Bab 5
Minggu itu Azman bekerja seperti biasa namun fikirannya tak dapat
melupakan babak-babak pertemuan hujung minggu lepas dengan gadis yang bernama
Sara Yasmin. Gambaran wajah Sara yang manis itu seakan telah melekat di
hatinya. Setiap kali dia menutup mata wajah Sara akan terpapar.
Sebaik pulang dari tempat kerja petang itu dia mengambil keputusan untuk
ke Petaling Street. Singgah di kedai lukisan. Drawing Block, beberapa batang
pensel 2B, 4B, 6B malah 8B, berus juga sekotak warna air buncho dibelinya. Dia
mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya melukis. Satu hobi yang telah
lama ditinggalkannya. Mungkin ini akan dapat melupakan ingatannya terhadap Sara
buat seketika dua.
XXXXXX
“Macamana dating dengan accidental
hero hari tu. Tanya Nadia semasa mereka duduk sambil menelaah di Perdana
Siswa.”
“Okay.
“Ceritalah, siapa nama dia, macamana muka dia? Sure hensem kan. Barulah
sama padan dengan you. Tanya si Nisha pula.
“Orangnya biasa sahaja. Entahlah. Kekadang seronok jugak keluar dari
protokol kebiasaan.”
“Apa maksud you?”
“Yelah, kalau kat rumah makan minum, kata-kata semua kena jaga, kena ikut
protokol tertentu. Tak boleh buat itu tak boleh buat ini, tak boleh kawan
dengan orang tu, dengan orang ni. Kena jaga status dan sebagainya. Kekadang I
rimas jugak. Dengan Azman it’s different. Rasa bebas, lega.. entahlah...”
“Contohnya hari tu I bawa dia makan malam di TGIF. Macam biasa I makan
siap protokol dengan silverware sudu, garpu dan lain-lain. Mula-mula dia ikut
jugak tapi tak sampai lima minit dia pergi basuh tangan terus makan pakai
tangan je. I pun ikut. Kelakar, rasa macam orang gua tapi seronok meratah
daging dengan cara begitu.”
“Biar betul Sara. You are not like
that..”
“I know. Tapi entahlah. Maybe this
is a good outlet for me. Kelegaan dari ikatan seharian. I tak pergi kelab whatsoever. UM, Shah Alam itu jer. No more than that. So far lelaki yang
datang pun semua deceiving, hipokrit,
bertopeng. Nampak baik tapi sebenarnya ada udang sebalik batu. I hate that. This guy tak nampak gitu. He seems honest, Ikhlas. Kelakar pun ya
jugak.”
“Eeeehh! Lain macam pulak tu. Ada orang sudah jatuh hati...”
“Taklah, mana ada. Mana boleh jatuh hati first time jumpa!”
“So bila nak kenalkan dengan kitorang?” Tanya Nadia.
“Nantilah.. In due time.”
“Nampaknya Sara dah ada pengganti Zafrullah ni.” Ujar Nisha pula.
“Yelah Sara, apa cerita si Zafrul kekasih lama yang kacak tu.”
“Ah! Itu semua cerita lama. Dia kat USA sekarang. I pun dah lost contact
dengan dia.” Sara malas untuk mengungkit kisah lama antara dia dengan zafrul
dahulu, baginya semua itu telah lama
berlalu dan dia tak ada kena mengena lagi dengan jejak bernama Zafrul itu.
“Weh! Peminat setia you Azlan on the
way here.” Suara Nadia memberhentikan lamunannya.
“Mana?.. Mana?”
“Pukul 6, belakang you.”
Sara menoleh. Seorang jejaka berbadan sasa berketul-ketul ototnya
mendekati terseyum mendekati mereka.
“Hai girls...” Sapa Azlan yang tiba ke meja mereka.
“Lan, you dari mana?”
“Baru balik dari Main Library. Cari buku.”
“Sara, dah makan? Jom kita keluar makan somewhere.”
“Aik! Takkan Sara je, kitorang berdua ni nak letak mana?”
“Okaylah. Jom. I belanja semua sekali. Kita gi KFC kat Sek 16.”
“Sara? Camaner?”
“Up to you guys.. I Ikut jer.”
“Okay then.
Jom. Kereta I park kat Main Library sana.”
Mereke berempat menaiki kereta Azlan menuju keluar dari Universiti Malaya
ke arah Petaling Jaya. Restoran Kentucky Fried Chicken itu terletak tak jauh
dari situ berdekatan Stesyen minyak Shell. Tempat biasa siswa-siswi UM melepak.
Semasa Nadia dan Nisha pergi beratur memesan makanan. Pada masa itu ramai
juga pelanggan yang beratur memandangkan ia waktu makan tengahari. Kesempatan
yang ada digunakan Azlan dengan sebaiknya. Dia begitu terdesak untuk mendekati
Sara. Peluang yang ada begini tak mahu dilepaskannya.
“Macamana kuliah Sara?”
“Semuanya okay. No problem.”
“Boleh tanya satu perkara tak?”
“Tanyalah.”
“Kenapa Sara selalu menghindarkan diri dari Lan? Setiap kali Lan ajak
keluar ada aje alasan Sara. Kalau Lan ada apa-apa kekurangan Sara beritahulah.
Lan sanggup berubah demi Sara.
“Tak ada apa yang kurang cuma Sara sibuklah Lan, tahulah budak medik,
assignment, projek, lab, praktikal, banyak benda yang nak kena belajar, nak
kena ingat dan banyak hal lagi.
“Atau Sara memang tak sudi keluar dengan Lan kot? Atau mungkin Sara dah
ada yang punya.”
“Memang pun... Nisha tiba-tiba menyampuk. Tangannya menatang dulang yang
dipenuhi dengan pesanan makanan tadi.”
“Ish! Apa ni Nisha?”
“Sejak bila pulak ni? Azlan penuh tanda tanya.”
“Nama mamat tu Azman a.k.a Manjoe. Budak luar. So you kira dah
terlambatlah ni. Ujar Nisha dengan niat untuk menjauhkan Azlan dari Sara kerana
dia tahu Sara tak berminat dengan lelaki yang berbadan sasa begitu.”
“Manjoe? Rasa macam pernah dengar nama tu.. Dia duduk kat mana?”
“Kalau you nak details dia
tanyalah tuan punya diri!”
“Well... Sara?”
“Tak adalah. Kenal gitu je. Dia tolong I hari tu. Mukanya berkerut
memandang Nisha. Mungkin tak dia puas hati dengan tindakan Nisha itu.”
“Nadia yang tadinya pergi membasuh tangan kembali menyertai mereka.”
“Apa cerita ni?”
“Tak ada apalah Nadia. Cerita kosong je.” Jawab Sara mematikan bicara.
XXXXXX
Sesi minum teh di warung mamak di Bangsar Park ini telah menjadi kebiasaan
bagi Azman serta kawan-kawannya selepas waktu kerja. Kekadang ia bersambung ke
malam dengan permainan snuker mahupun meronda-ronda dengan motosikal.
Kehadirannya juga tak tentu. Petang itu Lord, Eddy, Zul dan Zamri telah berada
di situ semasa dia sampai. Duduk di meja kegemaran mereka.
Mereka sibuk bercerita tentang motor, kerja, perlumbaan, isu semasa dan sebagainya. Kira-kira jam 6.45 petang itu
sebuah kereta Honda Civic berhenti tak berapa jauh dari tempat mereka duduk. Azlan
keluar dari kereta tersebut menuju ke arah mereka.
“Aku dah agak dah korang ada kat sini.”
“Lan, apa mimpi lu datang sini, lu dah salah port ni...” Ujar Lord yang
mengenali Azlan.
“Alah! Sesekali lepak dengan mat rempit apalah salahnya.”
“Taklah salah...” Jawab Azman pula.
Azlan memang dikenali mereka kerana dia merupakan salah seorang kawan yang
diperkenalkan Lord tak lama dahulu. Namun sikapnya yang agak berlagak itu tak
disukai kawan-kawan Azman. Sudah lama mereka tak bertemu tetapi kehadiran Azlan
ke situ menimbulkan tanda tanya mereka. Mereka yakin ada sesuatu yang
dimahukannya.
“So,
terus teranglah apa hajat lu datang sini bro? Takkan datang kosong jer?” Tanya
Lord sebaik air teh tarik pesanannya dihidangkan.
“Tak,
aku nak tanya Manjoe something.
Manjoe menoleh ke arah Azlan. Dahinya
berkerut.
“Apa dia?”
“Ada tak kau tolong satu awek cun hari tu?”
“Kenapa pulak? Apa ada kena mengena dengan kau?”
“Maknanya memang sahlah kau yang tolong dia hari tu. Taklah.. Aku kenal
dia. Nama dia Sara Yasmin dan aku cuma nak bagitahu kau dia tu anak orang kaya.
Anak Datuk. Datuk Halidi nama bapa dia. Tak sesuai dengan kau rasanya.”
“Anak Datuk?” Hati Azman berderau. Perkataan Datuk itu begitu meresahkan
hatinya. Kawan-kawannya yang lain hanya diam mendengarkan perbicaraan mereka.
Hanya memantau kemana arah tuju konflik yang dibawa Azlan itu.
“Ya,
Datuk Halidi, CEO Maju Jaya Holding Berhad. Mesti dia tak cakap dengan kaukan?”
“
Kalau anak datuk pun masalahnya?” Sampuk Lord.
“Mungkin
tak ada masalah bagi kau Lord tapi Manjoe? Lagipun aku rasa Sara tu nak mainkan
kau je Man. Dia tu muka lawa, kaya.. dah berapa ramai orang lelaki yang dia
kenakan. Akupun tak tahu. Ramai lelaki bengang kat dia kau tahu?”
Mungkinkah apa yang dikatakan Azlan itu benar? Mungkinkah kejadian
tempohari disebabkan Sara mempermainkan lelaki itu. Hati Azman berdetik. Dia
keliru dan serba salah.
“Terus terang aku rasa baik kau belah jer daripada kau merana. Aku cuma
datang nak bagi nasihat sebagai seorang kawan.” Sambung Azlan sebelum sempat
Azman bersuara.
Tak lama kemudian selepas membayar semua makanan dan minuman termasuk bil Azman
serta kawan-kawannya diapun berlalu meninggalkan mereka.
“Huiyoo.. Anak Datuk tu...” Ungkap Zul tiba-tiba.
“Memang betul cun minah ni aku rasa Zul.” Tambah Zamri pula.
“Ish, tak sabar rasanya nak berkenalan dengan anak datuk yang cun tu. Habis
macamana sekarang?” Sampuk di Eddy pula.
“Macamana-macamana pulak? Carry on
jelah! Aku tak percaya dengan so Azlan tu! 100 dia cakap 1 aku percaya.” Tegas
Lord dengan nada geram.
“Tapi minah tu anak datuk Lord!” Tekan Zul lagi.
“Eh! Apa nak heran dengan anak datuk. Diorang pun manusia jugak! Korang ni
kan, status anak datuk pun boleh jadi masalah. Macamlah tinggi sangat pangkat
datuk tu.” Lord mengukuhkan hujahnya.
“Mana taknya kitorang ni sekadar ada datuk yang bercucu je.” Kata Zul
sambil tergelak.
“Takpun bapa Zainal. Polis. Semua orang panggil dia datuk! Sampuk si Zamri
sambil ketawa.
“Kalau camtu aku nak mengaku yang aku nipun anak Datuk. Macamana? Betul
tak Man?” Jawab Lord pula.
“Kau anak datuk? Jangan buat lawaklah. Aku ni sebenarnya anak Datuk. Datuk
S. Samy Vellu.” Kata Zul pula. Mereka semua ketawa.
Sepanjang
masa pertikaian itu Azman hanya diam mengenangkan kata-kata Azlan. Mungkin ada kebenaran
di dalamnya. Pertanyaan Lord langsung tak diendahkannya.
XXXXXX
Dua minggu berlalu. Azman masih tidak menghubungi Sara. Firasatnya menyakini
yang perhubungan mereka telah berakhir. Sara mengajaknya keluar hanya sebagai
tanda penghargaan. Tak lebih dari itu. Azman begitu yakin yang Sara merasakan
yang dirinya begitu buruk buatnya.
“Aku cuma nak bagitahu kau dia tu
anak orang kaya. Anak Datuk. Dia tu muka lawa, kaya.. Dah berapa ramai orang
lelaki yang dia kenakan. Akupun tak tahu. Ramai lelaki bengang kat dia kau
tahu? Terus terang aku rasa baik kau belah jer daripada kau merana.. Aku cuma
datang nak bagi nasihat sebagai seorang kawan.” Kata-kata Azlan itu masih
terngiang-ngiang di benaknya.
Bola putih yang menghantuk bola hitam terus sahaja menyebabkan bola itu meluru
masuk ke dalam lubang tengah meja snuker dengan hamparan berwarna hijau itu
menghentikan lamunannya.
“Ni yang aku malas main dengan Lord ni! Hustler! Kena bayarlah lagi nampaknya.” Kata Eddy agak geram dengan
Lord yang begitu mahir bermain snuker.
Azman hanya gelak memerhatikan gelagat kawan-kawannya di pusat snuker itu.
Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja sebelah tempat duduknya berdering.
Nama Sara Yasmin tertera di panel telefon tersebut.
“Sara...” Azman bangkit lalu menuju ke pintu untuk keluar. Dia tak mahu
kebisingan mengganggu perbualannya nanti.
“Oi! Man, nak kemana tu? Kau punya turn
ni,” kata-kata Shidee itu tak diendahkannya.
“Man, kenapa Man senyap je. Tak call Sara pun?” Terdengar suara Sara di
hujung talian sana tatkala Azman menyandarkan dirinya di dinding di luar pusat
snuker tersebut.
“Emm...” Tersekat suara di kerongkongnya tak tahu apa alasan yang hendak
diberikannya.
“Kenapa? Kenapa Man senyap ni.” Tanya Sara tegas bunyi suaranya.
“Man rasa kita tak perlu berpura-pura lagilah Sara..”
“Apa maksud Man?”
“Saya sebenarnya malu.”
“Malu? Kenapa nak malu pulak?”
“Awak tak beritahu saya awak anak Datuk Halidi.”
“Apa kena mengena bapa saya dalam hal ni? Man kawan dengan Sara, bukan
dengan bapa Sara! Katanya seakan marah.”
“Saya rasa saya tak layak untuk berkawan dengan Sara.”
“Sara tak peduli. Malam ni Sara akan tunggu Man jam 8 kat tempat kita
jumpa dulu. Kalau Man tak datang, maknanya Man tak suka pada Sara.”
Talian itu diputuskan. Azman terkesima. Kenapa Sara sanggup berbuat
demikian? Bisik hatinya.
“Woi! Kalau nak bercinta pun agak-agaklah. Berjanggut dah kitorang tunggu
ni. Masa berjalan, banyak kena bayar kang.” Kata Shidee yang entah bila
tercegat di muka pintu pusat snuker itu mengembalikan Azman ke dunia realiti.
“Weh! Aku kena baliklah. Ada hal. Aku dah lambat ni.” Matanya melihat
jarum jam tangan yang menunjukkan pukul 6:30 petang. Dia nak balik, mandi dan
bersiap.
“Habis siapa nak bayar game ni kang?”
“Alah, kau suruh Lord bayarkan dulu. Nanti aku bayar balik.” Kata Azman
sambil tersengih terus meninggalkan tempat itu.
“Mana Manjoe?” Tanya Lord sejurus Shidee kembali ke meja snuker.
“Dia dah belah!” Shidee bersuara hampa.
“Kenapa pulak?”
“Apa lagi! Awek tu telefon. Dia borak-borak. Habis dia kata dia kena chow!
Lepas tu dia suruh kau bayar table..”
Jelas Shidee.
“Habislah. Manjoe dah ada awek. Kengkawan kena tolak ke belakanglah
nampaknya. Dulu Iqbal sampai kahwin terus tak nampak muka.” Sampuk Eddy pula.
XXXXXX
Jam menunjukkan pukul 8.17 minit malam. Sara duduk di Restoran Secret
Recipe sambil menghirup milo panas. Dia masih menanti Azman yang kelibatnya
masih tidak kelihatan. Dia telah sabar menanti sejak setengah jam yang lalu.
Hatinya mula resah. Tak pernah dia buat kerja gila begini dengan mana-mana
lelaki sekalipun. Kalau Azman tak datang bagaimana pula. Hatinya berbisik
gundah.
Tak lama kemudian kelihatan Azman yang memakai baju kemeja lengan pendek
berwarna biru tua dengan seluar slack hitam berlari-lari anak dengan helmet di
tangan kanannya menuju ke arah Sara.
“Maaf saya terlambat. Ada kerja sikit tadi..” Kata Azman dalam keadaan
yang sedikit mengah sambil meletakkan helmetnya di atas kerusi sebelahnya yang
kosong.
“Tak apa. Yang penting awak datang. Terima kasih...” Ujar Sara menguntum
senyum.
“Saya seganlah Sara. Segan nak kawan dengan awak. Siapalah saya ni. Anak
jaga.”
“Janganlah cakap begitu Man. Kita manusia sama sahaja. Tiada bezanya. Bapa
sayalah Datuk, saya apa ada.” Sara cuba menyakinkan Azman.
“Man
dah makan? Nak makan order lah!” Sara
cuba mengalihkan topik perbincangan mereka. Dia tak mahu topik itu dipanjangkan
lagi.
“Dah! Dah! Makan sebelum datang tadi.” Jawab Azman.
“Kalau gitu minumlah.”
Azman menggangguk.
“Hari tu Sara dah janji nak cerita pasal kejadian tempohari. Siapa lelaki
tu dan kenapa dia begitu marah pada awak? Tanya Azman tiba-tiba.
Ohh..
Sara ingat. Sara dah janjikan hari tu. Tapi nanti Man cerita pasal nama Manjoe
tu okay?
Setuju.
“Begini,
nama dia Farid. Kami kenal sebab bapa kami berkawan. Bapa Sara yang sarankan
kami berkawan kerana ia ada kena mengena dengan perniagaan yang dia jalankan.
Dia harap kami berkahwin dan perniagaan itu juga dapat dicantumkan menjadi
entiti yang lebih besar. Masalahnya Sara tak suka. Itu matlamat bapa Sara
tetapi ia bukan matlamat Sara. Sara ada matlamat lain. Tapi untuk tak kecilkan
hati Daddy, Sara pernah juga keluar dengannya beberapa kali.”
“Mula-mula
tu okay dia nampak baik, sopan. Tapi hakikatnya dia memakai topeng. Kalau tak
silap baru kali keempat bertemu dia dah meminta izin untuk memegang tangan
Sara. Sara tak benarkan. Tapi bila dalam perjalanan balik dia menyentap dan
mengenggam tangan Sara dengan kuat. Dia sanggup memandu tanpa menukar gear
kereta hanya untuk tidak melepaskan genggaman tangan Sara. Merah tangan Sara
dibuatnya. Sejak tu Sara tak nak jumpa dia lagi. Dia marah-marah dan mengadu
pada Daddy.
“Lagipun
hari tu Sara jumpa gambar dia kena tag oleh kawan dia yang juga kawan Sara
dalam facebook. Gambar-gambar dia berpelukan dan bercumbuan dengan seorang
perempuan seksi dalam kelab”.
“On that day, dia ajak Sara
bertemu di Hilton. Katanya nak ajak hi
tea. Sara tak nak pergi tapi Daddy pujuk suruh pergi jugak. So Sara letak
syarat pakai kereta masing-masing. Selain tu Sara nak bersemuka dengan dia.”
“Sampai sana, dia dan tunggu kemudian ajak Sara masuk dalam bar kat situ.
Mulutnya bau arak. Sara tanya dia pasal perempuan tu, you tahu apa dia kata?”
“Apa?”
“Lelaki boleh kahwin empat. Suka hati dialah. Dia kata setakat ni tak ada
perempuan yang dia tak boleh dapat dan dia marah pada Sara sebab Sara tak layan
dia...”
“Lepas tu...” Sara terhenti.
“Lepas tu dia tarik tangan Sara nak ajak naik ke atas. Dia dah book bilik
untuk malam tu...” Sara terdiam.. Matanya mula berair. Tak semena-mena Azman
mengambil tisu yang ada di atas meja lantas menghulurkannya pada Sara.
“Mungkin kerana dia kaya dia boleh dapat semua tu dan dia tak pernah
gagal. Itu sebabnya dia marah sebab agaknya ini kali pertama dia tak dapat apa
yang dihajati.. ” Pujuk Man perlahan.
“Mungkin..” Sara mengangguk.
“Macamana Sara dapat melepaskan diri hari tu?”
“Sara merayu pada dia, tapi dia tak peduli, kuat ditariknya Sara masuk ke
dalam lif. Lepas tu Sara dapat satu akal, Sara cakap Sara datang bulan. Sara
kena pergi tandas untuk tukar pad.”
“Masa tu muka dia berubah. Entah kenapa dia lepaskan Sara. Instead of Sara ke tandas Sara melencong
pergi kat Parking dan cabut. Sara nak cabut balik UM. Tak tahu macamana dia
tahu dia kejar Sara dari belakang ikut Federal Highway dan dapat halang kereta
Sara kat Kerinchi tu. Masa tulah Man sampai.”
“Patutlah dia tak melawan masa tu. Dia mabuk agaknya. Orang mabuk ni ada
dua jenis, satu mabuk hyper, satu
lagi mabuk senyap, stress je. Agaknya
dia macam tu kot..”
“Eh! Man ni. Macam biasa je!..”
“Taklah Sara. Man biasa tengok..”
“Kenapa Sara tak bagi tahu pada orang tua pasal perangai si Farid tu?”
“Masa dia pecahlan cermin kereta tu dia mengancam akan membunuh Sara kalau
Sara membuka membuka rahsinya...”
“Gila mamat ni!”
“Lagipun Sara tak sampai hati nak mengecewakan Daddy yang berharap sangat
Sara kahwin dengan mamat tu. Eiii.. Tak ingin..”
“Tapi yang pastinya cara ini salah Sara.”
“Sara tahu. Nantilah bila masanya sesuai dan bila dah cukup bukti. Sara
akan beritahu dia nanti. Farid ni pandai berlakon Man. Depan my family pijak semut pun tak mati...
Daddy punyalah sanjung Si Farid tu.”
“Sebenarnya
untuk pengetahuan Man, Sara tak pernah ceritakan semua ini pada sesiapapun.
Manlah orang pertama yang tahu. Heharap Man boleh simpan rahsia Sara ni okay.”
Sara menarik nafas lega. Lega perasaan kerana dapat meluahkan rahsia hatinya
pada Azman.
“InsyaAllah..
Man janji.”
Suasana senyap tiba-tiba. Bak kata orang tua-tua ada malaikat melintas
lalu. Sara menghirup air Milonya yang semakin suam dan Azman pula menyedut air
Sprite dalam gelas yang masih penuh.
“Man ada nak cakap apa-apa?”
“Emmm... Saya sebenarnya malu nak berkawan dengan Sara tapi saya nak tanya
boleh tak kalau saya ajak Sara keluar lagi lain kali? Kalau boleh nak minta
Sara ajar bahasa Inggerislah” Kata Azman sambil tertunduk malu. Meminta Sara
mengajarnya hanyalah satu alasan yang terlintas di benaknya pada tika itu.
Sara mengukir senyuman.
“Boleh. Apa salahnya. Nanti Sara ajarkan. Nanti Man calllah, kalau Sara free sure boleh.”
“Okay!” Hati Azman melonjak gembira namun fizikalnya kaku tak bergerak
kerana menjaga status egonya.
“Man ada satu lagi janji yang belum ditepati..” Tegasnya.
“Apa
dia?”
“Man
dah janji lepas Sara cerita pasal Farid, Man nak cerita pasal macamana Man
dapat nama Manjoe tu.”
“Tak
apa kita makan dulu. Sejuk nanti nasi ni.. Sejuk sebab kena air mata Sara..
Sesilap air liur pun ada...”
“Eii!
Geramnya!.. Sara cubit Man nanti baru tahu!”
“Cubitlah...
Kalau Sara cubit tak sakit... Sedap ada!” Azman menyeringai menyakat Sara.
Mereka ketawa.
“Sara betul ke nak tahu macamana saya dapat nama Manjoe tu?” Tanya Azman
sebaik mereka selesai menjamu selera.
“Kan Man dah janji.”
“Okay, begini ceritanya... Dulu saya ada seorang adik lelaki, namanya
Johari. Dia muda setahun dari saya tapi kami nampak macam kembar. Kalau orang
tak kenal diorang susah nak bezakan antara saya dengan Johari. Kalau di
kalangan bebudak motor kami berdua memang dikenali sebab kami cekap menunggang
motorsikal. Kami berdua pakai motor sama jenis sama warna.
Pada
satu malam masa balik kerja dari Shah Alam saya jumpa sebiji kereta Integra
Hijau di lampu isyarat. Dia menekan-nekan minyak keretanya ajak berlumba. Saya
terima cabaran tersebut. Kami berlumba keluar dari Shah Alam masuk Federal
Highway sampai Tol Batu Tiga. Saya di depan siap tunggu dia kat tol dan bagi
peluang pada dia lagi sekali. Lepas tu lagi sekali saya tinggalkan dia sampai
Kampung Kerinchi. Dia keluarkan isyarat lucah masa saya naik jejambat untuk
belik ke rumah. Dia tak puas hati agaknya.
Seminggu
lepas tu ada budak kata mamat Integra Hijau tu datang ke Kampung Kerinchi cari
saya nak repeat kat Highway Kesas.
Katanya dia akan bagi RM1,000.00 kalau saya menang lagi. Benda tu jadi kecoh.
Ada yang suruh pergi ada yang tak mahu mempedulikannya kerana takut ada
muslihat.
Pada
masa tu darah muda pantang dicabar Sara. Malangnya hari itu saya demam. Jadi
Johari beria-ia nak gantikan tempat saya. Dia yakin dia boleh menang. Lagipun
dia kata dia perlukan duit tu nak jelaskan hutang dengan Along. Saya tak dapat nak
kata apa. Saya benarkan dengan syarat saya kena pergi sekali.” Cerita Azman
dengan panjang lebar. Dia berhenti seketika menghela nafas.
“Lepas tu apa yang terjadi?” Tanya Sara seakan tak sabar ingin tahu kesudahan
cerita tersebut.
Malam
yang dijanjikan itu saya tak bawak motor tapi saya menumpang motor Lord. Kami
menuju ke persimpangan Puchong sebab mamat tu suruh tunggu kat situ.
Masa
kami sampai kereta tu dah ada kat situ. Dia tak keluar tapi kawannya yang buat
perjanjian dan tunjukkan duit RM1000.00 tu. Dia cuma menanti dalam kereta
hingga perlumbaan dimulakan. Perlumbaan itu dekat je dari situ ke Sri Petaling.
Setelah
semuanya sedia dalam pukul 2 pagi mereka bermula. Kami mengekori dari belakang.
Sara takkan percaya apa yang terjadi.
“Apa
yang terjadi? Johari menang kan?” Sara membuat andaian.
Betul... Memang
dia menang dan mendahului. Tapi sebelum tiba ke garisan penamat kereta tu
melanggar tayar belakang motornya menyebabkan dia terpelanting dan jatuh kepala
dahulu di pembahagi jalan. Darah menyembur keluar dari tubuhnya. Motornya
terseret dan mengeluarkan percikan bunga api yang panjang... Sehingga kini
peristiwa itu masih menghantui jiwa saya. Gambaran itu masih tak dapat saya
buang dari dalam kepala ni. Ia berulang-ulang.

Sara
hanya terdiam, matanya mula kelihatan merekah berkaca.
Masa kami dapat bawak Joe ke hospital dia sudahpun menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
“MasyaAllah...”
“Tak nampak ke muka pemandu kereta tu?”
“Tak. Keretanya bercermin gelap dan memantul cahaya. Jadi macamana nak
kenal. Kalau jumpa pasti kami akan kenal tapi mamat kereta Honda Intergra hijau
tu tak pernah kami nampak atas jalan selepas dari kejadian tu. Dia macam hilang
dari mukabumi ni. Sebab tu boleh dikatakan setiap malam kami keluar sebenarnya
dengan misi mencari tapi dah masuk 3 tahun. Masih belum nampak lagi kelibat
kereta tu.”
“Kawan-kawannya?”
“Kawan-kawannya semua bertempiaran lari.”
“Tak kejar?”
“Macamana nak kejar? Kitorang sibuk dengan Johari pada masa tu. Semua yang
lain dah tak ingat dah. Ambulan pulak tu datang lambat.”
“Seperkara yang masih saya ingat. Selepas melanggar Johari dia buat satu
gerakan drift berbentuk “S” dan tanda
huruf S tu masih ada hingga ke hari ini kat situ berdekatan Carrefour Sri
Petaling.”
“Tak buat repot polis?”
“Dah. Tapi polis pun tak dapat buat apa-apa. Sehingga kini masih dalam
siasatan kata mereka.”
“Sebenarnya saya yang bersalah. Saya yang sepatutnya berada di tempatnya.”
“Janganlah Man cakap begitu. Itu sudah takdir.”
“Inilah sebabnya sampai hari ini diorang panggil saya Manjoe sempena
memperingati arwah Johari dan semenjak itu juga saya telah berjanji untuk tidak
berlumba lagi.” Azman menutup ceritanya.
Bersambung...
Bersambung...
Pergi ke bab 6 - Tekan link ini. Bab 6 Novel Inspirasi trilogi Man Rempit.
Kembali ke bab 4 - Tekan link ini. Bab 4 Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit.
Jangan lupa like, share dan komen sebagai tanda sokongan kepada penulis!
XXXXXX
Apakah yang akan terjadi kepada percintaan antara Manjoe dan Sara selepas ini? Adakah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan dan hidup bahagia selama-lamanya?
Novel Man Rempit ini sebenarnya adalah Novel Trilogi yang terdiri daripada Judul-judul berikut ;
1. Man Rempit I – Kisah Cinta Luar Biasa Seorang Mat Rempit
2. Man Rempit II – Dugaan Cinta Seorang Mat Rempit
3. Man Rempit III - Kegemilangan Cinta seorang Mat Rempit
Dapatkan ketiga-tiga novel hebat ini segera di pasaran agar anda tidak ketinggalan! Hubungi FY di talian 016-6667430 atau emel greng70@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
SINOPSIS NOVEL MAN REMPIT
KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT
Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?
Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.
Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?
Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.
BIODATA PENGARANG
AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP
Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.
Mendapat Pendidikan Awal di ;
SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;
Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )
Mengarang buku ;
Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21
Menyelenggara buku ;
Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.
Aktiviti lain ;
- Menjalankan seminar pelaburan saham.
- Menjalankan kursus motivasi.
- Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
- Blogger – www.faizalyusup.net, www.motivasiku.blogspot.com
- Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
- Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,
Hubungi Penulis ;
Facebook : Faizalyusup
Blog : www.faizalyusup.net
No. HP : 016 - 666 7430
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment