tanya Shidee tiba-tiba mencari kepastian.

        “Eh! Ada ker. Kalau lu nak tahu wa jadi gigololah.” Jawab Lord sambil ketawa.

        “Ah! Tak boleh bawak berunding lu ni. Buang angin je!” Getus Shidee geram.

“Aku rasa korang berdua ni macam ada benda je yang korang sorok dari pengetahuan kitorang.” Sambungnya lagi tak puashati dengan jawapan Lord berserta jelingan bermaknanya pada Manjoe.

Tatkala itu terdengar bunyi motorsikal Eddy yang memecut dari jauh memasuki kawasan tempat letak kereta di situ. Dia jelas kelihatan tergesa-gesa.

“Geng, Din Sentul accident pagi tadi. Terlanggar lori pasir kat Damansara.”

“Hah! Kat mana dia sekarang?”

“Universiti Hospital.”
              
“Jom!” Ajak Azman.

Mereka masing-masing terus menuju ke arah motorsikal dan dengan pantas berlalu. Dalam perjalanan Azman teringat detik-detik mereka bersama-sama berlumba di jalan raya. Walaupun mereka musuh dalam gelanggang tetapi hakikatnya mereka menghormati antara satu sama lain. Sentiasa bertukar pandangan mengenai banyak perkara. Malah Din Sentul pernah bekerja di tempat kerjanya sekarang. Hati Azman bercampur baur. Dia harap Din Sentul selamat.

Mereka telah terlambat. Jenazah Din Sentul telahpun dimasukkan ke bilik mayat. Ahli keluarga mereka semua muram bersedih atas kehilangan Nordin atau lebih dikenali dikalangan kawan-kawannya sebagai Din Sentul. Tempurung kepalanya retak terlanggar bucu belakang lori pasir  yang berhenti secara mengejut di Kota Damansara jalan menuju ke Sungai Buluh.

Keluarganya sedang menguruskan perihal jenazahnya untuk mengelakkan dari dibedahsiasat.

Jam 3:30 petang barulah jenazah itu dapat dikeluarkan dan dibawa ke surau hospital untuk dimandikan. Pada masa itu tak ramai saudara mara mahupun kawan-kawannya yang mahu masuk ke dalam bilik untuk memandikan jenazah itu. Takut terkena badi dan sebagainya. Lantas Azman menawarkan diri. Dia, adik Nordin, bapanya dan juga seorang ustaz ada di situ. Ustaz itu memberikan mancis dan menyuruh Azman mengorek kuku kaki dan tangan jenazah. Azman dan yang lain hanya akur setiap arahan ustaz tersebut. Ustaz itu begitu teliti dan mencuci keseluruhan. Setiap lubang dan sudut dikorek dan dicucinya. Setelah semuanya siap, ia dibawa untuk dikapankan dan disolatkan di dalam surau tersebut.

        Setelah semuanya selesai dan jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan. Azman duduk di anak tangga surau Hospital Universiti itu untuk memakai kasutnya. Di termenung memikirkan nasib Nordin. Meninggal dunia pada umurnya genap 27 tahun. Bila dikira Nordin hanya sempat hidup di dunia ini selama 9885 hari. Tak sampaipun 10,000 hari getus hatinya. Perkiraan ini menyebabkan dia insaf. Dia terkenangkan nasib adiknya Johari yang meninggal dunia pada umur 19 tahun. Jauh lebih pendek jangkamasa kehidupannya di dunia. Dia tahu menunggang motor memang bahaya dan dari segi statistik paling banyak membawa kematian jiwa. Namun dia orang susah dan tak mampu untuk memiliki kereta. Hanya motor ini sahajalah yang dia ada. Kawan-kawannya yang sedang berborak di hujung sana berdekatan kolam wudhu juga kelihatan muram. Mungkin mereka juga mengambil iktibar dari kejadian ini bisiknya.

        Azman masih lagi duduk di tangga surau tersebut termenung mengimbau kenangannya bersama arwah dulu. Lord dengan yang lain telah meninggalkan tempat itu sebentar tadi. Azman mengangkat kepalanya. Dari jauh dia nampak lenggok tubuh tinggi lampai yang amat dikenalinya menuju ke arah surau tersebut. Sara yang memakai blaus dibaluti vest doktor berwarna putih dengan seluar panjang hitam siap dengan stateskop di tengkuknya tersenyum penuh makna ke arahnya dari jauh.

“Sara... Macamana...”

“Sara dari wad tadi. Praktikal. Ke sini nak solat. Nampak motor Man kat parking lot tadi. Dah agak Man ada kat sini. Kenapa Man? Apa yang terjadi?” Belum sempat Azman menghabiskan soalannya Sara telah memotong kata-katanya.

“Err.. kawan Man, Nordin meninggal kemalangan pagi tadi terlanggar lori pasir. Tolong setelkan jenazah dia.” Jawab Azman sayu. Matanya mula berkaca.

“Innalillahiwainnaillaihirrajiuun... Are you okay?” Firasat hatinya dapat membaca kesedihan yang terbuku di hati Azman.

“Bolehlah...”

“Gini, Man tunggu Sara solat sekejap lepas kita keluar somewhere boleh? Maybe we can talk about it..” Sara memberi saranan.

Azman hanya menggangguk lesu.

Sara kemudiannya membawa Azman ke Mid Valley Megamall yang letaknya tak jauh dari Hospital Universiti. Sepanjang perjalanan Azman membisu. Fikirannya masih lagi pada Nordin arwah yang meninggal pada hari jadinya yang ke 27. Dia masih teringat masa mereka bermain bolasepak dalam satu pasukan untuk syarikatnya. Dia bermain sebagai last man dan Nordin pula bermain sebagai stopper. Satu gandingan mantap yang sukar digugat lawan. Beberapa piala kemenangan di pejabatnya menjadi buktinya.

“Man lapar? Nak makan apa?” Sara belanja.

“Apa-apapun boleh Sara.”

“Jom kita ke Nando’s Chicken okay?”

“Hem...”

Memandangkan Azman begitu sedih dan tertekan Sara memesan makanan untuknya. Dia tahu Azman lapar kerana begitu sibuk sejak petang tadi membantu menguruskan jenazah kawannya itu. Mungkin selepas makan Peri-Peri Chicken yang sedap itu akan menukar emosinya. Sara membuat andaian kasar.

Bagaimana andaiannya itu tersasar, walaupun selepas makan Azman masih lagi tak banyak cakap. Sepuluh yang ditanya satu sahaja jawabnya. Sara kasihan melihatkan keadaan Azman itu. Keceriaannya tiba-tiba hilang entah kemana lalu Sara melakukan satu tindakan drastik.

Dia mencapai tangan Azman yang terletak di atas meja dan mengusapnya perlahan. Azman tersentak. Jari jemari halus Sara yang lembut mengegarkan jantungnya. Ia berdegup pantas dan adakalanya dirasakannya tidak teratur. Berderau darahnya naik ke mukanya. Mukanya terasa panas. Wajahnya bertukar kemerahan.

Sara tersenyum. Dia tahu tindakannya berhasil. Dia juga berasa selesa memegang tangan seorang lelaki yang disanjunginya. Jiwanya rasa selamat. Mulai detik itu barulah Azman mahu membuka mulut menceritakan tentang arwah Nordin atau Din Sentul dari saat awal perkenalannya hingga akhir.

Ramai pengunjung yang datang membeli belah di Kompleks Mid Valley itu terutamanya di hujung minggu begini. Azman tidak melepaskan peluang terus sahaja memimpin tangan Sara melewati kedai-kedai yang berderet itu. Sara mengajaknya singgah di kedai buku MPH, ada buku rujukan yang perlu dicarinya. Setelah itu mereka menaiki eskelator ke tingkat atas. Semasa sampai ke tingkat 3 kompleks itu, tiba-tiba kedengaran bunyi guruh berdentum dan kilat sabung menyabung. Hujan turun dengan lebatnya di luar.

“Lebatnya hujan. Kita lepak dululah. Kalau balikpun karang Man basah.” Cadang Sara.

“Saya minta maaf Sara. Inilah masalahnya jadi mat rempit. Kalau hujan semuanya tergendala.”

“Tak apa.. Sara suka menghabiskan masa dengan Man...”

Sara nak tanyalah boleh tak sesekali Man bawa Sara naik motor? Sara tak pernah naik motorlah.

“Sara nak naik motor? Tak sopanlah Sara.

        “Tak apalah nanti Sara pakai seluar jeanslah.

        “Bila?

        “Hujung minggu ni boleh?

        “Bbbboleh.. Kita nak pergi mana?

         Mana-mana pun boleh. Bawaklah Sara kat tempat yang Man suka.

         “Sara percaya ke pada Man? Kang Man bawak masuk dalam ladang kelapa sawit macamana? Keluar Harian Metro nanti.”

        “Alah Man ni. Sarakan percaya pada Man.” Bergetar hati Azman mendengar pengakuannya itu.

        “Seperkara lagi, boleh Sara kenal dengan kawan-kawan Man?”

        “Kenapa pulak nak kenal diorang? Tak payahlah.” Jawab Azman cuak. Dia cuba mengelak kerana tahu perangai kawan-kawannya itu.

        “Apa salahnya. Hari tu Sara ada baca kat Blog Motivasi Faizal Yusup, dia kata kalau nak kenal seseorang itu kita kena lihat siapa kawan-kawannya.”

        “Nanti jadi macam kes jumpa kawan Sara hari tu macamana?”

        “Alah! Banyak alasanlah Man ni. Man dah kenal kawan-kawan Sara walaupun ada sedikit masalah. So, Sara pun nak kenallah kawan-kawan Man.”

        “Okaylah. Nanti Man kenalkan. Satu Man nak ingatkan diorang tu gila sikit.”

        “Tak apa.”

        “Sara tahu tak yang Man bawak motor laju. Boleh ke?”

        “Janganlah bawak lelaju. Bahaya.”

        “Okay. Nanti kalau Sara naik. Man bawak perlahan sangat. Macam kura-kura!”

        “Man ni. Takkanlah perlahan macam tu. Kalau macam tu biar Sara je yang bawak.”

        “Hek eleh! Macamlah ada lesen nak bawak motor.”

        “Alah! Sara boleh ambil lesenlah. Senang je tu.”

        “Hahaha! Sara tak payah ambil lesen. JPJ tu bagi terus sebab Sara cun punya pasal.”

        “Alah! Man ni ke situ pulak. Jadi tak bawak Sara naik motor tu?”

         “Okay. Boleh je.”

“Sara tu ha ada cerita Avatar main kat panggung tu. Hujan pun masih lebat lagi. Man dah lama niat nak tengok cerita ni. Sekejap lagi mula. Sara nak tengok tak... dengan Man?”

“Mestiah nak. Sara pun dah lama tak tengok wayang. Sebenarnya Sara memang pun teringin nak tengok cerita Avatar ni.”

“Kalau gitu jomlah.”  Azman terus sahaja menarik tangan Sara menuju ke kaunter membeli tiket untuk menonton wayang buat kali pertamanya berdua berpasangan. Hatinya yang tadinya gundah telah bertukar ceria. Gembira kerana mendapati Sara seorang yang dapat memahami dirinya seakan tiada apa yang dapat disorokkannya. Setiap pergerakan emosinya dapat dibaca Sara dan dia juga tahu bagaimana untuk menenangkannya. Sesuatu yang tak pernah dijangkanya.

XXXXXX

“Baik Azman tu korang tahu. He is so innocent.” Ungkap Sara yang sedang berbaring dengan buku di tangannya dalam bilik di Kolej Ibnu Sina kepada dua orang kawan baiknya Nisha dan Sara.

“What do you mean Sara?” Tanya Nadia ringkas.

“Hari tu I terjumpa dia kat surau UH lepas tolong mandikan jenazah kawannya. Mungkin you all anggap dia Mat Rempit yang ganas tapi for me hati dia halus dan berseni...”

“Alamak! Lain macam je kawan kita ni Nadia. I ingat you dah tak kawan dengan dia lagi. Mesti ada apa-apa ni?” Ujar Nisha.

“Yelah Nisha. U ni kenapa Sara! Sakit? Demam? Rabun? Sewel sampai dah tak tahu nak pilih yang betul dengan yang salah? Kalau tak tahu biar kitorang je yang pilihkan. Ramai lagi lelaki yang hensem dan kaya kat luar sanalah Sara. Sesuai dengan status you” Tambah Nadia pula.

“Kalau sekadar hensem dan kaya tapi perangai buruk buat apa? Cuba you all pilih antara berikut... A. Kaya, hensem tapi perangai buruk, B. Tak, kaya, tak hensem tapi perangai baik. Mana you pilih?” Tanya Sara menduga.

Kawannya berdua saling berpandangan. Mereka tidak menjawab soalan Sara.

“Macamana pun orang akan pilih budi pekerti dan budi bahasa you! Fikir-fikirkanlah.” Sambungnya lagi.

“Tapi mana you tahu dia baik. Mat Rempit kaki bohsia you tahu. Entah-entah dia berlakon jer depan you. You cantik. Dia dapat girlfriend cantik, pastilah dia akan buat apa sahaja untuk mengambil hati you...” Tingkah Nadia tak puas hati dengan pilihan kawan baiknya itu.

“Seorang pujangga pernah berkata sesuatu yang ikhlas datang dari hati akan dirasai oleh hati yang satu lagi dan itulah yang I rasakan setiap kali bersama dengan dia.” Sara mengukuhkan hujahnya.

“Dah jatuh cintalah ni. Semua yang kita cakap macam mencurah air di daun keladi.. Tak masuk langsung. Ikut suka hati youlah Sara. Kalau sesuatu yang tak baik terjadi nanti jangan salahkan kami. Jangan kata kami berdua tak bagi peringatan.” Tegas Nisha. Nadia mengangguk tanda persetujuan.


XXXXXX

No comments:

Post a Comment