Bab 6
Malam itu Azman, Lord dan kawan-kawannya menjadi penonton untuk perlumbaan
haram yang berlangsung di Nilai. Selain perlumbaan haram motosikal, perlumbaan
kereta drift juga dijalankan.
Memandangkan mereka tak biasa dengan jalan-jalan di sini mereka mengambil
keputusan untuk tidak menyertainya.
Ramai juga yang berkumpul baik para peminat motor mahupun kereta berbaris
di kawasan sunyi di Nilai 3 ini untuk menyaksikan perlumbaan-perlumbaan yang
mengambil tempat. Din Sentul salah seorang kawan Manjoe juga berada di situ
bersama kawan-kawannya.
“Manjoe! Lama kita tak jumpa.”
“Yelah Din. Lu apa khabar?”
Bila kita nak race lagi?
“Aku dah tak mainlah Din. Semenjak kes adik aku dulu.”
“Aku faham. Kau dah jumpa mamat yang langgar adik kau tu?”
“Belum lagi. Kau ada nampak kereta Honda Integra Hijau tu kat mana-mana
Din?”
“Budak-budak aku pun buka mata ngan telinga cari. Tapi sampai sekarang tak
jumpa. Tak apalah. Dia tak kemana. Satu hari nanti aku yakin kita akan jumpa
mamat tu nanti.” Din Sentul meyakinkan. Boleh dikatakan ramai mat rempit yang
tahu akan kisah Johari dan sama seperti Din Sentul mereka juga masih
tercari-cari kereta Honda Intergra berwarna hijau itu. Kereta yang seakan ghaib
di muka bumi semenjak kejadian malam itu.
Azman mengangguk setuju.
“Suraya kat ofis apa khabar Man?” Tiba-tiba Din bertanyakan Suraya gadis
genit penyambut tetamu yang pernah bercinta dengan Din satu ketika dulu.
“Sihat. Dia ada tanya kau apasal lama tak datang.”
“Ala kau faham-faham jelah. Macam-macam hal. Tak apalah nanti kalau aku
free aku turun sana okay?”
“Orait!” Sahut Azman ringkas.
“Turn aku nak sampai dah Man.
Aku gerak dulu.”
“Okay Din. Good Luck!” Selepas bersalaman Din Sentul terus melangkah dan
menghilang di celah-celah orang ramai yang ada di situ.
Selepas perlumbaan motosikal dijalankan, tiba pula giliran kereta.
Pelbagai jenis kereta keluar dan menunjukkan kepakaran. Dari kereta lama yang
diubahsuai hinggalah kepada kereta yang terbaru.
Kemudian tibalah giliran kereta Mitsubishi Evo X berwarna putih berlumba
dengan sebuah Mazda RX8 berwarna merah. Mereka sama laju dan sama cekap
memotong dan melungsurkan kereta di celah-celah kon yang tegak berdiri.
Bagaimanapun Evo X itu memenangi pertandingan tersebut.
“Aku rasa aku kenal Evo tu. Kalau tak silap dia nilah mamat yang aku langgar
kat Kg Kerinchi hari tu. Mamat yang dok kacau Sara.” Kata Azman menapis
kata-katanya kerana janjinya pada Sara untuk tidak memberitahu sesiapapun akan
kejadian yang menimpa dirinya tempohari. Hakikatnya hati Azman geram.
“Lu yakin ke ni Manjoe?”
“Aku rasalah. Stiker kereta dia semua sama. Apa kata kita ikut dia balik
nanti?”
“Orait!”
Setelah semuanya selesai, Azman dan kawan-kawannya mengikut kereta putih
itu. Bagaimanapun pemandu kereta itu menyedari di diekori lantas dia memecut
laju memasuki jalan belakang yang gelap dari Nilai menuju ke kawasan
rumah-rumah Banglo di Bukit Mahkota. Mereka cuba mengekorinya namun demikian di
satu persimpangan kereta itu tiba-tiba sahaja ghaib, hilang dari pandangan
mereka.
“Kau nampak tak dia pergi mana? Tanya Azman kepada Lord sejurus mereka
berhenti di tepi jalan.”
“Entah, buat magik pulak mamat ni. Mentang-mentanglah ini tempat dia. Tapi
kenapa dia nak lari pulak? Macam bersalah je.”
“Tak tahulah. Tak kesahlah. Tak ada rezeki. Jomlah balik. Dah lewat ni.”
Saran Azman.
XXXXXX
Seperti yang dijanjikan Azman sampai di Amcorp Mall jam 12:30 tengahari
untuk bertemu dengan kawan-kawan Sara. Pada saat itu kelibat Sara masih lagi
belum kelihatan. Sambil menunggu Azman mengambil keputusan untuk merayau
sekitar kompleks membeli belah itu kerana di hujung minggu ada gerai-gerai yang
dikenali sebagai “flea market” dibuka. Pelbagai jualan barangan baru dan lama,
koleksi mainan, album lagu, barangan antik, buku dan sebagainya ada dijual.
Lagipun dia yakin janji melayu kalau dikatakan jam 12:30 maknanya ia akan
berlangsung jam 1:00 iaitu 30 minit lebih lewat. Dia pun tak faham kenapa
kebanyakan melayu begitu. Namun demikian pesanan ibunya supaya menepati janji
sentiasa dipegangnya. Kalau tak ada aral yang melintang pasti dia akan sampai
lebih awal atau tepat pada waktunya.
Sewaktu melalui kedai Hearts and Soul di tingkat bawah kompleks itu Azman
ternampak deretan rantai kunci yang cantik dan tersusun rapi. Rantai Kunci itu
ada yang mempunyai nama dan ada juga yang mengikut zodiak kelahiran. Dia
mencari. Rantai kunci yang tertera nama Sara diambilnya. Sara – Suci, berterus
terang dan penyayang tertulis dibelakangnya.
Harganya cuma RM5.00 lalu dikeluarkan duit dari poketnya dan terus
membayarnya di kaunter.
Rantai kunci itu dimasukkan ke dalam poketnya kemas. Azman terus sahaja
menuju ke kawasan lobby depan lokasi yang dijanjikan. Tak lama kemudian Sara
dengan dua orang kawannya muncul dari kawasan tempat letak kereta di
hadapannya.
“Man!
Dah lama sampai?”
“Tak
juga. Sempatlah pusing-pusing. Ni saya sempatkan belikan Sara rantai kunci. Ada
nama Sara di atasnya.”
“Oh!
Cantiknya. Terima kasih ya.”
“Sama-sama.”
“Anyway, ni Sara kenalkan Nadia dan yang ni Nisha.” Kata Sara sambil
memasukkan rantai kunci itu ke dalam tas tangannya.
Mereka
tersenyum seraya menghulurkan tangan bersalaman. Pakaian kedua mereka ala-ala
orang Barat yang memakai jeans sendat dengan mini t-shirt berjenama MNG dan
DKNY. Seakan berjanji. Sara pula kelihatan sopan dengan gown labuh merah jambu yang
cantik. Mereka terus sahaja ke tingkat satu menuju ke restoran Sri Melaka.
“You pakai kereta apa Azman?” Terus sahaja Nadia bertanya semasa duduk
sementara menanti kehadiran pelayan di restoran tersebut.
“Saya tak ada kereta, pakai motor je.”
“You kerja kat mana?”
“Subang Jaya.”
“As what?”
“Apa maksud awak?”
“Kerja sebagai apa?”
“Owh. Kerja biasa je.”
“Tinggal kat mana?”
“Kampung Kerinchi.”
“Ish, korang ni tanya mengalahkan polis pulak. Dah lah tu.. kita order
makanan dulu...” Sara memotong persoalan-persoalan kawan-kawannya itu. Dia tak
mahu Azman terasa.
“Okay, you all nak makan apa?”
“Up to you Sara. Yang penting you belanja.”
“Man?”
“Ikut suka Saralah.”
“Sure Man dah laparkan.”
“Okay, kita order nasi putih, buttered
prawn, seafood tomyam, asparagus and omelette. Okay tak?”
“Okay.”
“Minum?”
“Nisha nak Fresh Orange,”
“Blended Mocha for me, Nadia bersuara.”
“Man?”
“Err.. Coca Colalah..”
“Sini tak ada Coca Colalah Man..”
“Owh.. Jus oren pun bolehlah.”
“Boleh saya ke tandas kejap?”
“Oh! Silakan. Tahu tak kat mana tandasnya?”
“Tahu rasanya.”
Azman bangun untuk ke tandas. Baru beberapa langkah di sebalik tirai restoran
itu dia berpatah balik. Hand phonenya
tertinggal di atas meja. Sebelum sempat kembali ke meja, disebalik tirai itu
dia terdengar...
“Sara, you biar betul. Takkan lah you minat mamat macam ni? Tak hensem
langsung. Kereta tak ada. Tinggal kat tempat yang tak ada kelas. English pun
tak tahu cakap. Tengok tu handphone
dia pun buruk. Model lama. Entah-entah tak ada pelajaran kot. You deserved betterlah Sara!”
“Betul kata Nadia tu. Farid malah Azlan tu lagi padan dengan you. You,
sekali petik sejuta marilah Sara! Ni budak mana you angkut ni? Pisau cukur kot.
Kalau I tak adalah. Tak sanggup.”
“Bagi keychain jer sebagai
hadiah pada you? Sengkek betullah!”
Sara terdiam seketika.
“Tapi dia seorang yang baik. Dia yang membantu Sara dulu. Takkan korang
tak ingat Accidental Hero?”
“Ahh! Entah-entah dia ada udang di sebalik batu! I think you better dump himlah.. I tak kesah kalau muka dia macam
Anuar Zain ke, Orlando Bloom ke, Brad Pitt ke. Tak lah malu kalau dia lepak
dengan kita. Tengok tadi orang keliling dok pandang je...”
“Kalau korang cakap begitu biar I fikirkan dulu.” Jawab Sara dalam nada
yang perlahan.
“Nak fikir apa lagi. He is a liability
to you. Humban je. Cari yang lain. Tak boleh cari I boleh carikan untuk
you. Buang masa je! Lagi lama lagi rugi masa you. Baik selesaikan sekarang daripada ambil masa lama-lama.”
“Okay. Okay. Korang menang. I’ll do
it nanti. When the time comes.”
Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka bertiga didengari
Azman dengan jelas di sebalik tirai yang membahagikan kawasan di dalam restoran
tersebut. Hatinya terguris lantas dia terus melangkah keluar dari restoran itu
tanpa meninggalkan sebarang pesan. Sekarang semuanya telah jelas baginya. Sara
bukanlah seorang gadis yang boleh dipercayainya. Sara seorang yang hipokrit. Begitu
juga dengan kawan-kawannya. Azman seakan sudah tahu yang lambat laun dia
terpaksa juga menghadapi keadaan yang sedemikian rupa.
Nampaknya segalanya berakhir di sini. Lafaz Azman perlahan sambil menuruni
eskelator ke tingkat bawah untuk keluar dari kompleks membeli belah yang
tersergam itu. Buat masa ini dia hanya mahu kembali ke rumah dan berehat sambil
berfikir mengenai kejadian tadi. Sara mahu dilupakannya. Handphonenya yang tertinggal itu dibiarkan sahaja. Padanya, tatkala
ini maruahnya lebih penting.
Sementara itu...
“Mana pulak Azman ni pergi? Takkanlah lama sangat ke tandas?” Soal Sara
“Dia sesat kot?” Jawab Nisha pula.
“Pedulikanlah. Dia belah kan lagi bagus. Tak payah you susah-susah.”
“So far tak pernah pulak dia
buat begini. Hilang begitu je...”
“Dia kecik hati kot..”
“Takkanlah orang macam dia tu kecik hati pulak. Tak macholah...”
“Tak apalah you all proceed.
Sara nak pergi cari dia.” Sara mencapai hand bagnya serta handphone Azman yang
terletak di atas meja itu lantas terus meninggalkan mereka berdua
terpinga-pinga.
Sara mencari Azman di kawasan tandas, tiada. Dia terus mengorak langkah
menuju ke bawah. Semasa dia sampai di depan kompleks Jaya One itu dia nampak
sebuah teksi yang membawa Azman di dalamnya. Dia tahu teksi itu menuju ke
Amcorp Mall kerana di situlah motorsikalnya diletakkan. Tanpa berlengah dia
terus mendapatkan keretanya untuk mengejar Azman.
Sepanjang perjalanan dia yakin yang Azman telah mendengar perbualan dengan
kawan-kawannya lantas menyebabkan dia berkecil hati dan meninggalkan tempat
itu. Dia terus menuju ke tempat letak motorsikal bersebelahan Yayasan Selangor.
Azman sedang kelihatan sedang memakai topi keledar. Sara terus memberhentikan
keretanya di tepi jalan.
“Man!” Azman menoleh.
Sara... Apa dia buat kat sini. Bisik hatinya.
Sara mendekati Azman. Dia diam. Azman tercegat. Helmet telah siap dipakainya.
Hatinya rasa seakan mahu sahaja dia meninggalkan Sara di situ.
“Cakaplah. Saya faham dan dah bersedia. Sayapun tak padan untuk awak dan
saya tahu tempat saya. Lagipun saya tak mengharap apa-apa. Saya tahu lambat
laun ini yang akan terjadi.”
“Apa Man cakap ni?”
Saya dengar semuanya tadi. Daripada Sara tunggu lebih lama baik Sara
selesaikan hari ini, masa ni, di sini. Janganlah permainkan saya.
“MasyaAllah. Man dah salah sangka ni. Sara nak minta maaf, sebenarnya Sara
tak tahu nak kata apa. Sara tahu Sara silap kerana mengikut kata mereka. Sara
sepatutnya mempertahankan Man. Sara serba salah. Mungkin Sara takut kehilangan
kawan. Maafkan Sara Man... Maafkan Sara... It’s
my fault. Sara sayangkan perhubungan ini, Sara tak terlintas langsung untuk
menghakhirinya Man. Not for now, not for
a long time to come.” Ujarnya perlahan. Suaranya mula serak-serak basah.
Manik-manik airmata mula keguguran.
Azman seakan tak peduli kata-kata Sara itu. Dia menaiki motornya. Tak
semena-mena Sara menarik lengannya. Sentuhan itu menyebabkan Azman kaget. Saat
itu Azman merasakan seakan halilintar menembak tepat mengenainya. Dia jadi
kaku, lemah dan layu. Azman cair lalu mengalah. Entah mengapa melalui sentuhan
itu dia dapat merasakan keikhlasan gadis.
Selepas memulangkan hand phone Azman,
tanpa memberitahu Sara membawa Azman ke sebuah dermaga di Pulau Indah. Sara
memandu kereta Volkswagonnya meluncur laju. Daun-daun kering kekuningan di
sepanjang jalan berterbangan di tiup angin. Beberapa kapal layar, bot dan
sampan pelbagai saiz kelihatan di tepi dermaga tersebut. Ombak laut berdesir
tenang.

Azman
duduk di sebuah bangku kosong yang menghadap laut. Sara mengikutinya. Angin
laut yang menerpa menampakkan bintik-bintik kemerahan pada wajahnya yang ayu.
Rambut panjang ikal mayangnya itu beralun mengurai mengiringi arah desiran
angin.
“Sara minta maaf dari hujung rambut
sampai hujung kaki kerana kejadian tadi. Terus terang Sara tak bermaksud untuk
menyinggung hati Man... Sara sebenarnya serba salah tak tahu apa nak jawab
depan diorang.”
XXXXXX
Kurang ajar tu kengkawan dia. Macamlah
tak ada masa lain nak cakap. Dan-dan tu juga usha. Perempuanlah katakan.. Mana
boleh tutup mulut.
Wa ingat dah habislah. Tetengok Sara
kejar aku sampai Amcorp Mall. Pujuk aku balik. Memula aku buat macholah tapi...
Tapi apa? Tanya Zul. Semua mata
memandang kepada Azman menantikan luahan kata-kata yang seterusnya.
“Tapi... bila dia tarik tangan aku. Aku
terus cair. Menggeletar siyot! Lembut tu tangan dia, jari pulak tu
halus-halus... Pergh! Tak boleh tahan...”
Mereka semua ketawakan keletah si Azman.
“Jatuh cinta lagi.. lagi-lagi ku jatuh
cinta.. harus bagaimana... ingin ku memikirkannya...” Eddy menyanyi menyakat
Azman yang masih tersengih macam kerang busuk. Mungkin dia masih tak dapat
melupakan sentuhan ajaib gadis bernama Sara Yasmin itu yang menyebabkan dia
terpana hingga kini.
“Lawaklah lu ni mamat.”
“Ayu cuba kau pegang tangan aku ni..”
Kata Shidee. Ayu menurut. Shidee terus menggeletar seakan seorang yang terkena
kejutan elektrik dan berpura-pura pengsan.
Mereka semua gelak lagi. Azman turut
serta ketawa melihat telatah dan perangai kawan-kawannya itu.
“Okay! Okay! Kalau lu nak tahu, Mat Saleh
panggil tu peer preasure.”
“Lu ni tahu je kan Lord? Mana lu belajar
semua ni? Kekadang wa rasa lu ni macam janggal je berkawan dengan kitorang. Tak
kesahlah. Apa maksudnya?”
“Biasalah gua Bro! Professor Serba Tahu.
Maksud dia tekanan dari kawanlah lebih kurang. Contohnya begini. Lu geng ngan
bebudak rempit pastu lu bawak awek anak orang kaya datang pakai baju kurung tak
macam minah dua ekor ni.”
“Woi! Mulut tak ada insurans ke? Apa
kena mengena dengan kitorang pulak!” Sergah Ayu yang berwatakan tomboy itu.
Lord hanya tergelak.
“Lepas tu lu nak tunjuk macho sebab tak
malu dengan kengkawan lu katalah tak kawan dengan dia sebab dia lain kulit.
Faham tak?”
“Ooo... Lu ni kalau ye pun carilah
contoh lain. Baru la ni pokcik faham Patutlah dia kata nak putuskan hubungan
hari tu. Dia nak “cover line” dengan
kawan-kawan dia rupanya. Faham-faham. Peer
preasure!”
“So bila nak kenalkan dengan kitorang?
Biar kitorang peer preasurekan kau
pulak. Takpun lu kenalkanlah dengan kawan-kawan dia. Baru best kitorang
menyakat diorang.” Ujar Shidee.
“Tak payahlah kenalkan dengan korang.
Bikin naya je nanti.”
“Janganlah gitu Man, kitorang janji akan
menjaga tatatusila.”
“Alah, korang bukan tak ingat Lord bawak
awek Cina tu dulu. Amoi tu dah lah pakai skirt, ada ke si Eddy masuk bawah meja
mengendap. Gila ke apa. Terus amoi tu tak datang lagi. Serik dia. Lord pun dah clash dengan amoi tu.”
Mereka semua ketawa. Lord sempat menolak
Eddy yang buat muka selamba seperti dia tak bersalah.
“Weh! Bila kau nak mengatakan cinta kat
minah tu? Tanya Ayu pula bila hilai tawa itu reda.
“Ishh! Ke situ pulak Ayu ni. Azman
tersipu.
“Alah! Ayu tahu Man sure tak berani
punya.
“Manjoe! Baik dia kata dia cinta kat
motor dari dia kata dia cinta kat awek tu. Kau bukan tak tahu macamana dia
punya sayang kat motor kuning dia tu. Kalau boleh tidur malam pun dia nak peluk
motor dia tu...” Sambung si Alia.
Ketawa lagi.
“Bila korang nak jumpa lagi?”
“Tak tahulah. Dia kata calling-calling nanti.”
“Wah! Dah pandai cakap omputeh dah kawan
kita ni.” Usik Zul lagi.
XXXXXX

Sayang? Macamana perasaan sayang tu
agaknya? Macamana nak luahkan perasaan sayang? Aku ni makwe pun tak pernah ada.
Kalau adapun makwe kecewa kat sebelah rumah tu. Rozita. Itupun lain macam je
minah tu. Nak cakap sayang kat mak aku pun tak pernah. Ni nak cakap sayang pada
Sara? Oh tidak!!! Azman mengelamun di atas katilnya sambil membelek majalah
motosikal lama yang berada di biliknya itu.
Bak kata orang cinta itu buta. Itu aku
percaya. Sebab ni dah masuk sebulan tapi Sara masih menghubungi aku dan
perhubungan ini masih dapat bertahan. Orang cakap kalau bercinta, mandi tak basah,
makan tak kenyang, tidur tak lena. Setakat ni semua tu tak ada lagi. Biasa je.
Makan tak pernah cukup, mandi kuyup, tidur tak ada hal.
Hem. Bukan
cintalah tu. Kawan je kot tapi yang pasti wajah Sara selalu aje terbayang dalam
kepala ni. Lawa giler minah tu. Azman mengelamun hingga dia terlelap di atas
katil bujangnya malam itu.
Bersambung...
Bersambung...
Pergi ke bab 7 - Tekan link ini. Bab 7 Novel Inspirasi trilogi Man Rempit.
Kembali ke bab 5 - Tekan link ini. Bab 5 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.
Jangan lupa like, share dan komen sebagai tanda sokongan kepada penulis!
Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?
Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;
1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit
Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT
Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?
Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.
Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?
Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.
BIODATA PENGARANG
AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP
Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.
Mendapat Pendidikan Awal di ;
SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;
Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )
Mengarang buku ;
Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21
Menyelenggara buku ;
Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.
Aktiviti lain ;
- Menjalankan seminar pelaburan saham.
- Menjalankan kursus motivasi.
- Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
- Blogger – www.faizalyusup.net, www.motivasiku.blogspot.com
- Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
- Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,
Hubungi Penulis ;
Facebook : Faizalyusup
Blog : www.faizalyusup.net
No. HP : 016 - 666 7430
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment